BAB 1
PENDAHULUAN
Pengenalan
Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, moral merupakan kelakuan baik yang dipegang oleh individu dan mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Individu yang berpegang teguh kepada ajaran moral akan mempunyai kelakuan, sahsiah dan budi pekerti yang baik. Sarjana- sarjana politik seperti Max Weber dan Emile Durkheim (2004) menyatakan bahawa pada asasnya kemoralan adalah perkara mengenai aktiviti, peraturan dan sebagainya. Manakala Doroty Emmet (2003) menyatakan bahawa nilai moral bukan sesuatu yang wujud tersendiri dan terpencil dalam satu kekosongan. Beliau juga turut menjelaskan bahawa manusia bergantung kepada beberapa peraturan, adat, kebiasaan masyarakat dan agama yang menolong mereka dengan lebih mudah membuat jangkaan tentang cara dan tingkah laku orang lain.
James Hemming (2008) pula menyatakan bahawa peraturan-peraturan masyarakat mestilah dilihat sebagai faktor-faktor kehidupan sosial, sebagai prinsip-prinsip yang perlu dalam pergaulan dan kelakuan terhadap orang lain serta perhubungan antara manusia. Berdasarkan pendapat daripada sarjana-sarjana tersebut, nilai moral berfungsi sebagai suatu piawai yang konsisten dan kukuh untuk seseorang individu atau masyarakat berindak dengan betul. Fungsi nilai ini membolehkan individu dan masyarakat menjadi agen moral dan pengkritik moral, iaitu mengetahui apa yang dilakukan oleh diri sendiri dan juga orang lain. Selain itu, nilai moral sebagai panduan ataupun kayu pengukur untuk menyelesaikan konflik moral. Namun begitu, menyedari bahawa nilai moral sangat penting kepada pembentukan sahsiah individu. Pengkaji bertindak memilih skrip teater kanak-kanak, iaitu Siti Di Alam Fantasi sebagai subjek kajian ini, bagi mengenalpasti penerapan nilai-nilai moral yang terkandung dalam penulisan skrip tersebut. Penulisan skrip teater kanak-kanak, kandungan atau intipati utamanya adalah nilai-nilai moral sebagai medium untuk mendidik kanak-kanak seperti yang dijelaskan oleh Fredy Franchy (2002) dalam kenyataannya :
Children Theatre Script, when we are dealing with a piece of text,
Most particularly is moral value as the important contents to teach
to the children.
(m.s. )
Penekanan terhadap unsur nilai moral dalam skrip teater kanak-kanak merupakan kriteria utama yang menjadi tanda aras dalam proses pembentukan akhlak kanak-kanak. Pelakon – pelakon memainkan peranan utama melalui emosi, mimik muka, perbuatan dan pergerakan dalam menggerakkan skrip melalui dialog dan gaya bahasa dalam mempersembahkan teater kanak-kanak agar memberi kesan intelektual kepada mereka. Kandungan bahasa juga diutamakan ketika penilaian sesuatu skrip. Menurut Jeniri (2008), bahasa pada ketika ini bukan sahaja sebagai alat komunikasi sosial, tetapi sebagai alat membentuk, membina, merakamkan, menyampaikan dan memperkasakan fikiran budaya dan tamadun bangsa. Robert Park (2006) menyatakan bahawa skrip merupakan bahan asas teater . Skrip sebenarnya mengungkap pengalaman teater. Dalam teori kajian teks, teknik penulisan bahasa sangat penting untuk menyampaikan mesej kepada individu dan masyarakat. Walaubagaimanapun, dalam meneliti penerapan nilai-nilai moral dalam skrip teater Siti Di Alam Fantasi, pengkaji telah menjadikan teori Aristotle sebagai panduan dalam mengnalisis skrip. Dalam menganalisis skrip, Aristotle telah menggariskan aspek tema, watak dan perwatakan, bahasa dan dialog. (m.s. ) Oleh kerana ini, menjadi fokus pengkaji, berikut merupakan aspek penelitian skrip yang disarankan oleh Aristotle ialah tema, watak dan perwatakan serta bahasa dan dialog. Tema dalam sesebuah skrip dapat dikesan melalui isu-isu dan persoalan yang diketengahkan oleh penulis skrip . Isu-isu yang diketengahkan oleh penulis skrip di dalam teater adalah melalui kepelbagaian watak, baik watak yang terdiri daripada manusia, dan binatang serta mempunyai isu yang di dalamnya tersirat sebagai unsur nilai-nilai moral. Justeru dalam kajian ini, aspek watak dan perwatakan juga penting untuk pengkaji melihat bagaimana unsur nilai moral diketengahkan oleh penulis skrip melalui watak dan peranannya di dalam teater Siti Di Alam Fantasi. Perbincangan mengenai perwatakan ini amat penting dan mempunyai kesinambungan dengan aspek pengucapan dialog. Penerapan nilai moral dalam teater Siti Di Alam Fantasi dapat dikesan melalui pengucapan ataupun dialog yang dituturkan oleh oleh pelakon dengan intonasi yang berbeza mengikut keadaan dan situasinya. Pendek kata, aspek ini penting untuk menampaikan mesej dengan berkesan dan mudah ditanggapi oleh kanak-kanak seterusnya mereka dapat menilai antara sesuatu yang baik dan buruk. Secara umumnya, perbincangan mengenai aspek skrip yang merangkumi, tema, watak dan perwatakan serta bahasa dan dialog seperti yang dikemukan oleh teori Aristotle itu jelas menunjukkan bahawa aspek ini cukup penting untuk pengkaji menggunakan kesemua elemen itu dalam membuat kajian terhadap nilai-nilai moral dalam skrip Teater Siti Di Alam Fantasi.
Latar Belakang Kajian
Kajian ini dibuat adalah untuk mengkaji skrip Teater Siti Di Alam Fantasi, dan melihat cara penulis skrip menerapkan nilai-nilai moral melalui aspek skrip seperti tema, watak dan perwatakan, bahasa dan dialog. Skrip merupakan bahan asas teater. Skrip sebenarnya mengungkap pengalaman teater. Seperti yang kita ketahui, teater kanak-kanak mempunyai kualiti yang tersendiri, intipati penulisan skrip adalah nilai-nilai moral untuk membentuk keperibadian yang baik kepada kanak-kanak. Menurut Donald Hudson (2002): ‘Children theatre has their quality, the content or the main point is the text inside that is moral value.'(m.s. 21)
Melalui kenyataan tersebut, memang tidak dapat dinafikan bahawa teater kanak-kanak mempunyai nilai-nilai moral sebagai kunci utama untuk memberi mesej kepada kanak-kanak. Selain itu juga, pengkaji juga akan mengenalpasti elemen-elemen nilai moral dalam skrip Teater Siti Di Alam Fantasi. Clyde Klucton (2002),mengatakan nilai moral merupakan satu konsep nyata atau tersirat yang dapat membezakan seseorang individu atau ciri-ciri kumpulan dari segi perkara yang diingini. Keadaan ini akan mempengaruhi cara individu itu memilih kefahaman yang sedia ada dan tingkahlaku pada akhirnya. Kesimpulannya, nilai berfungsi sebagai satu kriteria atau piawaian yang konsisten dan kukuh untuk seseorang individu atau masyarakat bertindak mengikut garis panduan yang betul. Pengkaji telah memilih teori kajian teks dari Robert Park dan Aristotle. Robert Park (2006) menyatakan bahawa skrip merupakan bahan asas teater. Ia sebenarnya mengungkap pengalaman teater. Dalam teori kajian teks, teknik penulisan bahasa sangat penting untuk menyampaikan mesej kepada individu dan masyarakat. Bahasa adalah sebagai alat komunikasi sosial, tetapi sebagai alat untuk membina, merakamkan, menyampaikan dan memperkasakan fikiran, budaya dan tamadun bandsa melalui dialog dlam skrip. Teori Aristotle pula menggariskan penelitian terhadap aspek skrip hendaklah meliputi aspek tema, watak dan perwatakan serta bahasa dan dialog. Mengikut Aristotle dalam analisisnya mengenai skrip teater, tema merupakan salah satu elemen penting yang ditekankan dalam sesebuah skrip teater. Tema bermaksud, pemikiran, persoalan ataupun mesej. Aristotle menjelaskan tema bermaksud subjek yang menjadi dasar sesuatu perbicaraan. Pada penulisan skrip yang baik, tema dapat ditangkap dan ditafsir setelah selesai kita menonton keseluruhan persembahan tersebut. Jadi, melalui lakonan dan dialog yang diucapkan oleh pelakon akan dapat ditarik sesuatu makna atau kesimpulan umum teater tersebut. Melalui aspek skrip iaitu watak dan perwatakan, Aristotle mendefinasikan sebagai orang atau ilusi yang diambil oleh penulisnya untuk menjiwai drama ataupun teater. Melalui skrip yang ditulis itu, ditarik suatu kesimpulan bahawa watak itu perlu dihidupkan oleh si pemegang watak ataupun pelakon di atas pentas. Manakala dialog ialah kata-kata yang dituturkan watak dalam teater. Dialog juga berfungsi sebagai alat komunikasi yang penting selain daripada pergerakan watak. Ia bertindak sebagai penyampai sesuatu pemikiran yang terkandung dalam sesebuah drama atau teater iaitu melalui pengucapan watak-wataknya. Selain itu juga, ia juga berperanan sebagai pemberi sesuatu maklumat kepada penonton, sekaligus akan mengarahkan perhatian para penonton kepada unsur-unsur plot yang penting. Kesimpulannya, pendekatan teori yang dipilih mampu menginterpitasi penerapan nilai-nilai-nilai moral dalam skrip tetater Siti Di Alam Fantasi. Aspek skrip seperti bahasa dan dialog, tema dan watak perwatakan menjadi garisan untuk melihat penerapan nilai-nilai moral dalam teks teater tersebut. Penulisan skrip memainkan peranan utama dalam menggerakan pelakon-pelakon berkomunikasi dengan intonasi yang sesuai mengikut keadaan untuk menyampaikan mesej kepada kanak-kanak terutamnaya melalui idea-idea, bahasa dan nilai-nilai moral yang diterapkan oleh penulis. Hal ini kerana, nilai moral sebagai panduan ataupun kayu pengukur untuk menyelesaikan konflik moral dan sebagai batasan terhadap kelakuan individu atau perbuatan masyarakat.
Penyataan Masalah
Masalah atau jurang dalam kajian ini adalah sejauh manakah nilai-niali moral yang diterapkan dalam skrip Teater Muzikal Siti Di Alam Fantasi? Hal ini kerana, seperti yang kita ketahui pementasan Teater Siti Di Alam Fantasi telah dipentaskan sebanyak tiga kali. Pementasan yang terakhir adalah dipentaskan pada 22 hingga 31 disember, 2010, di Istana Budaya. Pementasan Teater Siti Di Alam Fantasi kerap kali berlaku disebabkan karya penulisan teks yang berkualiti. Kekerapan pementasan teater tersebut, telah menyebabkan perubahan penulisan skrip, kerana mengikut peredaran masa dan isu semasa. Pementasan yang pertama iaitu pada tahun 2000 adalah berbeza daripada pementasan pada tahun 2010. Perubahan masa, menyebabkan isu semasa seperti isu sosial, budaya, pendidikan dan agama berubah, yang juga mempengaruhi penulisan teks Teater Siti Di Alam Fantasi turut berubah. Oleh yang demikian, sejauh manakah penulis skrip menerapkan nilai-nilai moral dalam teks teater tersebut? Seterusnya, seperti yang kita ketahui dalam Pementasan Teater Kanak-kanak Siti Di Alam Fantasi banyak menggunakan penggunaan artis dan terdapat sepuluh buah lagu dalam pementasan tersebut. Oleh itu, adakah penulisan skrip Teater Siti Di Alam Fantasi mementingkan nilai-nilai moral ataupun faktor hiburan?
Memang tidak dapat dinafikan bahawa kanak-kanak memang menyukai hiburan. Hal ini menjadi faktor penulis skrip untuk menulis sepuluh buah lirik lagu dalam teater Siti di Alam Fantasi untuk menarik minat kanak-kanak menonton pementasan teater tersebut. Faktor hiburan yang terdapat dalam Teater Siti Di Alam Fantasi adalah pelakon banyak terdiri daripada golongan artis.
Isunya, adakah penggunaan artis adalah untuk menarik perhatian penonton selain daripada kanak-kanak untuk melariskan jualan tiket teater tersebut. Seperti yang kita ketahui juga, isu mengenai terdapat seramai 127,560 orang hadir menyaksikan teater di Istana Budaya. Angka itu dicatatkan melepasi Indeks Prestasi Utama, KPI, 120,000 penonton yang disasarkan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan. Turut menjadi persoalan juga, adakah kepentingan penerapan nilai-nilai moral dalam skrip Teater Siti Di Alam Fantasi ini jauh lebih penting berbanding faktor hiburan yang terdapat dalam Teater Siti Di Alam Fantasi?
Tujuan dan Persoalan
Tujuan kajian ini ditulis adalah untuk meneliti elemen penerapan nilai-nilai moral dalam skrip teater Siti Di Alam Fantasi melaui aspek bahasa dan dialog, tema serta watak dan perwatakan. Penulisan skrip adalah sangat penting untuk mendidik kanak-kanak melalui bahasa dan nilai-nilai moral yang diterapkan oleh penulis terutamanya dalam penulisan teater kanak-kanak. Skrip sebagai bahan asas atau pengalaman teater untuk menggerakan pelakon, berfungsi sebagai penggerak penulisan skrip melalui bahasa dan nilai yang terkandung dalam penulisan skrip untuk menyampaikan mesej moral kepada kanak-kanak. Justeru itu, kajian ini mengutarakan beberapa persoalan antaranya ialah, sejauh manakah penerapan nilai-nilai moral dalam skrip Teater Siti Di Alam Fantasi? Dan, Adakah Teater ini mementingkan nilai-nilai moral atau faktor hiburan?
Objektif Kajian
Berdasarkan persoalan-persoalan dia atas antara objektif yang dikenalpasti ialah :
a) Menganalisis sejauh manakah nilai-nilai moral diutamakan dalam skrip Teater Muzikal Siti Di Alam Fantasi
b) Mengenalpasti samada skrip Teater Muzikal Siti Di Alam Fantasi mementingkan nilai-nilai moral atau faktor hiburan?
Signifikan Kajian
Pengkaji ingin melihat sejauh manakah sebuah Skrip Teater Muzikal Siti Di Alam Fantasi menerapkan elemen nilai-nilai moral dalam karya penulisan untuk membentuk sahsiah yang baik terutamanya kepada kanak-kanak. Skrip merupakan elemen yang menggerakkan sesuatu cerita atau pengalaman teater melalui watak dan perwatakan, tema, bahasa dan dialog untuk menyampaikan mesej moral kepada kanak-kanak. Melalui persembahan ini juga,kanak-kanak akan lebih memahami dengan lebih jelas mengenai nilai moral melalui bahasa dan dialog yang disampaikan oleh para pelakon. Bahasa yang digunakan adalah sebagai alat komunikasi yang digunakan oleh pelakon untuk berdialog dengan pelakon lain dan dalam masa yang sama memberi pembelajaran moral kepada kanak-kanak. Skrip Teater kanak-kanak memang tidak dinafikan memang mempunyai nilai moral yang bermanfaat untuk didedahkan kepada kanak-kanak. Namun ianya bergantung kepada cara atau kaedah yang digunakan oleh penulis skrip untuk mempersembahkan idea untuk menerapkan nilai-nilai moral dalam bentuk bahasa dan dialog yang digunakan, isu yang diketengahkan serta pemilihan watak dan perwatakan yang dipilih samada menggunakan watak binatang ataupun manusia mengenai nilai-nilai murni atau pendidikan moral kanak-kanak yang merangkumi nilai kemanusiaan, erti kehidupan, perkara baik dan buruk. Kanak-kanak dapat mempelajari sesebuah moral. Skrip Teater Siti Di Alam Fantasi sememangnya bertujuan untuk memberi pendedahan nilai-nilai moral untuk membantu pembentukan sahsiah yang baik kepada kanak-kanak. Nilai moral yang diterapkan dalam skrip teater ini juga sekali gus dapat memperkenalkan karya penulisan skrip teater kanak-kanak ke mata dunia kerana banyak mengetengahkan nilai moral seperti nilai kemanusian, nilai keperibadian dan nilai kerohanian dalam penulisan skrip Siti Di Alam Fantasi. Di samping itu, apabila karya skrip berkesan dan berkualiti dalam memberi mesej yang bermanfaat kepada kanak-kanak maka, martabat seni teater kita turut berkembang maju dan sebagai medium pendidikan secara tidak formal khususnya kepada kanak-kanak.
Skop dan Limitasi Kajian
Kajian ini memberi penelitian terhadap skrip teater kanak-kanak iaitu Teater Siti Di Alam Fantasi dengan melihat penerapan elemen-elemen moral di dalamnya. Skrip menjadi elemen atau objek yang penting dalam kajian ini,memandangkan kandungan skrip dalam teater Siti Di Alam Fantasi ini sarat dengan mesej yang berunsurkan nilai-nilai moral Kajian ini memungkinkan pengkaji mengesani penerapan unsur pendidikan moral oleh penulis dalam skripnya, melalui aspek skrip seperti watak dan perwtakan, bahasa dan dialog serta tema yang terdapat dalam skrip Teater Muzikal Siti Di Alam Fantasi yang telah menarik golongan kanak-kanak, khususnya agar mereka dapat mengetahui elemen nilai-nilai moral melalui bahasa,dialog dan intonasi yang digunakan oleh pelakon untuk menggerakan bahasa dan dialog dalam teks tersebut. Daripada kajian ini juga,kita akan dapat melihat objektif penulis itu sendiri yang berlatarbelakangkan budaya Melayu dan beragama islam. Di samping itu juga, pengkaji akan mengenal pasti ciri-ciri moral yang diterapkan dalam teater tersebut. Hal Ini penting kerana, daripada aspek tersebut pengkaji dapat mengetahui cara atau strategi yang digunakan untuk menerapkan pendididikan moral kanak-kanak yang dikatakan dapat membantu pembentukan sahsiah diri yang baik. Limitasi kajian adalah dari segi kesukaran atau kekurangan mencari bahan rujukan mengenai konsep moral dan elemen nilai-nilai moral yang hanya khusus kepada kanak -kanak, kebanyakannya bahan rujukan mengenai elemen-elemen moral adalah secara umum seperti nilai moral dalam pekerjaan. Seterusnya, kesukaran untuk mencari bahan rujukan mengenai kajian mengenai teks. Kesimpulannya, korpus kajian ini adalah hanya tertumpu kepada skrip Teater Siti Alam Fantasi.
Paradigma Kajian
Paradigma kajian yang ditumpukan dalam latihan ilmiah ini bersifat kualitatif. Objek bagi kajian ini adalah Skrip Teater Siti Di Alam Fantasi. Kaedah utama yang akan digunakan adalah kaedah penyelidikan skrip, Kaedah penyelidikan bahan ilmiah dan kaedah media sosial. Kaedah ini diklasifikasikan sebagai kaedah kualitatif. Kaedah penyelidikan skrip adalah dengan menganalisis skrip Teater Siti Di Alam Fantasi dengan membaca serta meneliti penerapan nilai-nilai moral dalam skrip teater tersebut melalui aspek bahasa dan dialog, tema serta watak dan perwatakan. Kaedah yang kedua adalah kaedah penyelidikan bahan ilmiah seperti penyelidikan bahan ilmiah mengenai konsep nilai-nilai moral dan kajian mengenai teori teks..Buku-buku Rujukan adalah diperolehi melaui PTAR UiTM Puncak Perdana, PTAR UiTM Shah Alam dan dari Perpustakaan Raja Tun Uda. Akhir sekali adalah kaedah media sosial, melalui online database untuk menyelidik artikel dan jurnal mengenai isu-isu moral yang sering diketengahkan oleh penulis skrip teater kanak-kanak, teori kajian teks dan konsep moral.
Kesimpulan
Melalui kajian ini, sesebuah persembahan teater, memang tidak lari dari menyampaikan perkara yang bermanfaat, seperti nilai-nilai murni atau pendidikan moral sebagai pembentukan asas seseorang individu .Dalam skrip Teater Siti Di Alam Fantasi memang tidak dapat dinafikan memang sarat dengan mesej atau pendidikan moral selari dengan tahap perkembangan usia kanak-kanak.Teater Siti Di Alam Fantasi adalah sebagai medium untuk menyampaikan pendidikan moral melaui kekuatan skrip yang terdiri daripada elemen tema,plot,watak dan perwatakan, serta bahasa. Kajian seterusnya akan disusuli dengan Bab 2 .Bab 2 merupakan tinjauan literatur.Dalam bab ini,pengkaji akan membuat tinjauan literaturbagi memberi pendedahan kepada pengkaji untuk memahami kajian-kajian terdahulu dan mengenalpasti teori yang berkaitan dengan kajian terdahulu .
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
Pengenalan
Tinjauan literatur merupakan satu kaedah di mana pengkaji diminta untuk memperkenalkan bahan rujukan untuk membantu pengkaji sebagai memberi bukti sepanjang proses penyiapan membuat kajian tesis ini. Kajian ini dilakukan dengan bahan rujukan tersebut sama ada ianya relevan dan menepati tajuk kajian yang dikaji oleh pengkaji. Bahan-bahan yang digunakan mempunyai peranan yang sangat penting untuk memabantu dalam kajian tesis pengkaji. Tinjauan ini adalah berdasarkan tinjauan terhadap Pendidikan Moral untuk Kanak-kanak dalam sesuatu persembahan teater. Antara bahan-bahan tinjauan literatur yang digunakan oleh pengkaji adalah merujuk kepada bahan-bahan bacaan seperti buku-buku yang diperoleh daripada perpustakaan, internet ,jurnal, artikel, majalah, akhbar,dan media elektronik ,dan rujukan dalam bidang pendidikan terhadap kanak-kanak dan Teater Kanak-kanak yang dirasakan relevan dan juga boleh dikaitkan dengan tajuk kajian ini.
Konsep Nilai-Nilai Moral
Perkataan moral berasal daripada perkataan Latin iaitus ‘Moralis’ yang bererti tingkah laku yang sejajar dengan tatasusila atau peraturan masyarakat . Menerusi Kamus Dewan pula pengertiannya agak umum iaitu merupakan pegangan atau ajaran berkenaan buruk baik sesuatu perbuatan ( m.s. 897).
Nilai moral merupakan salah satu elemen penting dalam pembentukan akhlak dan keperibadiaan kanak-kanak. Ini terbukti melalui penjelasan Sufean ( 2001), yang menyatakan bahawa perlakuan yang baik dapat dipupuk melalui nilai moral. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang individu itu diterapkan dengan nilai moral seperti hormat meghormati, jujur dan amanah. Secara tidak langsung, nilai tersebut akan mewarnai dirinya sebagai dewasa, sekiranya tidak diubah dan dibentuk dengan nilai akhlak mulia Menurut Koo Kee Peng dan Tang Chee Yee (1990), nilai moral yang paling dekat dengan individu dan masyarakat ialah nilai peribadi dan nilai kemasyarakatan. (m.s. 50) Nilai moral yang bersifat keperibadian ialah kasih sayang, ikhlas jujur, dan keadilaan, manakla nilai moral yang bersifat kemasyarakatan ialah hormat menghormati,toleransi, dan bekerjasama. Kedua ‘dua pengelasan nilai tersebut adalah korpus kajian di dalam skrip teater Siti Di Alam Fantasi. Sarjana-sarjana politik seperti Max Weber dan Emile Durkhem (2004), menyatakan bahawa pada asasnya, kemoralan adalah perkara mengenai aktiviti, peraturan. Manakala Doroty Emmet (2000) pula berpendapat bahawa nilai moral bukan sesuatu yang wujud tersendiri dan terpencil dalam satu kekosongan. Beliau menyatakan bahawa manusia bergantung atas beberapa peraturan, adat, kebiasaan masyarakat dan agama menolong mereka dengan lebih mudah membuat jangkaan tentang cara tingkah laku orang lain. Bagi James Hemming (1980), peraturan-peraturan masyarakat mestilah dilihat sebagai faktor-faktor kehidupan sosial, sebagai prinsip-prinsip yang perlu dalam pergaulan dan kelakuan terhadap orang lain serta perhubungan antara manusia.
Beberapa orang tokoh telah memberi pelbagai pendapat yang berbeza mengenai konsep nilai-nilai moral. Antaranya seperti George Lundberg (2002), yang menyatatakan semua objek adalah mempunyai nilai, dan manusia akan berinteraksi terhadap objek itu supaya dapat menambah hak kepunyaan individu dan dapat mengekalkannya. Robert Part (2003) pula menjelaskan bahawa sebarang objek yang mulia dihargai maka ia bernilai. Selain itu, nilai juga merupakan motif yang diperhatikan dari segi kualiti atau syarat-syarat yang memotivasikannnya.
Seterusnya, Stuart C.Dood (2005), pula menyatakan bahawa nilai ialah satu tekanan keperluan atau merupakan sebarang objek yang dikehendaki atau dipilih oleh orang dalam suatu masa yang sama. Clyde Kluckon (2005), menerangkan mengenai nilai merupakan satu konsep nyata atau tersirat yang membezakan seseorang individu atau ciri-ciri kumpulan dari segi perkara yang diingini. Keadaan ini akan mempengaruhi cara individu itu memilih kefahaman yang sedia ada dan tingkahlaku pada akhirnya. Akhir sekali, Philib E. Jacob ( 2006), menyatakan mengenai nilai ialah piawai norma masyarakat yang dipengaruhi oleh perikemanusiaan.
Berdasarkan penjelasan daripada beberapa tokoh diatas, dapat disimpulkan bahawa nilai berfungsi sebagai satu piawai yang konsisten untuk seseorang individu dan masyarakat bertindak dengan betul. Fungsi nilai ini membolehkan individu dan masyarakat menjadi agen moral dan pengkritik moral, iaitu mengetahui apa yang dilakukan oleh diri sendiri dan juga orang lain. Selain itu juga, nilai moral sebenarnya adalah sebagai panduan ataupun kayu pengukur untuk menyelesaikan konflik moral.
Skrip Teater Kanak-Kanak
Skrip merupakan bahan asas teater. Ia sebenarnya mengungkap pengalaman sesebuah teater.(?) Seperti yang kita ketahui, teater kanak-kanak mempunyai kualiti yang tersendiri, intipati penulisan skrip adalah nilai-nilai moral untuk membentuk keperibadian yang baik kepada kanak-kanak. Skrip teater kanak-kanak, biasanya bertemakan unsur moraliti yang menekankan nilai-nilai budaya dan nilai murni yang dapat memberi pendidikan kepada kanak-kanak. Isu-isu yang ditonjolkan di dalamnya juga merupakan aspek ‘aspek yang rapat dengan dunia kanak-kanak bukannya dari orang dewasa.
Kenyataan mengenai skrip teater kanak-kanak disokong oleh kenyataan daripada Donald Hudson ( 2002), ‘Children theatre has their quality, the contenst or the main point is the text inside that is moral value.’ (m.s. ) Melalui kenyataan tersebut, memang tidak dapat dinafikan bahawa teater kanak-kanak mempunyai nilai-nilai moral sebagai kunci utama untuk memberi mesej kepada kanak-kanak. Selain itu juga, terdapat satu lagi pendapat mengenai skrip ataupun teks teater kanak-kanak daripada Fredy Franchy (2003), ‘Theatre Children Script, when we are dealing with a piece of text, most particularly is moral value is the important contents to teach to the children’. Berdasarkan kenyataan yang dinyatakan oleh kedua-dua tokoh ini, kedua-duanya dilihat berbeza. Donald Hudson menyatakan penekanan terhadap unsur nilai murni dalam skrip teater kanak-kanak merupakan kriteria utama yang menjadi tanda aras dalam proses pembentukan akhlak kanak-kanak. Manakala, Fredy Francy pula menegaskan bahawa teks untuk kanak-kanak mempunyai nilai-nilai moral sebagai medium utama untuk mendidik kanak-kanak.
Namun begitu, pelakon-pelakon juga turut memainkan peranan utama melalui emosi, mimik muka, perbuatan dan pergerakan dalam menggerakkan skrip melalui dialog dan gaya bahasa dalam mempersembahkan teater kanak-kanak agar memberi kesan intelektual kepada mereka.. Menurut Jeniri (2008), bahasa pada ketika ini bukan sahaja sebagai alat komunikasi sosial, tetapi sebagai alat membentuk, membina, merakamkan, menyampaikan dan memperkasakan fikiran budaya dan tamadun bangsa. Penulis skrip memainkan peranan yang penting dalam mempersembahkan gaya bahasa yang sesuai dan mudah difahami Menurut Ahmad Salleh (2003), karya-karya penulisan teks lepas mendapati bahawa terdapat banyak cerita binatang yang wujud sejak dahulu lagi seperti cerita Arnab dan Kura-kura, Anjing dan Bayang-bayang, Kancil dan Sang Buaya, Merak dan Gagak. Kesemua cerita ini mempunyai mesej berguna yang ingin disampaikan kepada golongan kanak-kanak. Contohnya, cerita Anjing dan Bayang-bayang yang memberi mesej kepada kanak-kanak agar tidak bersikap tamak. Begitu juga, cerita Merak dengan Gagak yang memberi pengajaran agar bersifat jujur dengan orang lain serta tidak menganiayai orang yang berbuat baik dengan kita. Berbalik kepada cerita yang dijadikan korpus kajian ini, skrip teater Siti Di Alam Fantasi tidak ketinggalan dalam menonjolkan watak binatang. Daripada penelitian ini, jelas memperlihatkan bahawa teks cerita kanak-kanak yang wujud sejak dahulu lagi tetap mempunyai dan menekankan mesej yang berunsur Pendidikan Moral untuk kanak-kanak. Jika ditinjau pada hari ini, cerita kanak-kanak tetap wujud dan mesej yang ingin disampaikan juga masih sama iaitu tetap memfokuskan penekanan nilai-nilai yang baik terhadap kanak-kanak. Namun, apa yang berbeza ialah cara penyampaian yang dilakukan oleh penulis skrip. Jika dahulu, mungkin cerita itu disampaikan secara lisan dan seterusnya tersebar dari individu kepada individu yang lain. Namun, dengan adanya kemajuan pada hari ini telah menyaksikan kepelbagaian cara penyampaian cerita kanak-kanak.
Teori Kajian Teks
Pengkaji telah memilih teori kajian teks dari Robert Park dan Aristotle. Robert Park (2006) yang menyatakan bahawa skrip merupakan bahan asas teater . Ia sebenarnya mengungkap pengalaman teater. Dalam teori kajian teks pula, teknik penulisan bahasa sangat penting untuk menyampaikan mesej kepada individu dan masyarakat. Bahasa adalah sebagai alat komunikasi sosial. Pun begitu, ia juga sebagai alat untuk membina, merakamkan, menyampaikan dan memperkasakan fikiran, budaya dan tamadun bangsa melalui dialog dalam skrip. Pengkaji telah menjadikan teori Aristotle dalam menganalisis skrip untuk nilai-nilai moral yang terdapat dalam skrip Teater Siti Di Alam Fantasi sebagai panduan. Aristotle telah menggariskan aspek tema, watak dan perwatakan serta dialog dalam penelitian skrip. Skrip secara umumnya adalah idea-idea yang diciptakan dalam bentuk yang tersusun. Ia melibatkan para sasterawan atau penulis yang melahirkan skrip itu. Di peringkat ini skrip itu lebih bersifat karya sastera. Keseluruhan yang ingin dilihat dari sudut skrip ini ialah melihat elemen-elemen penting di dalamnya seperti sinopsis atau ringkasan cerita yang perlu diteliti dan ditelusuri juga tema ceritanya, watak dan perwatakan, serta dialog dalam mengungkap aspek yang dikaji iaitu, penelitian terhadap nilai-nilai moral untuk kanak-kanak difokuskan dalam skrip Teater Siti Di Alam Fantasi. Mengikut Aristotle dalam analisisnya mengenai skrip teater, tema merupakan salah satu elemen penting yang ditekankan dalam sesebuah skrip teater. Tema bermaksud, pemikiran, persoalan ataupun mesej. Aristotle menjelaskan tema bermaksud subjek yang menjadi dasar sesuatu perbicaraan. Pada penulisan skrip yang baik, tema dapat difahami setelah selesai menonton keseluruhan persembahan tersebut. Jadi, melalui lakonan dan dialog yang diucapkan oleh pelakon, sesuatu makna atau kesimpulan dapat dikenalpasti menerusi sesebuah teater.
Tema dalam sesebuah skrip dapat dikesan melalui isu-isu dan persoalan yang diketengahkan oleh penulis di dalam skrip teater tersebut. Isu-isu yang diketengahkan melalui kepelbagaian watak , baik watak yang terdiri daripada manusia dan binatang. Semuanya mempunyai isu yang di dalamnya tersirat berbagai unsur nilai-nilai moral. Aristotle mendefinasikan sebagai orang atau ilusi yang diambil oleh penulisnya untuk menjiwai drama ataupun teater. Melalui skrip yang ditulis itu, ditarik suatu kesimpulan bahawa watak itu perlu dihidupkan oleh si pemegang watak ataupun pelakon di atas pentas. Tugas memilih pelakon adalah tugas pengarah yang tentunya telah membuat kajian perwatakan yang mendalam terhadap setiap watak yang terdapat dalam skrip. Suatu hal yang perlu diperhatikan ialah bagaimana watak itu membuat sesuatu keputusan terhadap masalah yang timbul melalui tindakbalas, gerak geri, dan juga pengucapan, kerana sebagai pelakon atau pengarah dapat menyandarkan bentuk dan corak lakonan kepada moral seseorang watak itu. Justeru, dalam kajian ini, aspek perwatakan juga penting untuk pengkaji melihat bagaimana unsur nilai moral diketengahkan oleh pengarah melaui watak dan perananya di dalam skrip Teater Siti Di Alam Fantasi. Perbincangan mengenai watak ini amat penting dan mempunyai kesinambungan dengan aspek pengucapan dialog oleh pelakon. Dialog ialah kata-kata yang dituturkan watak dalam teater. Dialog juga berfungsi sebagai alat komunikasi yang penting selain daripada pergerakan watak. Ia bertindak sebagai penyampai sesuatu pemikiran yang terkandung dalam sesebuah drama atau teater iaitu melalui pengucapan watak-wataknya. Selain itu juga, ia juga berperanan sebagai pemberi sesuatu maklumat kepada penonton, sekaligus akan mengarahkan perhatian para penonton kepada unsur-unsur plot yang penting.
Selain berfungsi sebagai alat penjalin plot, dialog juga dapat membantu menyampaikan tema dan idea-idea lakonan disamping mengekalkan taraf kepercayaan penonton kepada isu yang dibincangkan. Pergerakan cerita samada cepat atau lambat juga dipengaruhi oleh elemen dialog. Begitu juga, berkenaan pengucapan yang dapat dirasai kesannya apabila dialog ‘dialog itu dibacakan dengan kuat melibatkan nada, tempo, hentian, serta tekanan perbualan antara watak dalam teater itu. Melalui dialog juga, dapat memberi watak gambaran yang jelas dalam sesebuah persembahan teater. Jika ditinjau dalam aspek ini di dalam teater Siti Di Alam Fantasi, sekaligus ia dapat membantu pengkaji dalam meneliti unsur nilai-nilai moral untuk kanak-kanak kerana kebiasaanya, dialog yang digunakan bersesuaian dengan teater kanak-yang bersifat mudah difahami dan mempunyai makna yang selapis. Dengan menggunakan dialog dan bahasa yang mudah difahami, mesej-mesej yang berunsurkan nilai-nilai moral itu akan dapat disampaikan dengan berkesan kepada audien khususnya kanak-kanak yang sememangnya merupakan golongan yang dituju. Nilai-nilai moral ini dapat dikesan melalui pengucapan yang dituturkan oleh watak dengan intonasi yang berbeza mengikut keadaan dan situasinya. Pendek kata, aspek ini penting untuk menyampaikan mesej dengan berkesan dan mudah difahami oleh kanak-kanak . Seterusnya, mereka dapat menilai antara sesuatu yang baik dan sebaliknya. Secara umumnya, perbincangan berkenaan aspek skrip yang merangkumi tema, watak dan perwatakan serta bahasa dan dialog seperti yang dikemukakan oleh teori Aristotle itu jelas menunjukkan bahawa aspek ini cukup penting untuk pengkaji menggunakan kesemua elemen ini untuk menganalisis secara terperinci yang dikaji dalam teater Siti Di Alam Fantasi. Berpandukan setiap elemen itu, nilai-nilai moral yang diketengahkan oleh penulis skrip ini akan dicungkil sehingga akhirnya dapat dijadikan suatu pendidikan yang boleh diterima dalam pembinaan sahsiah kanak-kanak. Walaubagaimanapun, sebagai sesebuah skrip teater tidak akan lengkap sekiranya tidak disusuli dengan aspek persembahan yang berfungsi untuk membantu menyampaikan mesej yang ingin ditampilkan oleh pengarang skrip dan pengarah persembahan teater ini dengan lebih berkesan. Bagi Bab seterusnya iaitu Bab 3, pengkaji akan menghuraikan lebih lanjut mengenai metodologi kajian yang digunakan. Metedologi kajian merupakan suatu proses yang merupakan kaedah untuk mereka bentuk, mengumpul, dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang dapat menyokong sesuatu rumusan serta membantu memahami lagi tentang pengaplikasian kaedah.
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
Pengenalan
Bab ini akan menerangkan mengenai metodologi yang akan digunakan di dalam kajian yang dilakukan. Ia merupakan kaedah yang digunakan untuk menjalankan penyelidikan terhadap kajian yang ingin dilakukan bagi memastikan persoalan kajian terjawab. Bagi melaksanakan kajian ini dengan efektif, metodologi kajian yang dirangka adalah melibatkan beberapa langkah. Dalam menjalankan kajian ini juga, pengkaji telah memilih kaedah kualitatif iaitu, terdapat tiga kaedah kajian yang digunakan iaitu, kaedah penyelidikan skrip, kaedah yang kedua adalah kaedah penyelidikan bahan ilimiah. Akhir sekali, kaedah yang ketiga adalah kaedah menerusi media sosial melalui pembacaan skrip bagi menganalisis elemen pendidikan moral dalam teater.
Paradigma Kajian
Kaedah kualitatif digunakan dalam kajian adalah untuk mendapatkan hasil kajian yang jitu. Menurut Matt Henn (2006), ‘qualitative data is varied forms represent meanings expressed through language and visual sign'(m.s. 185). Kajian ini melibatkan proses pengumpulan data, maklumat dan bahan yang lepas dan semasa yang berkaitan dengan pendidikan moral untuk kanak-kanak, psikologi kanak-kanak dan teater kanak-kanak. Ianya memerlukan pemahaman yang jelas bagi melancarkan proses penelitian kajian terhadap nilai- nilai moral dalam skrip Teater Siti Di Alam Fantasi. Kaedah kualitatif ini juga mampu membantu kajian dalam memberi gambaran yang jelas terhadap penerapan elemen- elemen moral dalam skrip dalam Teater Siti Di Alam Fantasi.
.
Kaedah Pengumpulan Data
Kaedah pengumpulan data kaedah kualitatif telah dipilih oleh pengkaji kerana sangat bersesuaian dengan kajian yang dijalankan. Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci dan mendalam, pengkaji telah menjalankan beberapa kaedah pengumpulan data dalam menyelesaikan masalah yang timbul dalam menyiapkan kertas kerja ini. Kaedah kualitatif pengumpulan data ini digunakan untuk mengumpulkan data-data yang diperlukan sepanjang menjalankan kajian sehingga siap kajian dijalankan. Data ini diperlukan adalah untuk memastikan kajian yang dijalankan mempunyai bukti dan fakta yang kukuh. Di antara kaedah kualitatif yang digunakan oleh pengkaji ialah kaedah menonton rakaman video,kaedah penyelidikan skrip dan kaedah penyelidikan perpustakaan.
Kaedah Penyelidikan Skrip
Langkah pertama yang dilakukan oleh pengkaji adalah dengan melakukan , penganalisaan terhadap skrip teater kajian. Metodologi ini dilakukan dengan menganalisa atau mengenal pasti elemen pendidikan moral melalui pembacaan skrip Teater Siti di Alam Fantasi. Kaedah ini bertujuan untuk memberi pemahaman yang lebih mendalam terhadap bahan kajian tersebut .Penganalisaan skrip yang diteliti oleh pengkaji adalah melaui plot/jalan cerita ,tema, watak dan perwatakan, nilai-nilai murni serta pengajaran cerita tersebut. Perkara tersebut selari dengan fokus kajian yang dijalankan. Hasil daripada analisis tersebut akan didekati dengan penghuraian yang lebih mendalam pada bab empat. Selain itu ,pengkaji juga bakal menjustifikasi elemen pendidikan moral dalam setiap babak terhadap Teater Siti di Alam Fantasi dan terhadap pengkaji sendiri.
Kaedah Penyelidikan Bahan Ilmiah
Langkah yang kedua yang digunakan oleh pengkaji ialah kaedah rujukan bahan-bahan ilmiah. Pengkaji telah menggunakan buku-buku rujukan ilmiah, jurnal dan laman sesawang untuk pengkaji mendapatkan bahan rujukan yang berkaitan kajian yang dilakukan oleh pengkaji. Bahan rujukan yang diteliti mencakupi penilaiaan terhadap skrip, penyelidikan bahan ilmiah mengenai konsep nilai-nilai moral dan kajian mengenai teori teks..Buku-buku Rujukan adalah diperolehi melaui Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Puncak Perdana, PTAR UiTM Shah Alam dan dari Perpustakaan Raja Tun Uda (PRTU). Kaedah ini adalah bertujuan untuk pengkaji memperolehi keseluruhan konsep berkenaan kajian, sekali gus memberi gambaran dan pemahaman yang kukuh terhadap analisis serta huraian yang dibincangkan.
Kaedah Media Sosial Kaedah media sosial adalah melalui online database untuk menyelidik artikel dan jurnal mengenai isu-isu moral yang sering diketengahkan oleh penulis skrip teater kanak-kanak, teori kajian teks dan konsep moral. Pengkaji menggunakan online database UiTM untuk mencari artikel tersebut. Artikel mengenai isu-isu moral dalam skrip teater kanak-kanak, teori kajian teks dan konsep moral memudahkan pengkaji untuk melakukan proses kajian dari segi kajian literatur pada bab 2 dan penganalisaan terhadap skrip Teater Siti Di Alam Fantasi yang menjadi fokus kajian.
Kesimpulan
Kesimpulan yang dapat dibuat dalam bab tiga ini kaedah yang akan digunakan dan diaplikasikan dalam mendapatkan maklumat yang berkaitan serta berkenaan dalam memperoleh data-data menguatkan lagi sokongan kajian kualitatif. Metodologi kajian pengkaji melibatkan kaedah kualitatif yang menjurus kepada kaedah analisa filem. Pengumpulan data yang dilakukan oleh pengkaji akan diaplikasikan dalam proses kajian bagi mencari jawapan kepada kajian pengkaji. Sumber maklumat yang jelas dapat menghasilkan hubungkait dengan kajian yang akan dilakukan. Justeru, landasan yang digunakan ini juga akan menghindari pengkaji dari terpesong dari landasan utama kajian. Dalam bab tiga ini juga pengkaji menjelaskan kaedah akan dibuat untuk mengumpulkan seberapa banyak maklumat yang boleh diambil bagi melengkapkan lagi kajian yang akan dibuat. Dengan kajian kaedah ini pengkaji dapat melihat sejauh mana keberkesanan objektif kajian ini. Kajian seterusnya akan disususli dalam bab 4 iaitu hasil kajian dapatan. Dalam bab ini, pengkaji akan mendapatkan hasil kajian untuk menjelaskan tentang hasil dapatan kajian dengan lebih mendalam bagi menguatkan lagi dan menyokong kajian. Sebelum ini, didalam bab dua telah diterangkan mengenai kajian literature. Pengkaji telah menerangkan dan menyatakan beberapa kajian yang telah dilakukan sebelum ini dan dijadikan panduan untuk rujukan. Seperti mana untuk mengenalpasti elemen nilai-nilai moral serta konsep yang akan digunapakai dalam kajian nanti. Seterusnya, dalam bab empat ini akan menerangkan tentang metodologi atau kaedah yang akan digunapakai dalam kajian yang akan dilakukan.
BAB 4
HASIL KAJIAN
Pengenalan
Analisis kajian akan menghuraikan hasil kajian yang diperolehi dengan menggunakan kaedah kajian yang telah dipilih seperti yang terdapat dalam bab tiga iaitu metodologi. Hasil kajian yang diperolehi oleh pengkaji adalah penting dan perlulah bertepatan dengan objektif yang dicari yang telah dinyatakan. Oleh itu, dalam menghasilkan satu kajian yang tepat, pengkaji haruslah sentiasa menghubungkaitkan objektif serta persoalan kajian dijelaskan di dalam bab dua sebagai panduan untuk melengkapkan lagi penulisan dalam hasil kajian. Bab ini memperlihatkan hasil kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji menerusi tajuk nilai-nilai moral dalam Skrip Teater Siti Di Alam Fantasi dan pengkaji akan menjawab objektif kajian dengan menggunakkan maklumat yang diperolehi dalam dalam bab dua sebelum ini. Seterusnya, pengkaji akan menggunakan kaedah metodologi kualitatif bagi mendapatkan hasil kajian. Hasil kajian ini adalah untuk mengenalpasti penerapan elemen-elemen nilai moral dalam teks yang menjana kepada pembentukan sahsiah yang baik kepada kanak-kanak.
Hasil kajian ini akan dikumpulkan dan dianalisa berdasarkan objektif yang diterangkan di bab satu. Antara objektifnya adalah seperti Menganalisis sejauh manakah Elemen nilai-nilai moral diutamakan dalam skrip Teater Siti di Alam Fantasi (2010) dan Mengenalpasti sejauh mana kepentingan nilai-nilai moral berbanding faktor hiburan.
Analisa Kajian
Nilai moral merupakan salah satu elemen penting dalam pembentukan akhlak dan keperibadiaan kanak-kanak. Ini terbukti melalui penjelasan Sufean ( 2001), yang menyatakan bahawa perlakuan yang baik dapat dipupuk melalui nilai moral. Oleh yang demikian, sekiranya seseorang individu itu diterapkan dengan nilai moral seperti hormat meghormati, jujur dan amanah. Secara tidak langsung, nilai tersebut akan mewarnai dirinya sebagai dewasa, sekiranya tidak diubah dan dibentuk dengan nilai akhlak mulia. Skrip Teater Siti Di Alam Fantasi terdapat nilai positif dan nilai negatif di dalamnya. Jadual tersebut menunjukkan elemen-elemen moral yang terdapat dalam teks tersebut. Menurut Koo Kee Peng dan Tang Chee Yee( 1990), nilai moral yang paling dekat dengan individu dan masyarakat ialah nilai peribadi dan nilai kemasyarakatan. Nilai moral yang bersifat keperibadian ialah kasih sayang, ikhlas jujur, dan keadilaan, manakla nilai moral yang bersifat kemasyarakatan ialah hormat menghormati,toleransi, dan bekerjasama. Kedua ‘dua pengelasan nilai tersebut adalah korpus kajian di dalam skrip teater Siti Di Alam Fantasi.
Nilai Positif Nilai Negatif
a) Kasih saying a) Sombong
b) Bermuafakat b)Tidak Berperikemanusian
c) Saling membantu c)Terburu-buru
d) Keprihatinan d)Sikap tamak
e) Bertanggungjawab e)Sikap Malas
f) Belas Kasihan
g) Keberanian
h) Kesederhanaa
i) Keadilan
j) Tolong menolong
Skrip merupakan bahan asas teater. Skrip sebenarnya mengungkap pengalaman teater. Seperti yang kita ketahui, teater kanak-kanak mempunyai kualiti yang tersendiri, intipati penulisan skrip adalah nilai-nilai moral untuk membentuk keperibadian yang baik kepada kanak-kanak. Skrip teater kanak-kanak, biasanya bertemakan unsur moraliti yang menekankan nilai-nilai budaya dan nilai murni yang dapat memberi pendidikan kepada kanak-kanak. Isu-isu yang ditonjolkan di dalamnya juga merupakan aspek ‘aspek yang rapat di dunia kanak-kanak bukannya dari orang dewasa. Kenyataan mengenai skrip teater kanak-kanak disokong oleh kenyataan daripada Donald Hudson ( 2002)
‘ Children theatre has their quality, the contenst or The main point is the text inside that is moral value.’
( Donald Hudson: 2002:21)
Melalui kenyataan tersebut, memang tidak dapat dinafikan bahawa teater kanak-kanak mempunyai nilai-nilai moral sebagai kunci utama untuk memberi mesej kepada kanak-kanak. Selain itu juga, terdapat satu lagi pendapat mengenai skrip ataupun teks teater kanak-kanak daripada pandangan Fredy Franchy (2002). telah memilih teori kajian teks dari Robert Park dan Aristotle. Robert Park (2006) menyatakan bahawa skrip merupakan bahan asas teater. Skrip sebenarnya mengungkap pengalaman teater.
Dalam teori kajian teks, teknik penulisan bahasa sangat penting untuk menyampaikan mesej kepada individu dan masyarakat. Bahasa adalah sebagai alat komunikasi sosial, tetapi sebagai alat untuk membina, merakamkan, menyampaikan dan memperkasakan fikiran, budaya dan tamadun bangsa melalui dialog dalam skrip. Teori Aristotle pula menggariskan penelitian terhadap aspek skrip hendaklah meliputi aspek tema, watak dan perwatakan serta bahasa dan dialog. Mengikut Aristotle dalam analisisnya mengenai skrip teater, tema merupakan salah satu elemen penting yang ditekankan dalam sesebuah skrip teater. Tema bermaksud, pemikiran, persoalan ataupun mesej. Aristotle menjelaskan tema bermaksud subjek yang menjadi dasar sesuatu perbicaraan. Pada penulisan skrip yang baik, tema dapat ditangkap dan ditafsir setelah selesai kita menonton keseluruhan persembahan tersebut. Jadi, melalui lakonan dan dialog yang diucapkan oleh pelakon akan dapat ditarik sesuatu makna atau kesimpulan umum teater tersebut. Melalui aspek skrip iaitu watak dan perwatakan Aristotle mendefinasikan sebagai orang atau ilusi yang diambil oleh penulisnya untuk menjiwai drama ataupun teater. Melalui skrip yang ditulis itu, ditarik suatu kesimpulan bahawa watak itu perlu dihidupkan oleh si pemegang watak ataupun pelakon di atas pentas. Manakala dialog ialah kata-kata yang dituturkan watak dalam teater. Dialog juga berfungsi sebagai alat komunikasi yang penting selain daripada pergerakan watak. Ia bertindak sebagai penyampai sesuatu pemikiran yang terkandung dalam sesebuah drama atau teater iaitu melalui pengucapan watak-wataknya. Selain itu juga, ia juga berperanan sebagai pemberi sesuatu maklumat kepada penonton, sekaligus akan mengarahkan perhatian para penonton kepada unsur-unsur plot yang penting. Kesimpulannya, pendekatan teori yang dipilih mampu menginterpitasi penerapan nilai-nilai-nilai moral dalam skrip tetater Siti Di Alam Fantasi. Aspek skrip seperti bahasa dan dialog, tema dan watak perwatakan menjadi garisan untuk melihat penerapan nilai-nilai moral dalam teks teater tersebut. Penulisan skrip memainkan peranan utama dalam menggerakan pelakon-pelakon berkomunikasi dengan intonasi yang sesuai mengikut keadaan untuk menyampaikan mesej kepada kanak-kanak terutamnaya melalui idea-idea, bahasa dan nilai-nilai moral yang diterapkan oleh penulis. Hal ini kerana, nilai moral sebagai panduan ataupun kayu pengukur untuk menyelesaikan konflik moral dan sebagai batasan terhadap kelakuan individu atau perbuatan masyarakat.
Nilai Moral yang bersifat positif
Kasih sayang
Nilai kasih sayang merupakan nilai moral yang ditekankan oleh pengarah dan menjadi nilai yang mendominasikan teater Siti di Alam Fantasi. Nilai kasih sayang ini mencakupi kasih sayang manusia dengan Tuhan, manusia sesama manusia, dan manusia dengan alamnya. Setiap peringkat perkembangan kanak-kanak, ibu bapa dan masyarakat, sentiasa menyemai dan menekankan aspek kasih sayang dalam diri kanak-kanak itu sendiri. Kanak-kanak didik supaya menyayangi sesuatu benda yang menjadi hak miliknya, contoh yang paling dekat seperti barang mainan serta menyayangi orang orang di sekelilingnya. Sebenarnya, nilai kasih sayang, ini sedia terbentuk di dalam naluri seorang kanak-kanak dan nilai ini diperkukuhkan lagi oleh orang yang mendidiknya. Ini bersesuaian dengan teori yang dikemukakan oleh John Dewey mengenai aspek dalam pendidikan. Berdasarkan penghayatan terhadap teater Siti di Alam Fantasi, pengkaji mendapati banyak penerapan nilai kasih sayang yang digarap secara langsung melalui dialog, penerangan dan juga melaui lirik lagu yang diselitkan dalam teater ini. Dalam hal ini, pengarah berjaya menggarapkan nilai tersebut di dalam karyana dengan teknik yang menarik serta mudah difahami oleh kanak-kanak. Contohnya, menerusi cara pengucapan oleh watak- watak dengan bahasa yang mudah dan jelas termasuk pengulangan dengan menggunakan kata kunci ‘selalu berkasih sayang’ sepanjang hayat akan dikenang, kaya bukan angkuh meraja dan miskin bukan hamba selama’. Kata-kata ini amat ditekankan oleh pengarang seolah-olah aspek kasih sayang ini menjadi tema utama kepada teater ini. Selain itu, pengkaji juga mendapati gerak aksi watak berjaya menonjolkan mesej moral dengan berkesan. Mendekati watak dan perwatakan dalam teater ini baik watak manusia atau watak bukan manusia dan meneliti elemen-elemen kekaguman yang membangunkan teater ini membolehkan pengkaji mengupas aspek yang dikaji iaitu penelitian terhadap nilai moral dan pendidikan dengan mudah, tersusun, terperinci, dan berkesan. Melalui watak manusia, nilai kasih sayang ini dapat dicungkil menerusi dialog-dialog yang ditutur disesuaikan dengan intonasi yang tertentu juga diselaraskan dengan pergerakan anggota badan serta diperjelaskan lagi dengan ekspresi wajah di saat menjiwai sesuatu peristiwa yang memungkinkan nilai-nilai moral yang dibincangkan itu diserlahkan melaui perwatakannya. Menerusi watak dan perwatakan Siti secara umumnya, pengarah meletakkan dua karakter yang berbeza iatitu bersifat positif dan negatif. Perubahan watak Siti Kecil kepada Siti Besar merupakan salah satu unsur fantasi yang terdapat dalam teater ini. Secara simboliknya, hanya Siti yang mengalami perubahan fizikal akibat daripada kehilangan geliga saktinya dan telah melalui satu pengembaraan yang sekaligus juga telah merubah sikapnya selama ini. Nilai kasih sayang ini dapat dikesan melaui watak siti pada awal cerita, kanak-kanak melihat perilaku siti sebagai seorang kanak-kanak yang sombong dan angkuh. SITI seolah-olah hanya bersifat ingin disayangi, tetapi dalam masa yang sama juga siti susah untuk menyayangi orang lain. Siti berubah menjadi baik hati dan seorang yang penyayang setelah melalui pelbagai rintangan dalam pengembaraanya mencari geliga saktinya yang telah hilang. Dalam hal inilah Pengarah menggarapkan karakter Siti dengan sebaik mungkin agar dapat menyampaikan Pendidikan moral kepada kanak-kanak dengan berkesan. Contoh yang paling jelas ialah melaui dialog Siti dengan kelip api yang kepaknya tersangkut di dahan. Dialognya seperti di bawah :
Kelip Api: Jika cahaya padam, beerti aku mati. Simpanlah…cahaya akan bernyala semula kalau seru nama aku. Gunakan sebagai penyuluh jalan. Ingatlah…Selalu berkasih sayang sepanjang hayat akan dikenang…
Siti: Selalu berkasih sayang sepanjang hayat akan dikenang.
Siti dan pengikut meninggalkan kelip api di dahan dengan sedih dan sayu, Siti memegang cahaya tersebut sebagai penyuluh jalan. Bunyi cengkerik, bunyi hutan menakutkan dan tersuluh pokok hantu mata burung hantu yang tiba-tiba berbunyi mengejutkan mereka terjerit terkejut. lari. Off stage.
(skrip: halaman:25)
Dialog yang diucapkan oleh Siti dengan mimik muka yang sayu, sedih serta terharu kerana tidak dapat menolong kelip api yang baik hati yang memberikan lampunya sebagai penyuluh jalan meskipun di saat-saat kematiannya.
Ekspresi Siti yang penuh beremosi ini sebenarnya, secara tidak langsung akan memberi peluang kepada kanak-kanak yang menonton berfikir serta membuat tanggapan bahawa Siti tidaklah sombong lagi dan nilai kasih sayang yang ditonjolkan itu memperjelaskan bahawa nilai murni tidaklah terbatas sesama manusia sahaja, malah turut melibatkan makhluk lain, lebih-lebih lagi kepada manusia yang memerlukan pertolongan. Sikap sombong dan angkuh sebenarnya tidak memberi apa-apa keuntungan sebaliknya sikap saling menyayangi akan mendorong kita hidup di dalam keadaan a,man damai, tanpa sebarang musibah.
Di dalam satu peristiwa lain, pengarah sekali lagi menonjolkan nilai kasih sayang ini melaui watak utamanya juga iaitu Siti yang berhadapan dengan bayan yang budiman. Siti yang selalu meninggi diri dan buruk sangka terhadap bayan, akhirnya menyesali akan perbuatannya itu setelah bayan sudi membantu dalam menghadapi pertarungan naga yang mencuri geliga. Kemuncak penyesalan Siti dapat dilihat apabila dia pergi mendapatkan bayan yang terbaring mati dengan langkah yang longlai dan perasaan yang sungguh sedih dan terharu diserlahkan dengan tindakannya yang menangis sambil bermonolog sendirian. Petikan monolog adalah seperti di bawah :
SITI ( MONOLOG ): Bayan…Maafkan Siti. Siti ingat bayan jahat…tapi Bayan sanggup mati kerana nak selamatkan Siti. Tak sempat cakap terima kasih pun. Bayan memang burung yang cantik. Burung yang baik hati. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sesekali. Dulu Siti sombong..sekarang Siti sudah menyesal. Harta kekayaan bukan segala-galanya, rupa yang cantik bukan untuk dibangga. Selalu berkasih sayang, sepanjang hayat akan dikenang.
( Skrip : Halaman 47 )
Kelakuan Siti yang menangis teresak-esak dengan diiringi muzik yang mendayu-dayu mengenangkan kematian Bayan yang sanggup bekorban untuknya, cukup jelas untuk Siti mulai mempunyai perasaan sayang yang mungkin dapat ditanggapi oleh audien kanak-kanak untuk turut menghayati kesedihan Siti menghadapi kematian burung bayan yang cantik dan budiman itu. Daripada peristiwa ini, audien kanak-kanak mungkin akhirnya dapat menerima Siti sebagai seorang yang penyayang, meskipun tidak menyukai sikapnya yang sombong dan angkuh pada awalnya.
Daripada ekspresi wajah Siti yang begitu sedih ditambah pula dengan kata-kata yang juga berbaur kessedihan dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami sekaligus dapat menarik minat kanak-kanak untuk menghayati bait-bait kata tesebut serta turut sama merasai kesedihan seperti yang dialami oleh Siti. Secara umunya, pengarah teater ini berjaya menggarapkan nilai moral kasih sayang dengan berkesan melaui watak utamanya Siti.
Pendek kata, kehadiran watak ini sememangnya boleh menarik minat kanak-kanak dan memupuk perasaan sayang terhadap watak ini. Keindahan watak ini ditambah lagi dengan kehadirannya yang diiringi lagu-lagu yang menarik iatu Kelip-kelip.
Berdasarkan ulasan oleh pengarah teater ini, lagu tersebut menjadi nadi kekuatan untuk mendukung tema dan idea utamanya yang menekan nilai kasih sayang yang sekaligus menjadi lagu tema dalam teater ini. Dengan melodi yang sedap didengar iaitu Melodi pop 80-an disesuaikan ilrik lagu yang mempunyai rima aa, bb, cc, ia menjadi unsur hiburan sebagai halwa untuk didengari oleh audien kanak-kanak. Lirik di dalamnya, jelas menekankan nilai moral yang berbentuk nasihat dan pedoman dalam memupuk nilai kasih sayang antara satu sama lain seperti yang terdapat dalam rangkap kedua lagu tersebut :
Selalu Berkasih Sayang
Sepanjang Hayat
Biar dikenang
Selalu bermurah hati
Budi yang baik dibawa mati
( Skrip : Halaman, 21 )
Di dalam rangkap tersebut, jelas menunjukkan pesanan yang berguna disampaikan agar selalu berkasih sayang dan berbuat baik sesama kita. Ini bersesuaian dengan ajaran agama islam itu sendiri yang menyeru agar umatnya sentiasa berbuat baik antara satu sama lain. Dalam konteks memberi pendidikan, kepada kanak-kanak, sepertimana teori yang ditekankan oleh. Begitu juga apa yang terkandung di dalam lirik rangkap yang keempat iaitu :
Selalu berbuat jasa
Hidup yang ada
Jangan disia
Selalu merendah diri
Di dalam hati biarlah suci
( Skrip : Halaman; 21)
Nilai kasih sayang ini berjaya disampaikan oleh pengarah dalam bentuk penyataan secara langsung. Misalnya, ucapan yang berunsur kasih sayang ini sentiasa menjadi ungkapan yang berbunyi ‘ selalu berkasih sayang sepanjang hayat akan dikenang’ telah menjadi ungkapan terakhir di dalam skrip teater tersebut dan meninggalkan kesan yang mendalam ke dalam jiwa yang menghayatinya. Secara keseluruhanya, nilai kasih sayang ini mendasari di segenap ruang yang wujud di dalam teater ini, sehingga ia kelihatan satu gagasan utama dalam proses penyampaian unsur moral dan pendidikan kepada audien kanak-kanak. Cara penyampaian melalui pengucapan dan gerak aksi watak mudah untuk difahami, tepat dan sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak. Bertepatan juga dengan teori yang dikemukan oleh John Dewey yang melihat drama dan lakon dalam pendidikan yang menunjukkan bahawa aktiviti lakon itu boleh dijadikan kaedah paling berkesan dalam mendidik golongan kanak-kanak adalah perlu dalam membina satu hubungan yang lebih luas yang seterusnya penting dalam mewujudkan masyarakat yang penyayang.
Bermuafakat
Dalam kehidupan ini, sifat muafakat menjadi intipati dalam hidup bermasyarakat. Kanak-kanak sejak kecil lagi perlu diasuh untuk berkompromi yang bermula dari alam persahabatan sesama mereka sehinggalah menjejak ke alam remaja. Semasa di dalam proses persahabatan dalam kelompok mereka kanak-kanak lebih senang untuk berkongsi idea, cerita, pengalaman, kegemaran, cita-cita dan sebagainya. Unsur-unsur ini mampu menjurus mereka ke arah konsep hidup bermuafakat.
Menurut teater Siti di Alam Fantasi, watak-watak seperti watak Mamat , lipas, burung bayan dan kelip api dilihat menjadi citra komuniti yang bermuafakat. Andan dan Mamat yang sentiasa menemani Siti tetap sepakat walaupun sesekali timbul konflik di antara mereka dan juga Siti. Dialog di bawah ini dapat menonjolkan semangat bermuafakat mereka dalam menghadapi situasi yang menyukarkan di sepanjang pengembaraan.
ANDAN: Kita nak ke mana dalam gelap ni?
SITI: Jangan takut. Ke mana mana pun kita tetap bersama.
LAMPU KELIP API TIBA-TIBA TERPADAM. SEMUA TERKEJUT.
SITI: Si Kelip Api dah mati… Selalu berkasih sayang sepanjang hayat akan dikenang.
MAMAT: Sesumpah rasanya semakin dekat, lebih baik kita cepat.
( Skrip ; Halaman; 25 )
Di dalam dialog tersebut jelas memperlihatkan kesepakatan mereka dalam menghadapi segala rintangan. Andan dengan nada yang suara perlahan jelas menggambarkan dia dalam ketakutan ketika mengeluarkan kata-kata tersebut dengan penuh kemusykilan. Meskipun riak mukanya tidak kelihatan kerana suasana yang gelap. Namun, daripada pengucapannya, jelas menggambarkan kebimbangannya untuk meyakinkan Andan, Siti cuba memujuk, meskipun, dia sebenarnya juga ketakutan kerana di ketika dia mengelurkan kata-kata itu terdengar kegugupan daripada pengucapanya. Mamat yang lebih berani daripada mereka berdua cuba mengalih kebimbangan mereka dengan mengingatkan mereka tentang musuh yang semakin menghampiri. Sifat Muafakat ini juga dapat dilihat dalam peristiwa Siti, Andan dan Mamat membantu kelip api api yang tersangkut di dahan. Antara dialog mereka ialah :
SITI: Mamat, lepaskan Si Kelip Api.
MAMAT CUBA MELEPASKAN KELIP API TAPI TAK BOLEH, ANDAN JUGA MEMBANTU. SITI MELIHAT KELILING TAKUT SESUMPAH SAMPAI KELIP API MENGERANG KESAKITAN DAN SUDAH KELIHATAN LEMAH.
MAMAT: Kalau ku tarik kuat, putus kepaknya. Dahan ini pulak kukuh.
SITI: Kita kena cepat Mamat. Takut sesumpah dekat.
( Skrip Halaman, 24 )
Dalam peristiwa tersebut jelas tergambar keikhlasan mereka untuk menolong kelip api. Mereka sepakat dan masing-masing mengetahui apa yang patut dilakukan. Dengan bersungguh-sungguh Mamat cuba melepaskan Kelip Api dengan dibantu oleh Andan. Siti pula meninjau-ninjau keadaan sekeliling dengan mimik muka yang kebimbangan takut sesumpah sampai. Sebagai sebuah Teater Muzikal, pengarah juga tidak lupa menyelitkan moral bermuafakat ini di dalam sebuah lagu iatu lagu ulat buku ( Skrip; halaman 35 ).Yang mengiringi kemunculan mereka. Berlatarbelakangkan melodi 70 an dan berirama samba, lagu itu sebenarnya sedap didengar dengan lirik yang mepunyai rima a, a, b, b. Lirik lagu tersebut menggunakan diksi yang mudah difahami dan apa yang disampaikan oleh Pengarah adalah jelas iaitu mengenai kehidupan muafakat yang diketengahkan dalam kehidupan watak binatang . Meskipun hanya dalam kehidupan binatang, namun pengarah sebenarnya, cuba menarik perhatian kanak-kanak daripada kelainan tersebut yang secara simbolik mengajar kanak-kanak agar selalu berpakat dan muafakat dalam kehidupan ini. Ini secara simbolik terdapat dalam rangkap yang kedua iaitu :
Suka sama suka
Boleh jalan mana-mana
Jangan jalan seorang
Tinggal belakang
Nampak Sumbang.
( Skrip; Halaman; 32 )
Selain itu, terdapat satu lagi peristiwa yang berkaitan dengan nilai bermuafakat ini. Lagu ini menyerlahkan semangat bermuafakat dan setia kawan antara Siti, Mamat dan Andan. Menerusi lagu Berkawan, sekali lagi pengarah menekankan nilai permuafakatan ini yang diserlahkan melalui keseluruhan lirik lagu tersebut. Antara rangkap yang menekankan aspek ini ialah pada rangkap yang kelima dan keenam iaitu :
Sepakat
Sepakat
Berpakat bawa berkat
Berteguh
Berteguh
Bercerai kita roboh.
( Skrip Halaman 17 )
Sesuai dengan kanak-kanak, bahasa yang digunakan amat jelas dan mudah untuk difahami. Lagu ini juga mempunyai rentak yang menarik dan rima a, a, a itu juga membuatkan iramanya seap didengar disertakan dengan suasana mengembara. Permuafakatan yang ditonjolkan oleh watak-watak di dalam teater ini secara tidak langsung berjaya meninggalkan kesan baik kepada kanak-kanak itu sendiri, baik kepada golongan yang terlibat dalam lakonan ataupun kanak-kanak yang menonton. Cara nilai ini diketengahkan oleh pengarah melalui gaya pengucapan dan gerak aksi yang ditunjukkan oleh watak sememangnya dapat memberi contoh yang baik kepada kanak-kanak. Ianya semakin berkesan apabila berjaya dijelaskan lagi dengan bantuan-bantuan elemen kekaguman yang berperanan dalam membangunkan sesebuah persembahan teater itu sendiri. Di dalam masyarakat Melayu itu sendiri terdapat peribahasa berhubung dengan sifat muafakat iaitu ‘bersatu kita teguh bercerai kita roboh’. Justeru nilai ini adalah penting untuk disampaikan kepada kanak-kanak sebagai satu pengisian nilai rohani di dalam jiwa mereka. Kita tidak ingin melihat masyarakat hidup dalam satu komuniti yang bersikap individulaistik dan mengenepikan soal-soal kemasyarakatan. Sewajarnya, teater ini harus dibanggakan oleh ibu bapa khususnya dan masyarakat umumnya kerana ia mampu menjadi medium untuk mencerakinkan nilai-nilai yang baik kepada kanak-kanak. Justeru, mereka mempelajarinya dari pelbagai sumber dan tidak terhad kepada sumber dari pendidikan formal sahaja.
Bertanggungjawab
Sikap betanggungjawab boleh dihubungkan dengan nilai perasaan yang prihatin dan seseorang itu melakukannya atas dasar kesedaran dan keikhlasan. Bagi mereka yang mempunyai rasa tanggungjawab, sesuatu perkara itu akan dipandang serius malah seseorang itu akan berasa bersalah jika mengabaikannya. Justeru sikap bertanggungjawab menjadi sebahagian elemen hidup bermasyarakat. Sikap bertanggungjawab ini merupakan nilai moral yang sangat penting untuk diserapkan dalam sanubari kanak-kanak dalam membentuk masyarakat yang mempunyai sensiviti untuk sesuatu pekara. Nilai ini amat jelas terpancar di dalam Teater Siti di Alam Fantasi, dan apa yang penting pengarahnya mempunyai cara yang sesuai untuk disampaikan agar mudah ditanggapi oleh audien kanak-kanak. Berdasarkan peristiwa Mamat dan Andan yang mengusung Siti sewaktu Siti masih tidak sedarkan diri, mereka berdua memperlihatkan sikap bertanggungjawab kepada Siti. Dalam hal ini, Mamat sebagai anak tukang kebun, dan Andan pula sebagai pembantu Siti sedar akan tanggungjawab mereka, meskipun mereka sebenarnya tidak sukakan Siti yang sombong dan angkuh itu. Misalnya, semasa geliga Siti dicuri dan rumahnya tenggelam, Mamat dan Andan sama-sama mengusung Siti yang pengsan. Ini dapat dilihat dalam plot pengembaraannya, antaranya ialah :
MAMAT DAN ANDAN MENGUSUNG SITI YANG PENGSAN DAN DILETAKKAN DI DEPAN PENTAS. MEREKA KELIHATAN PENAT.
MAMAT: Siapa yang nak jaga dia ni? Ayah dia, harta dia, dah tenggelam dalam tanah.
ANDAN: Geliga dia dah dicuri!
( Skrip; Halaman : 4 )
Mereka juga selalu memberi nasihat kepada Siti, meskipun tidak dihiraukan, misalnya dalam dialog ini ;
SITI: Jalan kanan, jalan ke kiri, Andan! Mamat! Kita masuk jalan kiri!
MAMAT(TERKEJUT): Siti! Ingat pesan Lipas, jalan ke kanan, jangan ke kiri
MAMAT: Tak percaya kami tak apa! Tapi jalan kiri bahaya!
( Skrip : Halaman :16)
Saling Nasihat Menasihati
Sikap nasihat menasihati merupakan sau konsep hubungan timbal balik antara seseorang individu dengan individu yang lain. Dalam masyarakat Melayu, unsur nasihat menasihati sudah diterima sebagi norma dalam masyarakat. Seseorang yang enggan menerima nasihat akan dilabelkan sebagain manusia yang angkuh dan sombong. Dalam konteks nasihat menasihati, ia menjadi nilai penting untuk mencapai kesempurnaan diri dan kelemahan diatasi. Menerusi skrip teater Siti Di Alam Fantasi, nilai moral saling nasihat menasihati ini dapat dilihat daripada beberapa peristiwa yang digarapkan pengarang dengan berkesan. Plot permulaan cerita menyaksikan kemuncula nwatak gergasi batu yang diberkatakan dengan wajah yang menggertu, berbenjol dengan mata yang besar dan bewarna merah, sambil memberi nasihat melali mantera. Mantera secara langsung berfungsi sebagai unsur nasihat dengan memberi peringatan kepada watak utama Siti. Antara contohnya ialah, pada rangkap terakhir iaitu :
Satu pesanan ku yang terakhir,
Jangan engkau mungkir,
Miskin bukan hamba selama,
Kaya bukan angkuh meraja,
Miskin bukan hamba selama,
Kaya bukan meraja,
( Skrip halaman : 12 )
Di awal pengembaraan, Siti iaitu dalam babak bertemu dengan sekumpulan lipas, ketua lipas menasihati Siti agar menuju ke jalan sebelah kanan sebaliknya melarang Siti menuju ke jalan sebelah kiri, kerana bahaya menanti. Antara dialog yang melibatkan watak ini ialah :
SITI: Mana jalan keluar?
KETUA LIPAS: Ikut lorong sini, hingga ke jalan besar. Jalan kanan jangan ke kiri.
SEMUA LIPAS: (Mengigil ketakutan dan berkumpul) Uhhhhhh”
SITI:(Sangsi) Jalan kanan jangan ke kiri? Kenapa?
KETUA LIPAS: Bahaya.
MAMAT:Bahaya apa?
KETUA LIPAS: Lipas yang ke sana tak pernah balik ke sini lagi!
(Tiba-tiba asap memenuhi ruang. Semua LIPAS terbatuk-batuk).
(POKOK cuba mendekati BAYAN untuk merawat kepaknya yang patah. POKOK mengambil daun dari setting untuk membalut kepak BAYAN. SITI tidak memperdulikan BAYAN. Dia sibuk melihat jalan yang bersimpang).
SITI :Jalan kanan jangan ke kiri. Pokok Sebatang Kara, Mamat, kita masuk jalan kiri.
MAMAT :(Terkejut) Siti! Ingat pesan Lipas, jalan kanan jangan ke kiri.
SITI :Kamu percaya pada Lipas? Hei, kamu berdua pun aku tak percaya tau.
MAMAT :Tak percaya kami tak apa. Tapi jalan kiri bahaya!
SITI :Ini semua muslihat lipas. Macamana kalau kanan yang bahaya?
(BAYAN cuba bangun untuk terbang semula tetapi masih menanggung kesakitan dan terhuyung hayang).
BAYAN:Sebelah kiri jalan mati! Sebelah kiri jalan mati! Hati-hati! Bahaya menanti! Hati-hati bahaya menanti!
SITI:(Marah) Saya tak perlukan nasihat awak, Bayan! Awak sendiri patah kepak. Kenapa tak hati-hati? Pandai nak menasihatkan orang lain!
( Skrip : Halaman : 13 )
Mamat dengan suara yang lantang dan yakin tetap melarang Siti agar tidak mengikut jalan kiri. Secara umumnya, nilai moral saling nasihat menasihati terus hidup di sepanjang pengembaraan. Bayan menasihati Siti agar mendengar nasihat Siti. Gaya pengucapan Siti yang kasar dan Lantang telah menyerlahkan kemarahan yang wujud di dalam dirinya terhadap Mamat yang mengongkong keputusannya. Karakter yang digarapkan penulis kepada kedua-dua watak tersebut adalah berkesan dengan dengan seseuatu mood akhirnya berjaya atau menyerlahkan nilai moralini dengan sebaik yang mungkin. Isu yang dikemukan ini, diharapkan dapat memberi kesedaran kepada akhlak kanak-kanak agar dapat membezakan taraf karakter seseorang individu. Melalui sikap prihatin mampu menyemai semangat nasionalisme yang mengajar mereka tentang pentingnya mempunyai semangat cintakan tanah air.
Belas Kasihan Sikap belas kasihan merupakan kesinambungan yang lahirdari persaan prihatin. Ia merujuk kepada sikap simpati terhadap kesusahan orang lain. Dalam teater Siti DiAlam Fantasi, sikap belas kasihan bukan sekadar melibatkan watak-watak manusia tetapi juga watak bukan manusia untuk menyatakan konsepsi sikap belas kasihan ini untuk semua unsur kehidupan. Dengan menampilkan beberapa watak binatang yang cantik dan menarik dalam realiti kehidupan yang sebenar seperti bayan dan kelip api , penulis menerapkan nilai moral berdasarkan keterlibatan untuk peristiwa yang menyayat hati.Peristiwa ini dapat dilihat dalam skrip :
SIKELIP API mencabut cahaya di ekornya. Dia menanggung kesakitan. Mereka terkejut dengan tindakan SIKELIP API. Dia memberi cahayanya kepada SITI. Semua terharu dengan sikap SIKELIP API yang tidak mementingkan diri sendiri dan sanggup berkorban).
SIKELIP API: (Menanggung kesakitan) Jika cahaya padam, bererti, aku mati.
Simpanlah’cahaya akan bernyala semula, kalau seru nama aku. Gunakan sebagai, penyuluh jalan. Ingatlah’Selalu berkasih sayang, sepanjang hayat akan dikenang’.
SITI BESAR: (Terharu) Selalu berkasih sayang, sepanjang hayat akan dikenang?
SIKELIP API: Pergilah ! Cepat pergi.’
(Mereka terpaksa meninggalkan SIKELIP API yang tersepit di celah dahan dengan sedih dan sayu. SITI memegang cahaya tersebut sebagai penyuluh jalan dan keluar pentas.
SESUMPAH melompat masuk pentas. SESUMPAH sudah terhidu bau makanannya. Kawan- kawan SIKELIP API cepat-cepat datang semula untuk menolong SIKELIP API. SESUMPAH semakin menghampiri SIKELIP API).
( Skrip : Halaman : 23)
(Di perjalanan, mereka berjumpa dengan burung BAYAN yang cuba terbang tetapi tidak boleh kerana kepaknya patah. MAMAT dan POKOK melihat kagum burung BAYAN yang cantik).
POKOK : Cantiknya burung Bayan ni.
MAMAT : Kepak dia patah.
BAYAN : Hati-hati! Bahaya menanti! Hati-hati!
POKOK : Kenapa kepak kau patah? Kesian, tak boleh terbang.
BAYAN : Bahaya menanti! Hati-hati!
(POKOK cuba mendekati BAYAN untuk merawat kepaknya yang patah. POKOK mengambil daun dari setting untuk membalut kepak BAYAN. SITI tidak memperdulikan BAYAN. Dia sibuk melihat jalan yang bersimpang.)
( Skrip : Halaman : 13, 14 )
Kedua-dua peristiwa tersebut yang diungkap dengan cara pengucapan yang baik. Keberkesanan jalinan peristiwa tragis yang menimpa watak-watak pratogonis khususnya menjadi satu idea yang mantap untuk menghasilkan nilai moral dalam memupuk perasaan belas kasihan.
Keberanian
Sikap keberanian perlu dipupuk sejak kecil lagi, khususnya dalam menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah. Keberanian itu perlu ada pada setiap orang tetapi ia harus tahu batas dan keupayaan kerana keberanian yang melulu boleh mencetuskan bencana. Namun, dalam melihat nilai moral, keberanian watak yang terlibat dalam skrip teater Siti Di Alam Fantasi, hanya melibatkan keberanian watak yang terlibat dalam mempertahankan haknya dan ditonjolan beberapa aksi pertarungan dengan watak antagonis. Sebagai seorang lelaki dan bertanggungjawab ke atas keselamatan diri di sepanjang pengembaraan yang menjadikan Mamat dan Andan berani untuk menghadapi sebarang cabaran dan dugaan. Misalnya, peristiwa berhadapan dengan lebah dan sesumpah . Dalam peristiwa ini, tidak terdapat dialog yang banyak untuk menjelaskan keadaan. Pengkaji melihat nilai moral merupakan satu pendidikan yang berguna untuk kanak-kanak yang sememangnya sukakan yang mencabar dan luar biasa.
(Bersusah payah BAYAN cuba juga terbang. Sebaik saja BAYAN terbang keluar pentas, SITI dan MAMAT seperti dikejar sesuatu, termengah-mengah berlarian masuk ke pentas semula. POKOK berpusing mendapatkan mereka. SESUMPAH melompat masuk pentas dan mengejar SITI dan MAMAT. Semua terkejut dan terjerit. SESUMPAH mengembangkan tengkoknya bersedia mahu menyerang garang. MAMAT cuba melindungi SITI dan POKOK yang lebih ketakutan. Setapak mereka undur ke belakang, setapak SESUMPAH maju ke depan).
MAMAT : Undur ke belakang, undur’.
(SESUMPAH melompat menyerang. Ia hampir mendapatkan SITI. Semua terjerit cabut lari keluar pentas. SESUMPAH mengikut mereka dari belakang, sebelum keluar pentas, sempat lagi menghidu tempat persembunyian Lebah-lebah).
( Skrip : Halaman :16)
Keserdehanaan
Sikap dan keperluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan samada dalam pemikiran, peraturan atau perlakuansesuai dengan norma dan nilai masyarakat perlu diterapkan dari peringkat awal lagi iaitu bermula daripada kanak-kanak lagi. Aspek-aspek perlu ditekankan ialah sederhana dalam memberi pendidikan kepada mereka agar tidak angkuh dan sombong . Sikap keserdehanaan Mamat terselah melalui satu peristiwa dalam pengembaraan. Antara dialog yang menonjolkan kesederhanaan Mamat semasa bertemu dengan sekumpulan Lipas ialah :
SEMUA LIPAS TENANG SEMUA. SEEKOR LIPAS JUMPA KASUT.
Mamat
Hoi! Yang itu aku punya.
Lipas
Gua Punya!
Mamat
Itu aku punya!
Ketua Lipas
Kalau sudah di tempat pembuangan, siapa yang jumpa, dia yang punya!!
Siti
Mamat, biarlah kasut murah itu.
Mamat
Murah pada engkau, mahal pada aku! Nama aku pun ade kat kasut tu.
SEMUA LIPAS SEOLAH MARAH, MAMAT UNDUR.
Berdasarkan dialog yang diucapkan oleh Mamat dengan suara yang agak Lantang dan bersungguh-sungguh menampakkan bahawa dia menyayangi kasutnya. Meskipun pengarang hanya menyelitkan sedikit peristiwa dalam babak ini, namun ia cukup untuk memberi pendidikan kepada kanka-kanak. Kanak-kanak harus dibiasakan dengan kehidupan yang sederhana dan belajar mensyukuri nikmat yang dikurniakan agar mereka tidak mudah lupa diri dan bermegah dengan apa yang ada.
Keadilan
Nilai moral keadilan dimaksudkan ialah berkait rapat dengan konsep balasan. Membincangkan penerapan nilai moral keadilan ini, pengkaji mendapati terdapat beberapa peristiwa-peristiwa yang telah dinyatakan lebih baik dari segi dialog, watak bagi mengentengahkan nilai moral keadilan ini. Pengkaji akan menyatakan peristiwa yang terbabit secara umum dan mengaitkan dengan nilai moral yang akan dibincangkan. Di dalam skrip Teater Siti Di Alam Fantasi, pengarang bijak menerapkan unsur humor iaitu terdapat dialog suara siti macam keldai, kerana mendapat balasan di atas sikanya yang sombong. Antara dialog yang menunjukkan Siti mendapat balasan adalah :
SITI : (Meninggikan suara) Memang saya sombong! Saya pentingkan diri sendiri! (Berbunyi Keldai) Heekkk Hookkkk!! (SITI cepat-cepat menutup mulutnya).
MAMAT : Buat jahat balasnya jahat! Apa salahnya dibawa burung Bayan tu sekali? Sombong! Aku hairan betul, kenapa ada jugak orang dalam dunia ni yang tak reti belas kasihan? Pokok yang kering kontang ni pun ada kemanusiaan. (Menyanyi mengejek) Keldai oh Keldai kenapa engkau berbunyi? Macamana aku tak bunyi, aku bodoh sombong!
SITI BESAR: (Bercakap sendiri, geram) Aku mesti cari geliga secepat mungkin. Aku tak suka tinggal lama dalam hutan ni.
MAMAT : Telinga pun sekejap saja panjang jadi telinga keldai! Lepas ni entah apa pulak yang tumbuh!
(SITI bermasalah sangat dengan telinganya. Malu dan kehulu kehilir kerana sedang memikirkan jalan penyelesaian).
SITI BESAR: Siapa pencuri geliga? Siapa? Siapa’ cuba fikir! Siapa pencuri? Aku mesti keluar dari hutan ini secepat mungkin. Aku mesti dapatkan geliga. Mamat? Pokok?
(MAMAT dan POKOK sudah lena tidur. SITI menguap mengantuk. Terlena dan berdengkur seperti keldai.
Kelihatan cahaya dari ekor KELIP-KELIP berterbangan dengan cantik. KELIP-KELIP menyanyi dan menari seolah-seolah di alam fantasi. Mood mendayu seperti angin yang berlalu).
Keinsafan
Sifat yang sentiasa menginsafi diri merupakan sifat yang terpuji. Kesedaran mengenai hakikat ini akan mengajak manusia bersikap lebih sederhana dalam apa jua keadaan yang dilakukan. Pada permulaan dan pengembaraan menyaksikan sikap Siti yang sombong dan angkuh sehinggalah dia mengalami beberapa dugaan yang menyebabkan dia insaf di atas sikap itu. Pengarang menggarapkan nilai moral ini dengan berkesan melalui garapan gaya pengucapan Siti. Kematian watak Bayan dalam peristiwa pertarungan dengan naga, akhirnya memebri kesan emosi terhadap Siti menampilkan emosinya yang begitu sedih dan terbaru dapat dilihatdalam peristiwa dia berhadapan dengan Bayan yang telah mati. Bagi menunjukkan satu lagiluahan rasa hati Siti,, Pengarang memasukkan unsur monolog yang diucapkan oleh Siti.Petikan monolog itu adalah seperti berikut:
SITI segera mendapatkan BAYAN yang terbaring mati).
SITI BESAR: (Sedih) Bayan, Siti ingat Bayan jahat’tapi Bayan sanggup mati sebab nak tolong Siti. Siti tak sempat nak ucapkan terima kasihpun. Bayan memang burung cantik. Bayan baik hati. Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Siti akan selalu buat baik. Dulu Siti sombong’ sekarang Siti dah menyesal. Tolong maafkan Siti. Harta kekayaan bukan segala-galanya , rupa cantik bukan untuk dibangga. Selalu berkasih sayang… sepanjang hayat akan dikenang’
Nilai Moral Yang Bersifat Negatif
Tidak dapat dinafikan, selain daripada menerapkan nilai-nilai yang positif, penulis juga menyelitkan nilai-nilai yang bersifat negatif. Walaubagaimanapun, perlu disedari bahawatujuan nilai-nilai negatif ini diselitkan bukanlah sebagai penerapan nilai kepada audien. Ianya lebih memberi gambaran sebenar kepada tentang apa yang berlaku jika nilai ini diamalkan oleh mereka Sikap sombong dikategorikan di dalam nilai-nilai yang bersifat negatif. Sikap sombong ini boleh merujuk kepada sikap angkuh, bongkak, dan juga tinggi hati. Pengarah menerapkan sikap sombong pada watak Siti pada walanya dan pada akhirnya Siti sedar dan tidak bongkak lagi. Dialog yang memaparkan sikap sombong Siti :
SITI
Saya bukan bercakap dengan awak, budak miskin yang pengotor! ( kepada ANDAN ) kalau tak
Ada tikar daun pun boleh.
MAMAT
Bukan nak berterima kasih, kita dah selamatkan dia. Dia marah kita pulak!
SITI
Saya boleh marah awak sebab awak anak tukang kebun saya, dan awak ( Kepada Andan ) pembantu
Saya.
MAMAT
( Mengejek ) Awak anak tukang kebun saya sombong)
( Skrip: Halaman : 5 )
Selain itu juga, sebagai sebuah skrip teater muzikal, pengarang menyelitkan mesej moral yang bersifat sombong ke dalam sebuah lagu yang bertajuk Kaya Rupa Kaya Harta. Dengan menggunakan diksi yang mudah difahami, penulis menjelaskansikap itu, melalui sindiran dengan begitu baik sekali, contohnya, dalam rangkap lagu ini :
LAGU : AKU KAYA
Ramai: Dia cantik
Siti Kecil: Aku cantik
Ramai: Dia kaya
Siti Kecil: Aku kaya
Rama: Dia mulia.
Siti Kecil: Aku cantik
Ramai Dia cantik
Siti Kecil: Aku kaya
Ramai: Dia kaya
Siti Kecil: Aku mulia.
Ramai: Dia punya harta berjuta
Dia punya rupa yang lawa
Dia punya geliga
Siti Kecil: Aku yang punya.
Ramai: Dia punya hamba sahaya
Dia memerintah sahaja
Semua orang tak suka
Tak seperti rupa.
Siti Kecil: Aku cantik
Ramai : Dia cantik
Siti Kecil: Aku kaya
Ramai: Dia kaya
Siti Kecil: Aku mulia.
Siti Kecil: Aku punya harta berjuta
Aku punya rupa yang lawa
Aku punya geliga
Ramai: Dia yang punya.
Siti Kecil: Aku punya hamba sahaya
Aku memerintah sahaja
Yang miskin semua sama
Tak berharga.
Ramai : Dia punya harta berganda
Dia membazirkan sahaja
Dia punya kuasa.
Tidak berperikemanusiaan
Melalui skrip Teater Siti di Alam Fantasi, kanak-kanak didedahkan dengan kepelbagaian sifat positif mahupun negatif melalui karakter wataknya. Gambaran sifat tidak berperikemanusiaan ini ditonjolkan menerusi watak sesumpah yang selalu muncul untuk memburu Siti dan rakannya. Gambaran sifat tidak berperikemanusiaan ini boleh dilihat dalam satu peristiwa sesumpah dengan kelip api yang dijelaskan melalui penyataan skrip tersebut :
SESUMPAH melompat masuk pentas. SESUMPAH sudah terhidu bau makanannya. Kawan- kawan SIKELIP API cepat-cepat datang semula untuk menolong SIKELIP API. SESUMPAH semakin menghampiri SIKELIP API).
SIKELIP API: Cepat terbang kawan-kawan! Tinggalkan lah aku’Pergi! Cepat selamatkan diri’Pergiiiii!!! Pergilah kawan-kawan’Cepat terbang!!! Pergiiiii!!!!!
(Kawan-kawan SIKELIP API terpaksa terbang kerana SESUMPAH sudah menghampiri SIKELIP API).
SI KELIP API: (Sayu) Selamat tinggal kawan-kawan’Selalu berkasih sayang sepanjang hayat akan dikenang’Selamat tinggal kawan-kawan.’
(SESUMPAH menerkam SIKELIP API. Pentas Gelap).
( Skrip : Halaman : 23 )
Penerapan nilai moral ini diharapkan agar dapat mendidik kanak-kanak untuk mempunyai perasaan simpati terhadap golongan yang kurang baik dan bukannya mengambil kesempatan ke atasnya. Sebagai manusia yang normal, sikap bertimbang rasa seharusnya pada kita dan menjadi salah satu elemen dalam kehidupan yang harmoni.
Terburu-buru Sikap terburu-buru adalah satu sikap negatif iaitu melakukan satu perkara atau bertindak tanpa berfikir dengan sewajarnya terlebih dahulu. Sikap terburu-buru ini perlu dihindari dan apabila membuat sesuatu keputusan seharusnya berfikir dengan rasional dan sewajarnya. Implikasi terhadap sikap terburu-buru ini akan menimbulkan penyesalan, ketidakadilan, permusuhan, rasa tidak puas hati dan banyak lagi kesannya.
Sikap terburu-buru ini ada pada Permaisuri katak dan dapat dilihat melalui peristiwa penculikan Siti. Permaisuri katak tidak berpuas hati dengan Raja Katak telah menjatuhkan hukuman buang daerah terhadap Siti dan rakan-rakannya.
PERMAISURI KATAK: Tangkap! Siti dan geliga menyebabkan Raja Katak tamak dan hilang arah. Didapati bersalah dan dihukum gantung kaki keatas kepala dibawah!
SITI : Permaisuri katak! Saya tak bersalah! Hukuman tak adil! Saya bantah!
Pendek kata, kepelbagaian karakter yang ditonjolkan oleh Pengarang, melalui watak-wataknya, memberi peluang kepada pengkaji untuk meneliti aspek moral melaui watak-watak tersebut. Perlakuan negatif seperti yang ditonjolkan itu, diharapkan dapat menjadikan sempadan kepada golongan kanak-kanak terutamanya.
Sikap tamak
Sikap tamak merujuk kepada sikap ingin memiliki sesuatu tanpa balasan atau dirujuk sebagai haloba. Dalam kehidupan seharian, kanak-kanak tidak terlepas daripada mengalami pelbagai peristiwa dan melakukannya. Mereka secara tidak langsung mempelajari sesuatu yang baik dan seterusnya mendorong mereka untuk bertindak mengikut apa yang mereka rasai sesuai denga tahap pemikiran mereka. Penulis peka dengan keadaan ini dan mengambil inisiatifuntuk menerapkan sikap ini agar lebih difahami oleh golongan kanak-kanak. Bagi memudahkan penerapan nilai-nilai moral ini terhadap kanak-kanak, pengkaji melihatnya dari sudut dialog yang diucapkan oleh katak yang menggambarkan sifat tamak yang diselitkan oleh penulis cerita ini. Pengkaji mengambil satu contoh dialog di antara Raja Katak dengan Siti. Dialog tersebut menunjukkan bahasa yang digunakan oleh raja Katak agak kasar, bagi menunjukkan ketamakkan sifatnya.
RAJA KATAK
Kahwin manusia boleh suruh dia buat kerja! Besarkan tasik! Besarkan istana! Aku dapat geliga, aku lagi kaya, aku beli tasik, beli laut! Aku boleh beli semua!
SITI
Raja katak tamak! Dah banyak harta masih nak geliga! Aku takkan dapatkan geliga!
( Skrip : Halaman : 23 )
Sikap Malas
Tumpuan kepada skrip teater kanak-kanak secara tidak langsung memerlukan pengkajian tentang psikologi kanak-kanak. Menyentuh mengenai psikologi kanak-kanak pula tidak dapat kita terpaksa memahami naluri kanak-kanak pula tidak dapat kita untuk tidak terpaksa memahami naluri kanak-kanak dan juga tentang sikap semulajadi kanak-kanak. Namun, apa ynag ingin dibincangkan bukanlah semata-mata sifat semulajadi kanak-kanak sahaja, bahkan ia merupakan satu sikap semulajadi manusia yang sukar dikikis. Nilai moral yang bersifat negatif yang ingin dibincangkan ini ialah mengenai sikap malas. Mungkin kita melihat sikap itu sebagai satu sikap biasa dan tidak dianggap remeh. Namun, tanpa kita sedari bertitiktolak daripada sikap itulah manusia banyak menghadapi masalah dan lebih jauh daripada itu, menyebabkan seseorang itu tidak produktif dalam apa jua yang dilakukan. Keprihatinan penulis mengenai sikap negatif ini dilihat dalam penerapannya yang disesuaikan dalam konteks kanak-kanak. Di dalam skrip eaater Siti di Alam Fantasi, pengkaji mendapati penulis menyelitkan nilai-nilai moral ini melalui satu peristiwa yang melibatkan watak ulat bulu. Dalam pencarian geliga saktinya, Siti dan pengikutnya menemui sekumpulan ulat bulu yang ponteng sekolah dan sedang menyanyi sambil menari. Penegasan terhadap nilai moral ini, boleh dilihat melalui penyataan dialog yang diucapkan oleh :
SITI DAN PENGIKUTNYA MENGGARU GATAL. TIBA-TIBA MASUK KETUA ULAT BULU MEMEGANG ROTAN. WAJAHNYA GARANG MELIHAT SITI DAN PENGIKUTNYA. ULAT BULU SEMUA JADI TAKUT.
KETUA ULAT BULU
Ponteng sekolah, malas sekolah, ponteng sekolah!! Kamu siapa? Siapa nama? Umur berapa? Sekolah mana? Darjah berapa? Macam mana nak pandai?
( Skrip: Halaman : 33 )
BAB 5
KESIMPULAN
Pengenalan.
Bab lima ini akan menerangkan tentang kesimpulan yang dapat dibuat. Secara tidak langsung, pengkaji telah mendaptkan kesimpulan terhadap hasil kajian yang telah diterangkan di bab 4 setelah kajian dilakukan. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji dimana rumusan atau kesimpulan dari hasil kajian bab 4 akan disimpulkan melalui bab ini. Selain itu, menerusi bab ini juga, pengkaji akan memberikan pandangan serta beberapa cadangan kepada bakal pengkaji terhadap konsep dan penerapan teori yang telah dibuat supaya dapat memberikan kesan yang baik terhadap industri penulisan teater khususnya dalam mengenalpasti penerapan nilai-nilai moral dalam skrip teater kanak-kanak. Pengkaji juga berharap kajian ilmiah ini akan dapat menjadi panduan serta rujukan kepada pengkaji yang lain pada masa akan datang yang akan mengkaji bidang perfileman ini.
Rumusan Terhadap Nilai-Nilai Moral Dalam Skrip Teater Muzikal Siti Di Alam Fantasi (2010)
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan dan setelah meneliti segala dapatan yang diperolehi terhadap skrip teater kanak-kanak , Siti di Alam Fantasi ini, memberi penekanan terhadap penerapan elemen nila-nilai moral yang dilihat daripada sudut skrip. Maka pengkaji telah memperolehi beberapa kesimpulan yang menarik untuk diketengahkan. Walaupun beberapa kesimpulan telah dilakukan terhadap analisis kajian, namun pengkaji merasakan adalah perlu sekali lagi sebagai penekanan istimewa bagi memudahkan pemahaman pembaca.
Salah satu daripada ciri utama teater kanak-kanak ialah hasil karya perlulah memberi didikan dan pengajaran, selain mngasah kecerdasan minda. Penerapan dan penghayatan nilai-nilai kemanusiaan, kemasyarakatan serta segala sesuatu yang berhubung dengan keperluan dalam kehidupan. Melihat mengenai keberkesanan teater ini dalam menyampaikan mesej moralnya, penulis berjaya menggarapkan kesemua elemen dalam membangunkan sesebuah persembahan teater dengan sebaiknya. Pengaplikasian pendekatan yang dikemukakan oleh Robert Park dan Aristotle dalam teori kajian teks telah memudahkan pengkaji untuk melihat aspek yang dikaji. Jika dilihat daripada kedua-dua teori tersebut merupakan kombinasi yang amat tepat untuk mengenalpasti elemen-elemen nilai moral dalam skrip Teater Siti Di Alam Fantasi. Pengkaji mengambil pendapat yang dikemukan oleh Rahmah Bujang (2002), mengenai penilaian ini adalah selari untuk mengukur kejayaan sesebuah karya melalui interpretasi skrip atau media persembahan. Dan akhirnya, kita melihat pengertiaan kemanusiaanyang diungkapkan dalam karya teater itu yang meramgkumi pendidikan sosial, nasional, agama, serta pengertian hidup keseluruhannya.
Cadangan Pada Masa Hadapan
Penghasilan kajian terbaik haruslah berlandaskan kepada pendedahan ilmu yang tinggi dan banyak dengan mengamalkan amalan membaca, serta ketekunan dalam membuat sesuatu kajian dengan sempurna dan teratur. Berdasarkan penyelidikan yang berkesan dan hasil kajian yang releven, pengkaji berharap agar bakal pengkaji dapat megambil inisiatif dalam mengkaji dengan lebih jelas terhadap sesebuah kajian. Pengkaji juga berharap dan menyarankan agar karya penulisan terutamanya skrip teater kanak-kanak yang menjadikan nila-nilai moral sebgai kunci utama dalam memeri pendidikan kepada kanak-kanak terutamanya dikaji dan digunapakai dengan lebih menyeluruh dan sistematik. Pengkaji juga berharap agar bakal pengkaji akan lebih memahami elemen nilai moral, konsep nilai moral serta teori berkenaan kajian teks secara menyeluruh terhadap kajian pada masa hadapan bagi yang mengkajinya. Cadangan ini diberikan, oleh kerana sekiranya kurang mahir dengan segala maklumat melalui fakta atau teori yang berkenaan bakal pengkaji berkemungkinan menghadapi kesukaran dan masalah yang besar apabila berhadapan dengan mereka yang lebih berkemahiran tinggi dalam bidang teater kanak-kanak, khususnya dalam penulisan karya skrip yang berkaitan dengan kajian. Bakal pengkaji haruslah lebih teliti dan lebih fokus supaya tidak tersasar dari kajian yang hendak dikaji.
Kesimpulan
Daripada analisis moral yang diteliti dari sudut skrip, jelas menunjukkan nilai-nilai itu dapat diteliti dengan terperinci melalui skrip teater Siti Di Alam Fantasi. Pengupasan setiap nilai moral yang disenaraikan mampu diteliti dari setiap sudut penting yang membangunkan sesebuah karya dan seni teater. Misalnya dilihat dari segi tema, bahasa dan dialog serta watak dan perwatakan yang sekaligus Berjaya dalam menyampaikan mesej yang berguna kepada kanak-kanak. Nilai-nilai moral yang diselitkan oleh penulis, meskipun terlalu mudah dan kadangkala dianggap sebagai sesuatu yang biasa akhirnya kelihatan menarik dan berkesan dalam memberi peringatan kepada kanak-kanak apabila sesebuah karya disampaikan melalui pementasan teater Siti Di Alam Fantasi. Pendek kata, garapan yang baik dari penulis menghasilkan sesebuah karya dan persembahan yang baik dalam menyampaikan mesej moral dengan berkesan.