HUBUNGAN MAQASID SYARIAH DENGAN JENAYAH MENCURI DAN MEROMPAK, SATU KAJIAN PERBANDINGAN

 

1.0 PENDAHULUAN

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

2.0 JENAYAH MENCURI
2.1. DEFINISI CURI
Para fuqaha��� telah mendefinisikan curi sebagai mengambil harta orang lain secara sembunyi-sembunyi dengan cara yang zalim. Mengikut para Khulafa��� Rashidin, definisi curi adalah mengambil harta yang dimiliki orang lain secara sembunyi-sembunyi dan bukan secara terbuka, ia dilakukan dengan mengeluarkan harta yang dicuri itu dari tempat simpanannya, di mana alat penyimpan harta tersebut telah rosak. Menurut Mazhab Hanafi, curi ialah pengambilan harta yang cukup nisab pembalasan potong (hudud) oleh seorang yang sudah baligh dan sempurna akal. Harta itu bukan dari jenis yang cepat menerima kerosakan, dimiliki oleh orang lain, diambil secara diam-diam daripada tempat simpanannya tanpa syubhah.
Ulama Mazhab Maliki pula, menerusi Ibn Rushd, telah mendefinisikan curi dengan pengambilan harta orang lain secara diam-diam tanpa ia diamanatkan kepadanya. Ulama Mazhab Hanbali pula mendefiniskan curi sebagai pengambilan harta benda secara diam-diam dan sembunyi.
Menurut Mazhab Syafie , curi atau sariqah dalam bahasa Arab bermaksud mengambil sesuatu secara sulit. Menurut syarak, curi ialah mengambil harta orang lain secara sulit tanpa sebarang hak dari tempat simpanan dengan syarat-syarat tertentu.
Maksud ���secara sulit��� menunjukkan bahawa merampas tidak termasuk dalam istilah ini. Hal ini kerana perampas merampas harta secara terang-terangan dan tanpa berselindung. Justeru itu, rampasan tidak termasuk dalam istilah mencuri dan tidak dikategorikan dalam hukuman curi.

2.2 RUKUN-RUKUN MENCURI
Ulama��� telah merumuskan beberapa unsur penting di dalam jenayah curi ini yang dianggap sebagai rukun-rukunnya. Kesalahan mencuri dapat dirumuskan kepada empat rukun, iaitu :
1) Pengambilan dilakukan secara diam-diam atau bersembunyi.
2) Yang dicuri atau diambil itu adalah harta benda.
3) Harta benda yang diambil itu adalah milik orang lain.
4) Ada niat dan tujuan jahat (jenayah) ketika melakukannya.

2.2.1. Pengambilan dilakukan secara diam-diam atau bersembunyi.
Maksudnya ialah pengambilan harta yang dilakukan di luar pengetahuan dan kebenaran tuan punya harta, juga tanpa kerelaannya. Tidak ada kerelaan dan pengetahuan tuan punya harta merupakan dua unsur yang mesti wujud dalam jenayah ini. Sekiranya pengambilan yang dilakukan itu dibuat dengan keizinan dan dengan pengetahuan tuan punya harta, maka perbuatan tersebut tidak boleh dianggap sebagai melakukan jenayah curi. Hal ini kerana, jika perbuatan tersebut dilakukan secara rela, maka ia bukan merupakan satu kesalahan jenayah dan sekiranya kesalahan tanpa kerelaan serta tidak menggunakan keganasan, kasalahan tersebut boleh dikategorikan dalam kesalahan samun atau ragut. Selain itu, jika ianya dilakukan dengan kekerasan dan paksaan maka kesalahan tersebut dikategorikan dalam kesalahan jenayah Hirabah (rompak).

Terdapat beberapa keadaan yang menghalang dari berlakunya pengambilan dengan sempurna serta secara sembunyi, iaitu :
1. Menyerahkan barang curian kepada penjenayah.
Sebagaimana yang telah dijelaskan di atas, jenayah curi hanya akan disabitkan jika dilakukan dalam keadaan sembunyi dan disyaratkan ianya dilakukan tanpa pengetahuan dan kerelaan orang yang menjadi mangsa perbuatan tersebut. Apabila seseorang menyerahkan barang kepada orang lain, maka tentunya orang yang menyerahkan itu tahu tentang pengambilan yang berlaku sama ada ia rela ataupun tidak dan sama ada penyerahan tersebut berlaku dengan kerelaan atau ditipu.
Sebagai contoh, seorang penjual menyerahkan barang jualannya dengan tujuan supaya ia dapat dilihat dan diteliti oleh orang yang disangka pelanggan yang mahu membelinya, tiba-tiba pelanggan tersebut membawa barang tersebut lari. Dalam kes seperti ini, barang tersebut tidak dikira sebagai telah dcuri tetapi disebut oleh fuqaha sebagai Khilsah (dilarikan).
2. Suatu barang yang memang telah ada dalam tangan penjenayah.
Terdapat sesetengah kes, barang yang menjadi bahan jenayah itu telah berada di tangan penjenayah dari awal lagi. Dalam kes seperti ini, pengambilan secara sembunyi tidak mungkin wujud. Sebagai contoh, Suatu barang telah diserahkan kepada seorang yang lain sebagai amanah dengan tujuan untuk dijaga dan bila tiba masanya perlu dikembalikan kepada tuannya tetapi pemegang itu tidak mengakui menerimanya, atau tidak mahu memulangkannya sama ada telah hilang atau pun barang tersebut telah digunakan sehingga rosak. Kes seperti ini tidak dikira sebagai curi.
3. Suasana memaksa.
Dalam keadaan suasana atau suasana yang mendorong atau memaksa seseorang untuk melakukan perbuatan curi, maka perbuatan itu tidak boleh dianggap sebagai perbuatan mencuri kerana ianya tidak diambil dalam keadaan sempurna. Sebagai contoh, perbuatan curi itu dilakukan oleh seseorang yang kelaparan semasa berlakunya wabak kebuluran dan kemiskinan, maka pencuri tidak dikenakan hukuman potong tangan dengan syarat apa yang diambil adalah sekadar perlu untuk mengalas perut sahaja.

2.2.2. Yang dicuri atau diambil adalah harta.
Seorang pencuri hanya boleh dihukum dengan hukuman potong tangan apabila harta yang diambil adalah harta milik orang lain. Antara syarat-syarat harta yang dicuri itu ialah:
1) Hendaklah harta itu bukan merupakan harta tidak alih.
Oleh kerana kesalahan curi ini merupakan memerlukan harta yang terlibat itu dikeluarkan dari tempat simpanan atau kawalannya serta memindahkannya dai pegangan dan kekuasaan si pemilik harta, maka perlulah harta itu terdiri dari harta yang boleh dipindah atau dialihkan dari satu tempat ke tempat yang lain. Selain dari itu, adalah disyaratkan harta tersebut merupakan benda ataupun objek sama ada yang berketul, beku mahupun cair.

2) Harta itu hendaklah bernilai.
Barang ataupun harta yang dicuri itu hendaklah harta yang mempunyai nilai. Maksudnya ialah barang yang bernilai ialah barang yang mempunyai harga. Jika ia dirosakkan maka wajiblah k etas perosaknya membayar harga barang tersebut. Maksud nilai pula ialah nilai yang mutlak. Jika barang itu hanya bernilai kepada sebahagia orang sahaja maka barang itu tidak dikira sebagai barang yang bernilai dan mempunyai nilai yang mutlak. Orang yang mencuri barang tersebut tidak akan dikenakan hukuman potong tangan tetapi hanya akan dikenakan hukuman ta���zir sahaja. Contoh barang yang bernilai adalah emas, permata, wang dan sebagainya. Contoh barang yang dianggap bernilai oleh sesetengah orang tetapi tidak mempunyai nilai yang mutlak seperti arak, babi dan sebagainya. Sebagai contoh,kita lihat kepada arak. Arak jika dinilai dari pandangan seorang muslim merupakan satu barang yang tidak mempunyai nilai tetapi jika dilihat dari sudut orang kafir, arak adalah sesuatu barang yang sangat bernilai. Justeru itu, arak adalah barang yang hanya mempunyai nilai relatif sahaja bukan mutlak.
3) Harta yang dicuri itu hendaklah terkawal atau tersimpan.
Para ulama telah bersetuju bahawa harta benda yang dicuri itu adalah harta simpanan. Fuqaha��� menyebut tempat simpanan tersebut sebagai ����������))
4) Harta yang dicuri itu perlulah cukup nisabnya.
2.2.3. Harta benda yang diambil itu adalah milik orang lain.
2.2.4. Ada niat dan tujuan jenayah ketika jenayah melakukannya.

2.3. SYARAT- SYARAT PERLAKSANAAN HUKUMAN CURI
Hukuman hadd potong tangan bagi jenayah mencuri hanya akan dilaksanakan apabila memenuhi 8 syarat berikut :
1. Baligh. Kanak- kanak yang masih belum baligh tidak dikenakan hukuman potong tangan kerana mereka masih tidak tertakluk dalan undang-undang syarak. Ini berdasarkan hadis :
�������������� ������������ �������� �������������� �������� �������������� ������ ����������������
���Pena diangkat dari (tiga) golongan; anak kecil, orang gila dan orang tidur. ���
2. Berakal. Orang gila tidak akan dikenakan hukuman had potong tangan bersandarkan hadis di atas.
3. Tidak dipaksa. Orang yang dipaksa tidak akan dikenakan hukuman had.
4. Harta yang dicuri mestilah melebihi kadar yang ditetapkan (nisab).
5. Harta dicuri dari tempat simpanan yang sesuai.
6. Harta bukan milik atau milik bersama pencuri.
7. Pencuri sedar mencuri adalah haram.
8. Harta yang dicuri mestilah suci.

2.4. PENSABITAN KES
1. Pengakuan.
2. Bukti.
3. Sumpah.
2.5. HUKUMAN DAN DALIL

3.0. JENAYAH MEROMPAK
3.1. DEFINISI ROMPAK
Mazhab Syafie mendefiniskan rompak sebagai tindakan keluar (oleh seseorang atau sekumpulan orang) untuk merampas harta, membunuh, atau menakutkan-nakutkan orang lain dengan kekerasan dan kekuatan disatu tempat yang tidak mungkin mangsanya mendapatkan pertolongan. Membunuh di sini bermaksud membunuh dengan tujuan mendapatkan harta benda atau ingin menakutkan orang ramai di jalan raya atau di tempat kejadian.
Mazhab Maliki pula mentakrifkan rompak itu sebagai tindakan mengeluarkan senjata serta menakutkan orang ramai di kawasan yang tidak berpenghuni dan jauh dari penempatan manusia, sama ada dengan tujuan ingin merampas harta benda atau tanpa tujuan tersebut. Selain itu, beliau juga mengatakan, kebiasaannya rompakan tersebut berlaku di kawasan yang tiada penduduk tetapi apabila kekuasaan pemerintah pada ketika itu menjadi lemah dan kekuatan perompak tersebut bertambah kuat maka ia mungkin berlaku dalam kawasan penduduk tersebut. Abu Hanifah bersetuju dengan semua pendapat Imam-imam di atas tetapi beliau berpendapat rompakan tidak mungkin berlaku sama sekali di kawasan yang mempunyai penduduk. Mazhab Hanbali pula berpendapat, rompakan hanya akan berlaku di kawasan yang tidak mungkin akan ada orang yang akan menghulurkan pertolongan.
Dengan itu dapatlah dirumuskan bahawa hirabah atau rompak dalam istilah syarak bermaksud serangan bertujuan untuk merampas harta, membunuh atau menakut-nakutkan dengan cara terang-terangan, angkuh dan menggunakan kekuatan di kawasan yang terpencil daripada bantuan. Ia dilakukan oleh seorang mukallaf yang tertakluk kepada undang-undang sama ada orang yang murtad mahupun ahli zimmi ( Dr. Mustofa al-Bugho. 2010 : 1869).
Frasa ���mukallaf yang tertakluk kepada tidak termasuk kafir harbi. Oleh itu, kafir harbi tidak termasuk dalam kategori mukallaf walaupun dia merompak dan membunuh.Kafir harbi boleh dibunuh dalam apa jua perkara. Hamba, wanita dan pemabuk yang mabuk kerana sengaja meminum bahan yang memabukkan termasuk dalam kategori mukallaf. Jenayah ini boleh dilakukan secara individu mahupun berkumpulan.
Selain itu, pelaku jenayah ini iaitu perompak turut digelar sebagai ��� qatta���u al-tariq��� (�������� ������������) yang bermaksud pemutus jalan. Dinamakan sedemikian kerana orang ramai terpaksa mengelak daripada melalui jalan tersebut, seolah-olah mereka ini benar-benar memutuskan jalan.

3.2. RUKUN JENAYAH ROMPAK
Jenayah rompak mempunyai tiga unsur penting yang merupakan rukun-rukun asas jenayah rompak iaitu:
1. Tindakan keluar mengancam keselamatan jalan raya atau merampas harta benda.
2. Perompak dan mangsa rompakan.
3. Niat melakukan jenayah.

3.3. KATEGORI JENAYAH MEROMPAK
Pelaku jenayah hirabah ataupun rompak boleh dikategorikan kepada 4 kategori:
1. Penjenyah yang membunuh dan merompak harta.
2. Penjenayah yang membunuh sahaja dan tidak merompak harta.
3. Penjenayah yang merompak dan tidak mengancam nyawa.
4. Penjenayah yang menakut-nakutkan orang ramai tanpa mengancam nyawa atau merompak
harta.
4 kategori di atas merupakan kategori pelaku jenayah hirabah ataupun rompak. Jenayah yang paling berat adalah jenayah merompak dan membunuh harta manakala yang paling ringan adalah kategori keempat iaitu penjenayah yang menakut-nakutkan tanpa mengancam nyawa atau merompak harta.
Selain itu, ulama berselisih pendapat adakah rogol termasuk dalam jenayah rompak. Menurut Ibn Arabi, jenayah rogol termasuk dalam hudud di bawah jenayah hirabah (rompak) tetapi pengikut Ibn Arabi tidak bersetuju dengan pendapat beliau (Jurnal Syariah : 78). Pengikut Ibn Arabi mengatakan bahawa hanya jenayah yang berkaita dengan harta sahaja boleh dikaitkan dengan jenayah hirabah tetapi rogol tiada unsur-unsur harta sedikitpun. Ibn Arabi menjawab orang ramai kebiasaannya tidak akan melawan untuk mempertahankan harta mereka jika diancam tetapi mereka sanggup menggadaikan nyawa demi mempertahankan mmaruah isteri dan juga anak-anak mereka. Ibn Hazm juga bersetuju dengan pendapat Ibn Arabi rogol termasuk dalam kategori jenayah hudud iaitu hirabah. Ibn Hazm mendefinisikan muharib (penjenayah hirabah) sebagai orang yang membuat kekacauan dengan membunuh orang ramai tanpa menentukan mangsa, merampas harta benda mereka atau merogol (Jurnal Syariah : 78). Beliau juga mendefiniskan hirabah sebagai, satu kumpulan bersenjata yang menakut-nakutkan orang dengan membunuh, merogol atau membinasakan kebun-kebun mereka.
3.4. HUKUMAN DAN DALIL
Hukuman bagi jenayah hirabah ataupun rompak berbeza mengikut kategori jenayah yang mereka lakukan. Hukuman bagi setiap kesalahan yang akan dilakukan ialah :
1. Mereka yang membunuh dan merompak akan dihukum bunuh dan kemudian disalib selama 3 hari di tempat yang tinggi seperti kayu atau sebagainya. Hukuman seperti ini dilaksanakan bagi memberi pengajaran kepada orang ramai disamping memperlihatkan nasib orang yang melakukan jenayah tersebut kepada orang ramai. Sebelum orang yang melakukan jenayah tersebut disalib, mereka akan dimandikan, dikafankan serta disembahyangkan dahulu. Hal ini kerana, jenazah orang muslim tetap perlu dimandi, dikafan, disembahyang dan dikebumikan walaupun mereka melakukan jenayah.
2. Bagi penjenayah yang membunuh sahaja tanpa merompak harta, mereka akan dihukum dengan hukuman bunuh tanpa disalib. Keluarga penjenayah tidak boleh memohon pengampunan kepada keluarga si mati. Hal ini kerana, hukuman ini adalah hak Allah. Perbezaan antara pembunuhan dalam jenayah ini dengan jenayah bunuh dalam qisas ialah, pembunuh di sini membunuh dengan tujuan untuk menakut-nakutkan dan mengganggu perjalanan orang ramai tanpa mengambil mangsa tertentu, malah pembunuh tersebut akan membunuh sesiapa sahaja yang melalui jalan tersebut. Oleh itu, hukuman ini menjadi hak Allah dan pengampunan bagi keluarga si mati tidak akan dapat menggugurkan hukuman ini.
3. Mereka yang merompak sahaja akan dikenakan hukuman potong tangan dan kaki secara bersilang. Maksudnya, tangan kanannya akan dipotong pada bahagian pergelangan tangan dan kaki kirinya pada pergelangan kaki. Sekiranya jenayah ini diulang, tangan kiri dan kaki kanannya akan dipotong. Walau bagaimanapun, jumlah harta yang dirompak mestilah mencecah kadar yang ditetapkan dalam mencuri iaitu suku dinar atau lebih, atau yang sama nilai dengannya. Sekiranya jumlah harta yang dirompak tidak mencecah jumlah tersebut, maka hakim boleh mengenakan hukuman ta���zir yang sesuai untuk dikenakan.
4. Mereka yang hanya menakut-nakutkan tanpa merompak dan membunuh akan dikenakan hukuman ta���zir seperti buang negeri, penjara atau sebagainya. Hukuman ini adalah mengikut keputusan pemerintah atau orang yang berkuasa dan tiada tempoh tertentu yang ditetapkan bagi hukuman penjara. Selain itu, pemerintah atau orang yang berkuasa boleh memberi pengampunan kepada penjenayah jika perlu.

Dalil bagi hukuman jenayah hirabah atau rompak ialah berpandukan firman Allah Taala :
“���������������� �������������������� ������������������ ������������������������ �������������� ������������������������ ������������������������ ������ ������������������ ���������������� ������ �������������������������� �������� �������������������������� �������� ������������������ ���������������������� �������������������������� ���������� �������������� �������� ������������������ �������� �������������������� �������������� ������������ ������������ ������ ���������������������� ���������������� ������ ���������������������� �������������� �������������� ����”
33. Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya dan membuat kerusakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib, atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik, atau dibuang dari negeri (tempat kediamannya). Yang demikian itu (sebagai) suatu penghinaan untuk mereka didunia, dan di akhirat mereka beroleh siksaan yang besar.
(al-Maidah : 33)
Hukuman bunuh dikenakan kepada kategori kedua iaitu apabila jenayah yang dilakukan hanya membabitkan pembunuhan tanpa merompak. Hukuman bunuh dengan salib pula melibatkan kategori pertama iaitu jenayah yang dilakukan membabitkan bunuh dan rompak. Hukuman potong tangan atau kaki melibatkan kategori ketiga iaitu jenayah merompak tetapi tidak mengancam nyawa. Hukuman yang terakhir iaitu hukuman buang negeri melibatkan kategori keempat iaitu jenayah yang hanya melibatkan perbuatan menakutkan tanpa mengancam nyawa dan membabitkan harta.
Selain itu, telah dipersetujui hukuman minima bagi perogol adalah bunuh. Selain itu, qadi juga boleh memberikan hukuman tambahan kepada perogol mengikut pertimbangannya.Di dalam kes ini, hukuman bunuh adalah hukuman yang paling sesuai bagi jenayah rogol sekiranya jenayah itu melibatkan kekerasan dan penggunaan senjata.
4.0. KES DAN SEJARAH YANG BERLAKU DI ZAMAN RASULULLAH DAN KHULAFA��� RASYIDIN.
4.1. KES CURI
Pada zaman Saidina Ali, Saidina Ali telah mengenakan hukuman hadd kepada dua orang lelaki merdeka yang mengambil harta orang lain. Telah diriwayatkan bahawa kedua-dua lelaki tersebut mengaku sebagai seorang hamba dan telah dijual kepada seorang pembeli. Setelah mendapatkan wang dari pembeli tersebut, kedua-dua lelaki tersebut telah melarikan diri ke negara lain bersama wang tersebut. Wang tersebut kemudiannya dibahagikan sama rata kepada mereka berdua.
Kes kedua yang berlaku di zaman Khulafa��� Rasyidin ialah Ammar bin Yasir pernah bertanyakan kepada Saidina Umar b. al-Khattab mengenai kes seorang lelaki yang telah merampas rantai leher yang dipakai oleh seorang wanita ketika pemiliknya berada di bilik. Saidina Umar telah menjawab, disebabkan perbuatan curi itu telah dilakukan secara terbuka maka yang merampas harta itu (peragut) tidak dikenakan hukuman hadd curi.
������������������������ ���������������������������� �������������������������� �������������������������� ������������������ ���������� �������������� ���������������� ���������� ���������������� ������������������ �������������� �������������� ���� ���������� ���������� �������� ������������ ������������������ �������������������� �������������� �������������� �������������� ������������������ ���������� �������������� �������������� ���������������� ���� ������������ ���������������� ���������� �������������� ���������� ������������ �������������������������� ���������������������� ������������������ ������ ���������������� �������������������� ���������� ������������������ ������������������ ������������ ���������� ������������ �������������� ����
38. Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana
39. Maka barangsiapa bertaubat (di antara pencuri-pencuri itu) sesudah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang
40. Tidakkah kamu tahu, sesungguhnya Allah-lah yang mempunyai kerajaan langit dan bumi, disiksa-Nya siapa yang dikehendaki-Nya dan diampuni-Nya bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu
(Surah al-Maidah : 38-40)
Berdasarkan ayat di atas,

 

 

 

Leave a Comment

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.