Kejayaan seseorang kadangkala tidak diukur berlandaskan neraca timbangan yang betul iaitu melalui usahanya untuk sampai ke tahap tersebut,tetapi kebanyakannya diukur melalui popularnya posisi tersebut dimata manusia.
Segala puji bagi Sang Pencipta,
Andaikata kejayaan itu diukur dari segi mencapai matlamat sebagai seorang pelajar, jujur saya katakan saya sudah berjaya.Itulah hakikatnya walaupun nadanya sedikit meninggi diri.
Sekurang-kurangnya saya telah berjaya mengengam segulung sijil SPM dan Sijil Khatam Al-Quran.Juga berjaya mendidik dan mengawal diri saya seusia umur matang hinggalah ke saat ini (21) tahun daripada terjunam ke lembah kegagalan dalam setiap apa jua rintangan yang dilalui.Tipulah andai sekiranya saya tidak pernah rebah melainkan berusaha untuk kembali bangkit.
Disisi saya,itulah kejayaan , kerana telah terbukti bahawasanya tidak semua pelajar mampu menamatkan pengajian dengan baik disebabkan pelbagai faktor persekitaran.
Apa rahsia kejayaan saya ini ?
Buat permulaan ini sukalah saya bawakan 4 rahsia atau tip yang telah saya amalkan selama bergelar seorang penuntut ilmu.
Ikhlaskan niat ‘ Samada suka atau tidak, terpaksa atau dipaksa oleh ibubapa untuk menuntut ilmu,dan bilamana anda sudah jejakkan kaki ke sesebuah sekolah anda selaku seseorang yang ingin Berjaya tidak patut menoleh ke belakang lagi.Pandanglah ke depan,langkahlah kaki secepat dan semampu mungkin,sematkan dalam hati bahawasanya ini ketentuanNya buat anda.Oleh kerana anda ingin berjaya,pastikan niat anda ikhlas semata-mata.Permulaan yang baik akan membuahkan hasil yang terbaik.
Berdoa ‘ Jika kita berhajat kepada sesuatu ataupun ditimpa masalah tetapi kita tidak mengadu kepada Allah,itu tandanya kita tidak mengenal Allah sebagaimana kita berhajat kepada bomba ketika mana rumah kita terbakar,kita tidak mengenal Allah sebagaimana kita memerlukan mekanik untuk membaikpulih motosikal kita yang rosak.Berdoalah di permulaan sesuatu usaha agar dipermudahkan kembara anda dan berdoalah di pengakhiran usaha sebagai tanda anda berserah segalanya kepada ketentuan Tuhan.
Sentiasa berusaha ‘ Pepatah arab ada menyebut ‘siapa berusaha dia akan Berjaya’.Kejayaan juga tidak datang bergolek.Mari kita hayati kata-kata ini ‘Jika anda tidak mengejar apa yang anda inginkan,maka anda tidak akan pernah memiliknya,jika anda tidak bertanya,maka jawapannya adalah tidak,jika anda tidak melangkah maju,maka anda tak kemana’.
Sabar dan istiqamah – cara terbaik sehingga cara lebih baik ditemui ‘ Jangan pernah berputus asa jika menghadapi kesulitan, karena setiap titis air hujan yang jernih berasal daripada awan yang gelap. Permulaan sabar adalah pahit, tetapi manis pada penghujungnya
Setakat itu sahaja perkongsian saya kali ini berkenaan 4 rahsia untuk berjaya dalam hidup selaku seorang remaja yang telah saya amalkan untuk sampai ke tahap ini. Semoga ianya bermanfaat buat semua.Doakan kejayaan saya di akhirat nanti.Amiin Ya Rabbal Alamin.