Essay: Malaysia

Malaysia merupakan salah satu negara yang amat unik, masyarakatrnya dapat hidup dengan aman dan harmoni, di dalamnya terdapat pelbagai keturunan, etnik, warna kulit, agama, bahasa kebudayaan dan adat resam yang tersendiri. Ia merupakan satu-satunya negara masyarakat plural atau majmuk yang berjaya menyatupadukan setiap warganegaranya. Terdapat tiga kaum atau bangsa utama di Malaysia iaitu Cina, Melayu dan India di mana mereka ini telah pun menetap di tanahair ini selama 5 abad lamanya. Selain itu juga Malaysia merupakan tanah air kepada kira kira 80 kaum etnik, sama ada di Semenanjung Malaysia mahupun di Sabah dan Sarawak, antaranya ialah termasuklah Baba dan Nyonya, Iban, Bugis, Bajau, Minangkabau dan sebagainya
Masyarakat majmuk Malaysia ini mempunyai konsepnya dan sejarah yang tersendiri. Malaysia pada hari ini didiami oleh pelbagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke Sabah. Kepelbagaian kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya, bahasa, agama dan adat resam. Menurut Eckstein (1966) dalam bukunya ‘Division and Cohesion in Democracy’- menyatakan Masyarakat majmuk dibahagikan mengikut garis-garis pemisah (segremental cleavages) seperti ras, etnik, agama, ideologi, bahasa dan budaya’

Corak atau bentuk masyarakat Malaysia ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur politiknya. Masyarakat Malaysia pada abad ke-18 dan 19 tidak begini coraknya. Sebaliknya masyarakat ketika itu boleh dikatakan di diami oleh orang Melayu dan Orang Asli atau orang asal serta bersama sebilangan kecil bangsa atau kaum lain. Tetapi kini setelah mengalami penghijrahan demi penghijrahan coraknya telah berubah dan wujudlah pembentukan masayarakat majmuk. Kini Malaysia merupakan sebuah negara Pluralistik yang mempunyai jumlah penduduk lebih kurang 26.6 juta orang pada tahun 2006. Di mana Melayu merupakan kelompok etnik majoriti iaitu mewakili lebih kurang 55%, Cina mewakili lebih kurang 25%, India pula 7% dan selebihnya adalah terdiri daripada kelompok pribumi kecil seperti Dayak, Bidayuh,Melanau dan Orang Ulu di Sarawak, Kadazan Dusun, Murut dan Bajau di Sabah serta pelbagai lagi kelompok yang lebih kecil.
Bagi menjamin kesinambungan, keharmonian, kesejahteraan dan perpaduan masyarakat yang terdapat di Malaysia ini maka setiap warganegara perlu ada rasa toleransi dan hormat menghormati diantara satu sama lain, pelbagai pihak sama ada kerajaan atau NGO perlu sentisa mencari formula atau pendekatan supaya rakyat sentiasa dapat hidup dengan aman dan harmoni, Namun begitu sedikit sebanyak peratus keberangkalian berlakunya konflik antara kaum tidak boleh dinafikan. Saya amat bersetuju salah satu pendekatan yang paling baik ialah dengan menyuburkan budaya dialog antara kaum, etnik, peradaban dan sebagainya bagi memperkukuhkan perpaduan dan integrasi nasional serta kelangsungan identiti negara.

2.0 PRINSIP-PRINSIP DIALOG

Dalam perspektif Islam kewujudan masyarakat majmuk ini adalah suatu sunnah llahiah di mana ia merupakan manifestasi kekuasaan dan kehendak Tuhan yang tidak boleh dijadikan alasan oleh manusia untuk tidak memikirkan satu bentuk perhubungan sesame manusia yang harmoni dan saksama. Sebagai manusia yang beragama, diwajibkan antara kedua-dua golongan yang berbeza itu untuk saling kenal mengenal sebagai memenuhi tuntutan kehidupan bagi sama-sama memakmurkan dunia ini.
Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk. (16:125)

Perkataan ‘dialog’ itu sebenarnya ialah istilah di dalam bahasa Inggeris, iaitu dialogue. Maksud perkataan tersebut merujuk kepada : (1) perbicaraan , perbualan, percakapan (2) pertukaran pendapat, dan (3) tanya jawab. Maka berasaskan maksud tersebut, dialog diertikan sebagai ‘suatu percubaan antara dua belah pihak yang berlainan pendapat, kepercayaan atau pandangan untuk melakukan satu aktiviti pertukaran pendapat, dengan tujuan menambahkan pengetahuan, meningkatkan kefahaman dan seterusnya membolehkan wujudnya sikap saling memahami antara kedua-dua belah pihak’.

Dialog sering juga disebut dengan perkataan mujadalah, muzakarah, bertukar fikiran dan lain-lain. Melalui dialog mereka juga mungkin dapat mempelajari sesuatu kebaikan yang terdapat antara kedua-dua belah pihak serta melenyapkan sebanyak mungkin keraguan yang timbul sebelumnya.

Dialog tersebut bertujuan untuk cuba memahami beberapa persamaan yang terdapat pada kedua-dua agama kerana dengan cara itu hubungan antara kedua-dua belah pihak menjadi lebih akrab.

Dialog peradaban adalah suatu perbincangan yang dilakukan oleh dua pihak atau lebih, yang mempunyai pandangan yang berbeza. Tujuan utamanya adalah untuk saling belajar antara satu sama lain sehingga pihak masing-masing dapat mengubah pandangannya dan meningkatkan kefahaman agamanya. Dialog bukanlah satu pendebatan.

Dalam dialog ini kejujuran amat penting dalam menghadapi perbezaan-perbezaan asas dan bersama-sama mencari suatu kebenaran yang tidak sepenuhnya dimiliki oleh mana-mana kelompok, kerana kebenaran yang hakiki itu hanya ada di sisi Allah s.w.t.

Leave a Comment

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.