Essay: INTEGRITI

Mengikut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, definisi integriti merujuk kepada kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan; keutuhan. Selalunya Integriti akan diungkit semasa wujudnya isi plagiarism. Kegiatan plagarism ini sudah tentu telah melanggar pegangan prinsip integriti. Walaupun pelajar tahu bahawa plagiarism adalah sesuatu kegiatan yang tidak bermoral, mereka tetap sanggup membuat demikian untuk menyenagkan mereka. Sebagai contoh, sesetengah pelajar malas buat kerja khusus, untuk menyempurnakan kerja khusus itu mereka sanggup mendapatkan hasil kajian daripada daripada Internet dan seterusnya menyalin semula bahab tersebut sebagai hasil kerjanya. Pembuatan tersebut telah melanggar pembuatan integriti iaitu pelajar demikian tidak dapat memegang prinsip nilai etika teras, iaitu ia menerangkan seseorang perlu bersifat jujur dan telus dalam melakukan sesuatu tugasan yang diberi. Plagiarism ini dilakukan oleh orang yang kurang bermoral, mereka telahpun lupa pegajaran ibu bapa dan guru yang mengajar mereka agar bersikap kejujuran sejak kecil. Pada zaman sekarang, boleh dikatakan hampir semua orang adalah tidak dapat memegang seratus peratus kepada prinsip integriti. Jika cakap pasal kegiatan plagiarism, saya percaya kebanyakan pelajar mahupun mahasiswa yang berpendidikan tinggi telah pernah melakukan kegiatan plagiarism. Menurut kajian daripada Center of Academic Integriti kepada 50000 mahasiswa di Amerika Syrikat, didapati seramai 70% mahasiswa pernah melakukan plagiarism dalam melakukan tugasan mereka. Oleh itu, boleh dikatakan semakin seseorang itu membesar, semakin seseorang itu tidak bersifat integriti, oleh demikian peratusan mahasisiwa yang melakukan plagiarism adalah paling tinggi membandingkan dengan pelajar sekolah menengah dan sekolah rendah. Hal ini kerana semakin orang itu membesar, semakin banyak orang mengetahui tentang teknologi dan semakin hebat orang berfikir untuk mencari jalan senang bagi meyiapkan tugasan mereka. Maka, tidak hairanlah kalangan mahasiswa yang paling banyak terlibat dalam kegiatan plagiarism. Oleh itu, boleh dikatakan pendidikan gagal menghasilkan seseorang yang betul-betul beretika dan bersikap integriti seperti yang belajar daripada buku teks.

AKAUNTABILITI
Merujuk Kamus Dewan dan Pustaka, sifat bertanggungjawab terhadap seseorang atau sesuatu (keputusan, tindakan dsb) serta bersedia memberikan penjelasan atau kewajaran yg diperlukan. Akauntabiliti menekankan seseorang untuk memegang tanggungjawab yang diberi kepada mereka tidak kira apa situasi yang telah berlaku. Namun, sesetengah pelajar sanggup membuangkan akauntabiliti untuk kesenangan mereka. Mereka sanggup melakukan plagiarism tanpa menghiraukan tangguangjawab yang diberikan. Tanggungjawab pelajar adalah untuk menyiapkan tugasan yang diberi tanpa menyalinkan hasil kerja lain. Seseorang pelajar yang cemerlang dan bertanggungjawab tidak akan melanggar akauntabilitinya, mereka akan cuba sedaya upaya untuk menyempurnakan kewajipannya untuk menyiapka tugasan yang diberi walaupun tugasan tersebut agak susah untuk mereka. Merujuk kepada nilai etika teras, seseorang perlu bersikap bertanggungjawab, iaitu bertindak dengan mempunyai disiplin diri, berfikir sebelum bertindak, memahami kesan buruk tindakan yang dilakukan dan memegang akauntabiliti dalam tindakan. Seseorang pelajar yang melakukan plagiarism telah melanggar semua syarat di atas, ini bermakna mereka tidak beretika dalam melakukan tugasan yang diberi dan mereka tidak dapat menyempurnakan tanggungjawab mereka dengan baik.

PROFESIONALISM
Menurut Kamus Dewan dan Pustaka, profesionalisme merujuk kepada sifat-sifat (kemampuan, kemahiran, cara pelaksanaan sesuatu dll) sebagaimana yg sewajarnya ter??dapat pd atau dilakukan oleh seorang profesional. Pada masa depan semua pelajar akan mempunyai peluang untuk menjadi seorang profesional. Seseorang yang profesional tidak hanya perlu mempunyai kemahian dan pengetahuaan yang tinggi dalam seseuatu bidang, seseorang tersebut jugalah perlu sentiasa bersifat beretika dalam melakukan kerjanya. Oleh itu, selaku seorang pelajar, selain untuk menambahkan pengetahuan, kita juga haruslah sentiasa beretika dalam melakukan tugasan yang diberi. Namun, dalam realitinya terdapat banyak pelajar melakukan plagiarism semasa menyiapkan tugasan yang diberi. Pembuatan ini telah melaggar nilai etika eras yang menyataka seseorang perlu boleh dipercayai dan mempunyai reputasi yang baik. Ini kerana apabila menjadi seorang professional, seseorang itu biasanya akan mudah dipercayai oleh orang lain, tetapi syaratnya adalah seseorang tersebut mestilah menjaga tingkah laku sendiri untuk mendapatkan reputasi yang baik. Jika seseorang pelajar tidak mampu utukmembuat demikian, oleh itu boleh dikatakan seseorang itu tidak akan beretika dalam melakukan kerjanya apabila mereka menjadi seseorang professional pada suatu hari. Hal ini kerana sekiranya seseorang pelajar sudah biasa melakukan plagiarism, ia akan menjadi sesuatu kebiasaan untuk mereka dengan mencari apa-apa cara sahaja untuk memenuhi matlamatnya tanpa menimbangkan sama ada pembuatan itu adalah betul atau salah. Oleh itu, walaupun seseorang tersebut menjadi seorang pakar professional, tetapi tingkah laku mereka yang tidak professional akan meghapuskan masa depan mereka.

KERAHSIAAN
Jika menyatakan tentang perkataan kerahsiaan, otak saya telah menimbulkan perkataan, iaitu hak cipta. Plagiarism adalah tidak dibenarkan di semua universiti. Hal ini bukan sahaja memastikan pelajar melaksanakan tanggungjawab sahaja, ia juga bertujuan untuk menjaga kerahsiaan penulis atau pencipta yang membuat karya tersebut. Itu adalah hak cipta mereka, oleh itu orang lain adalah dihalang untuk menyalin atau mengambil karya orang lain sebagai karya sendiri. Jika berlaku demikian, penulis yang buat karya itu adalah berhak untuk mendakwa orang tersebut di bawah Akta Hak Cipta 1987. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Bahagian Penguatkuasa) dan Polis DiRaja Malaysia adalah bertanggungjawab dalam penguatkuasaan undang-undang ini. Akta hak cipta digubahkan untuk melindungi hak penulis atau pencipta. Dalam Internet, kebanyakan artikel adalah bebas disalin atau disiarkan seperti artikel yang ada di sesuatu website seperti. Namun, sesetengah karya adalah mempunyai hak cipta seperti karya terbitan iaitu buku dan jurnal. Hak cipta adalh diperoleh secara automatic tanpa memerlukan pendaftaran. Tetapi bukan semua karya adalah mempunyai hak cipta, karya yang ingin memperoleh hak cipta perlu memenuhi syarat yang ditentukan. Namun, pelajar adalah dibenarkan untuk menjadikannya sebagai rujukan, tetapi ada hadnya, had itu ada ternyata di Akta Hak Cipta. Pelajar adalah tidak diizinkan meyalinkan seluruh karya tersebut. Walaupun sesetengah pelajar ambil karya orang lain dan ubah sedikit perkataan berbeza dengan karya asal, pelajar tersebut juga telah mencerobohkan hak cipta penulis karya tersebut. Oleh itu, sebagai seorang pelajar university, kami perlu menghormati penulis karya orang lain, pelajar perlu bertimbang rasa tentang perasaaan penulis karya tersebut sebelum melakukan kegiatan plagiarism.

CADANGAN
1. Kawalan dan dendaan yang tegas
Pada pendapat saya, pihak universiti perlu menyelia pembuatan plagiarism dengan tegas. Pihak university perlu mengarahkan pensyarah supaya menggunakan software computer untuk memeriksa setiap tugasan atau laporan yang dihantar oleh pelajar. Jika didapati pelajar melakukan plagiarism, pihak university perlu memberi dendaan yang tegas kepada mereka. Sebagai contoh, pihak university bolrh mengiktirafkan subjek yang pelajar membuat piagarism gagal atau memberhentikan sekolah kepada mereka yang membuat plagiarism berulang-ulang kali tanpa rasa menyesal. Dengan kawalan dan dendaan yang tegas, pelajar tidak akan melakukannya sewenang-wenangannya dan masalah plagiarism akan dapat ditangani.

2. Kempen anti-plagiarism
Saya berpendapat bahawa pihak univeriti boleh melaksanakan kempen anti-plagiarism untuk tujuan memberhentikan pembuatan plagiarism di setiap fakulti dalam university. Pihak university perlu mewajibkan semua pelajar menyertai aktiviti semasa kempen berlangsung seperti ceramah dan seminar. Dalam kempen ini, Saya yakin bahawa pelaksanaan kempen kesedaran ini dapat menangai pembuatan plagiarism di kalangan pelajar.

3. Mencipta subject anti-plagiarism
Pihak university boleh mencipta satu subjek anti-plagiarism yang memupuk pelajar tidak melakukan plagiarim dan mengajar pelajar bagaimana melakukan tugasan dengan beretika. Pihak university perlu mewajibkan semua pelajar menambil subjek ini. Hanya mewajibkan pelajar ambil subject ini adalah tidak mencukupi, pihak university juga harus mewajibkan semua pelajar mesti lulus dalam subjek ini. Pihak university juga hendak memasukkan kod etika tetatertib penyelidikan university sendiri dalam syllybus subjek tersebut. Dengan cara ini, sikap anti-plagiarism akan secara tidak langsung dinunaikan di kalangan pelajar.

Leave a Comment

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.