Essay: Sebagai seorang pelajar pendidikan jarak jauh (PJJ)…

Sebagai seorang pelajar pendidikan jarak jauh (PJJ), saya merasakan kemahiran pengurusan masa amat penting dalam mencapai kejayaan. Masa adalah kunci kepada kejayaan. Pengurusan masa bermaksud anda mampu menguruskan masa dengan baik untuk melakukan pelbagai aktiviti dan merasa puas hati terhadap apa yang telah anda lakukan. Pengurusan masa amat penting kerana ia dapat mengelakkan pembaziran masa dan dapat memastikan semua kerja dapat dilakukan mengikut masa yang ditetapkan. Diperenggan berikut, saya akan menyenaraikan kaedah pengurusan masa yang perlu dilaksanakan agar dapat mencapai kejayaan dalam pembelajaran.

Manfaat pengurusan masa yang berkesan akan menyebabkan anda berasa fleksibel dan spontan serta gembira dan sihat dalam melakukan tugas kerana anda dapat membezakan yang mana lebih perlu untuk diberikan keutamaan dan anda lebih bertanggungjawab dan amanah. Dalam pengurusan masa, semuanya bermula dengan perancangan. Perancangan untuk mencapai matlamat. Apabila anda mempunyai matlamat, maka anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut dengan jayanya. Contohnya, saya mempunyai matlamat dimana saya akan menamatkan ijazah saya dalam masa 4 tahun dengan cemerlang. Apabila matlamat telah ditetapkan. Kita perlu menyusuli dengan merancang jadual masa. Dalam kehidupan seharian yang begitu padat sebagai seorang pekerja dan mempunyai keluarga serta sebagai seorang pelajar. Maka, jadual masa amat penting dalam membantu mengimbangi tugas-tugas tersebut. Anda boleh membuat jadual masa harian, mingguan atau bulanan. Ini adalah penyelesaian untuk membahagikan masa dengan betul. Setelah membuat jadual tersebut. Anda perlu disiplin dalam melaksanakan jadual masa agar dapat mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Dengan itu, bermulalah cabaran untuk mengikuti jadual masa tersebut dengan berdisiplin agar masa dapat digunakan dengan sepenuhnya tanpa terbuang dengan sia-sia.

Kesimpulannya, sebagai seorang pelajar, pekerja dan juga seorang yang sudah berkeluarga, kita bukan sahaja perlu berjaya dalam pelajaran tetapi kita juga perlu seiring dengan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pekerja yang berkaliber dan sebagai seorang ibu yang komited terhadap keluarga. Dengan itu, kita perlulah menjalankan tugas dengan bijak dan bukannya dengan hanya bekerja keras. Oleh itu, kita perlu menguruskan masa dengan betul agar segala aktiviti dapat dijalankan dengan berkesan dan seterusnya melahirkan insan yang cemerlang dalam semua bidang. Oleh itu, pelajar yang pandai menguruskan masa akan berjaya dalam kehidupan dan mereka juga berani menghadapi cabaran dan rintangan hidup.

Leave a Comment

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.