1.0 PENGENALAN
1.1 KONSEP KEMAHIRAN BERFIKIR
Otak manusia telah membangunkan keupayaan unik di seluruh evolusinya yang membezakannya daripada primat lain. Keupayaan ini berpunca daripada pembesaran korteks hadapan otak yang mana ia adalah rantau otak yang membolehkan manusia untuk menguruskan pemikiran rasional berbanding kepada pemikiran naluri atau emosi. Kemahiran berfikir merupakan satu anugerah tuhan yang tidak ternilai kepada setiap insan di muka bumi ini. Kemahiran berfikir membawa maksud kecekapan seseorang individu menggunakan akal fikiran yang ada bagi menjalankan proses pemikiran untuk menyelesaikan permasalahan yang timbul. Seseorang individu yang mempunyai kemahiran berfikir yang baik mampu untuk menggunakan segala ruang yang ada serta cekap dalam penyusunan informasi bagi membentuk konsep yang teratur dan tersusun dalam menyelesaikan segala permalahan yang timbul. Menurut Edward De Bono (Bono, 1976) menyatakan bahawa Kemahiran berfikir yang ada pada setiap individu ini dapat membolehkan seseorang individu tersebut melihat pelbagai perspektif bagi menyelesaikan segala masalah dalam sesuatu situasi tertentu.
Jika dilihat dari aspek yang lebih luas, kemahiran berfikir ini amat penting
bagi menyelesaikan segala permalahan yang timbul serta mampu untuk menyelamatkan nyawa. Ini kerana kemahiran berfikir yang baik dapat menghasilkan satu keputusan yang mampu membawa kepada situasi yang baik atau sebaliknya. Ini dapat dibuktikan apabila semua pegawai tentera diwajibkan mempunyai kemahiran berfikir secara kritis dan inovatif dalam menyelesaikan segala permasalahan yang timbul. Semua pegawai tersebut telah diterapkan ciri-ciri berfikir secara kreatif dan kritis sejak dari mula menjalani latihan ketenteraan (Holmes, 2013).
1.2 PENYELESAIAN MASALAH
Apakah yang dikatakan Masalah? Masalah wujud apabila penyelesai masalah mempunyai matlamat tetapi tidak tahu bagaimana untu menyelesaikannya. Jika dilihat dari sudut bahasa, perkataan ‘masalah’ itu sendiri merujuk kepada suatu keadaan atau situasi atau pengalaman yang boleh memberi impak kepada ketidak seimbangan seseorang individu dari segi emosi, pemikiran, tindakan dan adakalanya fizikal (Beulah Roberts Compton, 1994). Sebagai contoh seseorang individu yang menghadapi masalah ingin melupakan permaslahan yang dihadapi dengan mengambil dadah atau minuman berakohol untuk melupakan permalahan tersebut tetapi tindakan yang di ambil bukan sahaja membahayakan diri individu terbabit malah masalah yang dihadapi juga tidak selesai dan akan berterusan selepas beliau berada di dunia nyata kembali. Masalah yang dihadapi telah memotivasikan serta mendorong seseorang individu tersebut mendapatkan kekuatan diri untuk mencari jalan penyelesaian kepada permasalahan yang di hadapi. Segala usaha-usaha yang di ambil oleh seseorang individu tersebut untuk menyelesaikan masalahnya boleh di katogerikan sebagai tindakan individu menjalani proses-proses tertentu ke arah penyelesaian masalah.
Penyelesaian masalah ditakrifkan sebagai satu proses untuk menukar masalah kepada satu penyelesaian dengan menggunakan pengetahuan bergantung kepada keupayaan untuk memilih dan menggunakan strategi, teknik serta alat untuk menyelesaikan masalah yg akhirnya menghasilkan suatu penyelesaian yang jelas serta tertakrif dengan baik. Dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan itu, seseorang individu yang terlibat perlu mencari pelbagai cara untuk keluar dari permasalahan yang di hadapi. Terdapat pelbagai cara atau kaedah yang telah disyorkan oleh beberapa pakar boleh diguna pakai dalam menyelesaikan masalah. Pokok utama dalam menyelesaikan sebarang permasalahan. Secara umumnya penyelesaian masalah dapat dibahagikan kepada 5 tahap menggunakan akronim IDEAL untuk menyelesaikan masalah iaitu seperti di bawah:
I Mengenalpasti masalah / Identify the problem
D Takrifkan dan gambarkan masalah / Define the represent the problem/
E Strategi menjelajah yang munasabah /Define possible strategies
A Membuat strategi tindakan / Act on the strategies/
L Lihat kembali dan menilai keberkesanan tindakan anda.
1.3 ALAT YANG DIGUNAKAN UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH
Proses untuk menyelesaikan masalah memerlukan komitmen yang tinggi daripada individu yang terlibat disamping memerlukan fokus yang baik terhadap permasalah yang dihadapi. Bagi memudahkan untuk menyelesaikan masalah yang di hadapi, pelbagai alat yang boleh digunakan bagi membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi. Antara alat-alat yang boleh membantu dalam proses menyelesaikan masalah adalah seperti berikut:
1.3.1 Brain Storming
Brainstorming digunakan untuk menjana sejumlah besar idea-idea kreatif untuk menyelesaikan masalah dan mencapai objektif. Kaedah yang digunakan memerlukan kerjasama dari semua ahli yang terlibat dalam kumpulan pemikir utuk menyumbang idea atau cadangan bagi menyelesaikan masalah yang timbul. Di samping itu ia juga boleh digunakan untuk membuat keputusan. Brainstorming mula diperkenalkan sebuah buku bernama Applied Imagination ditulis pada lewat tahun 1930-an oleh Alex Osborn.
1.3.2 Benchmarking/Penanda Aras
Benchmarking atau Penanda aras adalah merupakan satu proses mengukur dan membandingkan proses-proses dalaman organisasi dengan proses-proses dalaman organisasi lain yang telah mencapai sasaran tertentu serta mempunyai amalan terbaik untuk mengkaji cara memperbaiki proses-proses tersebut. Selain itu juga, ia merupakan satu teknik yang digunakan
untuk membina idea- idea baru bagi penambahbaikan dengan cara menentukan, memahami dan mengadaptasi proses-proses terpilih.
1.3.3 Cause and Effect Diagrams
Teknik ini merupakan satu teknik yang telah diperkenalkan oleh profesor Kaoru Ishikawa, perintis pengurusan kualiti, pada 1960-an. Teknik ini lebih dikenali sebagai teknik tulang ikan. Teknik ini menggunakan konsep peta minda untuk meyelesaikan masalah. Teknik ini sangat berkesan untuk mencari jawapan kerana teknik ini akan pergi jauh mendalam dari apa yang boleh anda bayangkan pada mulanya. Bagi menggunakan teknik ini beberapa langkah perlu di ambil seperti berikut:
(a) Kenal Pasti Masalah
(b) Cari faktor-faktor utama yang terlibat
(c) Kenal pasti sebab-sebab yang mungkin.
(d) Analisa gambarajah anda.
1.3.4 Flow Chart/Carta Alir
Teknik ini merupakan satu teknik yang menggunakan carta alir yang dipermudahkan untuk digunakan sebagai satu kaedah untuk menyelesaikan masalah. Teknik ini membantu kita menganalisa serta mendefinasikan masalah. Selain itu juga, ia dapat memberikan langkah demi langkah yang jelas mengenai pontensi sebab-sebab masalah yang di hadapi. Pendekatan langkah demi langkah ini membenarkan kita mereka bentuk penyelesaian bagi bidang-bidang spesifik yang memerlukan penambahbaikan.
1.3.5 SWOT Analysis
Teknik ini merupakan satu teknik analisa yang biasa digunakan dalam bidang perniagaan untuk mengenalpasti bidangnya dalam sesuatu pemasaran. SWOT membawa maksud Strenght (Kekuatan), Weekneses (Kelemahan), Opportunities (Kelebihan) dan Threats (Ancaman). Teknik ini boleh digunakan oleh individu dengan mengenalpasti kelebihan dan kelemahan diri bagi membuka peluang yang kita tidak sedar dan membantu anda untuk bersedia dengan cabaran dan ancaman yang mendatang. Dua perkara penting dalam menggunakan kaedah ini adalah dengan menganalisa dalaman dengan menilai kekuatan dan kelemahan manakala satu lagi dengan menganalisa luaran dengan menilai kelebihan dan ancaman.
1.3.6 Prioritisation Matrix
Teknik ini ialah satu alat yang berguna untuk mencapai persetujuan dalam satu kumpulan bagi penyelesaian masalah atau pembuatan keputusan. Ia membenarkan anda menyusun isu-isu berdasarkan skor dalam kriteria tertentu yang mengikut kepentingan anda atau pasukan anda. Ini membuatkannya menjadi alat yang berguna bagi masalah mengikut keutamaan.
2.0 FAKTOR-FAKTOR UTAMA YANG MENYUMBANG KEPADA MASALAH PONTENG SEKOLAH
Masalah ponteng sekolah merupakan satu masalah yang amat membimbangkan dewasa ini. Ponteng sekolah merujuk kepada satu keadaan di mana seseorang pelajar tidak hadir ke sekolah tanpa alasan yang munasabah dan tanpa pengetahuan ibu bapa dan pihak sekolah. Gejala ponteng sekolah ini merupakan masalah yang telah sekian lama membarah dalam intitusi pendidikan negara. Menurut kementerian Pendidikan Malaysia di kawasan Kuala Lumpur sahaja sebanyak 2,424 kes ponteng sekolah telah berlaku bagi sesi persekolahan tahun 2014 (Utusan, 2014). Jika dilihat dan diamati bahawa kes gejala ponteng sekolah ini jika dibiarkan akan terus melarat dan meningkat saban tahun. Pelbagai alasan dan sebab yang telah diberikan oleh para pelajar ini apabila mereka ditangkap tidak hadir ke sekolah. Kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa gejala ponteng sekolah ini mampu unutk menyumbang kepada masalah sosial yang lebih besar lagi. Ia boleh membawa kepada masalah zina, mencuri, dadah dan sebagainya. Semua punca permasalahan ini adalah berpunca dari ponteng sekolah.
2.1 KONSEP ROOT CAUSE ANALYSIS
Root Cause Analysis merupakan satu sistem penyelesaian masalah yang sering digunakan untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Ia sering digunakan untuk mengenal pasti punca masalah yang dihadapi. Secara asanya, set ini digunakan untuk menyiasat asal punca sesuatu perkara. Dengan mengenal pasti punca masalah itu, kita akan dapat menentukan apa yang telah berlaku, mengapakah ianya berlaku dan bagaimanakah langkah-langkah yang boleh kita ambil untuk menyelesaikan masalah yang berlaku. Tiga jenis punca asas adalah seperti berikut:
(a) Sebab fizikal Item yang konkrit atau benar, item kebendaan yang gagal dalam cara tertentu.
(b) Sebab manusia Satu kesilapan dilakukan oleh individu atau satu tugas khusus yang tidak dilaksanakan secara betul oleh individu.
(c) Sebab organisasi Satu sistem, proses atau polisi sikap yang diguna orang untuk membuat keputusan.
2.2 FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA GEJALA PONTENG SEKOLAH – FAKTOR MURID/DISIPLIN
Murid-murid atau para pelajar merupakan faktor utama kepada permasalahan gejala ponteng sekolah ini. Sikap yang malas dan terlalu dimanjakan oleh ibu bapa menyebabkan para pelajar ini berani untuk ponteng sekolah. Ibu bapa terlalu sibuk dengan tugasan seharian mencari rezeki sehingga mengabaikan tugas dan tanggung jawab dalam membesarkan anak-anak meyebabkan para pelajar tersebut berani untuk ponteng sekolah. Sikap pelajar yang terlalu mengikut perasaan remaja yang inginkan kebebasan dan mencuba sesuatu yang baru juga merupakan salah satu penyumbang kepada faktor yang mempengaruhi murid/pelajar untuk melanggar disiplin di sekolah. Jiwa remaja yang sering memberontak dan tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak sekolah juga merupakan satu fenomena biasa yang di alami oleh setiap pelajar remaja di sekolah. Ia banyak bergantung kepada didikan ibu bapa di rumah. Sikap remaja yang menyatakan bahawa jika melanggar disiplin merupakan seorang yang ‘cool’ dan di hormati serta di terima oleh mereka yang berada di sekeling terutamnya rakan-rakan sebaya.
Menurut kajian yang telah dijalankan oleh En Manan (Manan, 2014) ke atas sekumpulan pelajar dari masyarakat orang asli menunjukkan bahawa terdapat ramai pelajar dari golongan ini sering tidak hadir ke sekolah adalah disebabkan mereka tidak suka kepada guru-guru tertentu menyebabkan mereka itu akan ponteng sekolah. Menurut pengkaji yang sama juga masalah pengaruh dari rakan sebaya juga menyebabkan sikap para pelajar ini untuk ponteng sekolah menjadi semakin parah. Mereka melihat rakan-rakan mereka ponteng sekolah dan tidak di ambil tindakan yang sewajarnya oleh pihak sekolah telah mendorong mereka ini untuk melaksanakan perkara yang sama.
2.3 FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA GEJALA PONTENG SEKOLAH – KURANG BERMINAT TERHADAP PENGAJARAN DAN PELAJARAN DI SEKOLAH
Kurang berminat terhadap pengajaran dan pelajaran di sekolah adalah merupakan salah satu faktor yang menyumbang kepada masalah ponteng sekolah ini. Faktor ini mungkin di sebabkan oleh susana pembelajaran yang kurang kondusif serta cepat memberikan rasa bosan dalam diri para pelajar. Keadaan ini banyak disumbangkan oleh guru-guru yang mengajar tidak berjaya menarik minat para pelajar untuk terus kekal berada di dalam kelas dan dalam masa yang sama menyertai setiap perbincangan yang telah diberikan. Pemilihan strategi, kaedah dan teknik pemgajaran yang kurang menarik, di samping tiada variasi aktiviti atau gerak kerja yang menarik. Malah, penggunaan kaedah pengajaran tradisional iaitu ‘chalk and talk’ juga membosankan pelajar. Para pelajar dewasa ini telah banyak terdedah kepada dunia tanpa sempadan. Ini sedikit sebanyak telah mengubah sikap para pelajar terbabit. Pelajar masa ini memerlukan corak pengajaran yang konstruktivisme dan memperbanyakkan aktiviti berkumpulan bagi menarik minat para pelajar.
Banyak kajian yang telah dijalankan juga menunjukan bahawa para pelajar yang ketinggalan atau mereka yang kurang pandai dalam pelajaran biasanya lebih aktif dalam aktiviti ponteng sekolah ini. Parapelajar ini juga sering dilihat sebagai seorang yang berputus asa dan menganggap pelajaran tidak penting kepada kehidupan mereka. Mereka sering hadir ke sekolah adalah disebabkan oleh paksaan oleh ibu bapa mereka memaksa untuk mereka hadir ke sekolah dan bukan dari kerelaan mereka sendiri.
Sebagai contoh, jika pelajar tidak memberi perhatian semasa P&P, guru akan mengambil tindakan dengan mendenda pelajar berkenaan seterusnya pelajar berkenaan akan bertindak ponteng kelas, ponteng sekolah dan menganggu rakan mereka sedang belajar.
2.4 FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA GEJALA PONTENG SEKOLAH ‘ TEKANAN EKONOMI
Kita sering disajikan di dalam rancangan televisyen menyatakan bahawa anak-anak yang datang dari keluarga yang miskin sering menjadikan alasan kemiskinan mereka untuk tidak hadir ke sekolah. Kadangkala faktor ini ada juga kebenaranya. Para pelajar yang terlibat tidak dapat hadir kesekolah kerana mereka sering dipinggirkan dan mereka juga berasa amat malu dengan kekurangan diri. Ada sesetengah dari mereka ini terpaksa ponteng sekolah malah berhenti terus dari alam persekolahan kerana terpaksa membantu ibu bapa mereka untuk mencari rezeki bagi menampung kehidupan mereka. Secara tidak langsung, ini akan mengakibatkan para pelajar tersebut tidak hadir kesekolah dan keciciran dalam pelajaran.
Selain dari itu juga sikap acuh tidak acuh ibu bapa para pelajar tersebut yang terlalu menumpukan aktiviti mencari wang untuk mencukupkan keperluan keluarga telah membuka ruang kepada para pelajar ini untuk ponteng sekolah. Ini akan menyebabkan anak-anak mereka terbiar dan terabai. Pada masa yang sama ,pelajar menerima tekanan daripada guru apabila sering bertanya tentang pembayaran yuran. Hal ini menyebabkan mereka berasa malu dan tertekan untuk berhadapan dengan guru dan kawan-kawan lain. Justeru, untuk melarikan diri dari tekanan masalah ini pelajar mengambil jalan mudah dengan ponteng sekolah. Contoh terbaru adalah apabila 3 beradik di Johor Baharu terpaksa ponteng sekolah untuk menyara keluarga (Metro, 2014).
2.5 FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA GEJALA PONTENG SEKOLAH ‘ TEKNOLOGI SEMASA
Kebanyakan para pelajar yang sering ponteng sekolah banyak menghabiskan masa mereka dengan dunia hiburan di pusat-pusat kafe siber. Mereka terpengaruh dengan permainan-permainan online yang di tawarkan oleh pusat-pusat siber ini. Malah tidak keterlaluan jika di katakan ada sebilangan dari mereka ini terlibat dengan gejala judi siber di tempat-tempat seperti ini. Menurut laporan yang telah dikeluarkan oleh pasukan Petugas Membanteras Perjudian Siber (PPPS), Jabatan Penerangan Negeri Sembilan telah menyatakan bahawa seramai 141 orang pelajar telah ditangkap kerana terlibat dengan perjudian siber ini (Utusan, 2015). Kewujudan pusat-pusat siber ini bak cendawan tumbuh selepas hujan telah mempengaruhi para pelajar ini untuk ponteng sekolah. Menurut laporan dari Astro Awani (Awani, 2015) permainan video berganda online telah menjadi satu wabak kepada reamaja sekarang dan para pelajar sanggup ponteng sekolah semata-mata untuk bermain permainan ini.
Selain dari itu, dengan terciptanya pelbagai gajet dan permainan yang mengasyikkan para pelajar ini juga telah mendorong mereka untuk ponteng sekolah. Ada dikalangan mereka ini terlalu khayal dalam melayani gajet yang ada sehinggakan mereka mengabaikan kerja rumah yang telah diberikan oleh para guru. Apabila ini berlaku mereka berasa takut untuk ke sekolah dan takut jika mereka di denda oleh para guru. Akibatnya, mereka mengambil jalan mudah untuk tidak hadir ke sekolah.
2.6 FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA GEJALA PONTENG SEKOLAH ‘ PENGARUH RAKAN SEBAYA
Pengaruh rakan sebaya merupakan salah satu faktor yang amat penting dalam menggalakkan para pelajar ini untuk ponteng sekolah. Mereka merupakan orang yang paling dekat dengan diri para pelajar berkenaan selain dari ibu bapa. Malah rakan merupakan pelengkap kepada perilaku para pelajar untuk menjadi positif atau negatif. Para pelajar ini amat mudah untuk mengikut rakan sebaya mereka untuk ponteng sekolah. Pengaruh ajakan daripada rakan sebaya mereka untuk ponteng sekolah akan mempengaruhi minda pelajar-pelajar yang tidak berfikir secara rasional. Mereka akan menurut segala ajakan dan pelawaan rakan-rakan mereka tanpa berfikir panjang. Rakan-rakan yang bercadang untuk ponteng sekolah akan memberikan pelbagai alasan yang munasabah seperti pelajaran di sekolah sangat membosankan dan sebagainya. Mereka menberi tanggapan bahawa aktiviti ponteng sekolah dapat menenangkan fikiran dan ini menjadi alasan untuk mereka tidak hadir ke sekolah.
Menurut saudara Rosli Azam dalam tulisannya (Azam, 2012) menyatakan bahawa gejala ponteng sekolah yang di akibatkan dari pengaruh rakan sebaya rakan sebaya mempunyai pengaruh yang kuat dalam kehidupan seseorang pelajar itu.Justeru, mereka akan mengikut sahaja perlakuan yang negatif ini bagi membuktikan kesetiaan mereka kepada rakan baik mereka itu. Pengaruh rakan sebaya yang amat kuat ini juga merupakan faktor fisiologi yang sememangnya ada dalam diri setiap remaja terbabit.
2.7 KESIMPULAN
Gejala ponteng sekolah merupakan suatu penyakit yang telah lama bertapak di negara kita ini. Ia umpama kanser dalam masyarkat yang mana ia semakin membarah dalam maysarakat kita pada hari ini. Pengaruh rakan sebaya, tekanan ekonomi, Perkmbangan Teknologi semasa, kurang minat kepada pelajaran serta faktor pelajar itu sendiri adalah merupakan faktor-faktor utama dalam menyumbang kepada peningkatan masalah ponteng sekolah ini. Jika faktor-faktor utama ini dapat di atasi, maka gejala ponteng sekolah ini sedikit sebanyak akan berjaya di hapuskan dan sekali gus dapat mencapai sasaran yang telah di tetapkan untuk mencapai sifar ponteng sekolah.
3.0 TEKNIK ‘STOP IT’ UNTUK MENGATASI MASALAH GEJALA PONTENG SEKOLAH DI MALAYSIA
Teknik ‘Stop It’ merupakan satu teknik yang digunakan dalam kaedah untuk meyelesaikan masalah. Teknik ini akan membantu kita untuk menyelesaikan masalah sehingga ia tidak wujud lagi. Teknik ini mengguna pakai tiga cara untukmmenyelesaikan masalah iaitu:
(a) Mengelak Masalah. Teknik ini memerlukan untuk kita menggelakkan masalah pada awalnya dari berlaku. Walau bagaimanapun ia memerlukan kebolehan untuk meramalkan apa yang akan terjadi atau dalam erti kata lain kebolehan untuk melihat masalah sebelum ianya berlaku.
(b) Menghapus Masalah. Kaedah atau teknik ini pula menjurus kepada menghapuskan masalah. Masalah akan terus lenyap dari berlaku semula jika dapat di hapuskan dengan sepenuhnya.
(c) Mengurang Masalah. Teknik mengurang masalah ialah satu teknik di mana masalah yang timbul memang diketahui tidak boleh di hapuskan sepenuhnya. Teknik ini hanya dapt mengurangkan impaknya sahaja. Contoh seperti masalah pencemaran alam sekitar. Kita tidak mampu untuk menghapuskan masalah ini tetapi kita mampu untuk mengurangkan masalah yang berkaitan dengan pencemaran alam sekitar.
3.1 TEKNIK ‘STOP IT’ UNTUK MENGATASI MASALAH GEJALA PONTENG SEKOLAH DI MALAYSIA ‘MENGGELAK MASALAH
Dalam memperkatan permasalahan gejala ponteng sekolah ini, pendekatan yang boleh di ambil untuk menggelakkan masalah ponteng sekolah ini dari berkembang atau terus membarah dalam masyarakat kita adalah dengan mendoktrinasikan kepada remaja ini semenjak dari usia kanak-kanak ia ini semenjak dari zaman pra sekolah lagi bahawa ponteng sekolah dan gejala sosial merupakan satu perkara yang merugikan mereka dan negara. Menurut Prof. Madya Dr. Mastura Badzis
Pengarah, Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC)
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia (Mastura, 2013) menyatkan bahawa pendidikan awal kanak-kanak memainkan peranan yang amat penting dalam membentuk sasiah diri seseorang individu semenjak dari awal lagi. Ia dapat membantu mengurangkan gejala sosial yang terjadi di negara ini terutanya gejala ponteng sekolah.
Selain dari itu juga ibu bapa haruslah memainkan peranan dengan mendisplinkan anak-anak ini di peringkat kanak-kanak lagi. Ibarat kata orang tua-tua zaman dahulu kala ‘Melentur Buluh Biar Dari Rebung’. Ini terbukti berkesan di mana seorang penyelidik dari Universiti Tsukuba Jepun (Uchida, 2012) dalam laporannya menyebut bahawa jika kanak-kanak ini di bimbing dari kecil iaitu dari peringkat “heteronomous” (di bimbing dan di beri arahan) kepada peringkat “autonomous” ( Berdikari) akan dapat menjadikan amalan suka pergi ke sekolah sebagai budaya hidup mereka. Selain ari itu juga ibu bapa haruslah menanamkan sifat memilih kawan sebagai amalan anak-anak mereka bagi menggelakkan pengaruh yang negatif kepada pemikiran anak-anak mereka dari di pengeruhi oleh mereka yang tidak bertanggung jawab.
3.2 TEKNIK ‘STOP IT’ UNTUK MENGATASI MASALAH GEJALA PONTENG SEKOLAH DI MALAYSIA ‘MENGHAPUS MASALAH
Kerjasama semua pihak haruslah di gembelingkan dalam usaha untuk membantras budaya ponteng sekolah ini. Kerjasama yang padu antara agensi kerajaan yang terlibat, Badan Bukan Kerajaaan dan individu dalam masayarakat haruslah di gerakan dengan bersepadu dan di kendalikan oleh Kementerian Pendidikan di Peringkat Pusat. Satu badan bertindak haruslah di wujudkan dengan memastikan fokus tindakkan yang di ambil dapat mencegah dari perkara ini dari terus berlaku. Pihak berkuasa tempatan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia haruslah berganding bahu untuk memerangi tempat-tempat yang selalu dijadikan sebagai tempat atau Port untuk remaja ini melepak ketika ponteng sekolah. Ini termasuklah pusat-pusat siber dan pusat-pusat perjudian siber. Selain dari itu pindaan akta yang telah dilulusakn oleh kabinet pada tahun 2006 (Utusan, Utusan Online, 2006) menyatakan bahawa pihak polis diberikan kuasa untuk menahan mana-mana pelajar yang di dapati tidak hadir ke sekolah. Pindaan akta ini jika benar-benar dikuat kuasakan akan dapat membantu membantras gejala ponteng sekolah.
Kerjasama antara guru-guru dengan ibu bapa juga haruslah dipertingkatkan. Jika kita ingin melihat permasalahan ini terus lenyap dari dalam masyarakat kita, ibu bapa dan guru haruslah bekerjasama dalam menyelesaikan masalah ini. Ibu bapa juga tidak harus terus mempercayai segala kata-kata yang di beritahu oleh anak dan haruslah menyelidik apakah yang di maklumkan oleh guru tentang perubahan anak-anak mereka. Kebiasanya anak-anak yang terlibat dengan gejala ponteng sekolah ini mempunyai dua karektor yang berbeza. Persatuan Ibu Bapa dan Guru merupakan satu medium terbaik untuk guru-guru dan ibu bapa untuk berhubung serta berbincang tentang permasalahan pelajr-pelajar mereka.
Selain dari itu juga, teknik pengajaran oleh guru-guru di sekolah juga haruslah di pelbagaikan. Penggunaan teknologi yang ada pada masa ini akan mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif serta dapat menarik minat para pelajar untuk hadir ke sekolah. Selain itu, perbanyakkan pengunaan bahan bantu mengajar yang kreatif dan menarik serta banyakkan aktiviti berpusatkan murid sesuai dengan gaya pembelajaran kontruktivisme melalui strategi berpusatkan murid bagi melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif dalam mencipta sesuatu yang baharu dan bijak dalam menyelesaikan pemasalahan yang dihadapi. Hubungan interpersonal dengan pelajar perlu diwujudkan. Malah, guru perlu mempunyai personaliti yang baik dan bersikap profesional serta adil terhadap pelajarnya. Ini bermakna guru perlu menjadi ‘role model’ yang baik kepada pelajar.