1.0′ PENGENALAN
Karnival ini merupakan satu platform atau wadah bagi menyebar informasi terkini mengenai kesihatan yang diusahakan oleh pihak institut bersama beberapa pihak yang berkaitan kepada golongan yang disasarkan iaitu golongan belia. Ia juga dapat dilihat sebagai pemangkin kepada amalan gaya hidup sihat yang sering diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya kurang prihatin dan mengambil berat mengenai kesihatan.
Warga institut yang terdiri daripada pelajar, pensyarah mahupun kakitangan sokongan menjadi kumpulan sasaran memandangkan generasi inilah diharapkan dapat menyebar maklumat tersebut kepada masyarakat dan bakal anak didik khususnya setelah guru pelatih memasuki alam pekerjaan pada masa yang akan datang. Selaras dengan harapan agar warga institut dapat membantu mengubah amalan dan cara hidup seharian ke arah yang lebih sihat.
Selaras dengan slogan ‘LET’S MOVE FOR PREVENT’ dan tajuk karnival Jom Bakar Kalori jelaslah di sini bahawa karnival ini bukan hanya pemangkin gaya hidup sihat namun juga menitik beratkan akan faktor utama yang menjadi batu penghalang ke arah mencapai gaya hidup sihat sekaligus menjadikan tahap kesihatan berada diparas selamat melalui pergerakan. Namun begitu, pergerakan di sini berfokuskan akan tujuan untuk pembakaran kalori berlebihan yang menjadi tunjang terjadinya masalah kesihatan.
Apakah itu kalori?
Kalori merupakan perkara yang selalu dipandang enteng dan kurang dititik beratkan. Namun, apakah itu kalori? Kalori merupakan satu unit tenaga dan boleh dikaitkan dengan makanan ataupun bahan lain yang mengandungi tenanga.
Ia merupakan kandungan tenaga atau haba yang diperlukan untuk meningkatkan suhu 1 gram air sebanyak 1 darjah Celcius. 1 kalori bersamaan dengan 4.184 joule, satu unit tenaga yang digunakan dalam sains fizikal.
Kesan akibat pengambilan kalori yang tidak seimbang?
i. Berat badan akan berkurang jika pengambilan kalori tidak mencukupi dan jika kalori berlebihan berat badan akan bertambah.
ii. 3500 kalori berlebihan dalam badan membentuk 45 gram lemak.
iii. Lemak yang berlebihan akan menyukarkan pengaliran saluran darah.
iiii. Penyakit sakit jantung, tekanan darah tinggi, strok dan hipertensi merupakan kesan daripada pengambilan kalori yang tidak seimbang.
2.0’MATLAMAT
Memastikan warga institut sentiasa berada pada tahap kesihatan yang memuaskan dari segi fizikal, mental, rohani dan jasmani sewaktu menjalankan semua aktiviti di institut. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara mencapai keseimbangan dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial bagi melahirkan modal insan yang berdaya saing dan berdaya tahan.
3.0 OBJEKTIF
‘ Meraikan ulang tahun ke-52 Sarawak serta memperkenalkan dan mempromosikan lagi Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang kepada seluruh penduduk Sarawak dan rakyat Malaysia.
‘ Menyemai rasa bangga dalam diri warga Institut dengan meraikan ulang tahun ke -52 Sarawak.
‘ Membantu para warga institut untuk mencapai dan mencipta rekod 52 jam senamtari tanpa henti sekaligus memcahkan rekod yang sedia ada.
‘ Membantu mendedahkan para guru pelatih berkeupayaan untuk melaksana dan mengurus program secara besar-besaran.
‘ Meningkatkan kerjasama dan koordianasi pelbagai pihak yang terlibat bagi meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran pencegahan kepada warga institut. Seperti yang telah diperjelaskan di ruang pengenalan karnival, kalori merupakan punca terjadinya penyakit-penyakit kronik dan hipertensi di Malaysia.
‘ Menggembling usaha dan tenaga pelbagai pihak terlibat bagi membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan warga institut dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani sebagai benteng untuk mengelakkan diri dari pelbagai ancaman gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah yang semakin meruncing pada era globalisasi ini.
‘ Melibatkan dan mewujudkan pemuafakatan antara pelbagai pihak dengan keluarga besar institut bagi mencapai matlamat bersama.
‘ Meningkatkan pengetahuan dan informasi mengenai kesihatan dengan menerapkannya kepada warga institut dan warga setempat.
‘ Menanam kesedaran dan menghapuskan lebihan kalori di kalangan warga institut walau di mana mereka berada,
4.0 ‘SASARAN
‘Warga Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang.