Ontologi adalah satu korpus ilmu yang menerangkan tentang dapatan penting kajian ataupun penyelidikan terhadap sesuatu bidang. Menurut Lawson (2004), ontologi berasal daripada bahasa Greek iaitu dipecahkan kepada dua bahagian iaitu On atau Ontos bermaksud ada dan Logos pula bermaksud ilmu dan selalunya disebut sebagai ‘sains’ dan secara tradisinya ontologi juga disebut sebagai kajian terhadap sesuatu yang wujud. Dalam buku yang menerangkan kajian kes kemiskinan dalam kalangan rakyat Malaysia menunjukkan bagaimana beberapa faktor-faktor yang berkaitan mempengaruhi ataupun memberi kesan kepada trend kemiskinan di kawasan luar bandar. Dalam kajian tersebut menerangkan bagaimana kajian-kajian yang dilaksanakan telah menyumbang ke arah penelitian punca dari akar umbi seterusnya mencadangkan beberapa polisi yang harus diambil untuk oleh pihak-pihak yang berwajib untuk membasmi isu tersebut.
Faktor pertama yang menjurus ke arah masalah tersebut faktor demografik. Melalui faktor ini dapatan kajian yang dikenal pasti adalah kemiskinan dalam kalangan masyarakat disebabkan oleh buruh yang kurang aktif dalam sesebuah keluarga bawah umur 14 tahun dan umur 61 tahun ke atas. Selain itu, pemuda yang berumur bawah 30 tahun juga mengalami kemiskinan berbanding dengan isi rumah yang sudah berumur yang anak mereka sudah mula bekerja untuk menampung keluarga. Di samping itu, kemiskinan lebih terarah terhadap kaum wanita berbanding kaum lelaki. Faktor kedua, adalah faktor sosial iaitu terdapat kekangan akses yang terhad kepada pendidikan pada peringkat menengah dan rendah. Tambahan pula, penanaman yang berasaskan makanan dan bukan berasakan jualan juga antara faktor yang menjurus ke arah kemiskinan. Malah isi rumah yang mempunyai tanah bawah FELDA iaitu salah satu skim penempatan membolehkan mereka keluar daripada kepompong kemiskinan. Sebaliknya, isi rumah yang bekerja di kilang ataupun menjalankan perniagaan mempunyai pendapatan yang tetap.
Di samping itu, terdapat faktor bukan konvensional yang juga menyebabkan kepada tahap kemiskinan dalam kalangan masyarakat. Faktor konvensional seperti pengetahuan yang lemah masyarakat terhadap kemiskinan, iaitu kurangnya pendidikan dengan sikap ‘kurang merungut terhadap kemiskinan’ dalam erti kata lain mereka sudah berpuas hati dengan keadaan tahap pendapatan yang sedia ada. Seterusnya, di samping pengetahuan yang cetek terhadap isu kemiskinan masalah konvensional lain yang dikenal pasti adalah kurang komitmen sesetengah pemimpin tempatan untuk meningkatkan kebajikan dalam kalangan rakyat juga adalah antara faktor utama kemiskinan yang berlarutan. Faktor ketiga, masalah kemiskinan juga dikaitkan dengan pandangan pesimis, kurangnya kesedaran terhadap isu ini. Apabila kurangnya kesedaran mereka terhadap isu ini, semestinya peluang untuk keluar dari kepompong kemiskinan lebih terhad.
Faktor keempat, pendapatan isi rumah yang rendah dinyatakan melalui kemiskinan yang mutlak berkaitan dengan ketidaksamaan relatif yang tinggi. Perbezaan pendapatan disebabkan oleh tahap pendidikan dan perbezaan jurang umur dalam kalangan masyarakat. Faktor kelima adalah berdasarkan faktor latar belakang sejarah iaitu kurang pendidikan dan harta dan pekerjaan disebabkan oleh legasi yang ditinggalkan oleh penjajah dan ini merupakan faktor-faktor utama yang berkaitan dengan masalah kemiskinan dalam kalangan masyarakat. Faktor keenam seterusnya adalah disebabkan oleh isi rumah yang kurang mendapat akses pendidikan yang secukupnya dan secara tidak langsung tersisih. Selain itu, tenaga kerja yang dinamik lebih suka untuk mengelak risiko dan mereka tidak ingin meninggalkan tempat asal mereka untuk mencari peluang pekerjaan yang lebih cerah dan terjamin.
Berdasarkan dapatan kajian hasil daripada penelitian terhadap faktor-faktor yang menyebabkan kepada kemelut kemiskinan dalam kalangan masyarakat, dapatan kajian ini adalah penting dalam mengenal pasti apakah polisi yang sesuai untuk mengatasi isu ini. Oleh yang demikian, terdapat beberapa polisi yang diusulkan oleh penulis misalnya seperti langkah pertama iaitu mudah akses untuk menjana pendapatan melalui aset fizikal seperti tanah dan modal. Melalui langkah ini adalah amat penting untuk memastikan pembahagian tanah distruktur semula antara petani kecil dan marginal. Sebagai tambahan, pemilik tanah yang perlulah menyerahkan tanah yang tidak digunakan untuk jangka masa yang pendek ataupun panjang. Langkah kedua, memberi suntikan baru terhadap industri ternakan dengan mengimport beberapa jenis ternakan seperti kambing dan lembu. Selain itu, memberi tumpuan terhadap sistem penternakan ikan, itik dan hortikultur . Melalui langkah ini akan membuka peluang pekerjaan dan akan meningkatkan taraf hidup dalam kalangan masyarakat setempat. Langkah ketiga, adalah dengan menyokong keluarga yang susah yang berada di bawah paras kemiskinan dengan memberikan skim ASM/ASB ataupun bayaran tunai.
Langkah keempat yang mana keluarga yang mempunyai anak yang bersekolah haruslah diberi sokongan kewangan ataupun skim untuk memudahkan mereka meneruskan pelajaran ke tahap yang tinggi. Hal ini disebabkan melalui pendidikan merupakan cara efektif untuk mengatasi masalah kemiskinan. Korporat sektor pula seharusnya diberikan cukai insentif untuk membolehkan mereka terlibat sama dalam program pembasmian kemiskinan. Langkah kelima, adalah dengan memperkasakan keupayaan dan kemahiran dalam kalangan anggota masyarakat. Badan Bukan Kerajaan(NGO) boleh menggalakkan lebih banyak kaum wanita dari keluarga miskin untuk mengurus dan mentadbir dalam ‘Working Women’s Forum'(WWF). Pertubuhan ini bertujuan untuk mempromosi kaum wanita yang berada di bawah paras kemiskinan dari segi kreativiti, dinamik dan pengurusan diri. Di samping itu juga, terdapat pertubuhan yang menyerupai seperti WWF iaitu Working Men’s Forum(WMF) untuk golongan lelaki. Pertubuhan ini bertujuan untuk menggalakkan peranan wanita dan lelaki dalam mewujudkan masyarakat sihat yang terhindar daripada diskriminasi jantina dalam pelbagai sektor.
Langkah keenam, memastikan manfaat pembangunan diambil oleh pihak yang bertanggungjawab untuk meminimumkan jenayah, urbanisasi serta mengurangkan masalah setinggan dalam bandar yang sesak. Langkah ketujuh, pihak kerajaan haruslah menggantikan projek yang berskala besar yang hanya berlandaskan keuntungan semata-mata perlu diubah ke arah program yang berteraskan kebajikan iaitu membantu golongan yang berada di bawah paras kemiskinan.
Berdasarkan faktor-faktor yang telah dikaji oleh para penulis telah memberi nafas baru dan ruang kepada pihak yang berwajib misalnya seperti pihak kerajaan untuk meneliti lebih lanjut mengenai isu kemiskinan tegar dan relatif sekali gus membantu untuk membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat khususnya di kawasan kajian. Selain itu, kajian yang dilakukan oleh mereka juga telah menjadi sumber rujukan ilmiah beberapa pihak untuk menjalankan kajian selanjutnya. Misalnya, kajian yang dilaksanakan oleh Profesor Datuk Dr. Zainal Kling dan Nordina Binti Che Nadzir dalam kajian mereka yang bertajuk Kajian Nasional Tentang Jurang Pembangunan menyatakan bahawa kajian dilakukan oleh dilakukan oleh Ataul Huq dan rakan-rakanya meneliti secara holistik dengan variasi faktor untuk mengkaji sebab musabab masalah kemiskinan di luar bandar (Zainal & Nordina, 2010). Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Ataul Huq dan rakan-rakanya, diringkaskan bahawa perbezaan paras kemiskinan luar bandar dan di bandar mewujudkan jurang yang besar ( Zainal & Nordina, 2010).