Tamadun China merupakan salah satu tamadun yang tertua di dunia. Tamadun ini dipercayai telah wujud sejak millennium ( jangka masa selama seribu tahun) ke 6 sebelum masihi dan bermula di lembah Hwang Ho berhampiran dengan sungai Hwang Ho (utara) danYantze (selatan).
Mengikut urutan pemerintahan secara dinasti,dinasti pertama yang wujud ialah Dinasti Xia,dikuti Dinasti Shang (dikenali juga Dinasti Yin),Dinasti Zhou(Chou),Dinasti Qin, Dinasti Han,Dinasti Sui,Dinasti Tang,Dinasti Yuan (Monggol) dan Dinasti Ching (Manahu). Namun perluasan tamadun China bermula apabila munculnya Dinasti Qin pada 221 sebelum masihi hingga 206 sebelum masihi.Pada ketika itu ia diasaskan oleh Maharaja QinShi Huang. Perluasan kuasa tersebut telah mengantikan pemerintahan sistem feudal kepada pemerintahan yang melahirkan empayar zaman Qin. Ini kerana,Maharaja Qin Sin Huang pada zamannya telah berjaya menyatukan seluruh daerah kecil sehingga ke selatan China.
Melalui kelahiran tamadun China,dapat dilihat Sungai Hwang Ho atau juga dikenali sebagai Sungai Kuning menjadi sumber penting kerana mempunyai tanah yang subur,lembap dansesuai dijadikan sebagai kawasan pertanian. Ini adalah faktor mereka dapat membina sebuah penempatan yang diduduki sejumlah besar manusia.
Dengan wujudnya tampuk pemerintahan,mereka telah berjaya menerokai pelbagai ilmu seperti sains dan teknologi,bidang perubatan, bidang matematik dan astronomi. Selain itu,senibina yang mengkagumkan iaitu tembok besar China yang menjadi simbol kerjasama dan taat setia rakyat China terhadap pemerintah mereka. Tembok besar ini telah dibina dengan mengabungkan beberapa tembok yang sedia ada. Ianya bermula sebagai tembok pertahanan yang dibina di sempadan utara Dinasti Qin dan dipelihara oleh dinasti seterusnya. Namun tembok besar yang dilihat hingga kini ialah hasil pembangunan Dinasti Ming. Bahagian dalam tembok berisi tanah yang bercampur batu batan manakala atasnya dibuat jalan utama untuk pasukan berkuda Negara China. Ianya kukuh dan tahan lama. Ini adalah warisan sejarah yang ditinggalkan oleh tamadun China dan dapat dilihat sehingga kini. Ia juga merupakan salah satu keajaiban dunia.
Selain itu,dalam perubatan tamadun China terkenal dengan herba-herbanya yang dapat menyembuhkan pelbagai penyakit.