Pengenalan
Perkataan ‘Melayu’ boleh didefinisikan sebagai penduduk tempatan atau pribumi beragama islam yang mendiami di hampir keseluruhan kawasan Asia Tenggara. Mereka lazimnya bertutur dalam bahasa Melayu. Kajian menunjukkan bahawa terdapat bukti-bukti penggunaan perkataan ‘Melayu’ sejak Kurun Ketujuh Masihi lagi. Sebagai salah satu bahasa di bawah rumpun bahasa Austronesia, Bahasa Melayu adalah sejenis bahasa Melayu-Polinesia yang telah digunakan di Indonesia, wilayah Malaysia dan persekitarannya sejak melebihi 1,000 tahun lalu dan mempunyai kaitan yang rapat dengan bahasa-bahasa etnik lain yang dituturkan di Nusantara. Bahasa Melayu juga pernah menjadi bahasa lingua franca pada kemuncak Kesultanan Melayu Melaka. Kini, Bahasa Melayu telah mendapat pengiktirafan di negara kita Malaysia. Bahasa Melayu telah diisytiharkan sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia. Pernyataan ini telah termaktub dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus berbangga kerana kita mempunyai bahasa kita sendiri sebagai identiti pengenalan yang dominan selaras dengan tuntutan Wawasan 2020. Penggunaan Bahasa Melayu dalam pelbagai bidang dilihat sangat wajar kerana dapat difahami oleh setiap orang lebih-lebih lagi mereka yang berstatus warganegara Malaysia yang majoritinya terdiri daripada orang Melayu.’
Asal usul Bahasa Melayu
Menurut Zub Usman, perkataan Melayu berasal daripada perkataan ‘Himalaya’ yang disingkatkan kepada ‘Malaya’, yang kemudiannya menjadi ‘Melayu’. ‘Hima’ dan ‘alaya’ adalah kombinasi perkataan ‘Himalaya’. ‘Hima’ bererti salji atau salju dan ‘alaya’ bererti tempat. Dengan itu hima alaya bermaksud tempat yang sejuk, seperti di puncak gunung yang tinggi. Selain itu, ada juga yang mengatakan bahawa perkataan Melayu berasal daripada perkataan ‘pamalayu’, iaitu peristiwa ketika berlaku penyerangan oleh Raja Kertanegara dari Singhasari Jawa Timur di Hulu Jambi di sempadan sumatera Barat. Kemudian di situ didirikan sebuah prasasti, iaitu prasasti Amoghapasa. Prasasti itu dibina sebagai peringatan tentang berlakunya ekspedisi angkatan perang dari Jawa Timur tadi ke daerah Malayu pada tahun 1286. Pamalayu bermaksud Ekspedisi Malayu, iaitu penyerangan dan seterusnya penguasaan terhadap negeri Malayu.
Sejarah perkembangan Bahasa Melayu memiliki sejarah yang panjang. Oleh sebab sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam jadi asal usul orang Melayu sebagai penutur asli bahasa Melayu amat kabur. Beberapa orang sarjana bahasa Barat telah membuat penyelidikan tentang bahasa-bahasa yang tersebar di kepulauan Melayu dengan membandingkan antara satu bahasa dengan bahasa yang lain. J.H.C. Kern, R.H. Geldern, Wilhem Von Humboldt, Otto Demwolff, Van Der Tuuk, P.W. Schmidt, William Marsden, Brandstetter dan lain-lain adalah pengkaji yang terkenal,
Menurut mereka, bangsa Melayu dikatakan berasal dari Asia Tengah atau dari Nusantara (kepulauan Melayu). Ini berdasarkan dua teori yang dikemukakan oleh para pengkaji Menurut R.H. Geldern, berdasarkan prasejarah mengikut kajian yang dibuat terhadap kapak tua iaitu beliung batu yang ditemui, Asia Tengah adalah asal bangsa melayu. Kapak tua tersebut ditemui di sekitar hulu Sungai Hwang, Irrawaddy, Yangtze, Brahmaputra dan Salween yang didapati serupa dengan kapak tua yang ada di kawasan Nusantara. Beliau membuat kesimpulan bahawa kapak tua di Nusantara itu dibawa oleh masyarakat dari Asia Tengah bersama-sama dengan bahasanya sekali.
J.H.C. Kern, seorang ahli filologi Belanda juga mengatakan bangsa melayu berasal dari Asia Tengah berdasarkan persamaan beberapa perkataan. Beliau mendapati ada beberapa perkataan yang terdapat di kepulauan Nusantara itu terdapat juga di Taiwan, Madagaskar, beberapa pulau di kepulauan Pasifik dan di Filipina. Beliau juga mendapati bahawa perkataan yang digunakan berasal daripada induk yang sama, iaitu Asia.
Selain dua tokoh tersebut, William Marsden yang membuat kajian terhadap Bahasa Melayu mendapati Bahasa Polinesia dan Bahasa Melayu merupakan bahasa serumpun. Pendapat yang kedua mengatakan bahawa bangsa Melayu itu berasal dari Nusantara yang bermaksud Bahasa Melayu itu bermula dari Nusantara. Di dalam kajian ini, istilah filum digunakan bagi menggambarkan kelompok bahasa yang menjangkau sudah lebih 5,000 tahun.
Peranan yang dimainkan oleh lingua franca, bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan yang tunggal
Bahasa Melayu adalah lambang bahasa rasmi, bahasa kebangsaan dan bahasa pemersatuan negara Malaysia. Di Malaysia, Bahasa Melayu dijadikan bahasa perantara di antara kaum yang berbeza. Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan telah memperuntukkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia di mana ia merupakan alat komunikasi antara orang-orang Melayu, Cina, India dalam negara ini. Dengan adanya bahasa yang difahami semua pihak, maka banyak syak wasangka antara kaum dapat dielakkan. Pengisian bahasa kebangsaan dapat bertindak sebagai alat perhubungan dan seterusnya akan menghasilkan satu kumpulan besar masyarakat yang mempunyai pandangan hidup yang hampir sama. Selain itu, Bahasa Melayu juga menjadi lambang perpaduan dan juga lambang identiti Malaysia. Melalui bahasa, Malaysia telah terkenal sebagai sebuah negara yang berbudi dan berbahasa apabila negara kita berjaya membuktikan bahawa pelbagai kaum dan etnik di negara ini dapat disatukan di bawah satu bahasa. Ini telah menjadikan Bahasa Melayu sebagai lambang negara Malaysia di persada dunia. Di samping itu, sebagai bahasa kebangsaan, Bahasa Melayu juga memainkan peranan sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan dalam bidang pendidikan di Malaysia. Institusi pendidikan tidak kira sekolah rendah, sekolah menengah atau universiti telah menjadikan Bahasa Melayu. Di samping itu, sebagai bahasa kebangsaan, Bahasa Melayu juga memainkan peranan sebagai bahasa pengantar ilmu pengetahuan dalam bidang pendidikan di Malaysia. sebagai bahasa pengantar dalam menyampaikan ilmu kepada anak-anak bangsa.
Lingua franca ialah bahasa perantaraan atau alat komunikasi antara orang-orang yang mempunyai bahasa ibunda yang berbeza, khususnya bahasa ketiga yang berbeza dari bahasa ibunda kedua-dua pihak. Bahasa Melayu pernah menjadi lingua franca dalam kalangan suku-suku bangsa yang berada di wilayah Nusantara. Sejarah telah membuktikan bahawa Bahasa Melayu mampu menjadi bahasa lingua franca. Bahasa Melayu dituturkan oleh semua pedagang dari Arab, India, China dan Eropah pada zaman kegemilangan zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada ketika itu, bahasa perhubungan antara penduduk tempatan dengan para pedagang asing bagi urusan perdagangan. Ini bermakna, setiap pedagang dari seluruh pelosok dunia yang berkeinginan untuk berurusniaga di pelabuhan Melaka atau menjalankan kegiatan perdagangan harus pandai bertutur dalam bahasa Melayu. Bahasa Melayu dianggap sebagai bahasa komunikasi antarabangsa. Kini, terdapat banyak universiti luar negara telah menawarkan kursus pengajian Bahasa Melayu di peringkat ijazah. Antaranya termasuklah Universiti Negara Moscow, Universiti Amur dan Universiti Pengajian Asing Guangdong, Universiti Bangsa Guangxi, Universiti Timur Jauh, Universiti Peking, Universiti Komunikasi China, Universiti Bangsa Yunnan, Akademi Tentera Louyang dan yang terbaharu Universiti Pengajian Asing Tianjin. Fenomena ini memberi sumbangan besar kepada persefahaman yang wujud antara rakyat negara berkenaan dengan rakyat Malaysia serta melonjakkan nilai ekonomi bahasa Melayu. Bahasa Melayu juga telah memainkan peranan penting dalam merapatkan hubungan diplomatik antara negara kita dengan negara luar. Sebagai contoh, bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa perantara antara jurubahasa negara China dengan Malaysia.
Bahasa rasmi ialah bahasa utama yang digunakan dalam segala jenis urusan pentadbiran dan acara rasmi di dalam negara. Ia merupakan bahasa yang diberikan status secara sah oleh sebuah negeri, Negara atau wilayah. Bahasa rasmi merupakan bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi seperti dalam urusan perdagangan, sistem pendidikan dan kehakiman, urusan pemerintahan dan pentadbiran, perusahaan, upacara rasmi, antarabangsa dan sebagainya. Bagi sesetengah negara, bahasa rasmi digunakan oleh kerajaan dan pemerintah dalam dokumen rasmi kerajaan berbanding penggunaan bahasa kebangsaan. Dalam Malaysia, bahasa rasmi bererti pelaksanaan bahasa Melayu sebagai wahana pembinaan negara dalam semua urusan, terutama urusan pentadbiran negara. Selain itu, bahasa rasmi merupakan bahasa yang dipilih untuk tujuan urusan seharian negara dan fungsinya pula dapat memenuhi beberapa kegiatan pada peringkat kenegaraan seperti:
‘ Penulisan rekod dan dokumen kerajaan.
‘ Penulisan semua jenis borang urusan rasmi kerajaan.
‘ Media dalam segala urusan surat-menyurat dalam dan antara jabatan.
‘ Bahasa lisan para pegawai kerajaan sewaktu menjalankan tugas-tugas rasmi negara.
‘ Media untuk menulis semula undang-undang dan peraturan negara.
Kepentingan penggunaan sistem bahasa Baku dan tatabahasa yang betul dan gramatis
Ini bukanlah isu bahasa yang betul atau tidak betul dalam Isu bahasa Melayu Baku. Pembakuan bahasa Melayu merupakan wawasan dan idealisme yang antara lain bertujuan untuk mewujudkan masyarakat yang padu. Oleh sebab banyak perubahan yang berlaku dalam tatabahasa itu yang didakwa mengelirukan masyarakat pengguna bahasa Melayu, usaha pengembangan bahasa Melayu Baku di Malaysia dikatakan tidak mendapat sambutan yang menggalakkan. Sebagai akibat perubahan yang mengelirukan pengguna bahasa Melayu (Baku), seolah-olah timbul keengkaran untuk menggunakan bahasa Melayu Baku.
Oleh sebab pelaksanaan pembakuan bahasa agak sukar dilaksanakan, kekeliruan pengguna bahasa dalam tatabahasa juga merupakan satu kesalahan iaitu kesilapan penggunaan kata pemeri adalah dan ialah, kata sendi nama di, ke, dari dan daripada, di antara dan antara dan lain-lain lagi. Di samping itu, kekeliruan dalam tatabahasa ini juga, boleh merobah makna dalam sesuatu ayat jika ia tidak dititikberatkan. Tatabahasa merupakan satu cabang daripada linguistik umum yang menerangkan peraturan-peraturan penggabungan kata-kata untuk menghasilkan bunyi dan frasa menggunakan formula-formula tertentu. Cara kajian tatabahasa bermula daripada unsur-unsur yang membina perkataan, proses pembentukan perkataan dan proses penyusunan perkataan dalam membentuk ayat-ayat gramatis. Lazimnya tatabahasa bersifat preskriptif, iaitu terdiri daripada peraturan-peraturan dan undang-undang bagi pengucapan dan penulisan bahasa yang betul.
Tatabahasa berfungsi untuk memisahkan bentuk yang gramatis dengan bentuk yang tidak gramatis. Seperti yang sedia maklum, sesuatu bahasa mempunyai sistem dan ciri bahasa tersendiri, justeru panduan dan peraturan tatabahasa adalah untuk membentuk perkara yang betul dan mengelakkan penggunaan bahasa yang salah. Jika penggunaan bahasa yang salah dan tidak gramatis, ini mencerminkan bahasa yang bertaraf rendah. Kita dapat lihat kesannya dari segi sosial, politik malah martabat bahasa itu sendiri. Inilah penekanan fungsi tatabahasa kerana ukurannya tidak didasarkan pada korpus ujaran, kriteria makna atau darjah penggunaannya tetapi berasaskan bentuk ujaran dan ketuntasan makna bahasa itu. Oleh demikian, fungsi tatabahasa ialah fungsi yang dibawa oleh perkataan atau frasa yang berlaku dalam ayat. Dengan lain perkataan, inilah yang dikatakan fungsi sintaktik sesuatu perkataan atau frasa. Fungsi tatabahasa secara khusus merujuk kepada subjek, predikat, objek, keterangan dan lain-lain. Berikut adalah ciri-ciri yang penting untuk tatabahasa:
‘ Unit tatabahasa mendukung tugas struktur yang berbeza skala tatatingkat tatabahasa.
‘ Tatabahasa memainkan peranan atau tugas tertentu dan berfungsi dalam bahasa.
‘ Struktur tatabahasa mengikut pola-pola tersendiri misalnya subjek, predikat, objek, keterangan dan sebagainya.
‘ Mempunyai sistem tatabahasa.
‘
Cadangan penambahbaikan serta penilaian tentang bahasa Melayu pada masa akan datang.
Bahasa Melayu berperanan untuk menjadi bahasa yang cemerlang dalam pembinaan negara bangsa Malaysia. Bahkan semua bahasa di dunia ini mempunyai hak tersebut. Pengguna bahasa yang mahu melihat bahasa kebangsaan mereka berfungsi dengan cemerlang selaras dengan perkembangan bangsanya mestilah berusaha menjadikan bahasanya lebih baik dan dihormati daripada bahasa yang ‘dipinjam’ semata-mata untuk menunjukkan status penutur, dan bukannya untuk menyerlahkan kegemilangan bangsa penutur itu sendiri. Oleh hal demikian, penduduk di negara Malaysia ini perlulah dengan penuh keyakinan apabila menggunakan bahasa Melayu untuk memartabatkan bahasa ini di persada antarabangsa. Dalam konteks negara bangsa, keseluruhan rakyatnya sudah menerima satu ‘pandangan dunia’ (Weltanschauung) politik yang sama. Manakala institusi perlembagaan, ideologi negara, bahasa, agama, budaya dan unsur-unsur sosial lain pula merupakan simbol-simbol yang dapat digunakan bagi membentuk kesepaduan dan jati diri dalam kalangan rakyat di dalam negara-bangsa itu.
Sebagai institusi pemegang amanah membina dan mengembangkan bahasa Melayu, DBP haruslah berikhtiar meningkatkan penyelidikan dan penggunaan bahasa Melayu di luar Negara. Penubuhan Majlis Antarabangsa Bahasa Melayu (MABM) dapat dilihat sebagai satu inisiatif ke arah pengisian amanah ini. Majlis ini merupakan sebuah yang menyelaraskan aktiviti kebahasaan dan persuratan yang meliputi aspek pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu, penelitian dan gerakan bersama antarabangsa dalam program pengajian atau penyelidikan peradaban Melayu/AsiaTenggara. Kita memerlukan keazaman yang tinggi daripada pemimpin pentadbiran negara. Oleh sebab di peringkat antarabangsa, di kalangan kurang lebih 30 buah negara di dunia iaitu di Amerika, Asia, Benua Eropah, Ocenia dan Afrika, bahasa Melayu dipelajari baik diperingkat pengajian ilmiah. Usaha menggerakkan penyelidikan, penyelarasan, kegiatan, penerbitan dan pengajaran yang berkaitan dengan bahasa dan persuratan Melayu sedunia sudah menunjukkan hasil yang positif. DBP menjadikan bahasa Melayu sebagai salah satu bahasa utama di Pertubuhan Bangsa Bersatu pada bukanlah satu yang mustahil.