TUGASAN 3: PENGALAMAN, PERMASALAHAN DAN CARA PENYELESAIAN MASALAH SEPANJANG KAJIAN
This essay relates to: https://www.essaymarketplace.com/essay-the-malay-language-bahasa-melayu/
Pengenalan : Pengalaman merupakan menjadi satu perkara yang akan menjadikan pengkaji berfikiran matang selepas menyelesaikan tugasan ini. Pengalaman yang diperolehi akan membantu pengkaji menjalankan dan melaksanakan kajian selepas ini dengan lebih baik. Selain itu, pengalaman akan membantu pengkaji untuk tidak mengulangi kesilapan yang lalu.
Permasalahan yang timbul sepanjang kajian dijalankan telah membantutkan proses penulisan kajian ini. Walau bagaimanapun, pengkaji telah mencari jalan penyelesaian untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Pengalaman Sepanjang Kajian
Beberapa pengalaman yang diperolehi sepanjang kajian adalah seperti berikut:
i. Pembelajaran sepanjang hayat
Menuntut ilmu adalah satu keperluan asas yang perlu bagi semua bangsa di dunia ini. Pada era globalisasi ini, ilmu menjadi teras kepada pembangunan bangsa, agama dan negara. Pembelajaran sepanjang hayat dan berterusan adalah melibatkan usaha belajar untuk berdikari dalam pemerolehan pengetahuan baru.
Pembelajaran sepanjang hayat amat penting kepada setiap lapisan masyarakat dan ilmu yang dimiliki perlu selari dan sesuai dengan perubahan yang berlaku mengikut zaman. Selain itu, kepentingan pembelajaran sepanjang hayat adalah untuk membantu menyelesaikan masalah yang berlaku sepanjang kajian dijalankan.
Di samping itu, pengkaji mendapati bahawa pembelajaran sepanjang hayat penting kepada peningkatan tahap keyakinan dan motivasi untuk menyampaikan maklumat yang tepat.
Contohnya, pengkaji akan menggunakan teras pembelajaran sepanjang hayat untuk mencari dan mengurus maklumat tentang bidang semantik supaya maklumat yang diperolehi adalah revelan dan bersesuaian serta bertepatan dengan tajuk kajian yang diberikan. Selain itu, pengkaji mencuba untuk menerima idea baru dan mengembangkan minda dan menjadikan pengkaji seorang yang dahagakan ilmu.
ii. Pemikiran kritis
Kejayaan dalam bidang yang diceburi belum cukup apabila kita hanya memiliki kepintaran dalam akademik. Ramai orang menjadi orang pintar, tetapi tidak memiliki kemahiran berfikir dengan kritis. Pemikiran kritis boleh didefinisikan sebagai kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan keburukan sesuatu hujah. Selain itu, mampu membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang kukuh.
Secara tepatnya, pemikiran kritis merupakan terma umum yang merangkumi kemahiran kognitif dan penyusunan intelektual untuk mengenal pasti, menganalisas, menilai hujahan dan kesahihan dan membuat keputusan yang bijak berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi.
Pemikiran kritis menjadikan pengkaji lebih kritis dan peka dalam mengkaji hujah atau menyedarkan penyataan yang dikeluarkan secara pengucapan yang benar atau salah. Pemikiran kritis juga mampu membuka minda pengkaji agar lebih menerima berbanding terus menolaknya dan pengkaji menjadi lebih yakin untuk menyelesaikan masalah serta memberi keyakinan kepada pengkaji untuk membuat keputusan yang tepat dan menguntungkan diri pengkaji.
Contohnya, pengkaji akan mengenal pasti, menilai dan menganalisa fakta dan hujah yang diberikan oleh ahli kumpulan yang lain sebelum menerima atau menolaknya.
iii. Kemahiran komunikasi
Komunikasi merupakan aktiviti pemindahan maklumat daripada penyampai kepada penerima tanpa berlaku sebarang perubahan dan pengurangan kepada maklumat asal. Kemahiran komunikasi perlu dikuasai oleh semua golongan masyarakat.
Sepanjang menjalankan kajian ini, pengkaji mengetahui cara untuk menyampaikan maklumat dengan tepat dan berkesan. Selain itu, pengkaji dapat membezakan maklumat yang perlu diberi keutamaan dengan maklumat yang tidak perlu diutamakan.
Di samping itu, pengkaji dapat melihat pelbagai kaedah yang digunakan oleh pengkaji-pengkaji lain berkomunikasi untuk menyampaikan maklumat dengan tepat dan berkesan serta sama sepertimana maklumat asalnya.
Pengkaji mendapati sepanjang kajian dijalankan, terdapat dua jenis komunikasi yang digunakan iaitu komunikasi lisan dan komunikasi bukan lisan. Dalam kajian ini, komunikasi lisan diutamakan penggunaanya. Komunikasi lisan merupakan komunikasi yang menggunakan perkataan atau tutur kata dalam penyampaian maklumat. Ringkasnya ucapan atau percakapan yang menjadi medan untuk menyampaikan maklumat.
Pengkaji juga mendapati kita perlu menjadi pendengar dan pencerita. Kita perlu memberi ruang kepada orang lain menyampaikan maklumat dan kita perlu sedia untuk mendengar maklumat daripada orang lain.
Contohnya, seorang ahli kumpulan akan menjadi pencerita atau pemberi maklumat semasa perkongsian pendapat dan fakta tentang jenis-jenis semantik dan contoh-contoh yang diperlukan untuk mendapatkan hasil penulisan yang baik dan berkesan. Ahli kumpulan yang lain akan menjadi pendengar dan berbicara apabila terdapat percanggahan atau kesilapan fakta tentang jenis-jenis semantik.
iv. Kemahiran kepimpinan
Kepimpinan merupakan satu nilai yang perlu ada dalam diri setiap pengkaji. Kita perlu menjadi seseorang yang mempunyai kemampuan untuk mempengaruhi orang lain supaya menerima cadangan dan idea untuk mencapai sesuatu matlamat. Kita perlu mempunyai sifat kepimpinan untuk menjadi seorang pemimpin yang baik. Seorang pemimpin yang baik perlu bijak dalam menangani masalah, berkomunikasi dengan baik dan mampu membuat keputusan untuk kebaikan semua pihak.
Setiap individu perlu mengambil peluang untuk menjadi seseorang pemimpin yang hebat. Selain itu, setiap individu layak untuk menjadi pemimpin kerana pemimpin bukan dilahirkan tetapi wujud selepas melalui proses pembelajaran dan latihan kepimpinan yang berkesan.
Kebaikan menjadi seoang pemimpin ialah menjadi insan yang mempunyai keyakinan tinggi untuk berhujah dan memberi pendapat atau pandangan dengan yakin dan padat. Selain itu, pemimpin yang hebat adalah pemimpin yang kreatif dalam menyelesaikan masalah, dan menjadi seorang insan yang bertanggungjawab dalam semua perkara.
Ringkasnya, setiap individu merupakan seorang pemimpin sama ada pemimpin kepada masyarakat atau dirinya sendiri. Kesediaan individu untuk belajar untuk menjadi pemimpin akan mendidik individu tersebut menjadi seorang yang berdisiplin tinggi.
v. Kemahiran kerja berpasukan
Kemahiran kerja berpasukan perlu dipupuk dalam diri pengkaji kerana kemahiran ini dapat membantu pengkaji menyelesaikan sesuatu perkara dalam jangka masa yang singkat. Selain itu, daya ingatan pengkaji akan bertambah kuat dan mampu untuk bertahan lama, kerana melalui kemahiran ini mampu melatih minda dan pemikiran pengkaji untuk sentiasa berfikir dan bertukar-tukar pandangan dan idea antara mereka yang terlibat di dalam kumpulan perbincangan tersebut.
Kemahiran kerja berpasukan akan berjaya dilakukan apabila semua ahli kumpulan memenuhi syarat-syarat berikut:
‘ Semua akhli kumpulan mestilah mempunyai niat yang ikhlas untuk berbincang.
‘ Saiz kumpulan yang sesuai iaitu dua hingga lima orang sahaja. Semakin ramai ahli kumpulan semakin sukar untuk mencapai keputusan yang terbaik.
‘ Pemilihan masa dan tempat yang sesuai untuk melakukan perbincangan. Contohnya perpustakaan, bilik bacaan, bilik kuliah atau wakaf bacaan.
‘ Mewujudkan sistem pembahagian tugas yang adil, kerjasama dan sifat toleransi antara ahli kumpulan.
‘ Setiap ahli kumpulan perlu melakukan persediaan yang cukup sebelum perbincangan dijalankan.
‘ Perbincangan yang dilakukan perlu dalam keadaan harmoni iaitu dalam keadaan gembira dan mesra.
‘ Tidak wujud keadaan monopoli dalam perbincangan. Setiap ahli bebas memberikan pendapat dan idea masing-masing tanpa mendapat apa-apa bantahan daripada ahli lain.
Ringkasnya, dua kepala adalah lebih baik daripada satu, tiga kepala adalah lebih baik daripada dua dan begitulah seterusnya. Dalam kerja berkumpulan dua orang adalah lebih baik dari seorang dan tiga orang lebih baik dari dua orang.
vi. Etika dan profesional
Etika harus ada dalam diri pengkaji dan perlu diamalkan dalam kehidupan seharian pengkaji. Pengkaji juga perlu menjaga dan mengawal tingkah laku dan sering menjaga etika dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Perkembangan teknologi dan kemajuan dalam kehidupan telah membawa kepada pengabaian etika.
Etika merupakan ilmu tentang norma, nilai dan moral. Namun demikian, tanpa etika dan nilai yang betul akan menyebabkan pelbagai kepincangan dalam mengatur tugas untuk menyiapkan tugasan ini. Oleh itu, etika dan nilai adalah amat penting bagi semua ahli kumpulan supaya tidak melakukan kesilapan dalam melakukan tugasan yang diberikan.
Antara etika dan nilai yang perlu ada dalam diri seorang pengkaji adalah seperti berikut:
‘ Sikap inisiatif perlu ada dalam diri seorang pengkaji. Kita perlu mengambil inisiatif untuk melakukan sesuatu kerja sebelum diarah atau dipaksa oleh ahli kumpulan yang lain.
‘ Niat perlu ikhlas dalam melakukan tugasan yang diberikan. Kesungguhan ini didorong oleh kejujuran dan rasa tanggungjawab dan bukan kerana pujian atau ganjaran.
‘ Seorang pengkaji perlu bersikap amanah terhadap tugasan yang diberikan. Pengkaji yang mempunyai sikap amanah akan berjaya menonjolkan keperibadian yang baik
‘ Pengurusan masa yang cekap akan dapat membantu menyelesaikan tugasan dengan cepat dan terbaik.
‘ Pengkaji perlu sabar dalam menghadapi masalah dan tenang menangani tekanan.
Konlusinya, etika merupakan satu elemen yang sangat penting dalam kehidupan hari ini. Etika dan profesional akan mengajar diri kita menjadi seorang yang berdisiplin, bertanggungjawab dan jujur dalam menjalankan tugas sebagai seorang pelajar.
vii. Pengawalan emosi
Pengawalan emosi amat penting untuk memastikan kelancaran dalam proses menyiapkan tugasan tersebut. Emosi setiap ahli kumpulan perlu stabil dan tidak terganggu semasa perbincangan dilakukan. Jika gangguan emosi terjadi, maka hasil yang akan diperolehi tidak akan memuaskan hati semua pihak. Pengawalan emosi yang baik dan teratur akan dapat menimbulkan perkara yang positif dalam pembelajaran mahupun dalam kehidupan yang sebenar.
Pengawalan emosi perlu dari aspek berikut:
‘ Kesedaran diri perlu ada dalam diri setiap pengkaji. Hal ini demikian kerana, pengkaji perlu mewujudkan hubungan yang baik sesama pengkaji lain bagi memperolehi pelbagai faedah dan kata sepakat yang akan membawa kepada penyelesaian masalah yang dihadapi dengan tenang dan terbaik.
‘ Pengawalan diri amat penting supaya tidak menggangu pengkaji lain menjalankan tugas mereka.
‘ Sentiasa memotivasikan diri sendiri supaya kita dapat mengawal emosi kita walau berada dalam keadaan yang sukar dan penuh dengan tekanan.
‘ Pengkaji perlu memahami pengkaji yang lain dan perlu membantu pengkaji yang menghadapi masalah supaya emosi mereka tidak terganggu dan seterusnya menggangu proses penulisan tugasan.
‘ Pengkaji perlu bijak berkomunikasi untuk menjaga emosi pengkaji lain supaya tidak terganggu dengan cara kita berkomunikasi.
Ringkasnya, kehidupan yang serba mencabar pada hari ini menuntut kita untuk mempunyai pengurusan emosi yang maksimum. Ketidakmampuan mengawal emosi akan menyebabkan kita melakukan sesuatu yang akan mendapatkan masalah dan kerugian kepada diri kita sendiri.
Masalah Dan Cara Penyelesaian Sepanjang Kajian
i. Kesukaran untuk mendapatkan data
Sepanjang menyiapkan tugasan ini, pengkaji menghadapi kesukaran untuk mendapatkan data dan fakta yang tepat dan betul. Hal ini kerana bahan atau buku rujukan yang ada di kawasan berdekatan tidak mencukupi untuk pengkaji menghuraikan data dan fakta yang diperlukan.
Antara jalan penyelesaian yang diambil oleh pengkaji untuk menyelesaikan masalah ini adalah seperti berikut:
‘ Menghubungi rakan-rakan yang berada di Universiti Putra Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia dan meminta pertolongan daripada mereka untuk mencari bahan-bahan rujukan yang berkaitan di perpustakaan universiti terbabit.
‘ Mengakses laman sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu untuk mendapatkan definisi tentang perkataan yang tidak difahami, mencari sinonim dan sebagainya.
‘ Mengakses laman sesawang beberapa universiti yang menyediakan jurnal atas talian.
‘ Mendapatkan nota atau modul pembelajaran dari rakan-rakan yang mengambil subjek yang sama di UPM.
‘ Mengakses petikan-petikan dan nota yang dimuat naik untuk rujukan umum.
ii. Pengurusan masa
Selain daripada masalah untuk mendapatkan data, pengkaji menghadapi masalah pembahagian masa untuk melakukan perbincangan dengan ahli kumpulan yang lain. Selain daripada menyiapkan tugasan ini, setiap ahli kumpulan ada komitmen yang perlu diberi perhatian. Pembahagian masa adalah masalah yang paling kritikal yang dihadapi oleh kumpulan ini.
Antara jalan penyelesaian yang diambil ialah:
‘ Perjumpaan pertama diadakan pada waktu yang bersesuaian iaitu kelapangan semua ahli kumpulan.
‘ Perbincangan yang seterusnya kami lakukan menggunakan teknologi terkini iaitu Internet terutama Facebook dan e-mel sebagai medium untuk berkongsi data, pendapat dan membetulkan kesilapan yang berlaku sepanjang menyiapkan tugasan ini.
‘ Perhubungan menggunakan telefon menjadi medium untuk bertanya soalan yang penting dan segera.
‘ Selain itu, kami membahagikan tugas kepada setiap ahli kumpulan. Semua ahli akan menyiapkan bahagian yang telah diamanahkan. Akhirnya, kami gabungkan dan seorang ahli kumpulan akan melakukan proses pengeditan untuk memastikan tugasan yang dihasilkan tidak mempunyai kesalahan ayat, ejaan dan sebagainya
iii. Masalah komunikasi
Di samping itu, pengkaji menghadapi masalah untuk berkomunikasi. Hal ini demikian kerana, kesibukan kerja menyebabkan kami tidak dapat berkumpul setiap masa untuk membincangkan masalah yang dihadapi. Cara berkomunikasi yang betul tidak dapat kami terapkan. Kami hanya berjumpa sekiranya ujud masalah besar untuk menyelesaikan tugasan ini.
Antara jalan penyelesaian yang diambil ialah:
‘ Sistem komunikasi menggunakan telefon sebagai medium untuk menyampaikan maklumat dan data yang perlu disampaikan dengan segera.
‘ Kami berkomunikasi menggunakan sistem tulisan iaitu menggunakan e-mel untuk berkongsi bahan rujukan dan bertanyakan soalan yang lebih lanjut.
‘ Menggunakan sistem pesanan ringkas untuk bertanyakan soalan, berkongsi maklumat dan memberikan arahan dan pandangan sekiranya kami tidak dapat menghubungi ahli kumpulan yang lain.
iv. Kesukaran untuk mentafsir
Masalah lain yang dihadapi ialah masalah untuk mentafsir maksud perkataan yang memerlukan kami memberi definisi untuk perkataan tersebut. contohnya kami perlu meberi maksud perkataan semantik yang terdapat dalam kamus dan mengikut pandangan tokoh-tokoh bahasa yang terlibat dengan bidang semantik. Masalah pentafsiran juga wujud apabila kami perlu menghuraikan setiap idea yang akan digunakan dalam tugasan ini.
Antara jalan penyelesaiannya ialah:
‘ Menggunakan Kamus Dewan Edisi Keempat untuk mendapatkan definisi perkataan dengan tepat dan betul.
‘ Mengakses Internet untuk mengenal pasti tokoh-tokoh bahasa yang terlibat dalam bidang bahasa.
‘ Mengkaji bahan bacaan dan rujukan yang diperolehi untuk mendapatkan pandangan penulis buku tersebut terhadap bidang semantik.
‘ Menggunakan laman sesawang Dewan Bahasa dan Pustaka iaitu Pusat Rujukan Persuratan Melayu untuk mendapatkan definisi perkataan tersebut mengikut kamus-kamus yang disediakan dalam laman berkenaan.
‘ Menghubungi pegawai Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mendapatkan pandangan dan nasihat beliau tentang pemilihan definisi yang betul tentang bidang semantik.
v. Kesukaran untuk mendapatkan contoh yang sesuai
Pengkaji turut menghadapi masalah untuk medapatkan contoh yang sesuai untukj menguatkan hujah yang diberikan. Penggunaan contoh yang sesuai diperlukan untuk meningkatkan pemahaman pembaca terhadap isu atau topik yang dibincangkan.
Antara jalan penyelesaian yang diambil oleh ahli kumpulan ialah:
‘ Merujuk bahan rujukan yang mengandungi tajuk yang sama dengan tajuk tugasan ini. Sebahagian contoh yang diberikan hasil pemahaman dan contoh yang diberikan oleh penulis buku berkenaan.
‘ Mendapatkan pandangan daripada rakan-rakan yang menguasai bidang semantik dengan baik.
‘ Menggunakan pemikiran kritis dengan mengubah contoh yng diberikan oleh penulis buku rujukan dengan perkataan lain tapi berada dalam konteks yang sama.
‘ Mewajibkan setiap ahli kumpulan memberikan beberapa contoh yang sesuai dan perbincangan untuk memilih contoh yang sesuai dilakukan dengan segera.
vi. Kesukaran untuk mengembangkan idea
Kesukaran untuk mengembangkan idea turut menyebabkan penulisan mengalami gangguan. Pergembangan idea yang bersesuai dengan idea utama memerlukan rujukan dan bacaan yang mendalam tentang bidang yang dikaji.
Antara jalan penyelesaian yang diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut adalah seperti berikut:
‘ Merujuk pelbagai buku rujukan yang diperolehi daripada rakan-rakan.
‘ Merujuk laman sesawang atau blog yang mengupas tajuk berkenaan.
‘ Berkongsi pendapat dan pandangan dengan ahli kumpulan dan rakan-rakan kuliah.
‘ Merujuk nota-nota tambahan yang diperolehi daripada rakan-rakan terdekat.
‘ Meminta pendapat, pandangan dan cadangan daripada kenalan yang terlibat dalam bidang semantik.
‘ Merujuk tugasan-tugasan yang hamper sama dengan topik yang dibincangkan.