AKTIVITI 1
Saya tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut. Bagi memperkukuhkan pendirian saya dalam perenggan yang kedua saya akan membincangkan sebab-sebab saya tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut manakala perenggan seterusnya saya akan memberikan cadangan konstruktif yang dapat membantu meningkatkan komunikasi dan interaksi antara Tutor dan pelajar OUM. Diakhir perenggan, saya akan memberikan kesimpulan berkenaan topik yang dibincangkan.
Di antara sebab-sebab mengapa saya tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut adalah yang pertama, pada zaman era baru ini, perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi membolehkan pembelajaran dibuat melalui penggunaan rangkaian internet yang mampu menghubungkan Tutor dan pelajar OUM. Ini boleh dijadikan sebagai platform untuk belajar OUM berinteraksi dengan Tutor. Kini terdapat banyak premis yang menyediakan internet percuma. Seperti di pasar raya, premis kerajaan, restoran dan pelbagai tempat lagi. Oleh itu tiada sebab pelajar OUM tidak dapat berkomunikasi dengan tutor. Selain itu, memiliki peranti pintar juga sudah menjadi suatu keperluan dimana rata-rata pelajar OUM sudah bekerjaya dan pasti memiliki telefon pintar. Akhir sekali, terdapat pelbagai saluran media sosial yang boleh dijadikan medium untuk pelajar berkomunikasi dengan Tutor. Sebagai contoh, WeChat, telegram, whatapp dan sebagainya boleh dijadikan ruang untuk pelajar berkomunikasi dengan Tutor tanpa batasan masa dan ruang.
Saya akan memberikan cadangan konstruktif yang dapat membantu meningkatkan komunikasi dan interaksi antara Tutor dan pelajar OUM. Pertama, tutorial bersemuka boleh dijadikan sebagai komunikasi utama. Ini boleh dilakukan kerana pelajar boleh mengemukakan soalan secara terus kepada Tutor jika menghadapi sebarang masalah dalam pelajaran. Tutor boleh memberikan jawapan secara terus kepada pelajar dan sekiranya masih tidak faham, pelajar boleh mengajukan soalan lain kepada Tutor. Di samping itu, Perbincangan forum secara dalam talian dimana komunikasi secara dua hala, maklumat yang lengkap boleh didapati dan menyebabkan pembelajaran yang lebih efektif dan interaktif dapat dilaksanakan. Selain itu, Pusat sumber digital juga menyediakan maklumat untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pelajar.
Berdasarkan sebab-sebab dan cadangan yg dikemukan sebelum ini, saya yakin bahawa pembelajaran jarak jauh ini mampu untuk menyalurkan interaksi peribadi (komunikasi) seperti apa yang pelajar inginkan. Dengan mengaplikasikan cadangan tersebut pelajar akan menjadi lebih aktif dan bertanggungjawab, bebas dan berdikari serta berdaya saing.
(340 patah perkataan)
AKTIVITI 2
Saya bersetuju dengan kenyataan tersebut. Masa adalah kunci kepada kejayaan. Pengurusan masa bermaksud anda mampu menguruskan masa secara berkesan bagi melakukan aktiviti harian dan merasa puas hati dengan apa yang telah anda lakukan. Pengurusan masa amat penting kerana ia dapat mengelakkan pembaziran masa, dapat meningkatkan produktiviti, kecekapan dan ketepatan bekerja dan dapat memastikan semua kerja dapat dilakukan mengikut masa yang ditetapkan. Diperenggan berikut, saya akan menyenaraikan kaedah pengurusan masa yang perlu dilaksanakan agar dapat mencapai kejayaan dalam pembelajaran.
Dalam pengurusan masa, semuanya bermula dengan perancangan.