TASK 1
1.0 Pengenalan
Berdasarkan kepada teori pembelajaran konstruktivism, para pelajar membentuk ilmu pengetahuan atau sesuatu konsep yang baru berpandukan kepada pengalaman mereka dengan menggunkan kemahiran kognitif. Fokus teori pembelajaran konstruktivism ini adalah untuk menyelesaikan masalah yang masih kabur dan tidak jelas bagi seseorang pelajar.
Teori pembelajaran Gagne telah diperkenalkan oleh Robert M. Gagne pada tahun 1965. Teori ini terdiri daripada tiga komponen utama iaitu:
i. Hasil pembelajaran taksonomi (learning outcome)
ii. Suasana pembelajaran (conditions of learning)
iii. Sembilan peristiwa pembelajaran (Nine events of instruction)
Bagi komponen pertama iaitu hasil pembelajaran taksonomi, terdapat tiga domain iaitu:
i. Domain kognitif (strategi kognitif, kemahiran intelektual, dan maklumat verbal)
ii. Domain objektif (sikap)
iii. Domain psikomotor (motor skills)
Sembilan peristiwa pembelajaran merangkumi:
1. Mendapatkan perhatian pelajar
2. Memberitahu objektif pembelajarn kepada pelajar
3. Merangsang ingatan semula pada pelajaran lepas
4. Membentangkan material pengajaran
5. Memberi tunjuk ajar
6. Menilai tahap pencapaian (kefahaman)
7. Memberi tindak balas
8. Menilai tahap kefahaman
9. ENHANCING
Untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan baik dan berkesan, guru perlu mengetahui apakah matlamat sesebuah pengajaran lalu membentuk satu proses dan suasana pembelajaran yang aktif. Oleh itu, sebagai inisiatif, Gagne telah mencadangkan teori sembilan peristiwa pengajaran ini bagi membantu para guru untuk memastikan proses pembelajaran dapat berjalan dengan baik. Namun begitu, menurut Gagne juga, kegagalan proses pengajaran dan pembelajaran berkemungkinan akan berlaku jika satu atau lebih daripada Sembilan peristiwa pengajaran ini tidak diikuti secara keseluruhannya.
2.0 SEMBILAN PERTISWA PENGAJARAN GAGNE
2.1 Mendapatkan Perhatian Daripada Pelajar
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, perhatian daripada pelajar merupakan komponen yang sangat penting dalam memastikan tercapaniya sesuatu objektif pelajaran. Tidak ada gunanya jika guru sahaja yang bersungguh-sungguh mnegajar tetapi tidak ada pelajar yang memberi perhatian sebagai tanda menunjukkan minat mereka. Beberapa langkah atau rangsangan perlu diberikan kepada mereka bagi mendapatkan perhatain para pelajar dimana rangsangan ini boleh datang dalam pelbagai bentuk sama ada secara audio mahupun visual. Sebagai contohnya, guru memanggil nama pelajar tertentu, bercerita tentang sesuatu yang menarik, tutup dan buka suis lampu, duduk dan bangun daripada kerusi serta memberi arahan seperti, ‘dengar sini semua!’
2.2 Memaklumkan Objektif Pelajaran Kepada Pelajar
Setelah berjaya mendapatkan perhatian daripada pelajar, mereka perlu dimaklumkan tentang pelajaran yang akan dipelajari pada hari itu. Mengetahui apa yang akan diplejari akan membuatkan mereka lebih bermotivasi dengan cara berimaginasi dan membuat persediaan dengan maklumat-maklumat yang berkaitan dan seterusnya menjadikan mereka lebih memberi perhatian terhadap sebarang rangsangan yang berkaitan dengan objektif pelajaran.
2.3 Merangsang Ingatan Semula Terhadap Pelajaran Lepas
Bagi memastikan mereka dapat menguasai ilmu baru dengan baik, mereka juga perlu mengetahui tentang pembelajaran-pembelajaran yang lepas. Hal ini kerana, untuk mengapalikasikan apa yang telah diplejari ke dalam pelajaran yang baru merupakan suatu perkara yang agak sukar. Oleh itu, guru perlu memainkan peranan yang penting untuk membantu mereka melalui proses ini seperti bertanyakan tentang apa yang telah diplejari pada minggu lepas dan hari sebelumnya. Namun bengitu, perlu diingatkan bahawa dengan hanya member rangsangan yang begitu mudah, tidak cukup untuk mereka menyerap ilmu baru dalam diri mereka. Mereka juga perlu diberi latihan yang bersifat ringan dan sederhana sebagai inisiatif untuk mebantu ingatan semula terhadap pelajaran yang lepas. Guru boleh melakukan aktiviti ini dengan meminta pelajar menjawabnya di papan tulis.
2.4 Membentangkan Isi Kandungan
Salah satu sebab mengapa kita perlu mengetahui matlamat bagi sesuatu pelajaran adalah kerana ia berkait dapat dengan persediaan bahan-bahan yang akan digunakan sewaktu berlangsungnya proses pengajaran dan pembelajaran. Bahan-bahan yang digunakan mestilah disusun atur penggunaanya dengan baik, diberi penjelasan tentang rasional penggunaannya serta ditujukkan demonstrasi bagaimana untuk menggunakannya. Antara contoh bahan-bahan yang boleh digunakan adalah seperti media grafik, audio dan buku teks.
Pemilihan bahan yang digunakan ini mestilah bergantung kepada matlamat sesuatu pelajaran. Jika matlamatnya adalah untuk membentuk kemahiran intelektual pelajara, maka bahan-bahan tersebut mestilah sesuatu yang memaparkan tentang konsep yang jelas difahami seperti penggunaan carta untuk”
2.5 Memberi Tunjuk Ajar
Setiap ilmu baru yang disampaikan sudah pastinya tidak sama dengan ilmu yang telah dipelajari sebelum ini. Mengetahui matlamat atau hasil pembelajaran selepas tamatnya proses pengajaran dan pembelajaran dapat membantu guru untuk memberi tunjuk ajar yang bersesuaian mengikut tahap kebolehan penguasaan pelajar kerana di dalam sesebuah kelas itu, sudah pastinya terdapat pelajar pintar dan pelajar yang kurang pintar. Pelajar yang kurang pintar sudah tentunya tidak boleh diberi tunjuk ajar mengikut cara pelajar yang pintar. Hal ini berkemungkinan juga menyebabkan seseoarang guru itu perlu mengulang perkara yang sama untuk beberapa kali.
2.6 Mengetahui Prestasi
Tujuan peristiwa pengajaran yang keenam ini adalah untuk membolehkan guru mengetahui tahap kefahamn para pelajar. Oleh itu, mereka perlu menujukkan kepada guru dan mungkin juga kepada rakan sekelas dengan cara melakukan demonstrasi. Jika didapati ianya salah dan tidak bertepatan dengan apa yang telah diajar oleh guru, tiada denda yang akan dikenakan. Peristiwa pengajaran ini merupakan satu peluang yang sangat bernilau untuk pelajar mengukur kemajuan diri serta peluang kepada guru untuk mengetahui akan keberkesanan pengajarannya. Pada tahap ini, boleh dikatakan bahawa tidak semua pelajar dapat menguasai pelajaran dengan baik dan masih memerlukan bantuan daripada guru dalam membetulkan kesilapan-kesilapan yang dilakukan.
2.7 Memberi Maklum Balas
Untuk menambahbaik lagi prestasi pelajar, seorang guru itu perlulah member maklum balas selepas mengetahui prestasi pelajarnya. Berdasarkan kepada peristiwa pengajaran yang keenam, guru perlu memberitahu pelajar sama ada apa yang mereka lakukan iyu betul atau salah. Jika terdapat kesalahan, penjelasan sebagai maklum balas perlu diberikan dalam membantu mereka untuk membetulkan kesalahan tersebut. Dengan ini ianya dapat meningkatkan keyakinan pelajar untuk menjawab soalan dengan konsep yang sama pada masa akan datang. Tunjuk ajar semula secara berulang-ulang mungkin bileh berlaku pada peringkat ini.
2.8 Menilai Pretasi
Setelah guru menganalisis dan memberikan maklum balas terhadap respon para pelajar, prestasi mereka perlu dinilai seperti menjalankan ujian dan kuiz mengikut bab sama ada memberikan soalan yang berbentuk struktur atau pilihan jawapan. Pada peringkat ini, guru tidak perlu lagi member tunjuk ajar atau maklum balas ketikan sesi penilaian berjalan.
2.9
3.0 Rancangan pengajaran harian berdasarkan Sembilan peristiwa pengajaran gagne
Subjek Matematik Darjah 4 Kesejahteraan
Masa 8.45 ‘ 9.45 pagi Tempoh 1 jam
Unit 7
Bidang Nombor dan Operasi
Tajuk Perpuluhan
Standard Kandungan Murid dibimbing untuk:
7.4 Menambah perpuluhan
Standard Pembelajaran
Murid berupaya untuk:
1.
2.
Aktiviti
Refleksi
Pelajaran Lepas
Peristiwa pengajaran Gagne’s Aktiviti Slide
1. Menarik perhatian para pelajar Guru memberi rangsangan yang mempunyai unsur-unsur audio dan visual dengan memainkan klip video berkaitan dengan pendaraban perpuluhan sebagai langkah untuk menarik perhatian mereka.
2. Memaklumkan objektif pembelajaran kepada pelajar Pelajar dimaklumkan tentang hasil pembelajaran pada hari itu. Oleh itu, mereka akan lebih bersedia dengan maklumat-maklumat yang berkaitan tanpa mengira maklumat itu bersifat ‘simple’ ataupun kompleks.
3. Merangsang ingatan semula terhadap pelajaran lepas atau pengetahuan yang sedia ada Pada peringkat ini, guru merangsang pelajar untuk mengingati semula tentang pelajaran lepas di mana mereka telah mempelajari tetang penolakan perpuluhan. Guru bersoal jawab dengan pelajar secara ringkas seperti bertanyakan soalan seperti ‘apa yang telh kita pelajari semalam’?
4. Membentangkan isi kandungan pembelajaran Guru membentangkan isi kandungan pelajaran dengan memberikan contoh-contoh situasi yang melibatkan pendaraban perpuluhan. Pelajar juga diingatkan bahawa kaedah pendaraban perpuluhan adalah sama seperti kaedah pendaraban nombor bulat.
5. Memberi tunjuk ajar dan bimbingan Guru memberikan beberapa contoh soalan yang berbeza beserta dengan demonstarsi (menggunakan slaid Power Point dan juga papan putih) bagaimana cara untuk menyelesaikan soalan-soalan tersebut.
Para pelajar diingatkan sekali lagi bahawa kaedah mendarab perpuluhan adalah sama seperti kaedah mendarab nombor bulat. Kedua-dua pendaraban (perpuluhan dan nombor bulat) ini hanya mempunyai perbezaan pada’ titik perpuluhan’ sahaja.
6. Menguji kefahaman Guru memberi soalan di papan putih dan meminta pelajar untuk menjawabnya dihadapan kelas menggunakan papan putih.
7. Memberi maklum balas Berdasarkan kepada aktiviti-aktiviti yang dijalankan sebelum ini, jika didapati terdapat kesalahan dan tahap penguasaan yang masih lemah terhadap tajuk tersebut, guru member penjelasan tentang kesalahan tersebut dan mengulang kembali demonstrasi bagaimana untuk menjawab soalan yang diberi.
8. Menilai prestasi Untuk menilai tahap kefahaman dan prestasi penguasaan tajuk, para pelajar diberi latihan yang berkaitan dengan pendaraban perpuluhan. Bimbingan diberikan jika diperlukan.
9. Merangsang pengekalan dan perkembangan
TASK 2 rationale for the selection of the instructional media and materials, function of each media and the advantages for each media.
1.0 INTRODUCTION
Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran merupakan sesuatu yang sangat penting sama ada kepada guru atau pelajar. Beberapa factor dapat member impak dalam menentukan keberkesanan PDP. Antaranya adalah strategi pengajaran yang digunakan oleh guru serta pemilihan media pengajaran yang digunakan. Secara asasnya, media pengajaran dapat diertikan sebagai segala jenis alat, benda, maklumat dan bahan yang digunakan sewaktu proses PDP bagi mencapai sesuatu tujuan.
Bagi memastikan pelajar dapat memahami sesuatu pengetahuan dengan baik dan mantap, adalah menjadi tanggungjawab guru untuk berfikir dengan lebih kreatif dan kritis dalam memilih dan menggunakan media pengajaran. seseorang guru perlu memahami bahawa dalam sesebuah kelas, tahap pemikiran para pelajar adalah berbeza. Ada yang cepat belajar dan ada juga pelajar yang lambat belajar. Dengan adanya media pengajaran yang efektif dan memberi impak yang positif, sudah pasti ianya dapat mendorong kepada tercapainya objektif pengajaran.
Terdapat beberapa orang ahli akademik yang membuat kajian dan menulis tentang faktor-faktor pemilihan media pengajaran ini. Antaranya adalah Mappin et al. (1998), Smith dan Rayan (1999) dan Gagne, Briggs dan Wayer (1992). Walau bagaimanapun, secara umumnya, terdapat empat faktor pemilihan media pengajaran iaitu:
i. Objektif pengajaran
ii. Pelajar
iii. Metod/strategi
iv. Praktikal
Berdasarkan kepada tugasan satu (1), antara media pengajaran yang digunakan adalah video, LCD dan papan putih. Pemilihan media yang digunakan ini telah mengambil kira empat (4) aspek yang telah dinyatakan di atas.
Berdasarkan kepada tugasan satu (1), penggunaan klip video yang melibatkan audio dan visual pada peringkat awal PDP adalah bertujuan untuk menarik perhatian dan minat pelajar kerana klip video tidak bersifat static atau pegun. Dalam pengajaran subjek yang melibatkan konsep seperti subjek matematik ini, klip video yang ditayangkan dapat menunujukkan aplikasi konsep tersebut dalam kehidupan seharian. Dengan ini, ianya dapat member gambaran atau idea awal kepada pelajar tentang pendaraban perpuluhan. Strategi penggunaan klip video sebagai salah satu media pengajaran ini mampu untuk meningkatkan kefahaman dan minat pelajar melalui audio dan visual di mana ianya dapat membantu pelajar dalam mengekalkan ingatan jangka panjang mereka.
Antara tujuan penggunaan media pengajaran adalah untuk menyokong proses PDP melalui contoh yang diberikan dan untuk memberi maklum balas terhadap latihan yang dilakukan oleh pelajar. Berdasarkan kepada tugasan satu (1) yang diberikan, media pengajaran lain yang digunakan adalah papan putih. Jika dilihat kepada cirri-ciri fizikal papan putih, ianya dapat dipadam setelah selesai digunakan. Selepas itu, ianya boleh digunakan seperti biasa. Oleh kerana cirri-cir papan putih yang sebegini, ianya membolehkan guru untuk memberi latihan ekstra kepada pelajar. Setelah mereka selesai menjawab, guru dapat memberikan bantuan dan tunjuk ajar jika masih ada pelajar yang tidak dapat menguasai tajuk dengan baik. Selain daripada itu, melalui penggunaan papan putih, guru juga dapat mempelbagaikan teknik pengajaran, sebagai contoh, melalui soalan yang diberikan di slaid tayangan power point, guru boleh memanggil beberapa orang pelajar untuk menjawab dan menujukkan jalan pengiraan di hadapan kelas menggunakan papan putih. Hal ini secara tidak langsung akan membawa kepada penglibatan pelajar secara aktif di dalam kelas. Tambahan pulan, dengan penggunaan pelbagai warna pen yeng digunakan, ianya berpotensi untuk merangsang ingatan pelajar untuk tempoh jangka masa yang lebih lama.
TASK 3 TYPE OF TEACHING STRATEGIES
2.1 COOPERATIVE LEARNING
Pembelajaran secara bekerjasama ini dapat ditakrifkan sebagai satu kumpulan kecil pelajar yang bekerja secara bersama-sama untuk memaksimakan proses pembelajaran semua ahli kumpulan. Pembelajaran secara berkumpulan ini adalah strategi pembelajaran yang berpusatkan kepada pelajar dan dibantu oleh guru. Dalam kumpulan ini, para pelajar dapat berinteraksi sesama ahli kumpulan yang sama dan bekerjasama untuk menyelesaikan sesuatu masalah dalam subjek tertentu, menyiapkan tugasan yang diberikan dan mencapai matlamat tertentu secara bersama-sama. Strategi pengajaran ini bukan hanya sekadar bekerja dalam sesebuah kumpulan, namun begitu ianya juga melibatkan galakan, motivasi dan kerjasama yang baik antara ahli kumpulan. Setiap ahli kumpulan perlu memainkan peranan yang sama pentingnya agar matlamat yang diimpikan dapat dicapai dengan jayanya.
Strategi pengajaran pembelajaran secara bekerjasama ini didokong oleh teori konstruktivis dan teori pembelajaran sosial di mana pelajar perlulah mengamalkan pembelajaran secara aktif dalam membentuk pengetahuan dalam diri.
Bagi strategi pengajaran ini, terdapat beberapa model yang boleh dijadikan sebagai panduan untuk menjalankan aktiviti pengajaran. Antaranya adalah:
1. Model Round Robin
Dalam model Round Robin ini, beberapa kategori bagi sesebuah tajuk diberikan pada permulaan proses pengajaran. Bermula dengan pelajar pertama, dia menamakan atau menyebut item yang bersesuaian dengan kategori tersebut. Selepas itu, diikuti pula dengan pelajar kedua dan proses ini berterusan dengan pelajar-pelajar lain secara bertukar-tukar giliran.
2. Model Numbered Heads Together
Pada peringkat permulaan, para pelajar disusun dalam kumpulan empat-empat beserta dengan nombor masing-masing bermula daripada satu (1) hingga empat (4). Setelah semua pelajar berada dalam kumpulan masing-masing, mereka diberikan maklumat atau soalan beserta dengan had masa tertentu di mana mereka perlu menjawab soalan tersebut dalam masa yang telah ditetapkan. Kemudian, guru perlu memanggil pelajar dengan nombor tertentu untuk menjawab soalan yang telah diberikan sebelumnya untuk dibuat perbandingan jawapan-jawapan tersebut. Di sini, guru perlu memainkan peranan yang penting untuk mengenal pasti respons yang diberikan adalah betul. Setiap respons ini mestilah diikuti dengan justifikasi sebagai tanda setujua ataupun tidak setuju terhadap jawapan yang diberikan.
3. Model Jigsaw
Model yang ketiga bagi strategi pembelajaran secara bekerjasama ini adalah Model Jigsaw. Melalui model ini, pelajar dapat membantu dan mengajar rakan sekumpulan setelah mereka membuat kajian bersama-sama dengan kumpulan yang lain.
Antara kebaikan pembelajaran secara bekerjasama ini adalah pelajar dapat berdikari dalam mencari ilmu pengetahuan di mana mereka dapat belajar bagaimana sesuatu ilmu itu diperoleh bermula daripada mengumpul maklumat, menyusun maklumat tersebut sehinggalah kepada menganalisis maklumat tersebut. Oleh itu, dapat dilihat melalui startegi pembelajaran ini bahawa peranan guru bukan untuk menyampaikan ilmu semata-mata tetapi juga sebagai fasilitator kepada pelajar dalam penglibatan mereka sepanjang proses PDP berjalan.
Selain daripada itu, pembelajaran secara bekerjasama ini dapat meningkatkan pencapaian akdemik kerana sudah pastinya mereka mempunyai matlamat dan tujuan yang sama. Oleh itu, bagi mencapai matlamat dan tujuan yang diimpikan, maka mereka akan bekerjasama dan saling membantu antara satu sama lain. Apabila sesuatau matlamat atau tujuan kumpulan tersebut dapat dicapai, pembelajaran secara berkumpulan ini mampu melahirkan motivasi dalam diri pelajar dan menggalakkan pelajar lain untuk terus berusaha tanpa jemu. Menurut Salvin (2011), menerusi bantuan dan ajaran daripada rakan sekumpulan, pelajar dapat memahami sesuatu pelajaran itu dengan lebih baik dan mendalam disebabkan hubungan yang baik dan saling membantu antara mereka seterusnya mebawa kepada kecemerlangan akademil.
Antara kelebihan lain menggunakan strategi pembelajaran secara bekerjasama ini adalah meningkatkan kemahiran berkomunikasi. Kemahiran ini bukanlah suatu kemahiran semulajadi dalam diri kita tetapi ianya perlu dibentuk dan dipupuk. Dalam sesebuah kumpulan, pelajar akan lebih mengambil berta tentantang perasaan dan kehendak rakan sekumpulan berbanding yang bukan dari ahli kumpulan tersebut. Jika didapati berlakunya perbezaan pendapat, pelajar dapat belajar dan memahami bagaimana untuk bertolak ansur dalam menerima perbezaan pendapat antara mereka lalu memilih kata putus yang selayaknya tanpa mementingkan diri sendiri.
2.2 PERBINCANGAN
Proses pengajaran dan pembelajaran boleh menjadi sesuatu yang membosankan bila mana hanya guru sahaja yang bercakap kepada murid tanpa reaksi yang aktif daripada pelajar. Oleh itu, sebagai inisiatif, guru boleh melakukan perbincangan di dalam kelas sebagai salah satu strategi pengajaran yang menarik. Secara umumnya, perbincangan dapat ditakrifkan sebagai pelajar-pelajar atau pelajar dengan guru duduk secara bersama-sama berkongsi maklumat, idea dan pendapat terhadap sesuatu isu (R.C Donald, et al, p 206, 2010). Perbincangan merupakan salah satu metod untuk memproses maklumat melalui komunikasi secara dua hala iaitu antara pelajar dan guru seterusnya membawa kepada percambahan idea. Perbincangan bukanlah satu situasi di mana guru bertanya, murid menjawab dan proses yang sama berulang kembali (Parker, 2006). Situasi itu dinamakan sebagai pembacaan yang hanya melibatkan komunikasi satu hala iaitu daripada guru kepada pelajar.
Tujuan perbincangan diadakan sewaktu proses pembelajaran dan pengajaran adalah untuk mengetahui apakah yang telah dipelajari oleh para pelajar serta menggalakkan mereka untuk mencurahkan idea atau pendapat bagi sesuatu isu serta mencari jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah dan seterusnya melibatkan diri pelajar secara aktif dalam sepanjang proses perbincangan dijalankan.
Di bawah pemerhatian guru, kumpulan perbincangan yang dibentuk mestilah dalam kuantiti pelajar yang tidak terlalu ramai bagi menggalakan penglibatan aktif secara sama rata antara pelajar.
Antara kelebihan strategi pengajaran melalui perbincangan ini adalah menggalakkan penglibatan setiap pelajar dalam kumpulan secara lebih aktif. Pada peringkat awal sesi perbincangan, para pelajar telah diberikan satu isu atau tajuk untuk dibincangkan. Oleh itu, semua ahli dalam kumpulan tersebut perlu berlumba-lumba bagi menyatakan idea dan pendapat masing-masing. Tambahan pula, ianya merupakan satu peluang yang sangat bermakna bagi pelajar yang kurang berkeyakinan untuk memperbaiki kemahiran berkomunikasi terutamanya dalam kumpulan pelajar yang kecil. Jika berlaku perselisihan pendapat atau pandangan, mereka dapat belajar bagaimana untuk menguruskan perbezaan pendapat tersebut tanpa mementingkan diri sendiri. Secara tidak langsung, mereka dapat mengetahui bahawa bukan pendapat mereka sahaja yang perlu diterima.
Selain daripada itu, strategi pengajaran melalui perbincangan ini membolehkan pelajar untuk berfikir secara kritis, kreatif dan efektif. Isu atau tajuk yang diutarakan membuatkan mereka perlu berfikir di luar kotak seperti mengapa ia berlaku, bagaimana boleh terjadi perkara tersebut, apakah impak perkara tersebut kepada keluarga serta masyarakat dan sebagainya. Pemikiran seperti ini melibatkan analisis, aplikasi dan penilaian daripada pelajar.
Antara kelebihan lain bagi strategi pengajaran ini adalah ianya berpusatkan pelajar iaitu memberi penekanan terhadap penglibatan murid berbanding dengan hanya mendengar penyampaian daripada guru. Inilah yang dikatakan dengan bagaimana pelajar pada abad ke 21 mencari ilmu, sesuai dengan sifat mereka yang gemar untuk meneroka ilmu baru dan guru pula bertindak sebagai fasilitator atau pemerhati kepada mereka. Tambahan pula, dengan tercetusnya idea dan pendapat daripada ahli kumpulan, ianya dapat menambahkan lagi kefahaman terhadap isu atau tajuk yang diutarakan.
our text in here…