PENCEMARAN UDARA
1. Memperkenalkan undang-undang alam sekitar
Pihak kerajaan perlulah mengubalkan pelbagai undang-undang dalam mengawal kadar pencemaran udara.Contohnya, industri kecil dan besar diwajibkan untuk menapiskan asap yang dikeluarkan dengan meninggikan serombong asap kilang tersebut sehingga 30 meter dan meletak penapis asap. Penapis asap kilang dengan menyembur air dan batu kapur pada asap dipanggil sebagai Wet Scrubber. Proses ini akan memnyebabkan pengurangan sulfur dioksida sampai 90% dan asap yang dibebaskan juga akan dirawat. Manakala, individu yang melakukan pembakaran terbuka wajib dikenakan kompaun, penjara atau kedua-duanya. Dengan undang-undang seperti ini, orang ramai akan lebih peka dan lebih berwaspada terhadap isu pencemaran udara.
2. Mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor
Kerajaan perlu menggalakkan penggunaan kenderaan awam seperti bas,LRT, dan Komuter. Pengurangan kuantiti kenderaan menyebabkan pengurangan asap kenderaan dalam jumlah yang minima. Antara cara yang lain adalah menggalakkan mereka yang bekerja di tempat yang sama berkongsi kenderaan ke tempat kerja. Selain itu,bagi mereka yang tempat kerjanya dekat dengan kediaman mereka bolehlah berjalan kaki kerana selain mengurangkan asap kenderaan, ia juga dapat meningkatkan kesihatan badan.
3. Pelaksanaan kempen kesedaran
Kerajaan juga perlu melaksanakan kempen kesedaran seperti program kempen alam sekitar supaya dapat meningkatkan kesedaran ramai terhadap kesan pencemaran udara.Kempen kesedaran ini akan mempengaruhi rakyat untuk meninggalkan tabiat buruk mereka yang tidak mementingkan kebersihan dan menjadikan penjagaan alam sekitar sebagai keutamaan dalam kehidupan mereka. Perlaksanaan kempen kesedaran ini dilakukan supaya ia dapat mewujudkan rasa tanggungjawab rakyat agar bekerjasama untuk memelihara dan memulihara alam sekitar. Perlaksanaan kempen kesedaran ini boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti program sukarelawan, ceramah dan edaran risalah disetiap rumah.
4. Melaksanakan program penanaman semula
Tujuan program penanaman semula ini adalah ia dapat meolong dalam mengimbangkan ekosistem. Tumbuhan hijau dapat menghasilkan udara yang segar dan nyaman. Hal ini demikian kerana, tumbuhan hijau dapat mengitar semula udara yang panas seperti karbon dioksida dan menghasilkan oksigen. Selain itu, oksigen juga adalah keperluan yang amat penting untuk manusia agar dapat bernafas dengan segar . Oleh hal yang demikian, penanaman semula ini dapat menghasilkan udara yang segar.
5. Penampalan ozon
Pada ozon, terdapat bahagian yang berlubang yang ditampal dengan mengionkan oksigen di atmosfera melalui penggunaan belon helium. Tambahan pula, penampalan ozon juga boleh dilakukan dengan menembak peluru ozon dengan menggunakan kapal terbang yang mampu menampal ozon. Namun , penampalan ozon ini hanya dapat mengawal pencemaran udara untuk jangka masa yang pendek sahaja.
6. Pendedahan media massa
Media massa perlulah memberi banyak maklumat tentang isi-isu pencemaran udara,terutamanya dalam siaran-siaran televisyen .Hal ini demikian kerana, televisyen adalah salah satu media elektronik yang hampir dimiliki oleh setiap keluarga atau individu di negara kita. Setiap manusia perlulah mempunyai pengetahuan tentang keadaan udara yang semakin tercemar dan perkara yang sepatutnya perlu dilakukan oleh mereka untuk mengatasi isu ini. Surat khabar dan majalah juga merupakan media yang banyak menededahkan tentang isu pencemaran udara . Pihak-pihak berkaitan wajib sepatutnya mendedahkan isu-isu pencemaran ini dengan lebih luas di jaringan-jaringan media sosial seperti internet kerana masyarakat kini lebih banyak menggunakan media tersebut berbandingkan media-media lain.