Essay: Penyataan ini menunjukkan kelakuan baik seseorang bukannya…

Penyataan ini menunjukkan kelakuan baik seseorang bukannya datang secara automatik ketika dilahirkan. Hadis riwayat Abu Hurairah Radhiyallahu’anhu, ia berkata: Rasulullah Shallallahu alaihi wassalam bersabda: Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Kedua orang tuanyalah yang membuatnya menjadi seorang Yahudi, seorang Nasrani maupun seorang Majusi. Begitu juga pepatah melayu berkata: Kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dari hadis dan pepatah ini dapat kita ringkaskan iaitu untuk mendidik seseorang untuk menjadi seorang yang berkelakuan baik amatlah susah. Memandangkan kita sekarang berada di dunia yang penuh cabaran, dunia yang penuh ikutan yang tiada sempadan, sebagai orang yang lebih dewasa dan lebih berpengalaman kita hendaklah menjadi contoh tauladan kepada generasi muda dalam membentuk seorang yang mempunyai wasasan dan jati diri yang tebal. Proses ini bukanlah sesuatu yang mudah. Ianya memerlukan komitmen yang tinggi serta sokongan daripada semua sudut baik keluarga, masyarakat sekeliling, badan-badan kerajaan dan bukan kerajaan malah pihak media massa juga dilihat memainkan peranan yang penting untuk membetuk generasi berwawasan yang diharapkan untuk menerajui Negara untuk masa hadapan.
Kita mestilah bijak untuk menangangi permasalahan yang timbul sekarang ini baik dari segi media masa yang semakin berkembang dan tekanan hidup yang dialami oleh anak bangsa kita sekarang ini. Seperti yang kita sedia maklum masa yang dihabiskan oleh anakbangsa kita banyak kepada menonton televisyen tetapi agak sedikit masa yang diluangkan untuk berhubung antara keluarga. Institusi kekeluargaan agak kurang berhubung dewasa ini. Ibu ayah sibuk bekerja, anak-anak dibesarkan oleh pengasuh yang bukan dari bangsa sendiri. Jadi, cara yang terbaik menerapkan budaya penyayang, hormat menghormati dan hormat kepada alam sekitar ialah semasa mereka berada di sekolah, memandangkan 900 jam masa yang dihabiskan untuk setahun adalah di sekolah. Selain dari itu, tindakan kita sebagai keluarga mereka dan komuniti kepada kumpulan generasi yang semakin berkembang ini juga adalah amat pentng dengan lebih menumpukan perhatian kepada tingkahlaku, lebih proaktif untuk mengajurkan aktiviti-aktiviti yang berfaedah kepada gerasi ini agar masa yang terluang dapat dipenuhi. Di samping itu juga, kita juga lebih komprehensif iaitu tidak mudah melatah seandainya ada masalah yang timbul baik dari dalam keluarga dan di dalam komuniti masyarakat itu sendiri. Akhirnya setiap apa yang kita rancangkan untuk generasi ini tidak akan berjalan dengan lancar sekiranya tiada sokongan dari masyarakat setempat dan juga pemimpin-pemimpin yang berkenaan agar di masa akan datang akan lahirlah satu generasi yang berwawasan tinggi dan berwibawa untuk meneraju negara ke arah yang lebih berdaya saing.

Leave a Comment

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.