DEFINASI TAMADUN
Tamadun bermaksud peradaban, kemajuan dari segi kebendaan dan kerohanian, kebudayaan, keilmuan, sosial, pendidikan, teknologi, akhlak dan sopan santun. Di dalam bahasa Arab kalimah-kalimah seperti ath-thaqafah, al-hadharah, al-umran dan at-tamadun digunakan. Manakala dalam bahasa Inggeris diterjemahkan dengan culture, renaissance, enlightenment dan civilization. Dalam bahasa Melayu yang biasa digunakan adalah kebudayaan, peradaban, tamadun dan madani. Tamadun dari segi pengertian, menekankan dua pengertian penting iaitu kehalusan budi pekerti dan pembangunan perbandaran atau penempatan. Gaya peradaban dan ketamadunan yang dikemukakan oleh Ibnu Khaldun contohnya, mengambil kira segala segi kehidupan termasuk rohani, fizikal, spiritual dan fitrah manusia. Oleh sebab itu, sesebuah tamadun yang dibangunkan berpotensi untuk berkembang dan merosot. Dalam keadaan dunia yang maju, sesebuah tamadun mungkin akan bertembung dengan tamadun yang lain. Oleh itu, mencari dan memahami persamaan dan perbezaan antara tamadun lampau dan sementara amat penting terutamanya dalam persoalan berkait dengan semua contohnya alam sekitar, keluarga, masyarakat, Negara dan lain-lain.
KONSEP TAMADUN
Secara amnya, tamadun boleh dimaksudkan dengan Madain atau mudun atau madana bermaksud tinggi budi bahasa dan pembukaaan Bandar. Perkataan seperti ‘civilisation’ pula berasal dari Greek manakala ‘civitas’ bermaksud Bandar. Maksud tamadun dari sudut Barat tamadun pembangunan lahiriah iaitu penentu kemajuan dalam sesebuah masyarakat. Selain itu, pembangunan tamadun lahiriah pula ialah proses perkembangan tamadun secara luaran sahaja. Manakala tamadun dari sudut Islam meliputi pembangunan lahiriah dan rohaniah seperti pandangan Ibnu Khaldun yang melihat dari aspek kehidupan Bandar. Manakala Syed Naquib al-Attas menegaskan pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan luhur oleh sesebuah masyarakat merupakan maksud tamadun. Terdapat beberapa Negara yang terkenal dengan ketamadunan, antaranya ialah Mesir, Yunani, Rom, Parsi dan termasuklah di Asia tamadun China dan India.
OBJEKTIF TAMADUN
Pelbagai istilah telah muncul dalam mendefinasikan tamadun, dimana secara umumnya membawa maksud pencapaian kemajuan dari segi pembangunan fizikal di smaping pemupukan tingkah laku yang baik. Menurut The Oxford Dictionary (1995), salah satu makna tamadun ialah baru dan mutakhir iaitu new and up to date. Menurut kamus dewan (1998), tamadun boleh didefinasikan sebagai keseluruhan cara berkelakuan, berfikir, segala hasil kegiatan, penciptaan berupa kebendaan atau kerohanian sesuatu masyarakat, tamadun dan peradaban.
TAMADUN MALAYSIA
Perkembangan agama dan umat Islam di Malaysia telah melalui sejarah yang sangat panjang. Sarjana tempatan mengandaikan kedatangan Islam kea lam Melayu telah bermula sejak abad pertama Hijrah lagi. Agama Islam telah mengubah akidah masyarakat Melayu dari dunia kekufuran kepada mempercayai dan menyembah Allah Yang Maha Esa (Abdul Rahman Haji Abdullah). Ajaran Islam juga telah membina jati diri Melayu sehingga berjaya membentuk kerajaan dan kemuncaknya Kerajaan Melayu Melaka mampu melakar sejarah agung di arena tempatan dan antarabangsa pada abad ke 15M (Muhammad Yusoff Hashim 1992). Ajaran Islam jugalahmenjadi teras benteng kepada bangsa Melayu menangkis dan mendepani pengaruh barat pada era kolonial. Gerakan ‘islah’ cuba membentuk masyarakat Islam yang kuat (Roff 1994). Dengan semangat Islam inilah masyarakat Melayu di Malaysia bersatu menentang penjajahan barat dan memperjuangkan kemerdekaan daripada British pada abad ke 20M (Mahyudin Haji Yahya 1998; Haji Dasuki Haji Ahmad 1980).
PERLEMBAGAAN MALAYSIA DAN AGAMA ISLAM
Dalam perlembagaan Malaysia diperuntukkan bahawa agama Islam merupakan agama persekutuan menunjukkan ajaran Islam mempunyai kedudukan yang penting dalam kalangan penduduk Tanah Melayu (Andaya 1983; Mohd Isa Othman 2002). Selepas negara menikmati kemerdekaan, pemimpin-pemimpin Malaysia diiktiraf dunia Islam sebagi pemimpin contoh yang melakar sejarah Malaysia Negara merdeka dengan cemerlang. Pencapaian penduduk Malaysia sama ada dalam aspek pendidikan, ekonomi, pembangunan dan keharmonian Negara Malaysia menjadi contoh terbaik masyarakat berbilang bangsa dan agama hidup bersama demi kemajuan Negara.
TAMADUN MELAYU
(Tun Sheikh Engku Bendahara 2011)