BAB 1
PENGENALAN
Latar Belakang Projek
Aplikasi Spesifikasi Kereta Tamiya Mini 4wd merupakan sistem bantuan keputusan yang dibangunkan untuk memudahkan para pelumba kereta Mini4wd di seluruh Malaysia sebagai langkah persiapan kepada pelumba untuk persediaan menyertai pertandingan. Sistem yang dibangunkan ini adalah berasaskan Teknologi Aplikasi Android. Aplikasi Android adalah teknologi terkini yang digunakan sebagai landasan terhadap kemudahan pengguna yang menggunakan telefon pintar untuk mengakses terus bantuan carian masa di mana sahaja.
Sistem yang dibangunkan ini bertujuan untuk membantu para pelumba baru dan pelumba lama agar dapat mengetahui barangan asli yang dikeluarkan oleh Tamiya serta dapat membantu para pelumba kereta Mini 4wd mendapatkan tetapan spesifikasi yang terbaik. Memandangkan jumlah barangan yang dikeluarkan oleh Tamiya terlalu banyak, ia menyukarkan para pelumba untuk mencari spesifikasi terbaik dalam masa yang singkat.
Perubahan zaman yang semakin canggih dengan pelbagai kemudahan teknologi membantu kita dalam menyediakan sistem yang lebih teratur dan efektif. Oleh itu, Aplikasi Spesifikasi Kereta Tamiya Mini 4wd yang dibangunkan ini dengan berasaskan teknologi terkini bagi membantu para pelumba mencari spesifikasi kereta dengan lebih cepat, efisien dan sistematik. Aplikasi ini menjadi lebih cepat untuk mencari spesifikasi kerana kesemua barangan yang dikeluarkan oleh Tamiya disenaraikan dan mudah untuk dilihat. Aplikasi ini juga lebih efisien kerana masa untuk pengiraan masa dapat dikira dalam masa yang singkat. Aplikasi ini lebih sistematik dan teratur kerana susun atur produk direka mengikut
keutamaan keperluan untuk memudahkan pengguna serta dapat menarik minat pengguna untuk menggunakannya. Aplikasi ini lebih sistematik dan teratur kerana susun atur produk direka mengikut keutaaman keperluan untuk memudahkan pengguna serta dapat menarik minat pengguna untuk menggunakannya.
Sistem ini terdapat dua peringkat proses iaitu terdiri daripada senarai barangan kereta dan pengiraan masa. Pada peringkat senarai barangan kereta, aplikasi ini menyenaraikan kesemua barangan yang telah dikeluarkan oleh Tamiya. Pada peringkat pengiraan masa pula, pengiraan masa akan dikira mengikut spesifikasi yang dipilih pada peringkat senarai barangan kereta. Antara brangan utama yang menjadi faktor untuk pengiraan masa adalah enjin, tayar, rim dan jumlah panjang trek perlumbaan.
1.2 Penyataan Masalah
Tamiya merupakan satu jenama permainan yang mempunyai kilang induk di Jepun. Permainan Tamiya telah menular ke seluruh Malaysia dan ia telah mendorong setiap lapisan umur untuk mempunyai minat bermain kereta Tamiya Mini 4WD. Oleh itu, terdapat pelbagai pertandingan kereta Tamiya Mini 4WD telah dianjurkan di Malaysia dan setiap pertandingan mempunyai hadiah yang lumayan. Pertandingan ini terdiri daripada 4 peringkat iaitu peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan negara. Pada peringkat daerah, pihak penganjur akan mencari pemenang untuk dibawa ke peringkat negeri. Setelah berjaya mengharungi peringkat negeri, peserta akan dibawa untuk menyertai pertandingan peringkat kebangasaan dan pada ketika inilah menjadi perebutan semua pelumba oleh kerana pelumba yang memenangi peringkat kebangsaan akan dibawa ke Jepun untuk menyertai pertandingan yang disertai oleh pelumba professional daripada serata dunia.
Setiap pertandingan mempunyai jarak litar yang berbeza dan para peserta tidak dapat menganggarkan masa yang sesuai bagi memasuki pusingan kalah mati. Malah, terdapat para peserta yang menggunakan barangan tidak asli untuk berlumba yang menyebabkan mereka disingkirkan daripada pertandingan.
Bagi peserta baru juga mengalami kesukaran untuk mencari tetapan yang sesuai oleh kerana kekurangan pengalaman dalam pertandingan. Hal ini berlaku kerana peserta tidak mendapat pendedahan maklumat mengenai spesifikasi yang
dikeluarkan oleh Tamiya. Ketika perlumbaan menggunakan spesifikasi yang salah seperti enjin, rim, tayar dan tidak dapat membaca laluan trek dengan baik akan menyebabkan peserta tidak dapat bersaing rapat dengan peserta lain dan ketinggalan masa. Oleh itu, aplikasi ini dapat membantu pelumba-pelumba kereta Tamiya Mini 4WD yang baru untuk berjinak-jinak untuk bermain kereta Mini 4wd dan dapat mencari tetapan spesifikasi yang terbaik serta pada masa yang sama dapat memberi saingan kepada lawan ketika menyertai pertandingan.
Objektif Projek
Objektif projek ini adalah :
Merekabentuk dan membangunkan Aplikasi Spesifikasi dan Penyelenggaraan Kereta Tamiya Mini 4WD.
Membantu mencari masa terpantas mengikut tetapan kereta yang dipilih.
Skop Projek
Sistem ini terbahagi kepada beberapa skop utama iaitu :
Peserta
Membolehkan peserta mencari spesifikasi dan tetapan kereta yang terbaik untuk mencapai masa yang terpantas.
Spesifikasi Kelajuan Kereta
Pada modul ini, peserta diberi beberapa panduan dan cadangan tentang bagaimana spesifikasi kereta mempengaruhi tahap kelajuan kereta. Peserta boleh mendapatkan cadangan dan anggaran keputusan yang diperlukan.
Sistem
Sistem ini dibangunkan sepenuhnya menggunakan aplikasi android. Oleh itu, pelumba kereta Tamiya Mini 4WD dapat memuat turun ke dalam telefon pintar masing-masing dan boleh dibawa dan digunakan pada bila-bila masa. Bahasa pengaturcaraan Java digunakan untuk mengimplementasi aplikasi Android.
Keputusan Jangkaan
Aplikasi Spesifikasi Kereta Tamiya Mini 4wd yang dibangunkan ini membantu para pelumba untuk mencari masa terpantas mengikut spesifikasi yang dipilih melalui Teknologi Aplikasi Android. Aplikasi ini dapat mengelakkan para pelumba mengeluarkan kos yang lebih untuk membeli barangan Tamiya. Ia juga dapat mengelakkan berlakunya kerosakan barang oleh kerana barangan Tamiya adalah mudah pecah.
Malah, aplikasi ini juga dapat membantu para pelumba untuk mencari masa yang paling pantas dengan lebih cepat. Ini adalah kerana aplikasi ini menyediakan pengiraan masa mengikut spesifikasi yang dipilih. Faktor laluan trek juga merupakan faktor penting dalam pengiraan masa. Antara yang menjadi faktor penting adalah jumlah panjang trek. Apabila jumlah panjang trek terlalu jauh, ia mempengaruhi pengiraan masa oleh kerana setiap jarak mempunyai masa yang berbeza. Spesifkasi enjin, tayar dan rim yang terbaik dipilih saling berkait bersama jumlah panjang trek.
Terdapat pelbagai jenis enjin yang telah dikeluarkan dan setiap jenisnya tidak mempunyai kelajuan yang sama antaranya ‘Sprint Dash’, ‘Mach Dash’, ‘Hyper Dash’ dan lain-lain lagi. Tayar pula mempunyai saiz diameter yang berbeza dan setiap saiz yang berbeza mempunyai berat yang berlainan serta bahan yang berlainan. Antara tayar yang dikeluarkan adalah tayar ‘Super Hard’, ‘Soft Slick’ dan ‘Rubber’. Rim juga mempunyai saiz diameter yang berbeza serta bahan yang berbeza. Bahan yang berbeza mempengaruhi berat rim dan dapat mempengaruhi masa yang akan dihasilkan.
Kepentingan Projek
Aplikasi ini dibangunkan bertujuan untuk membantu organisasi yang mengendalikan pertandingan kereta Tamiya Mini4wd dengan lebih teratur dan adil. Di samping itu, aplikasi ini dapat memudahkan para peserta mengganggarkan masa terpantas dengan mengikut spesifikasi yang dipilih. Ia juga memudahkan peserta mengetahui masa kereta melalui aplikasi di dalam telefon pintar. Pemilihan spesifikasi kereta adalah penting bagi mendapat masa yang terpantas. Apabila spesifikasi yang dipilih merupakan spesifikasi yang tertinggi, maka masa yang
diperoleh adalah masa yang terpantas.
Pemilihan spesifikasi yang tinggi juga saling berkait rapat dengan harga kos belian barang serta spesifikasi barangan yang paling tinggi merupakan harga yang paling mahal. Oleh itu, apabila kita memilih spesifikasi yang rendah, maka masa yang dikira juga akan lebih perlahan dan kos belian barang akan menjadi murah. Pemilihan spesifikasi ini juga bergantung kepada syarat penyertaan yang dikeluarkan oleh pihak penganjur pertandingan. Terdapat 2 peringkat peraturan yang dikeluarkan iaitu peringkat terbuka dan peringkat bersyarat. Peringkat terbuka merupakan peringkat yang disukai ramai kerana pemilihan spesifikasi adalah terbuka tanpa ada sebarang syarat. Peringkat bersyarat pula merupakan peringkat yang mempunyai syarat pemilihan spesifikasi yang ditetapkan oleh pihak penganjur.
Aplikasi ini juga digunakan sebagai persediaan dan panduan utama kepada pelumba baru kereta Tamiya Mini 4WD. Oleh itu, para peserta baru dapat mengetahui alatan-alatan yang asli yang dibenarkan dalam perlumbaan serta pelumba baru dapat bersaing sengit dengan pelumba profesional. Para pelumba professional juga dapat menjimatkan kos alatan daripada mengalami kerosakan oleh kerana alatan Tamiya adalah mudah pecah. Pada masa yang sama pelumba professional dapat menjimatkan masa untuk mencari spesifikasi terbaik bagi mendapatkan masa terpantas.
Ringkasan
Bab pertama menerangkan secara ringkas berkenaan keseluruhan pembangunan aplikasi ini. Untuk bab pertama, ia menjelaskan pengenalan aplikasi ini dan prosedur yang sedia ada. Terdapat juga beberapa masalah yang telah dikenalpasti dalam prosedur yang diguna pakai. Dalam bab ini juga, telah dicadangkan beberapa kaedah penyelesaian bagi mengatasi masalah yang timbul. Terdapat beberapa objektif yang dikenal pasti di dalam bab ini.
Bab dua pula akan memberi penjelasan mengenai kajian literatur. Bab ini akan membincangkan tentang kaedah yang digunakan untuk membangunkan aplikasi. Bab ini juga akan membuat perbandingan dengan aplikasi atau sistem yang telah ada sebelum ini.
BAB 2
KAJIAN LITERATUR
2.1 Pengenalan Bab
Kajian literatur adalah kajian yang dibuat secara umum terhadap sistem-sistem sedia ada. Kajian ini dilakukan bertujuan untuk membandingkan sistem sedia ada dengan sistem yang dibangunkan. Sistem sedia ada akan dijadikan sebagai rujukan terhadap sistem yang dibangunkan agar dapat menilai kualiti, kelebihan dan kekurangan sistem tersebut. Berdasarkan spesifikasi sistem yang telah dikaji, nilai dan ciri-ciri sistem sedia ada adalah sangat penting agar dijadikan panduan dan mampu mencungkil buah fikiran untuk sistem yang dibangunkan dengan lebih berkualiti dan mempunyai nilai-nilai yang setaraf dengan kehendak semasa dan mempunyai keunikan tersendiri.
Malah, penambahbaikan terhadap sistem sedia ada juga boleh dilakukan pada sistem yang dibangunkan agar dapat memenuhi kehendak pada masa hadapan. Semua ciri-ciri yang terdapat dalam sistem yang sedia ada diperluas dan diperbaiki kelemahannya. Semoga sistem yang dibangunkan ini memenuhi keperluan semasa bagi membantu pelumba kereta Tamiya Mini 4WD dalam mempersiapkan kereta dengan spesifikasi yang terbaik.
2.2 Pengenalan Sistem
Sistem sedia ada bagi pelumba pada masa ini adalah mencuba kesemua barangan yang ada dan melihat perbandingan masa yang terhasil setelah mencuba. Aplikasi bagi spesifikasi Tamiya dan pengiraan masa trek belum lagi wujud pada masa ini. Oleh itu, kaedah yang sedia ada ini akan dinaiktaraf kepada aplikasi di
mana dibangunkan secara mobiliti dan lebih sistematik untuk membantu para pelumba yang mencari tetapan secara manual ini bagi menjimatkan masa mencari spesifikasi yang terpantas serta mengelakkan berlakunya kerosakan barangan Tamiya yang mudah pecah.
Kajian Terhadap Prosedur Sedia Ada
Pada masa ini, pelumba kereta Tamiya Mini 4WD mencari tetapan kereta secara manual. Oleh itu, mereka perlu mencari barangan Tamiya dan membeli barangan tersebut. Terdapat sesetengah barangan Tamiya sukar didapati di kedai dan adakalanya barangan yang dibeli lambat sampai ke destinasi yang diminta pembeli oleh kerana masalah penghantaran yang dibeli dari Jepun. Terdapat pelbagai jenis barangan yang dikeluarkan oleh Tamiya. Setiap barangan mempunyai harga yang berbeza dan untuk mendapatkan kesemua barangan yang dikeluarkan oleh Tamiya memerlukan perbelanjaan wang yang banyak.
Setelah mendapat barangan yang diperlukan, pelumba perlu ke trek yang disediakan oleh pihak penganjur pertandingan. Ketika pertandingan, penganjur memberi masa selama 3 jam kepada pelumba untuk mendapatkan masa yang terpantas bagi melayakkan diri ke pusingan kalah mati. Dalam masa 3 jam yang diberi, pelumba perlu mencari masa terpantas. Pada masa ini, para pelumba perlu mencuba kesemua barangan yang ada. Untuk mencuba kesemua barangan yang ada, ia mengambil masa yang lama oleh kerana proses pemasangan dan menukar barangan. Oleh kerana barangan yang mudah rosak ini juga ia sedikit sebanyak menganggu konsentrasi pelumba disebabkan kerosakan barangan dan perlu mencari alat ganti dengan kadar segera ketika perlumbaan. Ada kalanya barangan yang rosak tidak dijual oleh pihak penganjur atas faktor kehabisan stok. Ini juga menjadi faktor kegagalan pelumba untuk memenangi pertandingan.
Kajian Terhadap Sistem Setara
Sistem setara adalah sistem yang menyerupai seperti sistem yang dibangunkan iaitu sistem yang berkaitan dengan spesifikasi kereta dan pegiraan masa dalam sesebuah trek yang dikeluarkan. Sistem ini mempunyai ciri-ciri atau proses yang sama yang boleh dijadikan rujukan terhadap sistem yang akan dibangunkan.
Tamiya USA Mini 4WD Support
Tamiya USA Mini 4WD Support adalah aplikasi mengenai Tamiya yang menerangkan secara terperinci produk-produk yang telah dikeluarkan dipasaran. Antaramuka bagi aplikasi tersebut adalah seperti di dalam Rajah 2.1.
Rajah 2.1: Antaramuka aplikasi Tamiya USA Mini 4WD Support.
Aplikasi ini adalah sebuah aplikasi yang menggunakan platfom Android. Ia mempunyai pelbagai modul antaranya Modul Menu Mini 4WD, Modul Menu Litar, Modul Menu Prestasi dan Modul Menu Aksesori.
Modul Menu Mini 4WD menunjukkan pelbagai pilihan casis yang disediakan. Antaranya REV Series, PRO Series, VS Series, Racing Series, Super Series, Racing Series SP, Wild Series dan Scale Series. Pada modul ini memberi penerangan mengenai keluaran siri berbeza-beza yang dikeluarkan Tamiya bagi mengikut aliran kehendak pembeli.
Modul kedua yang terdapat dalam aplikasi ini adalah Modul Menu Litar. Pelbagai rekabentuk litar telah dihasilkan oleh Tamiya untuk memberi cabaran yang berbeza bagi setiap pertadingan. Terdapat 6 rekabentuk litar telah dikeluarkan iaitu Straight, Chicane, Bank, Corner, Lane Changer dan Slope.
Modul seterusnya adalah Modul Menu Prestasi. Pada modul ini akan menerangkan dan menjelaskan barangan yang berprestasi tinggi bagi meningkatkan kekuatan sesebuah kereta. Modul yang terakhir adalah Modul Menu Aksesori. Fungsi modul ini adalah memaparkan aksesori terkini yang dikeluarkan oleh Tamiya
untuk melakukan sebarang modifikasi bagi menampakkan kereta kelihatan lebih cantik.
Speed Distace Time Calculator
Speed Distace Time Calculator adalah aplikasi mengenai pengiraan masa mengikut keperluan data yang ada. Antaramuka bagi aplikasi tersebut adalah seperti di dalam Rajah 2.2.
Rajah 2.2: Antaramuka aplikasi Speed Distace Time Calculator.
Kajian dengan terperinci telah dilakukan terhadap aplikasi ini. Aplikasi ini dibangunkan menggunakan platform Android untuk kegunaan mobiliti. Terdapat 4 modul yang telah dipaparkan iaitu Modul Menu Kelajuan, Modul Menu Jarak, Modul Menu Masa dan Modul Menu Langkah. Setiap modul yang dipaparkan mempunyai cara pengiraan yang tersediri dan memerlukan data yang berlainan.
Modul Menu Kelajuan memerlukan 2 data yang wajib dimasukkan iaitu jarak dan masa. Terdapat butang Calculate disediakan yang perlu ditekan untuk memproses data yang telah dimasukkan.
Modul yang kedua adalah Modul Menu Jarak. Data yang diperlukan untuk mengira jarak adalah berdasarkan kelajuan dan masa. Bilangan jarak akan terhasil setelah butang Calculate ditekan. Format jarak boleh ditukar mengikut kesesuaian kehendak pengguna.
Modul yang seterusnya adalah Modul Menu Masa. Pengiraan masa memerlukan data yang tertentu untuk membuat pengiraan iaitu jarak dan kelajuan. Keputusan akan terhasil dalam bentuk format jam, minit dan saat. Modul terakhir
adalah Modul Menu Langkah. Faktor yang mempengaruhi untuk pengiraan kelajuan langkah adalah jarak dan masa.
Cycling Speed Calculator
Cyclng Speed Calculator adalah aplikasi pengiraan kelajuan, jarak dan masa. Antaramuka bagi aplikasi tersebut adalah seperti di dalam Rajah 2.3.
Rajah 2.3: Antaramuka aplikasi Cycling Speed Calculator.
Aplikasi ini telah dikaji dan diselidik bagi membantu pembangunan aplikasi yang dibangunkan. Android dijadikan sebagai asas platform untuk membangunkan aplikasi ini.
Setelah melakukan kajian, dikenalpasti aplikasi ini mempunyai 3 modul untuk membuat pengiraan masa iaitu Modul Kelajuan, Modul Jarak dan Modul Masa. Keputusan pengiraan terpapar dengan serta merta setelah data dimasukkan.
Modul Kelajuan memerlukan 2 data yang perlu dimasukkan iaitu jarak dan masa. Modul Jarak pula memerlukan data kelajuan dan masa. Modul yang terakhir adalah Modul Masa yang memerlukan data kelajuan dan jarak.
Aplikasi ini membuat pengiraan dengan pantas dan tepat. Penggunaan talian internet tidak diperlukan dan saiz memori yang diambil untuk dipasang pada telefon pintar tidak memerlukan ruang memori yang besar.
Perbandingan Sistem Setara
Berikut merupakan perbandingan sistem sedia ada dan sistem setara untuk perbandingan ciri-ciri sistem dinyatakan seperti dalam Jadual 2.1.
Jadual 2.1: Perbandingan sistem.
Sistem
Tamiya USA Mini4WD
Support Speed Distace Time Calculator Cycling Speed
Calculator (eSPAN) Aplikasi Spesifikasi
Kereta Tamiya Mini 4WD
Penggunaan Internet Memerlukan talian internet Tidak menggunakan internet Tidak menggunakan internet Tidak menggunakan internet
Maklumat Barangan Maklumat barangan disediakan Maklumat barangan tidak disediakan Maklumat barangan tidak disediakan Maklumat barangan disediakan
Fungsi Pengiraan Tidak boleh melakukan pengiraan Boleh melakukan pengiraan Boleh melakukan pengiraan. Boleh melakukan pengiraan
Platfom Android Android Android Android
Dalam Jadual 2.1 menunjukkan beberapa ciri-ciri penting yang terdapat pada sistem sedia ada, sistem setara dan sistem yang akan dibangunkan. Setiap ciri-ciri sistem dibuat perbandingan dan dikaji daripada segi aspek data, grafik, teknologi, keselamatan sistem dan juga platform yang digunakan.
Kaedah prosedur yang sedia ada mempunyai kekurangan daripada segi teknologi. Ia tidak mempunyai grafik, teknologi dan maklumat. Ia berbeza dengan sistem setara yang dijadikan perbandingan dengan sistem sedia ada.
Ketiga-tiga sistem setara yang dijadikan bahan kajian dan rujukan, mempunyai ciri-ciri seperti yang telah dinyatakan dalam Jadual 2.1. Ciri-ciri kelebihan sistem setara diambil dan dijadikan rujukan terhadap sistem yang dibangunkan. Walaubagaimanapun, ciri-ciri sistem yang dibangunkan mempunyai ciri-ciri yang lebih baik daripada sistem setara, ini adalah kerana berdasarkan kajian yang dibuat, ciri-ciri sistem setara akan dinaiktaraf mahupun ditambahbaik ciri-ciri yang ada dan diletakkan pada sistem yang akan dibangunkan.
Sistem Cadangan
Sistem spesifikasi kereta secara manual ini mempunyai risiko kerosakan yang agak ketara kerana memerlukan proses pemasangan yang berulang-kali bagi mencari spesifikasi terbaik bagi mendapatkan masa terpantas. Rentetan daripada sistem secara manual ini juga, ia telah menyukarkan para pelumba untuk menjimatkan masa mencari tetapan spesifikasi bagi melayakkan diri ke pusingan kalah mati ketika pertandingan. Oleh yang demikian, berdasarkan kajian dan analisis yang telah dilakukan, satu aplikasi dicadangkan untuk dibangunkan bagi membantu para pelumba melaksanakan urusan dengan lebih berkesan dan sistematik.
Ciri-ciri sistem secara mobiliti yang dibangunkan ini adalah menggunakan teknologi terkini seperti Teknologi Aplikasi Android. Penggunaan aplikasi ini memudahkan para pelumba mencari tetapan di mana sahaja berada serta dapat mencari tetapan spesifikasi yang terbaik sebelum menjelang hari pertandingan. Secara kesimpulannya, cadangan terhadap sistem manual kepada sistem secara mobiliti ini dapat membantu para pelumba untuk mejimatkan masa serta mengelakkan berlakunya kerosakan barang.
Cadangan Penggunaan Teknologi
Aplikasi Spesifikasi Kereta Tamiya Mini 4WD yang dibangunkan ini menggunakan asas Teknologi Aplikasi Android. Aplikasi Android disasarkan kepada pelumba kereta Tamiya Mini 4WD bagi memudahkan para pelumba untuk mencari tetapan spesifikasi yang terbaik serta mengetahui masa yang terpantas mengikut spesifikasi yang dipilih. Sistem ini juga menyediakan maklumat berkaitan barangan yang dipilih untuk disasarkan kepada pelumba baru sebagai pengetahuan asas bagi memilih spesifikasi yang sesuai untuk setiap trek yang digunakan.
Teknologi Aplikasi Android
Android adalah sistem pengendalian untuk peranti bergerak seperti telefon selular, komputer tablet dan notebook. Android dibangunkan oleh Google berdasarkan sistem perisian Linux dan perisian GNU. Android asalnya dibangunkan oleh Android Inc. (firma yang kemudiannya telah dibeli oleh Google).
Android mempunyai komuniti yang besar dalam membangunkan serta menulis aplikasi untuk pengembangan fungsi peralatan. Dianggarkan hampir 70,000 aplikasi untuk Android boleh didapati, menjadikanya sasaran pengembangan peralatan kedua paling popular untuk peralatan mobil.
Kelebihan Teknologi Aplikasi Android
Perbandingan platfom iOS dan Android telah dikaji dan perbandingan telah dibuat
merujuk ke dalam Jadual 2.2.
Jadual 2.2: Perbezaan iOS dan Android
iOS Android
Diprogramkan menggunkan Objektive-C. Menggunakan bahasa aturcara C, C++ dan Java
Perisian adalah berbayar, bukan daripada sumber terbuka Perisian adalah percuma, daripada sumber terbuka
Perkongsian fail adalah daripada platfom yang sama. Perkongsian fail boleh daripada platfom lain.
Terdapat hanya pada iPod Touch, iPhone, iPad, Apple. Terdapat di banyak telefon pintar dan tablets, termasuk LG, HTC, Samsung, dan lain-lain.
Berdasarkan ciri-ciri yang dinyatakan pada Jadual 2.2, platfom Android merupakan platfom yang terbaik untuk membangunkan Aplikasi Spesifikasi Kereta Tamiya Mini 4WD. Ia adalah salah satu platfom yang popular dan boleh membuat aplikasi secara percuma kerana Android adalah daripada sumber terbuka. Malah Android juga lebih mudah untuk berintegrasi dengan Windows kerana menggunakan perisian dan bahasa aturcara sumber terbuka.
2.7 Ringkasan
Ringkasan yang dapat dibuat dalam bab ini adalah sebelum membangunkan sistem, pengumpulan semua maklumat dan kajian yang dilakukan adalah daripada segi perbandingan sistem sedia ada dengan sistem lain yang terdapat pada masa kini. Dari padasini, kita boleh mengenalpasti objektif dan skop dalam pembangunan Aplikasi Spesifikasi Kereta Tamiya Mini 4WD.
Malah dengan membuat kajian terhadap sistem sedia ada juga, kita dapat menilai kelebihan dan ciri-ciri sistem setara dan boleh dijadikan rujukan terhadap sistem yang dibangunkan agar ciri-ciri pada masa akan datang dapat dicapai.
Dengan membuat kajian juga, dapat mencungkil buah fikiran untuk membina sistem yang dibina dengan lebih unggul disamping dapat memenuhi kehendak semasa mengikut perkembangan teknologi terkini.
Bab tiga akan memberi penjelasan mengenai metodologi. Bab ini akan membincangkan tentang pilihan metodologi yang digunakan untuk membangunkan aplikasi ini. Ia juga akan menerangkan dengan lebih terperinci mengenai fasa-fasa yang terlibat dan perkakasan yang akan digunakan.
BAB 3
METODOLOGI PROJEK
3.1 Pengenalan
Metodologi adalah garis panduan yang perlu diikuti dan dijadikan rujukan untuk menyempurnakan setiap aktiviti dalam pembangunan sistem. Ini termasuklah model yang tertentu, perkakasan dan teknik-teknik yang digunakan untuk pembangunan sistem antaranya ialah Model Air Terjun, Model Beorientasikan Objek, Model Prototaip, Model Agile, Model Spiral dan pelbagai lagi model lain yang boleh digunakan.
Oleh yang demikian, pemilihan model untuk membangunkan Aplikasi spesifikasi Kereta Tamiya Mini 4WD telah dikenalpasti. Ini adalah kerana untuk menghasilkan sebuah sistem yang berkualiti, sistematik dan berjalan lancar, pemilihan model yang sesuai mengikut kesesuaian jenis model adalah sangat penting. Perancangan untuk menghasilkan sistem yang berkualiti juga memerlukan teknik yang sesuai. Justifikasi pemilihan model dan teknik yang digunakan dinyatakan. Malah, keperluan perisian dan perkakasan juga disenaraikan.
3.2 Kajian Terhadap Metodologi
Terdapat pelbagai teknik dan model yang boleh digunakan untuk membangunkan sesebuah sistem antaranya seperti Model Air Terjun, Model Prototaip, Pembangunan Spiral dan sebagainya. Oleh itu, pendekatan yang dambil dan digunakan untuk
membangunkan Aplikasi Spesifikasi Kereta Tamiya Mini 4WD adalah dengan menggunakan Model Protototaip.
Model Prototaip terbahagi kepada 4 iaitu Prototaip Terbuang, Prototaip Evolusi, Prototaip Peningkatan dan Prototaip Ekstrem. Model Prototaip Evolusi telah dipilih untuk dijadikan sebagai panduan dan rujukan bagi membina Aplikasi Spesifikasi Kereta Tamiya Mini 4WD. Ini adalah kerana model ini boleh melakukan aktiviti dan langkah-langkah untuk membangunkan sistem secara berulang. Model ini juga dipilih adalah kerana bersesuaian dengan kehendak pelumba kereta daripada pemilihan spefisikasi yang perlu dipilih.
3.3 Metodologi Prototaip Evolusi
Aplikasi Spesifikasi Kereta Tamiya Mini 4WD yang dibangunkan menggunakan pendekatan Model Prototaip Evolusi. Model ini dipilih kerana dengan menggunakan model ini, lebih mudah untuk membuat perubahan sekiranya terdapat aktiviti atau proses yang perlu ditambah. Oleh kerana proses untuk mendapatkan keperluan pengguna adalah secara berperingkat, maka model ini sangat sesuai digunakan.
Maklumat dan pengumpulan data yang dikaji ketika pelumbaan kereta Tamiya Mini 4WD di seluruh Malaysia adalah secara berperingkat dan kerap kali sesi temu bual dijalankan bagi mendapatkan maklumat dan membuat kajian dengan lebih terperinci dan jelas.
Model ini membenarkan aktiviti dan proses membangunkan aplikasi secara serentak maka memudahkan dan mempercepatkan lagi proses pembinaan aplikasi ini. Prototaip terdiri daripada proses membangunkan satu sistem percubaan dengan cepat dan mudah dinilai oleh pengguna akhir.
3.4 Fasa-Fasa dalam Metodologi Prototap Evolusi
Model Prototaip Evolusi terdiri daripada lima fasa utama dalam membangunkan sistem. Fasa-fasa tersebut ditunjukkan pada Rajah 3.1.
Rajah 3.1: Model Prototaip Evolusi (McLeod, R. & Jordan,E. (2002)).
Rajah 3.1 merupakan Fasa Metodologi Prototaip Evolusi yang menunjukkan aliran proses setiap fasa yang terlibat dalam model ini. Fasa yang terlibat adalah bermula daripada pada fasa Perancangan, Analisis, Reka Bentuk, Pembangunan Prototaip dan diakhiri dengan fasa Pengujian. Penerangan lanjut tentang setiap fasa dinyatakan seperti berikut:
Fasa Perancangan
Berdasarkan kajian yang dilakukan, pada fasa perancangan ini pelbagai kaedah dan aktiviti telah dilakukan bagi memastikan Aplikasi Spesifikasi Kereta Tamiya Mini 4WD dapat dibangunkan dengan lancar dan menepati ciri-ciri yang telah dipersetujui oleh pengguna. Fasa ini adalah sangat penting bagi mengenalpasti masalah, skop projek dan skop pengguna bagi memastikan objektif projek dapat dicapai. Antara aktiviti yang dilakukan pada fasa ini adalah seperti berikut :
Sesi Temubual
Sesi temubual bersama pelumba kereta Tamiya Mini 4WD ketika pertandingan Hobby Haus Semi Speed Challenge di Seri Kembangan, Selangor dan juga bersama Encik Waqiuddin selaku penganjur ketika pertandingan tersebut bagi mendapatkan maklumat lanjut dan kajian terhadap kepentingan sistem tersebut. Beberapa maklumat penting berkenaan barangan dan spesifikasi kereta dikenalpasti dan data-data yang terlibat juga dapat dikumpul bagi memastikan kepentingan sistem ini dibina adalah signifikan bagi pembangunan sistem.
Buku dan Contoh Tesis Projek Sarjana Muda
Sebagai rujukan dan bahan kajian terhadap pembangunan sistem yang dicadangkan ini, buku-buku berkaitan seperti buku Software Engineering oleh Ian Sommerville 9th Edition digunakan sebagai salah satu bahan rujukan untuk membuat kajian metodologi yang diguna pakai dalam membangunkan sistem ini. Selain itu tesis-tesis Projek Sarjana Muda yang berkaitan juga dijadikan sebagai bahan rujukan. Kandungan tesis dijadikan panduan dan dijadikan perbandingan terhadap sistem yang dibangunkan ini.
Internet
Penggunaan Internet pada masa kini adalah sangat meluas. Terdapat banyak sumber rujukan yang dipercayai dapat diakses dengan cepat dan mudah. Memandangkan kekangan kekurangan buku dan bahan rujukan untuk membina sistem ini, Internet digunakan sebagai sokongan terhadap kajian yang dilakukan. Sebagai contoh, untuk mencari sumber sistem sedia ada yang berkaitan dengan sistem yang akan dibangunkan untuk dijadikan bahan kajian dan rujukan, Internet digunakan untuk mencari sistem setara.
Perbincangan Bersama Penyelia
Setelah beberapa aktiviti melibatkan proses perancangan terhadap pembangunan sistem dilakukan, perbincangan bersama penyelia juga dilakukan bagi memastikan maklumat-maklumat yang telah diperolehi adalah menepati keperluan kajian terhadap sistem yang dibangunkan. Segala masalah dibincangkan dari semasa ke semasa bersama penyelia bagi menyelesaikan masalah yang timbul sepanjang sistem dibangunkan.
Fasa Analisa Sistem (Spesifikasi Keperluan Sistem)
Fasa ini mengandungi 2 teknik iaitu analisa sistem dan kajian kemungkinan. Penerangan lanjut terhadap teknik-teknik tersebut dinyatakan seperti berikut:
Analisa Sistem
Keperluan pengguna dan keperluan sistem dikaji dan dibuat penilaian bagi memastikan sistem dapat dibina dengan lancar. Berdasarkan maklumat melalui sesi temubual bersama pelumba yang terlibat, keperluan pengguna dan keperluan sistem dapat dikenalpasti. Ciri-ciri keperluan direkod dan dijadikan garis panduan untuk pembangunan sistem. Pada kajian fasa ini juga, didapati bahawa kaedah manual sedia ada mempunyai masalah yang perlu diselesaikan.
Analisa keperluan perkakasan sistem dan keperluan perisian sistem dinyatakan beserta seperti berikut:
Spesifikasi Perkakasan
Perkakasan yang digunakan untuk membangunkan sistem adalah seperti dalam jadual di bawah :
Jadual 3.1 : Spesifikasi Perkakasan
Perkakasan Spesifikasi Perkakasan
CPU Intel Pentium Processor
Hard Disk 320 GB
Random Access Memory 4 GB
Spesifikasi Perisian
Perisian yang digunakan untuk membangunkan sistem ini dinyatakan seperti di dalam jadual berikut :
Jadual 3.2 : Spesifikasi Perisian
Perisian Spesifikasi Perisian
Eclipse Implementasi kod aturcara Java (Android)
Microsoft Project Carta Gantt
Adobe Photoshop Reka bentuk antaramuka
Android SDK Aplikasi Android
Perisian yang dinyatakan seperti dalam Jadual 3.2 digunakan untuk membangunkan Aplikasi Spesifikasi Kereta Tamiya Mini 4WD yang berasaskan aplikasi teknologi Android.
3.4.2.2 Kajian Kesauran (Feasibility Study)
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk memastikan keberkesanan sistem terhadap pengguna. Kajian ini memastikan pengguna sistem mengetahui penggunaan teknologi yang dicadangkan seperti teknologi Android dan menerima cadangan teknologi yang telah dicadangkan. Faktor kajian yang dijalankan dinyatakan seperti dalam Jadual 3.3.
Jadual 3.3: Faktor Kajian Kesauran Terhadap Organisasi
Teknologi Adakah teknologi terkini mampu membantu proses pengurusan dengan lebih sistematik?
Adakah aplikasi teknologi Android mampu membantu para pelumba untuk membuat persediaan awal untuk menyertai pertandingan?
Faktor Organisasi Adakah kemahiran dalam menggunakan teknologi terkini diterima pakai oleh para pelumba?
Keberkesanan Adakah sistem cadangan ini mampu memberi keberkesanan terhadap proses carian spesifikasi dan masa terpantas?
Fasa Reka Bentuk Sistem
Reka bentuk sistem terbahagi kepada dua iaitu reka bentuk antaramuka sistem dan juga reka bentuk pangkalan data. Reka bentuk sistem bertujuan untuk memudahkan proses pembangunan sistem kerana gambaran awal terhadap struktur sistem dan struktur data dikenalpasti.
Reka bentuk sistem dibangunkan dengan menggunakan beberapa perisian dan perkakasan bagi membolehkan sistem direka bentuk dengan lebih mudah. Reka bentuk antaramuka sistem direka berdasarkan kesesuaian dan keseimbangan terhadap laman web utama Tamiya. Laman web utama dijadikan panduan untuk membuat reka bentuk antaramuka Aplikasi Spesifikasi Kereta Tamiya Mini 4WD.
Reka bentuk pangkalan data pula dibangunkan berdasarkan tinjauan kajian yang telah dilakukan dan berdasarkan maklumat serta data yang telah diperoleh daripada pengumpulan data ketika pertandingan.
Reka Bentuk Antaramuka Sistem
Pada fasa reka bentuk antaramuka sistem, beberapa modul yang terlibat direka bentuk dengan menggunakan perisian Adobe Photoshop dan antaramuka sistem yang dibangunkan menepati kehendak dan kesesuaian sistem tersebut. Antaramuka sistem yang telah direka bentuk ditunjukkan kepada pengguna untuk mendapatkan persetujuan pengguna. Beberapa modul cadangan antaramuka yang terlibat direka bentuk bagi memudahkan proses pembangunan modul seperti yang ditunjukkan di dalam Jadual 3.4.
Jadual 3.4: Modul Cadangan Sistem
Modul Penerangan
Senarai Barangan Sub modul terlibat:
Casis
Enjin
Rim
Tayar
Roller
FRP
Carian Masa Sub modul terlibat:
Pilihan Enjin
Pilihan Tayar
Pilihan Rim
Jumlah Panjang Trek
Jadual 3.4 menunjukkan modul-modul utama yang terlibat didalm Aplikasi Spesifikasi Kereta Tamiya Mini 4WD. Setiap barangan yang dipaparkan mempunyai maklumat yang tersendiri dan akan diguna pakai untuk membuat pengiraan masa.
Reka Bentuk Pangkalan Data
Pada fasa reka bentuk pangkalan data pula, Rajah Hubungan Entiti (ERD), Rajah Konteks dan Rajah Aliran Data (DFD) akan direka bentuk berdasarkan data-data yang telah diperolehi daripada pengguna.
Fasa Pembangunan Sistem
Setelah menjalani proses reka bentuk, prototaip sistem dibangunkan berdasarkan analisis dan reka bentuk yang telah dilaksanakan dan prototaip dibangunkan mengikut kehendak pelumba kereta. Implementasi terhadap sistem dibangunkan dengan menggunakan bahasa aturcara Java untuk membangunkan aplikasi Android.
Kod aturcara bekerjasama dengan pangkalan data yang telah direka bentuk bagi membolehkan modul-modul berfungsi mengikut kefungsian setiap modul tersebut. Kod aturcara berintegrasi dengan formula yang dicipta sebagai penghubung kepada capaian data yang digunakan.
Fasa ini juga terbahagi kepada dua fasa iaitu fasa pertama adalah proses kajian terhadap sistem yang melibatkan Pengenalan Kepada Sistem, Kajian Literatur, Metodologi serta Analisis dan Reka Bentuk. Fasa kedua pula melibatkan Perlaksanaan dan Pengujian Sistem.
Pembangunan Sistem Fasa 1
Setiap fasa yang terlibat di dalam ini mempunyai aktiviti-aktiviti yang berperanan penting dalam membangunkan sistem ini. Pada peringkat fasa pertama ini, perancangan terhadap pembangunan sistem adalah sangat penting kerana pada fasa pertama ini segala keperluan sistem dikaji bagi memastikan sistem berjalan dengan lancar. Jadual 3.5 menerangkan tentang aktiviti dan hasil yang diperoleh daripada setiap fasa.
Jadual 3.5: Pembangunan Sistem Fasa 1
Fasa Aktiviti Hasil
Pengenalan Membuat tinjauan awal di Pertandingan Semi Speed Challenge Hobby Haus dan menjalankan proses temubual bersama penganjur pertandigan dan peserta. Pernyataan masalah, objektif, skop pembangunan sistem diperolehi dan dikenalpasti.
Kajian Literatur Membuat kajian secara terperinci terhadap sistem setara dan sistem sedia ada. Dapat menjadikan sistem setara sebagai rujukan dan mengambil kelebihan sistem setara sebagai panduan terhadap sistem yang akan dibangunkan. Hasil kajian adalah dapat menjadikan sistem yang akan dibangunkan hendaklah setaraf atau lebih baik daripada sistem setara yang telah dikaji.
Metodologi Mencari metodologi yang paling sesuai untuk dijadikan pendekatan terhadap pembangunan sistem. Metodologi prototaip telah dipilih untuk dijadikan pendekatan pembangunan sistem.
Analisa dan Reka Bentuk Sistem Reka bentuk antaramuka sistem dan pangkalan data. Reka bentuk antaramuka sistem
Reka bentuk setiap modul-modul yang terlibat dan reka bentuk borang-borang yang ada.
Reka bentuk pangkalan data
Reka bentuk Rajah Hubungan Entiti (ERD), Rajah Aliran Data (DFD) dan Rajah Konteks.
Jadual 3.5 yang ditunjukkan adalah menerangkan tentang proses-proses yang
terlibat di dalam pembangunan sistem fasa 1.
Pembangunan Sistem Fasa 2
Fasa 2 dalam pembangunan sistem melibatkan fasa pelaksanaan dan pengujian sistem seperti yang ditunjukkan pada Jadual 3.6.
Jadual 3.6: Pembangunan Sistem Fasa 2
Fasa Aktiviti Hasil
Perlaksanaan Proses implementasi sistem dijalankan. Prototaip sistem
Pengujian Pengujian setiap modul dilakukan. Masalah atau ralat jika ada dapat dikenalpasti dan di selenggara.
Pembangunan terhadap fasa satu dan fasa dua adalah penting kerana fasa 2 dijalankan berdasarkan hasil yang diperoleh daripada fasa satu. Peranan terhadap fasa satu juga adalah penting kerana kesan daripada fasa satu akan dibawa kepada fasa dua. Hasil daripada fasa satu akan dapat dilihat setelah fasa dua selesai dilaksanakan berdasarkan pengujian sistem tersebut. Pada peringkat ini kebolehlaksanaan sistem dapat diukur.
Fasa Pengujian Sistem
Sebelum Aplikasi Spesifikasi Kereta Tamiya Mini 4WD diguna pakai oleh pihak yang berkenaan, setiap bahagian di dalam sistem diuji dengan teliti dan memastikan kehendak pelumba kereta Tamiya Mini 4WD tercapai. Jika terdapat sebarang ralat atau masalah, prototaip sistem diubah mengikut kehendak dan keperluan sistem. Malah fasa ini juga memastikan akses kepada maklumat yang disampaikan kepada peringkat seterusnya tercapai.
Ringkasan Keseluruhan Fasa
Metodologi Prototaip Evolusi merupakan metodolgi yang digunakan untuk membangunkan Aplikasi Spesifikasi Kereta Tamiya Mini 4WD. Terdapat lima fasa yang terlibat iaitu fasa Pembangunan, Analisa Keperluan, Reka Bentuk Sistem, Pembangunan Sistem dan Pengujian Sistem.
Fasa permulaan yang digunakan untuk metodologi ini adalah fasa perancangan. Pada fasa ini, pengumpulan data dan maklumat akan dilakukan untuk memastikan objektif projek tercapai.
Seterusnya, fasa analisa keperluan dijalankan. Kajian terhadap kepeluan sistem dan kehendak pengguna dititikberatkan. Ia juga akan mengkaji impak terhadap keberkesanan aplikasi ini terhadap persekitaran.Fasa reka bentuk sistem bermula setelah fasa analisa sistem dijalankan. Kajian mengenai keperluan antaramuka mengikut kehendak semasa dikaji. Pangkalan data dicipta mengikut keberkesanan bagi memudahkan proses pencarian data.
Seterusnya, fasa pembangunan sistem bermula. Protaip sistem dibangunkan dan akan dibentuk mengikut kehendak pengguna. Fasa yang terakhir adalah fasa
pengujian sistem. Pada fasa ini, setiap bahagian di dalam sistem di uji dengan teliti untuk memastikan objektif pembangunan projek tercapai.
Ringkasan proses setiap fasa untuk membangunkan Aplikasi Spesifikasi Kereta Tamiya Mini 4WD adalah seperti dalam rajah berikut:
Rajah 3.2 : Ringkasan Aktiviti-Aktiviti Setiap Fasa
3.6 Justifikasi Pemilihan Metodologi Prototaip Evolusi
Pemilihan metodologi prototaip berevolusi dipilih kerana ciri-cirinya yang sesuai dengan keadaan projek yang dibangunkan ini. Metodologi ini mempunyai kelebihan daripada segi:
Kesesuaiannya dengan persekitaran sistem berasaskan monbiliti
Kesesuaian terhadap persekitaran yang berasaskan mobiliti ini adalah factor metodologi ini dipilih. Dengan persekitaran yang menggunakan teknologi, model ini sangat sesuai untuk membangunkan aplikasi pemilihan yang melibatkan pengguna yang ramai. Rangka kerja dan proses yang boleh berubah menjadikan model ini sesuai untuk digunakan.
Penglibatan pengguna secara aktif sekaligus menjimatkan masa mencari tetapan spesifikasi.
Kerjasama dengan pihak penganjur dan peserta pertandingan adalah sangat penting. Ini adalah kerana proses yang digunakan di dalam sistem adalah bergantung kepada keperluan pengguna. Kekerapan untuk melakukan perubahan terhadap proses pembangunan sistem adalah tinggi. Ini adalah sesuai dengan ciri-ciri yang ada pada model prototaip evolusi kerana model ini membenarkan proses atau fasa pembangunan dijalankan secara berulang dan serentak.
Pengesanan kesalahan pada peringkat awal pembangunan sistem
Memandangkan prototaip dibina bagi mendapatkan tindak balas terhadap pengguna, maka kesalahan pada peringkat awal dapat dikesan dengan cepat dan memudahkan proses membaik pulih sistem.
Boleh beradaptasi dengan keperluan yang berubah-ubah
Keperluan yang mengikut keadaan semasa boleh berubah-ubah. Maka sesuai dengan model ini kerana model ini membenarkan pembangun sistem untuk membuat sebarang perubahan pada bila-bila masa sahaja mengikut keperluan.
Oleh itu, dengan penglibatan pengguna secara aktif, maka sistem ini dijangka
dapat memberikan prestasi yang dikehendaki dengan menggunakan pendekatan model prototaip revolusi. Kesesuaian aplikasi yang dibangunkan memenuhi kehendak pengguna akan membantu proses pembangunan aplikasi ini. Tindak balas yang cepat daripada pengguna dalam proses pembangunan sistem di peringkat awal ini juga membantu untuk membaikpulih sistem agar aplikasi yang dibangunkan ini memenuhi kriteria yang diingini pengguna.
3.7 Ringkasan
Pada bab ini, setelah membuat kajian terhadap beberapa metodologi yang ada, metodologi prototaip adalah yang paling sesuai dijadikan pendekatan untuk membangunkan sistem kerana faktor seperti struktur sistem yang dibangunkan memerlukan banyak perbincangan bersama pengguna iaitu pihak penganjur dan peserta adalah sangat penting. Faktor ini menyebabkan banyak perubahan yang akan dilakukan dari semasa ke semasa hasil daripada pemantauan dan perbincangan dengan pihak yang terlibat.
Malah, bab ini juga menerangkan dan membincangkan tentang setiap fasa yang terlibat. Fasa-fasa yang telah dinyatakan adalah merujuk kepada proses pembangunan sistem. Setiap proses pembangunan dinyatakan mengikut fasa-fasa yang terlibat.
Pemilihan terhadap metodologi yang sesuai adalah sangat penting kerana bagi memastikan projek dapat dirangka dan dijalankan dengan lancar, kajian terhadap metodologi perlu dilakukan sebelum metodologi tersebut diguna pakai. Setelah melakukan beberapa kajian terhadap jenis-jenis metodologi yang ada, didapati bahawa prototaip evolusi adalah paling sesuai dengan Aplikasi Spesifikasi Kereta Tamiya Mini 4WD. Menggunakan pendekatan prototaip evolusi, ianya mudah untuk
mendapatkan tindak balas pengguna dan mudah untuk memperbaiki sistem ini jika terdapat perubahan dan penambahbaikan sistem.
Pada bab empat, ia menerangkan tentang analisa keperluan sistem dan reka bentuk sistem yang dibangunkan. Analisa keperluan sistem menerangkan tentang perjalanan dan proses sistem yang dibangunkan. Sistem dibangunkan mengikut proses sistem yang telah dirangka.
‘
BAB 4
ANALISA DAN REKA BENTUK
4.1 Pengenalan
Fasa ini menerangkan tentang analisa keperluan Aplikasi Spesifikasi Kereta Tamiya Mini 4WD dan reka bentuk yang dibangunkan. Analisa keperluan Aplikasi menerangkan tentang perjalanan dan proses Aplikasi yang dibangunkan. Fasa ini sangat penting kerana Aplikasi Spesifikasi Kereta Tamiya dibangunkan mengikut proses yang telah dirangka.
Reka bentuk pula menerangkan tentang reka bentuk pangkalan data dan antaramuka Aplikasi yang dibangunkan. Reka bentuk pangkalan data mengandungi kamus data yang menerangkan dengan lebih terperinci tentang jadual-jadual yang dibangunkan. Reka bentuk antaramuka Aplikasi pula memberi gambaran terhadap antaramuka Aplikasi sebenar yang dibangunkan.
Fasa analisa dan reka bentuk ini merupakan pendekatan utama untuk membangunkan Aplikasi Spesifikasi Kereta Tamiya Mini 4WD. Aplikasi Spesifikasi Kereta Tamiya Mini 4WD yang dibangunkan adalah berdasarkan analisa dan reka bentuk yang telah dinyatakan pada bab ini.
4.2 Carta Alir
Carta alir berfungsi untuk menterjemahkan proses atau algoritma bagi Aplikasi Spesifikasi Kereta Tamiya Mini 4WD. Carta alir ini mempunyai satu aliran sistem iaitu carta alir untuk Pengguna. Proses-proses dalam Aplikasi dihubungkan melalui anak panah agar hubungan antara proses dapat dilihat dengan mudah.
Carta alir untuk Pengguna bermula dengan pemilihan kategori iaitu Katalog dan Kira Masa. Pada kategori Katalog, pengguna akan melayari maklumat spesifikasi yang disediakan. Pada kategori Kira Masa pula, berlakunya proses pemilihan spesifikasi dan pengiraan keputusan.
Rajah 4.1 menunjukkan carta alir bagi pengguna yang ingin mencari maklumat barangan dan pengiraan masa trek
Rajah 4.1: Carta Alir Pengguna
4.3 Rajah Konteks
Rajah konteks bagi Aplikasi Spesifikasi Kereta Tamiya Mini 4WD terdiri daripada dua entiti yang terlibat iaitu entiti Pilih_Tetapan dan entiti Kelajuan. Kedua-dua entiti menunjukkan proses input dan output yang terlibat di dalam Aplikasi Spesifikasi kereta Tamiya Mini 4WD.
Bagi entiti Pilih_Tetapan, proses input dan output adalah melibatkan maklumat dan senarai tetapan atau spesifikasi yang dipilih oleh pengguna melalui Aplikasi yang disediakan. Senarai spesifikasi yang terlibat adalah seperti spesifikasi enjin, tayar, rim dan litar.
Manakala bagi entiti Kelajuan pula, input dan output adalah seperti maklumat tetapan dan keputusan jangkaan yang akan dihasilkan oleh Aplikasi untuk membantu pengguna mendapatkan nilai bacaan masa yang telah dihasilkan berdasarkan tetapan yang telah dipilih.
Secara keseluruhannya, Rajah 4.2 menunjukkan aliran keluar masuk input dan output antara pengguna dan Aplikasi. Setiap input yang dimasukkan oleh pengguna akan menghasilkan output yang dikeluarkan oleh Aplikasi Spesifikasi Kereta Tamiya Mini 4WD.
Maklumat proses input dan output yang dimasukkan oleh pengguna dan output yang dikeluarkan oleh Aplikasi dicatatkan di dalam Rajah 4.2.
Rajah 4.2 menunjukkan Rajah Konteks bagi Aplikasi Spesifikasi Kereta Tamiya Mini 4WD yang dibangunkan menunjukkan perhubungan keseluruhan proses antara entiti dan data yang terlibat.
Rajah 4.2: Rajah Konteks Bagi Aplikasi Spesifikasi Kereta Tamiya Mini 4WD
4.4 Rajah Aliran Data
Rajah aliran data terbahagi kepada dua iaitu Rajah Aliran Data Aras Sifar dan Rajah Aliran Data Aras Satu. Rajah Aliran Data Aras Sifar menunjukkan proses-proses yang terlibat dalam Aplikasi dan merangkumi proses keseluruhan. Manakala Rajah Aliran Data Aras Satu pula menunjukkan sub proses yang terlibat di dalam proses-proses tertentu.
4.4.1 Rajah Aliran Data Sifar
Rajah Aliran Data Aras Sifar merupakan rajah proses yang mempunyai nombor-nombor proses bermula daripada peringkat permulaan sehingga peringkat terakhir proses di dalam sistem Aplikasi Spesifikasi Kereta Tamiya Mini 4WD yang dibangunkan ini.
Rajah ini terdiri daripada pelbagai entiti. Setiap entiti akan mengalami proses-proses yang terlibat dan proses tersebut akan berhubung dengan pangkalan data bagi tujuan penyimpanan input dan maklumat serta bertujuan menghasilkan ouput daripada input yang telah dimasukkan.
Aplikasi Spesifikasi Kereta Tamiya Mini 4WD terdiri daripada tiga proses utama iaitu proses Pilih Katalog, Semak Maklumat Spesifikasi, dan Hasilkan Keputusan Masa.
Proses pertama yang dilaksanakan oleh Aplikasi ialah membenarkan pengguna untuk memilih katalog iaitu senarai spesifikasi kereta yang diperlukan. Proses kedua ialah Semak Maklumat Spesifikasi. Sebelum pengguna memilih untuk proses kiraan masa, pengguna perlu memastikan spesifikasi yang dipilih adalah betul bagi mengelakkan kesilapan kiraan masa kelajuan.
Proses ketiga ialah Hasilkan Keputusan Masa. Setelah semua maklumat spesifikasi telah lengkap dan betul, maklumat akan di proses dan menghasilkan satu keputusan jangkaan masa kelajuan berdasarkan input yang diterima.
Rajah 4.3 menunujukkan Aliran Data Aras Sifar bagi proses yang terlibat dalam Sistem Aplikasi Spesifikasi Kereta Tamiya Mini 4WD. Terdapat 3 proses terlibat di dalam aplikasi ini iaitu Pilih Katalog, Semak Maklumat Spesifikasi dan Hasilkan Keputusan Masa.
Rajah 4.3: Alir Data Aras Sifar Bagi Aplikasi Spesifikasi Kereta Tamiya Mini 4WD
Dalam Rajah 4.3 menunjukkan proses keseluruhan yang terdapat di dalam Aplikasi Spesifikasi Kereta Tamiya Mini 4WD. Setiap proses mempunyai kepentingan yang berbeza.
Pada proses Pilih Katalog, terdapat 7 entiti yang telibat iaitu Litar, Rim, Tayar, Roller, Frp, Casis dan Enjin. Setiap entiti yang disenaraikan ini dikategorikan sebagai Kategori Produk. Kesemua data produk disimpan mengikut kategori.
Proses Semak Maklumat Spesifikasi berfungsi sebagai semakan capaian data yang telah dipilih oleh pengguna. Proses ini berhubung bersama proses Pilih Katalog melalui entiti Pilih_Tetapan. Entiti Pilih_Tetapan akan mengambil data daripada proses Pilih katalog dan akan disemak pada proses Semak Maklumat Spesifikasi untuk mengeluarkan maklumat.
Pada akhir sekali, proses Hasilkan Keputusan Masa berfungsi sebagai proses pengiraan masa dan mempunyai entiti Formula. Entiti Formula akan mengambil data daripada entiti Pilih_Tetapan. Hasil daripada data yang telah diambil, entiti Formula akan memproses data tersebut dan menghasilkan maklumat keputusan masa berdasarkan pilihan yang telah dibuat.
4.4.2 Rajah Aliran Data Satu
Rajah Aliran Data Aras Satu merupakan pecahan proses yang terdapat pada Rajah Aliran Data Aras 0. Rajah ini menunjukkan penerangan lebih lanjut tentang proses yang terdapat dalam Aplikasi. Pecahan proses tersebut dibahagikan mengikut nombor proses.
Dalam sistem Aplikasi Spesifikasi Kereta Tamiya Mini 4WD mengandungi satu proses yang terdapat pecahan proses di dalamnya. Proses terlibat ialah proses Hasilkan Keputusan Masa. Rajah 4.4 menunjukkan Rajah Aliran Data Aras 1 bagi proses Hasilkan Keputusan Masa.
Rajah 4.4: Aliran Data Aras Satu Bagi Aplikasi Spesifikasi Kereta Tamiya Mini 4WD (Hasilkan Keputusan Kelajuan)
Rajah di atas menunjukkan proses yang terlibat di dalam proses Hasilkan Keputusan Masa iaitu Kumpul Maklumat Spesifikasi, Integrasikan Spesifikasi Bersama Masa Jangkaan/Formula dan Hasilkan Julat Masa.
Pada proses Kumpul Maklumat Spesifikasi, entiti Pilih_Tetapan dijadikan sebagai penghubung proses bersama proses Intergrasikan Spesifikasi Bersama Masa Jangkaan/Formula. Data yang dipilih disimpan pada entiti Pilih_Tetapan.
Proses Hasilkan Julat Masa merupakan sproses untuk memaparkan hasil daripada pengiraan formula mengikut data yang telah dipilih. Proses ini berhubung dengan proses Integrasikan Spesifikasi Bersama Masa Jangkaan/Formula melalui entiti Formula.
4.5 Rajah Hubungan Entiti
Rajah hubungan entiti adalah model data bagi menerangkan lakaran hubungan antara entiti di dalam pangkalan data. Rajah hubungan entiti menunjukkan data yang digunakan dalam setiap proses dan bagaimana proses-proses bagi setiap entiti tersebut berhubung.
Rajah 4.5 menunjukkan rajah hubungan entiti bagi sistem Aplikasi Spesifikasi Kereta Tamiya Mini 4WD yang dibangunkan.
Rajah 4.5: Rajah Hubungan Entiti Aplikasi.
Dalam Rajah 4.5 menunjukkan bagaimana hubungan antara entiti berhubung dan data-data yang terlibat di dalam setiap entiti.
Entiti Pilih_Tetapan akan menyimpan setiap kunci utama entiti kategori produk iaitu daripada entiti Litar, Tayar, Rim, Enjin, Casis, Roller dan Frp. Setiap id produk mempunyai nilai data yang berbeza.
Untuk menghasilkan keputusan masa, entiti Formula akan mengambil data daripada entiti Pilih_Tetapan. Entiti Formula akan menyimpan keputusan yang telah dihasilkan ke dalam Keputusan.
4.6 Reka Bentuk Antaramuka Aplikasi
Reka bentuk antaramuka Aplikasi adalah merupakan ciri-ciri reka bentuk yang dibangunkan dalam Aplikasi Spesifikasi Kereta Tamiya Mini 4WD. Reka bentuk ini memberi gambaran terhadap antaramuka aplikasi yang dibangunkan.
Antaramuka Aplikasi yang dibangunkan hendaklah mempunyai ciri-ciri mesra pelanggan, warna yang sesuai dan juga maklumat disusun pada posisi yang sesuai dan kemas dapat memudahkan pengguna untuk memahami aplikasi ini.
Rajah 4.6 adalah rajah reka bentuk antaramuka utama Aplikasi Spesifikasi Kereta Tamiya Mini 4WD yang dibangunkan. Reka bentuk ini adalah reka bentuk yang dirancang sebelum sistem ini dibangunkan. Ini bertujuan untuk memudahkan pengguna melihat secara terbuka tentang Aplikasi yang dibangunkan.
Rajah 4.6 : Antaramuka Halaman Utama
Rajah di atas memaparkan terdapat 5 kategori pilihan yang disediakan kepada pengguna. Antara yang disediakan adalah Product Information, Stopwatch, Track Calculator, Track Layout dan Setup Guide.
Product Information digunakan sebagai halaman memaparkan maklumat setiap produk yang telah dikeluarkan oleh Tamiya. Stopwatch akan digunakan sebagai kaedah catatan masa secara manual untuk kegunaan pelumba ketiga sesi latihan atau ketika pertandingan. Track Calculator merupakan halaman untuk kiraan masa dan perlu diisi data yang diperlukan.
Track Layout merupakan halaman maklumat untuk lebih memahami laluan trek yang digunakan ketika pertandingan. Akhir sekali, Setup Guide digunakan sebagai bantuan tetapan kereta yang telah dibuktikan berjaya menghasilkan keputusan yang terpantas.
Rajah 4.7 merupakan reka bentuk antaramuka apabila butang Product Information dipilih di halaman utama. Senarai kategori produk dipaparkan mengikut keutamaan.
Rajah 4.7 : Antaramuka Senarai Kategori Produk
Rajah di atas menunjukkan rekabentuk kategori produk berdasarkan produk yang dikeluarkan oleh Tamiya. Pelbagai produk telah dikeluarkan dan setiap produk mempunyai kepentingan yang tersendiri. Kategori produk yang telah disenaraikan ialah Chassis, Engine, Rim, Tyre, Roller dan FRP. Susunan kategori produk ini disusun mengikut keutamaan oleh keperluan pengguna.
Rajah 4.8 merupakan reka bentuk antaramuka apabila kategori produk dipilih di halaman kategori produk. Rekabentuk senarai produk disusun mengikut kesesuaian produk dan bilangan produk yang ada.
Rajah 4.8 : Antaramuka Maklumat Produk
Rajah di atas menunjukkan reka bentuk senarai produk yang disusun serta menerangkan maklumat setiap produk yang dipamerkan. Setiap kategori produk mempunyai rekabentuk yang berbeza kerana mengikut kesesuaian bilangan produk kerana setiap kategori produk tidak mempunyai jumlah bilangan pengeluaran produk yang sama.
Rajah 4.9 merupakan reka bentuk antaramuka apabila butang Stopwatch dipilih di halaman utama. Fungsi ini diperlukan untuk mengambil masa secara manual untuk kegunaan para pelumba.
Rajah 4.9 : Antaramuka Stopwatch
Rajah di atas menunjukkan rekabentuk Stopwatch yang digunakan untuk mengambil masa secara manual. Masa yang dipaparkan adalah dalam bentuk Millisecond, Second dan Minute. Butang Mula digunakan untuk menggerakkan masa dan butang Berhenti digunakan untuk memberhentikan masa.
Rajah 4.10 merupakan reka bentuk antaramuka apabila butang Track Calulator dipilih di halaman utama. Fungsi ini digunakan untuk mendapatkan cadangan masa bagi sesuatu laluan trek.
Rajah 4.10 : Antaramuka Track Calculator
Rajah di atas memaparkan rekabentuk Track Calculator yang digunakan untuk menjana keputusan mengikut pilihan tetapan yang dipilih oleh pengguna. Terdapat 4 data yang perlu dimasukkan iaitu Motor, Rim, Tyre dan Track Length. Setiap data yang dihubungkan ini saling berhubungan dan setelah butang jana keputusan ditekan, keputusan masa akan terpapar.
Rajah 4.11 merupakan reka bentuk antaramuka apabila Track Layout dipilih di halaman utama. Halaman ini mempunyai 2 seksyen iaitu senarai trek yang dikeluarkan Tamiya dan contoh laluan trek yang digunakan ketika pertandingan.
Rajah 4.11 : Antaramuka Trek
Rajah di atas memaparkan rekabentuk Track Layout yang digunakan untuk menjelaskan rajah secara kasar mengenai trek yang digunakan. Halaman ini digunakan untuk memberikan kefahaman dengan lebih mendalam mengenai laluan trek. Terdapat pelbagai jenis trek telah dikeluarkan. Antaranya Straight, Corner, Slope, Bank, Chicane, Lane Changer, Rainbow dan Single Jump. Setiap produk ini mempunyai fungsi yang berbeza.
Rajah 4.12 merupakan reka bentuk antaramuka apabila Setup Guide dipilih di halaman utama. Terdapat 2 kategori tetapan disediakan sebagai panduan kepada pengguna.
Rajah 4.12 : Antaramuka Bantuan Tetapan
Rajah di atas memaparkan rekabentuk Setup Guide yang digunakan untuk menyenaraikan tetapan kereta yang telah digunakan dalam perlumbaan. Terdapat 2 kategori tetapan dipaparkan iaitu kategori Single Shaft dan Double Shaft. Maklumat yang dipaparkan merangkumi pilihan chassis, enjin, tayar, rim, frp dan roller. Hasil keputusan masa dan maklumat trek yang digunakan juga dipaparkan untuk dijadikan rujukan.
4.7 Kamus Data
Pangkalan data merupakan satu storan penyimpanan maklumat yang akan menyimpan segala maklumat yang dapat membantu dalam menguruskan data secara tersusun.
Reka bentuk pangkalan data dapat memudahkan pengguna membuat carian maklumat. Dalam Aplikasi Spesifikasi Kereta Tamiya Mini 4WD, terdapat lapan jadual yang akan digunakan iaitu jadual formula, litar, tayar, rim, roller, frp, casis dan enjin.
Kamus data digunakan untuk bagi menyimpan nama medan, saiz atau panjang medan dan penerangan jenis data untuk setiap medan data yang terlibat.
Kamus Data Formula
Jadual 4.1 menunjukkan jadual bagi kamus data Formula. Kamus data ini menyimpan maklumat seperti Id_formula dan Keputusan dan Formula.
Jadual 4.1: Kamus Data Formula
Medan Jenis Data Panjang Kekunci Penerangan
Id_formula Varchar 15 Kunci Utama Nombor id formula
Keputusan Int 20 – Keputusan pengiraan
Formula Varchar 40 – Pengiraan masa
Jadual di atas menunjukan jadual untuk penyimpanan data. Semua data yang diperlukan ini akan diambil pada entiti Pilih_Tetapan. Data yang diambil akan dimasukkan kedalam formula untuk pengiraan.
Kamus Data Litar
Jadual 4.2 menunjukkan jadual bagi kamus data Litar. Kamus data ini
menyimpan maklumat seperti Id_litar, dan Panjang_litar.
Jadual 4.2: Kamus Data Litar
Medan Jenis Data Panjang Kekunci Penerangan
Id_litar Varchar 15 Kunci Utama Nombor id lita
Panjang_litar Int 20 – Jumlah jarak keseluruhan litar
Jadual di atas menunjukan jadual untuk penyimpanan data litar. Setiap litar ketika pertandingan akan mempunyai jarak yang berbeza. Data akan disimpan pada Panjang_Litar untuk kegunaan pengiraan masa. Entiti ini akan berhubungan dengan entiti Pilih_Tetapan.
Kamus Data Tayar
Jadual 4.3 menunjukkan jadual bagi kamus data Tayar.Kamus data ini
menyimpan maklumat seperti Id_tayar dan Saiz_tayar.
Jadual 4.3 : Kamus Data Tayar
Medan Jenis Data Panjang Kekunci Penerangan
Id_tayar Varchar 15 Kunci Utama Nombor id tayar
Saiz_tayar Int 20 – Saiz diameter tayar
Jadual di atas menunjukan jadual untuk penyimpanan data. Setiap tayar mempunyai saiz, bentuk dan bahan yang berbeza. Entiti ini akan berhubungan dengan entiti Pilih_Tetapan
.
Kamus Data Rim
Jadual 4.4 menunjukkan jadual bagi kamus data Rim. Kamus data ini
menyimpan maklumat seperti Id_rim dan Saiz_rim.
Jadual 4.4 : Kamus Data Rim
Medan Jenis Data Panjang Kekunci Penerangan
Id_rim Varchar 15 Kunci Utama Nombor id rim
Saiz_rim Int 20 – Saiz diameter rim
Jadual di atas menunjukan jadual untuk penyimpanan data. Setiap rim mempunyai saiz, bentuk dan bahan yang berbeza untuk pergerakan kereta. Entiti ini akan berhubungan dengan entiti Pilih_Tetapan.
Kamus Data Roller
Jadual 4.5 menunjukkan jadual bagi kamus data Roller. amus daKta ini
menyimpan maklumat seperti Id_roller dan Saiz_roller.
Jadual 4.5 : Kamus Data Roller
Medan Jenis Data Panjang Kekunci Penerangan
Id_roller Varchar 15 Kunci Utama Nombor id roller
Saiz_roller Int 20 – Saiz diameter roller
Jadual di atas menunjukan jadual untuk penyimpanan data. Setiap roller mempunyai saiz dan bentuk yang berbeza. Ia digunakan untuk melalui selekoh di dalam trek. Entiti ini akan berhubungan dengan entiti Pilih_Tetapan.
Kamus Data Casis
Jadual 4.6 menunjukkan jadual bagi kamus data Casis. Kamus data ini
menyimpan maklumat seperti Id_casis dan Jenis_casis
Jadual 4.6: Kamus Data Casis
Medan Jenis Data Panjang Kekunci Penerangan
Id_casis Varchar 15 Kunci Utama Nombor id casis
Jenis_casis Int 20 – Jenis casis
Jadual di atas menunjukan jadual untuk penyimpanan data. Setiap casis mempunyai saiz dan bentuk yang berbeza. Setiap casis juga direka kedudukan dan mengunakan enjin yang tidak sama. Entiti ini akan berhubungan dengan entiti Pilih_Tetapan.
Kamus Data Enjin
Jadual 4.7 menunjukkan jadual bagi kamus data Enjin. Kamus data ini
menyimpan maklumat seperti Id_enjin, Jenis_enjin dan Rpm.
Jadual 4.7: Kamus Data Enjin
Medan Jenis Data Panjang Kekunci Penerangan
Id_enjin Varchar 15 Kunci Utama Nombor id enjin
Jenis_enjin Int 20 – Jenis casis
Rpm Int 15 – Jumlah rpm enjin
Jadual di atas menunjukan jadual untuk penyimpanan data. Setiap enjin mempunyai nama yang tersendiri. Enjin juga mempunyai nilai rpm yang berbeza dan akan memberi kelajuan yang berbeza. Entiti ini akan berhubungan dengan entiti Pilih_Tetapan.
Kamus Data Frp
Jadual 4.8 menunjukkan jadual bagi kamus data Frp. Kamus data ini menyimpan maklumat seperti Id_frp dan Jenis_frp.
Jadual 4.8: Kamus Data Frp
Medan Jenis Data Panjang Kekunci Penerangan
Id_frp Varchar 15 Kunci Utama Nombor id frp
Jenis_frp Int 20 – Jenis frp
Jadual di atas menunjukan jadual untuk penyimpanan data. Kegunaan frp adalah untuk meletakkan roller dan dipasang pada casis. Setiap frp mempunyai saiz, bentuk dan bahan yang berbeza. Entiti ini akan berhubungan dengan entiti Pilih_Tetapan.
Kamus Data Pilih Tetapan
Jadual 4.9 menunjukkan jadual bagi kamus data pilih_tetapan. Kamus data ini menyimpan maklumat seperti Id_tetapan, Id_litar, Id_tayar, Id_rim, Id_enjin, Id_casis, Id_roller,Id_frp dan Formula.
Jadual 4.9: Kamus Data Pilih Tetapan
Medan Jenis Data Panjang Kekunci Penerangan
Id_litar Varchar 15 Kunci Asing Nombor id litar
Id_tayar Varchar 15 Kunci Asing Nombor id tayar
Id_rim Varchar 15 Kunci Asing Nombor id rim
Id_enjin Varchar 15 Kunci Asing Nombor id enjin
Id_casis Varchar 15 Kunci Asing Nombor id casis
Id_roller Varchar 15 Kunci Asing Nombor id roller
Id_frp Varchar 15 Kunci Asing Nombor id frp
Formula Varchar 15 – Formula kelajuan
Id_tetapan Varchar 15 Kunci Utama Nombor id tetapan
Jadual di atas menunjukan jadual untuk penyimpanan data. Id yang disimpan ini digunakan untuk menyimpan data yang telah dimasukkan oleh pengguna. Data ini juga digunakan untuk membuat pengiraan masa dan dihubungkan dengan entiti Formula.
Ringkasan
Pada Bab 4 ini, segala analisa mengenai Aplikasi yang dibangunkan telah diterangkan dalam carta alir, rajah konteks, rajah aliran aras sifar (DFD) dan rajah hubungan entiti (ERD). Rajah Carta alir digunakan untuk menterjemahkan proses aliran sistem. Rajah konteks memaparkan entiti yang diperlukan untuk menjalankan aplikasi ini. Rajah aliran data pula menunjukkan proses-proses yang terlibat untuk perjalanan aplikasi. Seterusnya, reka bentuk pangkalan data dan reka bentuk antaramuka Aplikasi yang dibangunkan telah dinyatakan. Analisa ini penting bagi memastikan pembangunan Aplikasi berjalan lancar.
Daripada analisis yang dibuat dalam bab ini, Aplikasi yang dibangunkan menjadi lebih jelas daripada segi pergerakan atau perubahan data, hubungan entiti dalam pangkalan data, penormalan data, keperluan Aplikasi dan keperluan pengguna, perjalanan Aplikasi melalui carta alir dan lakaran reka bentuk antaramuka.
Reka bentuk antaramuka pula dijadikan panduan dan rujukan sepanjang pembangunan Aplikasi. Penambahbaikan akan terus dilakukan bagi memastikan antaramuka Aplikasi menepati keperluan pengguna Aplikasi Spesifikasi Kereta Tamiya Mini 4WD.
BAB 5
IMPLEMENTASI DAN PENGUJIAN
5.1 Pengenalan
Bab ini membincangkan tentang implementasi yang terdiri daripada pengekodan dan antaramuka Aplikasi Spesifikasi Kerata Tamiya Mini 4wd. Hasil daripada implementasi, pengujian dilakukan terhadap implementasi yang telah dibangunkan.
Dalam fasa implementasi, pembangunan prototaip dimulakan. Kefungsian prototaip dan pengekodan dibangunkan berdasarkan kepada keperluan, analisa dan rekabentuk sistem. Setelah fasa implementasi selesai, pengujian dilakukan terhadap aplikasi Android.
Kaedah pengujian ini dilakukan agar tiada sebarang kesilapan yang boleh mendatangkan masalah pada masa akan datang. Pengujian terhadap aplikasi ini dilakukan secara berulang agar sistem dan aplikasi yang dibangunkan berfungsi dengan baik. Manakala pengujian penerimaan pengguna ini dilakukan bertujuan untuk mengukur dan melihat sejauh mana sistem ini dapat mencapai objektif dan menepati keperluan pengguna.
5.2 Implementasi
Fasa implementasi menunjukkan proses pengekodan dan antaramuka aplikasi yang telah dibina untuk pembangunan Aplikasi Spesifikasi Kereta Tamiya Mini 4wd.
Pembangunan aplikasi ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Eclipse yang menggunakan bahasa aturcara Java untuk pengkodan pembangunannya.
Antaramuka Halaman Utama Aplikasi
Rajah 5.1 menunjukkan halaman utama bagi Aplikasi Spesifikasi Kereta Tamiya Mini 4wd. Aplikasi ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja.
Rajah 5.1 : Antaramuka Halaman Utama Aplikasi Spesifikasi Kereta Tamiya Mini 4wd
Rajah di atas menunjukkan paparan antaramuka halaman utama aplikasi. Pada halaman tersebut mempunyai 5 pilihan kategori iaitu Product Information, Stopwatch, Track Calculator, Track Layout dan Setup Guide.
Product Information digunakan sebagai halaman memaparkan maklumat setiap produk yang telah dikeluarkan oleh Tamiya. Stopwatch akan digunakan sebagai kaedah catatan masa secara manual untuk kegunaan pelumba ketika sesi latihan atau pertandingan. Track Calculator merupakan halaman untuk kiraan masa dan perlu diisi mengikut data yang diperlukan.
Track Layout merupakan halaman maklumat untuk lebih memahami laluan trek yang digunakan ketika pertandingan. Akhir sekali, Setup Guide digunakan sebagai bantuan tetapan kereta yang telah dibuktikan berjaya mengahasilkan keputusan yang terpantas.
Rajah 5.2 menunjukkan keratan aturcara untuk proses ke halaman antaramuka yang lain.
buttonproduct = (Button) findViewById(R.id.buttonProduct);
buttonstopwatch = (Button) findViewById(R.id.buttonstopwatch);
buttontrack = (Button) findViewById(R.id.buttonCalculate);
buttonlayout = (Button) findViewById(R.id.button_track);
buttonsetup = (Button) findViewById(R.id.button_setup);
buttonproduct.setOnClickListener(new OnClickListener()
{
@Override
public void onClick(View arg0)
{
Intent intent = new Intent(getBaseContext(),
AppActivityProduct.class);
startActivity(intent);
}
});
buttonstopwatch.setOnClickListener(new OnClickListener()
{
@Override
public void onClick(View arg0)
{
Intent intent = new Intent(getBaseContext(),
AppActivityTime.class);
startActivity(intent);
}
});
buttontrack.setOnClickListener(new OnClickListener()
{
@Override
public void onClick(View arg0)
{
Intent intent = new Intent(getBaseContext(),
AppActivityCalculate.class);
startActivity(intent);
}
});
buttonlayout.setOnClickListener(new OnClickListener()
{
@Override
public void onClick(View arg0)
{
Intent intent = new Intent(getBaseContext(),
AppActivityTrack.class);
startActivity(intent);
}
});
buttonsetup.setOnClickListener(new OnClickListener()
{
@Override
public void onClick(View arg0)
{
Intent intent = new Intent(getBaseContext(),
AppActivitySetup.class);
startActivity(intent);
}
});
Rajah 5.2 : Keratan aturcara proses ke halaman utama lain
Keratan aturcara pada Rajah 5.2 menunjukkan proses hubungan daripada halaman utama ke halaman Product Information, Stopwatch, Track Calculator, Track Layout dan Setup Guide.
Keratan aturcara di atas untuk menukar ke halaman yang dipilih telah ditetapkan nama mengikut pembolehubah yang diberi iaitu buttonproduct, buttonstopwatch, buttontrack, buttonlayout dan buttonsetup. Setiap pembolehubah ini akan berhubung dengan kelas aturcara yang ditetapkan iaitu AppActivityProduct, AppActivityTime, AppActivityCalculate, AppActivityTrack dan AppActivitySetup.
Antaramuka Halaman Kategori Produk
Rajah 5.3 menunjukkan halaman kategori produk supaya pengguna boleh membuat pilihan sendiri produk yang perlu dicari.
Rajah 5.3 : Antaramuka Kategori Produk
Rajah di atas memaparkan 6 pilihan kategori produk yang telah disusun untuk kemudahan pengguna mengikut keutamaan iaitu Chassis, Engine, Rim, Tyre, Roller dan FRP.
Chassis merupakan produk utama sebelum pemilihan enjin. Casis merupakan bentuk badan kereta yang paling utama perlu dipilih. Kategori casis mempunyai pelbagai rupa bentuk dan mempunya saiz yang berbeza. Ia merupakan aspek penting untuk proses pemasangan alatan lain. Casis perlu dipilih dahulu sebelum produk yang lain. Engine pula akan dipilih selepas casis ditentukan. Ini penting kerana setiap enjin yang digunakan tidak mempunya kesesuaian yang sama untuk semua casis. Enjin juga mempunyai nilai kelajuan yang berbeza. Pemilihan enjin dalam proses memcari kelajuan yang maksimum adalah penting.
Rim digunakan untuk menggerakkan kereta. Setiap rim mempunyai bentuk, saiz dan bahan yang berbeza. Ia mempunyai kelebihan masing-masing dan merupakan faktor penting dalam mencapai kelajuan. Tyre pula digunakan untuk aspek mengcengkam pada permukaan trek. Setiap tayar mempunyai tahap cengkaman yang berbeza dan tahap kestabilan yang berbeza.
Frp merupakan produk untuk meletakkan roller. Setiap frp mempunyai berat dan tahap ketahanan yang berbeza. Faktor saiz frp juga penting untuk mengimbangi kereta ketika melalui selokoh. Roller pula merupakan aspek penting untuk melalui selekoh di dalam trek. Roller mempunyai permukaan dan saiz yang berbeza. Ia penting kerana permukaan saiz yang besar akan memberi kelebihan kestabilan ketika melalui selekoh.
Rajah 5.4 menunjukkan keratan aturcara yang menghubungkan halaman kategori produk ke halaman senarai produk
buttonChassis = (Button) findViewById(R.id.button_Chassis);
buttonEngine = (Button) findViewById(R.id.button_Engine);
buttonRim = (Button) findViewById(R.id.button_Rim);
buttonTire= (Button) findViewById(R.id.button_Tire);
buttonRoller = (Button) findViewById(R.id.button_Roller);
buttonFrp= (Button) findViewById(R.id.button_Frp);
buttonChassis.setOnClickListener(new OnClickListener()
{
@Override
public void onClick(View arg0)
{
Intent intent = new Intent(getBaseContext(),
AppActivityChassis.class);
startActivity(intent);
}
});
buttonEngine.setOnClickListener(new OnClickListener()
{
@Override
public void onClick(View arg0)
{
Intent intent = new Intent(getBaseContext(),
AppActivityEngine.class);
startActivity(intent);
}
});
buttonRim.setOnClickListener(new OnClickListener()
{
@Override
public void onClick(View arg0)
{
Intent intent = new Intent(getBaseContext(),
AppActivityRim.class);
startActivity(intent);
}
});
buttonTire.setOnClickListener(new OnClickListener()
{
@Override
public void onClick(View arg0)
{
Intent intent = new Intent(getBaseContext(),
AppActivityTyre.class);
startActivity(intent);
}
});
buttonRoller.setOnClickListener(new OnClickListener()
{
@Override
public void onClick(View arg0)
{
Intent intent = new Intent(getBaseContext(),
AppActivityRoller.class);
startActivity(intent);
}
});
buttonFrp.setOnClickListener(new OnClickListener()
{
@Override
public void onClick(View arg0)
{
Intent intent = new Intent(getBaseContext(),
AppActivityFRP.class);
startActivity(intent);
}
});
Rajah 5.4 : Keratan aturcara proses ke halaman senarai produk
Keratan aturcara rajah di atas menunjukkan aturcara yang digunakan untuk menghubungkan halaman kategori produk kepada halaman Chassis, Engine, Rim, Tyre, Roller dan FRP.
Keratan aturcara di atas untuk menukar ke halaman yang dipilih telah ditetapkan nama mengikut pembolehubah yang diberi iaitu buttonChassis, buttonEngine, buttonRim, buttonTire, buttonRoller dan buttonFrp. Setiap pembolehubah ini akan berhubung dengan kelas aturcara yang ditetapkan iaitu AppActivityChassis, AppActivityEngine, AppActivityRim, AppActivityTyre, AppActivityRoller dan AppActivityFRP.
Antaramuka Halaman Senarai Produk
Rajah 5.5 menunjukkan halaman senarai produk yang telah dipilih pada halaman kategori produk.
Rajah 5.5 : Antaramuka Senarai Produk
Rajah di atas menjelaskan secara terperinci maklumat produk yang tersenarai. Produk yang disenaraikan dipaparkan secara bergambar dan diselitkan dengan maklumat secara terperinci.
Berikut merupakan senarai produk yang yang berada pada kategori Chassis iaitu MA Chassis, MS Chassis, Super Two Chassis, VS Chassis, AR Chassis dan FM Chassis. Setiap casis yang disenaraikan ini mempunyai kedudukan enjin yang berbeza. MA Chassis dan MS Chassis mempunyai kedudukan enjin di tengah casis, Super Two Chassis, VS Chassis dan AR Chassis mempunyai kedudukan enjin di belakang casis dan akhir sekali FM Chassis mempunyai kedudukan enjin pada hadapan casis.
Rajah 5.6 menunjukkan halaman rajah besar produk yang telah dipilih pada halaman senarai produk.
Rajah 5.6 : Antaramuka Senarai Produk
Rajah di atas memaparkan gambaran bersaiz besar rajah produk setelah gambar di halaman senarai produk ditekan.
Rajah 5.7 menunjukkan keratan aturcara rajah besar produk apabila rajah di halaman senarai produk ditekan.
buttonMA = (Button) findViewById(R.id.buttonMA);
buttonMA.setOnClickListener(new OnClickListener()
{
@Override
public void onClick(View arg0)
{
final Dialog dialog = new Dialog(context);
dialog.requestWindowFeature(Window.FEATURE_NO_TITLE);
dialog.setContentView(R.layout.custom);
ImageView image = (ImageView)
dialog.findViewById(R.id.image);
image.setImageResource(R.drawable.button_ma_chassis2);
Button dialogButton = (Button)
dialog.findViewById(R.id.dialogButtonOK);
/ if button is clicked, close the custom dialog
dialogButton.setOnClickListener(new OnClickListener()
{
@Override
public void onClick(View v)
{
dialog.dismiss();
}
});
dialog.show();
}
});
Rajah 5.7 : Keratan aturcara rajah besar produk
Keratan aturcara rajah di atas menunjukkan proses bagi memaparkan rajah produk bersaiz besar untuk melihat gambaran produk dengan lebih terperinci. Keratan aturcara dialog.setContentView(R.layout.custom); digunakan sebagai paparan rekabentuk halaman rajah besar. Keratan aturcara image.setImageResource(R.drawable.button_ma_chassis2); pula digunakan untuk memanggil rajah yang berskala besar yang berada dalam simpanan aplikasi.
Antaramuka Halaman ‘Stopwatch’
Rajah 5.8 memaparkan halaman catatan masa untuk kegunaan kepada pengguna.
Rajah 5.8 : Antaramuka ‘Stopwatch’
Rajah di atas menujukkan halaman masa untuk kegunaan pengguna supaya boleh menggunakan fungsi ini untuk mengambil catatan masa dengan sendiri. Terdapat 3 jenis format masa dipaparkan iaitu Minute, Second dan Millisecond. Butang Play digunakan untuk menggerakkan masa dan Pause digunakan untuk memberhentikan masa. Butang Reset juga diperlukan untuk memadamkan masa dan kembalikan masa kepada 0.
Rajah 5.9 menunjukkan keratan aturcara proses perjalanan ‘Stopwatch’.
timerValue = (TextView) findViewById(R.id.timerValue);
startButton = (Button) findViewById(R.id.startButton);
pauseButton = (Button) findViewById(R.id.pauseButton);
resetButton = (Button) findViewById(R.id.buttonreset);
startButton.setOnClickListener(new View.OnClickListener()
{
public void onClick(View view)
{
startTime = SystemClock.uptimeMillis();
customHandler.postDelayed(updateTimerThread, 0);
}
});
pauseButton.setOnClickListener(new View.OnClickListener()
{
public void onClick(View view)
{
timeSwapBuff += timeInMilliseconds;
customHandler.removeCallbacks(updateTimerThread);
}
});
resetButton.setOnClickListener(new View.OnClickListener()
{
public void onClick(View view)
{
setContentView(R.layout.time);
finish();
startActivity(getIntent());
}
});
private Runnable updateTimerThread = new Runnable()
{
public void run()
{
timeInMilliseconds = SystemClock.uptimeMillis() ‘
startTime;
updatedTime = timeSwapBuff + timeInMilliseconds;
int secs = (int) (updatedTime / 1000);
int mins = secs / 60;
secs = secs % 60;
int milliseconds = (int) (updatedTime % 1000);
timerValue.setText(“0” + mins + “” + String.format(“%02d”,
secs) + “” + String.format(“%2d”, milliseconds));
customHandler.postDelayed(this, 0);
}
Rajah 5.9 : Keratan aturcara proses ‘Stopwatch’
Keratan aturcara di atas menunjukkan proses Stopwatch berfungsi. Terdapat butang ikon Play untuk menggerakkan masa dan butang ikon Pause untuk memberhentikan masa. Butang Reset juga disediakan untuk memadam msa yang telah diambil.
Terdapat beberapa pembolehubah telah ditetapkan. Pembolehubah timerValue digunakan untuk membilang masa, startButton digunakan untuk memulakan masa, pauseButton digunakan untuk memberhentikan masa dan resetButton untuk memadam masa yang telah bergerak.
Antaramuka Halaman Kiraan Masa
Rajah 5.10 merupakan halaman yang memaparkan proses kiraan berlaku berdasarkan pilihan yang dipilih.
Rajah 5.10 : Antaramuka Halaman Kira Masa
Rajah di atas merupakan halaman untuk menjana keputusan masa. Untuk menjana keputusan masa, terdapat 4 aspek penting yang digunakan untuk pengiraan masa iaitu Motor, Rim, Tyre dan Track Length.
Motor yang digunakan ialah Mac Dash yang membawa nilai RPM 24500. Rim yang dipilih adalah 5 spoke yang mempunyai nilai diameter 26 mm dan Tyre yang digunakan adalah Arch yang membawa nilai 4 mm. Nilai Track Length telah dimasukk iaitu 130 meter. 4 data yang dimasukkan ini akan dmasukkan kedalam formula untuk menjana keputusan dan keputusan yang terhasil adalah 12.16 saat.
Setiap pemilihan data dan kemasukan data yang berbeza akan menghasilkan nilai masa yang berbeza. Setiap laluan trek ketika pertandingan tidak mempunyai laluan yang sama dan disebabkan itu, masa yang diambil juga akan mengalami perubahan kerana mengikut laluan trek.
Rajah 5.11 menunjukkan keratan aturcara untuk memproses data yang dipilih bagi menjana keputusan jangkaan masa.
private void calculate()
{
double b=Double.parseDouble(etMotor.getText().toString());
double c=Double.parseDouble(etRim.getText().toString());
double d=Double.parseDouble(etTyre.getText().toString());
double e=c+d;
double x=Double.parseDouble(etLength.getText().toString());
double s=((((e/2)*b*0.10472)/1000)*1000)/3600;
double t= x/s;
double z= t;
tt.setText(String.format(“%.2f”, z)+”s”);
}
Rajah 5.11 : Keratan Aturcara formula kiraan masa
Keratan aturcara di atas menunjukkan proses pengiraan yang berlaku. Terdapat 2 formula iaitu masa dan halaju digunakan untuk proses kiraan masa ini.
Data Kiraan Masa
Kiraan masa yang digunakan memerlukan data yang terperinci. Data yang terkumpul mestilah daripada sumber yang sahih kerana untuk menjana keputusan yang baik memerlukan data yang tepat.
Jadual 5.1 menunjukkan data terperinci bagi produk enjin yang digunakan dalam proses kiraan masa.
Jadual 5.1 : Data Enjin
Jenis Enjin Jumlah RPM
Sprint Dash 27200
Mach Dash 24500
Jadual di atas menjukkan senarai enjin yang digunakan untuk kiraan masa berserta dengan jumlah RPM.
Jadual 5.2 menunjukkan data terperinci bagi produk rim yang digunakan dalam proses kiraan masa.
Jadual 5.2 : Data Rim
Jenis Rim Diameter Rim (mm)
Dish 28
5 Spoke 26
3 Spoke 26
Medium 24
Small 21
Jadual di atas menunjukkan senarai rim yang digunakan untuk kiraan masa berserta dengan ukuran diameter.
Jadual 5.3 menunjukkan data terperinci bagi produk tayar yang digunakan dalam proses kiraan masa.
Jadual 5.3 : Data Tayar
Jenis Tayar Diameter Tayar (mm)
Arch 4
Low Profile 2
Trim 1
Jadual di atas menunjukkan senarai tayar yang digunakan untuk kiraan masa berserta dengan ukuran diameter.
Formula Kiraan Masa
Formula merupakan aspek penting dalam sesuatu pengiraan. Formula kiraan yang digunakan perlulah sesuai dengan data yang digunakan supaya hasil janaan kiraan masa adalah tepat. Dalam proses kiraan aplikasi ini, 2 formula telah digunakan iaitu halaju dan masa.
Berikut merupakan formula Halaju yang digunakan untuk mendapatkan kelajuan. Speed(Ms)=((((e/2)*b*0.10472)/1000)*1000)/3600. Setelah keputusan Speed(Ms) terhasil, nilai tersebut akan dimasukkan kedalam formula Masa. Time=Lenght/(Speed (Ms)).
Contoh Kiraan Masa
Jadual 5.4 merupakan data yang digunakan untuk membuat pengiraan masa mengikut maklumat trek Pertandingan Speed Houz Grand Prix.
Jadual 5.4 : Data Pilihan Produk
Produk Data
Enjin (Mac Dash) RPM = 24500
Rim (5 spoke) 26 mm
Tayar (Arch) 4mm
Panjang trek 130 meter
Diameter (Rim + Tayar) 30 mm
Berikut merupakan langkah-langkah pengiraan berdasarkan data yang telah dipilih pada aplikasi.
Speed(Kmh) =((30/2)*24500*0.10472)/1000
= 38.4846
Speed (Ms) =(38.4846*1000)/3600
= 10.69
Time(Second) =130/10.69
= 12.16
Antaramuka Halaman Trek
Rajah 5.12 memaparkan rupa bentuk trek yang digunakan semasa pertandingan. Pelbagai jenis trek digunakan untuk menyempurnakan sebuah laluan trek.
Rajah 5.12 : Antaramuka Maklumat Trek
Rajah di atas menunjukkan rupabentuk trek yang digunakan pertandingan. Terdapat pelbagai jenis trek yang disediakan antaranya Straight, Corner, Slope, Bank, Chicane, Lane Changer, Rainbow dan Single Jump.
Trek Straight digunakan untuk laluan lurus, Corner digunakan untuk membuat selekoh ke kanan atau ke kiri mengikut kreativiti penganjur, Slope, Bank dan Chicane digunakan untuk mempunyai halangan lompatan dan Lane Changer dan Rainbow digunakan untuk menukar arah laluan supaya laluan trek pada penghujungnya akan menjumpai pada petak petak permulaan kembali.
Setiap pecahan trek perlu disambung senhingga lengkap. Sambungan trek tidak mempunyai tetapan yang sama untuk setiap pertandingan. Oleh itu, apabila trek yang digunakan semakin banyak, maka jarak yang diambil akan semakin panjang dan ia mempengaruhi catatan masa yang diambil. Proses jangka masa pemasangan trek bergantung kepada jumlah trek yang digunakan.
Antaramuka Halaman Bantuan Tetapan
Rajah 5.13 dan rajah 5.14 memaparkan bantuan tetapan yang telah dipilih ketika pertandingan. Terdapat 2 tetapan disediakan iaitu tetapan untuk Single Shaft dan Double Shaft.
Rajah 5.13 : Antaramuka Maklumat Tetapan (Single Shaft)
Rajah 5.14 : Antaramuka Maklumat Tetapan (Double Shaft)
Rajah di atas menunjukkan maklumat terperinci mengenai tetapan Single Shaft dan Double Shaft yang telah dibuktikan ketika pertandingan dan telah memperoleh piala serta catatan masa terpantas ketika pertandingan.
Tetapan Single Shaft telah membuktikan casis Super Two merupakan casis yang terbaik kerana telah mendapat masa terpantas ketika pertandingan. Tetapan Double Shaft pula membuktikan casis MS Chassis sebagai casis yang terpantas kerana telah mendahului sebagai masa terpantas ketika pertandingan.
Rajah 5.15 menunjukkan keratan aturcara untuk berubah halaman maklumat tetapan yang dipaparkan.
buttonsetup2= (Button) findViewById(R.id.button2);
buttonsetup2.setOnClickListener(new OnClickListener()
{
@Override
public void onClick(View arg0)
{
finish();
Intent intent = new Intent(getBaseContext(),
AppActivitySetup2.class);
startActivity(intent);
}
});
Rajah 5.15 : Keratan aturcara halaman tetapan Single Shaft ke tetapan Double Shaft
Rajah di atas menunjukkan keratan aturcara untuk membukan halaman baru daripada halaman tetapan Single Shaft bertukar ke halaman tetapan Double Shaft dengan menekan butang yang disediakan.
Keratan aturcara di atas untuk menukar ke halaman yang dipilih telah ditetapkan nama mengikut pembolehubah yang diberi iaitu buttonsetup2. Pembolehubah ini akan berhubung dengan kelas aturcara yang ditetapkan iaitu AppActivitySetup2.
Pengujian
Pengujian terhadap Aplikasi Spesifikasi Kereta Tamiya Mini 4wd telah dilaksanakan bagi memastikan sistem ini memenuhi kehendak pengguna dan bebas daripada ralat. Fasa Pengujian terbahagi kepada dua iaitu Pengujian kefungsi sistem dan Pengujian penerimaan pengguna.
Pengujian Kefungsian Sistem
Aplikasi Spesifikasi Kereta Tamiya Mini 4wd mempunyai lima modul utama iaitu terdiri daripada modul maklumat produk, modul masa, modul kira masa, modul trek dan modul tetapan.
Setiap modul yang terdapat dalam sistem ini telah dilaksanakan pengujian kefungsian sistem bagi memastikan setiap modul dapat berfungsi dengan baik. Pengujian kefungsian sistem dilakukan secara berulang bagi memastikan sistem dapat menghasilkan keputusan yang tepat.
Setiap pengujian yang dilakukan dicatatkan di dalam Jadual 5.5. Pengujian kefungsian sistem melibatkan lima modul utama iaitu modul maklumat produk, modul masa, modul kira masa, modul trek dan modul tetapan. Keputusan kefungsian sistem ditunjukkan seperti dalam Jadual 5.5.
Jadual 5.5 : Pengujian Kefungsian Sistem
Modul Pengujian Hasil Jangkaan Lulus / Gagal
Maklumat Produk
Penguna dapat melihat maklumat yang dipilih. Gambar yang ditekan dapat memaparkan gambar skala besar. Lulus
Masa Pengguna dapat membuat catatan masa denga sendiri. Masa yang sedang bergerak dapat diberhentikan dan dapat dipadamkan Lulus
Kira Masa
Setelah pengguna memilih produk tetapan yang disediakan, janaan keputusan terhasil setelah butang kira ditekan. Lulus
Trek Aplikasi memaparkan contoh trek dan halaman bertukar ke halaman produk setelah pengguna meneka butang yang disediakan Lulus
Tetapan Aplikasi memaparkan tetapan kereta dan halaman bertukar ke halaman seterusnya setelah pengguna meneka butang yang disediakan. Lulus
Jadual 5.5 menunjukkan pengujian yang telah dilakukan oleh pengguna sistem. Pengujian ini dilakukan mengikut modul-modul yang ada di dalam sistem.
Pengujian sistem juga dilakukan semasa pertandingan berlangsung. Pengujian ini amat penting kerana untuk membuktikan formula yang digunakan adalah relevan dengan keadaan semasa. Keputusan pertandingan ditunjukkan dalam Jadual 5.6 dan keputusan hasil daripada kiraan masa aplikasi ditunjukkan dalam Jadual 5.7.
Jadual 5.6 : Keputusan Pertandingan Speed Houz Grand Prix
Panjang Trek 130.65m
Masa Terpantas 12.02s
Masa Terlambat (64) 12.48
Jadual 5.7 : Keputusan Hasil Kiraan Masa di Pertandingan Speed Houz Grand Prix
MOTOR RIM TYRE Time (s)
Sprint Dash Dish Arched 10.27
Low Profile 10.95
Trim 11.33
Sprint Dash 5 spoke Arched 10.95
Low Profile 11.74
Trim 12.17
Sprint Dash Medium Arched 11.74
Low Profile 12.64
Trim 13.14
Mach Dash Dish Arched 11.4
Low Profile 12.16
Trim 12.58
Mach Dash 5 spoke Arched 12.16
Low Profile 13.03
Trim 13.51
Mach Dash Medium Arched 13.03
Low Profile 14.03
Trim 14.59
Jadual di atas menunjukkan catatan masa yang telah diambil ketika pertandingan dan pengiraan masa telah dibuat berdasarkan aplikasi. Kedua-dua jadual ini menampakkan tiada berbezaan ketara antara pengiraan matematik dan percubaan secara langsung ketika pertandingan.
Jadual yang bertanda warna hijau menunjukkan tetapan kereta serta masa yang telah dikira layak untuk memasuki pusingan kalah mati ketika pertandingan. Ini kerana tetapan tersebut merupakan tetapan terbaik dan mengambil kira daripada segi kestabilan kereta ketika melalui selekoh. Kelajuan dan ketinggian kereta yang sesuai dapat melalui selekoh dengan baik dan membuatkan kereta masih berada di dalam trek.
Jadual yang bertanda warna kuning menunjukkan tetapan kereta mendapat masa yang menghampiri untuk memasuki pusingan kalah mati. Hal ini berlaku kerana terdapat pelbagai aspek perlu diambilberat iaitu daripada segi kelajuan enjin mempunyai kesesuain dengan diameter roda dan jenis tayar yang digunakan.
Jadual yang bertanda warna putih pula menunjukkan masa yang dikira terlalu jauh untuk dikejar dan terlalu laju. Apabila kereta terlalu laju dan casis berada pada ketinggan yang tinggi, ia menyebabkan kereta kurang stabil dan akan tercampak ketika melalui selekoh dan tidak dapat menghabiskan laluan trek. Apabila kereta tidak dapat menghabiskan laluan trek, catatan masa akan terbatal dan tidak dikira dan perlu diambil semula.
Pengujian sistem ini dilakukan untuk kali kedua untuk memastikan keputusan yang dihasilkan adalah benar. Pengujian ini dilakukan pada pertandingan yang berbeza daripada sebelumnya Keputusan pertandingan ditunjukkan dalam Jadual 5.8 dan keputusan hasilpada daripada kiraan masa aplikasi ditunjukkan dalam Jadual 5.9.
Jadual 5.8 : Keputusan Pertandingan Speed Geng Tamiya Kedah
Panjang Trek 108.23m
Masa Terpantas 10.17s
Masa Terlambat (64) 10.88s
Jadual 5.9 : Keputusan Hasil Kiraan Masa di Pertandingan Speed Geng Tamiya Kedah
MOTOR RIM TYRE Time (s)
Sprint Dash Dish Arched 8.53
Low Profile 9.1
Trim 9.41
Sprint Dash 5 spoke Arched 9.1
Low Profile 9.75
Trim 10.11
Sprint Dash Medium Arched 9.75
Low Profile 10.5
Trim 10.92
Mach Dash Dish Arched 9.47
Low Profile 10.1
Trim 10.45
Mach Dash 5 spoke Arched 10.1
Jadual 5.9 (Sambungan)
Mach Dash
5 Spoke Low Profile 10.82
Trim 11.23
Mach Dash
Medium Arched 10.82
Low Profile 11.66
Trim 12.12
Jadual di atas menunjukkan catatan masa yang diambil untuk pertandingan yang kedua. Catatan masa dan kiraan masa pada aplikasi ini juga tidak menunjukkan perbezaan yang ketara. Setelah dianalisis, masalah yang sama dikenalpasti pada pertandingan pertama.
Tetapan kereta yang mempunyai tanda berwarna kuning mempunyai masa yang hampir untuk memasuki pusingan kalah mati. Ini kerana penggunan enjin yang laju perlu bersesuaian dengan jenis roda dan ketinggian kereta.
Tetapan kereta yang mempunyai tanda berwarna putih pula mempunyai masa yang jauh dan terlalu laju. Apabila kereta terlalu laju dan kereta dalam keadaan graviti yang tinggi, ia akan membuatkan kereta mudah untuk terkeluar daripada landasan trek dan tidak dapat mengahabiskan laluan trek dan masa yang diambil akan terbatal.
Pengujian Penerimaan Pengguna
Pengujian penerimaan pengguna dilaksanakan bagi memastikan Aplikasi Spesifikasi Kereta Tamiya Mini 4wd menepati ciri-ciri yang telah dibincangkan berdasarkan keperluan pengguna.
Pengujian penerimaan pengguna ini dilakukan oleh peserta pertandingan di Benut Hobby House pada 10 Mei 2015. Pengujian ini dapat dilakukan dengan lancar dan berdasarkan maklum balas pengguna, sistem ini dapat berfungsi dengan baik berdasarkan setiap kefungsian modul yang telah diuji oleh pengguna.
Rajah 5.16 menunjukkan peratusan penerimaan pengguna pada ketika pertandingan sedang berlangsung.
Rajah 5.16 : Carta Pai Pengujian Penerimaan Pengguna
Rajah 5.16 menunjukkan bahawa pengguna sistem menerima sistem ini dengan baik kerana tiada maklum balas yang menunjukkan pengguna tidak menerima ataupun tidak bersetuju dengan sistem yang dibangunkan ini.
Peratusan tertinggi adalah 62% iaitu pada tahap Sangat Baik. Ini kerana proses pengiraan yang dibuat mempunyai keputusan yang hampir sama ketika pertandingan sedang berlangsung. Antaramuka yang digunakan telah mendapat maklumbalas yang positif kerana ia dapat menarik minat dan warna yang digunakan sesuai. Maklumat yang dipaparkan juga memenuhi kehendak pengguna.
Peratusan Baik mempunyai nilai sebanyak 32%. Ini disebabkan terdapat pengguna aplikasi ingin mendapatkan maklumat yang lebih lanjut bagi sesebuah produk yang disampaikan dan peratusan yang terendah ialah pada tahap Memuaskan dengan nilai 6%. Ia hanya sebilangan kecil kerana mempunyai pengguna yang ingin mengguna produk lain yang tiada dalam senarai kiraan masa.
Ringkasan
Bab 5 menerangkan secara terperinci tentang implementasi dan pengujian Aplikasi Spesifikasi Kereta Tamiya Mini 4wd. Implementasi sistem melibatkan antaramuka setiap proses yang terlibat dan setiap antaramuka proses disertakan dengan kod aturcara bagi proses-proses tersebut. Pengujian sistem direkodkan dan dinyatakan secara terperinci. Pengujian sistem yang telah dilaksanakan ke atas sistem terbahagi kepada dua iaitu pengujian kefungsian sistem dan pengujian penerimaan pengguna. Pengujian kefungsian sistem dilakukan secara berulang bagi memastikan sistem bebas ralat dan dapat berfungsi dengan baik.
Pengujian kefungsian ini dilakukan terhadap setiap modul yang terlibat. Manakala pengujian penerimaan pengguna pula dilakukan oleh pengguna sistem untuk melihat kefungsian sistem samada sistem yang telah dibangunkan ini menepati cici-ciri dan kehendak pengguna ataupun tidak. Berdasarkan pengujian yang telah dilakukan, pengguna menerima sistem ini dengan baik setelah pengujian dilakukan.
BAB 6
KESIMPULAN
Pengenalan
Bab ini menerangkan tentang kesimpulan keseluruhan sistem yang telah siap dibangunkan dan telah dibuat pengujian. Secara keseluruhanya Aplikasi Spesifikasi Kereta Tamiya Mini 4wd telah berjaya dibina dan menepati ciri-ciri keperluan pengguna berdasarkan perbincangan yang telah dilakukan di awal pembangunan sistem ini dibina. Walaubagaimanapun, terdapat cadangan penambahbaikan terhadap aplikasi ini yang telah diutarakan oleh peserta pertandingan semasa sesi pengujian dijalankan. Antara cadangan penambahbaikan adalah pada gambarajah berskala besar, pengguna meminta agar menyediakan butang muat naik gambar sebagai simpanan persendirian. Cadangan ini adalah sesuai untuk penambahbaikan aplikasi pada masa akan datang.
Malah, sistem ini juga berjaya mencapai sasaran objektif seperti yang telah dirancang seperti mereka bentuk dan membangunkan Aplikasi Spesifikasi Kereta Tamiya Mini 4wd dan menjana keputusan jangkaan masa berdasarkan pilihan dengan pantas.
Pencapaian Objektif
Berdasarkan pengujian yang telah dilaksanakan oleh pengguna sistem iaitu peserta pertandingan, objektif sistem telah tercapai kerana setiap modul sistem yang dibangunkan dapat berfungsi dengan baik dan memenuhi objektif seperti yang telah dirancang. Objektif sistem dapat dibina dengan jayanya kerana rekabentuk dan pembangunan sistem dapat dilaksanakan dengan baik, penggunaan Aplikasi Android dapat membantu pengguna menggunakan aplikasi ini di mana sahaja tanpa capaian Internet. Keseluruhannya objektif Aplikasi Spesifikasi Kereta Tamiya Mini 4wd telah mencapai objektif seperti yang telah diusulkan.
Kelebihan Sistem
Setelah Aplikasi Spesifikasi Kereta Tamiya Mini 4wd ini siap dibangunkan, terdapat beberapa kelebihan sistem dikenalpasti. Antara kelebihan sistem ini adalah :
Menggunakan teknologi Aplikasi Android untuk menjana keputusan kiraan masa dan membaca maklumat produk.
Tidak memerlukan capaian Internet untuk mengakses aplikasi.
Aplikasi ini mampu membantu pengguna mendapatkan jangkaan masa sesebuah trek dalam masa yang singkat.
Kekurangan Sistem
Terdapat beberapa kekurangan sistem yang dapat dikenalpasti setelah sistem ini siap dibina dan setelah dilakukan pengujian. Antara kelemahan sistem dan aplikasi yang telah dibangunkan ini ialah :
Setiap kali produk baru dipasarkan,aplikasi ini perlu dimuat turun kembali untuk kemaskini data dan maklumat terbaru.
Keputusan masa yang telah terhasil tidak dapat disimpan untuk rujukan.
Cadangan Penambahbaikan
Setelah sistem ini siap dibangunkan dan telah dibuat pengujian, terdapat beberapa penambahbaikan sistem dan aplikasi yang perlu ditambahbaik antaranya adalah seperti berikut :
Maklumat produk terkini dapat dikemaskini tanpa perlu memuaturun aplikasi yang baru.
Keputusan yang dijana dapat disimpan untuk sebagai rujukan pada masa akan datang.
Catatan masa boleh diambil dengan hanya meletakkan aplikasi di atas trek dan kereta hanya perlu melalui bawah telefon pintar untuk menggerakkan masa dan memberhentikan masa.
Kesimpulan
Secara keseluruhannya, Aplikasi Spesifikasi Kereta Tamiya Mini 4wd yang dibangunkan bertujuan untuk menggantikan sistem manual sedia ada. Sistem ini dibangunkan bagi memudahkan para peserta sebelum dan ketika pertandingan untuk mengetahui anggaran masa bagi sesebuah trek yang disediakan oleh penganjur. Pada bab ini, perbincangan adalah lebih kepada hasil pelaksanaan projek iaitu menilai kelebihan dan kelemahan sistem yang dibangunkan.
Bagi menghasilkan sistem yang lebih sempurna, penambahbaikan perlu dilakukan pada masa akan datang kerana perubahan terhadap kemampuan alatan sering dipertingkatkan dan mungkin berubah dari semasa ke semasa. Sebagai cadangan pada masa kini terhadap sistem ini, daripada segi reka bentuk antaramuka sistem perlu lebih kemas dan menarik agar dapat menarik perhatian pengguna dan perlu lebih mesra pengguna bagi memudahkan pengguna untuk mengakses.
Berdasarkan pemerhatian dan kajian yang telah dilakukan, kesimpulannya sistem Aplikasi Spesifikasi Kereta Tamiya Mini 4wd ini perlu ditambah baik supaya sistem ini boleh digunakan dengan lebih meluas dan menepati ciri-ciri teknologi terkini yang bersesuaian dengan kehendak pelumba kereta mini 4wd yang lebih sempurna dan efektif.
Dengan adanya sistem yang telah dibangunkan ini, diharapkan dapat membantu para peserta pelumba kereta mini 4wd dalam mencari kesesuaian masa dan tetapan agar pertandingan yang disertai lebih menarik dan memberi persaingan yang sengit sesama pelumba. Juga diharapkan bahawa sistem ini dapat menggantikan sistem manual sedia ada dan lebih baik daripada sistem tersebut.
‘
RUJUKAN
Coronel.C, Morris.S & Rob.Peter. (2012). Database Systems: Design, Implementation, and Management. 10th Edition. Boston : Joe Sabatino.
Ian Sommerville, (2010). Software Engineering. 9th edition. United States of America :Pearson Education, Inc.
Raymond McLeod Jr., Eleanor Jordan & Raymond McLeod.(2001) Systems Development: A Project Management Approach. 6th edition. Wiley.
Jackson, Burd & Satzinger. (2005). System Analysis and Design. Boston : Course Technology Inc.
ClickonPC. (2014). Tamiya Usa Mini 4wd Support, capaian pada September 25, 2014 dicapai daripada https://play.google.com/store/apps.
Entranced. (2014). Speed Distance Time Calculator, capaian pada September 26, 2014 dicapai daripada https://play.google.com/store/apps.
Redinha AS. (2014). Cycling Speed Calculator, capaian pada September 27, 2014 dicapai daripada https://play.google.com/store/apps.
LAMPIRAN A
BORANG PENGUJIAN
‘
APLIKASI SPESIFIKASI KERETA TAMIYA MINI 4WD
Borang ini bertujuan untuk menguji Aplikasi Spesifikasi Kereta Tamiya menepati keperluan pengguna dan jangkaan. Borang ini terdapat 2 bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Lengkapkan kesemua kesemua soalan yang diberi.
Tarikh : _____________
Penguji: Peserta Pertandingan Speed Benut Hobby House .
Bahagian A: Pengujian Sistem
Halaman Utama
Untuk menilai fungsi sistem. Tandakan mengikut skala berikut :
1 = Lemah 2 = Sederhana 3 = Memuaskan 4 = Baik 5 = Sangat baik
Bil Aspek 1 2 3 4 5
1 Fungsi Maklumat Produk
2 Fungsi Catatan Masa
3 Fungsi Kiraan Masa
4 Fungsi Trek
5 Fungsi Bantuan Tetapan Kereta
Maklumat
1 = Lemah 2 = Sederhana 3 = Memuaskan 4 = Baik 5 = Sangat baik
Bil Aspek 1 2 3 4 5
1 Maklumat yang diberikan terperinci dan mudah difahami.
2 Gambarajah yang dipaparkan jelas.
3 Susun atur antaramuka sistematik.
4 Warna yang digunakan bersesuaian.
Kira Masa
1 = Lemah 2 = Sederhana 3 = Memuaskan 4 = Baik 5 = Sangat baik
Bil Pernyataan 1 2 3 4 5
1 Kiraan masa yang pantas
2 Keputusan jangkaan masa yang relevan.
3 Senarai produk kiraan masa mengikut kehendak semasa.
Bahagian B : Komen dan Cadangan
Komen dan cadangan penambahbaikan sistem yang perlu dilakukan pada masa akan datang?
________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
Terima kasih atas kerjasama anda.
Tandatangan penguji :
””””””’..
( )
‘
LAMPIRAN B
CARTA GANTT
LAMPIRAN C
MANUAL PENGGUNA
Manual Pengguna
Tamiya Mini 4WD Track Time Calculator adalah sebuah aplikasi yang membantu para pelumba untuk mendapatkan anggaran kelajuan kereta yang bakal diperlolehi berdasarkan spesifikasi dan jenis litar yang di gunakan. Antaramuka utama aplikasi adalah seperti Rajah 1.
Rajah 1
Merujuk kepada Rajah 1, terdapat 5 menu utama yang disediakan untuk kemudahan pengguna. Menu utama adalah seperti yang berikut :
Product Information
Apabila pengguna klik pada Product Information, antaramuka seperti Rajah 2 akan dipaparkan.
Rajah 2
Terdapat 6 produk yang akan digunakan oleh pengguna seperti di dalam rajah 2. Sila klik setiap produk untuk melihat penerangan produk. Paparan penerangan produk akan dipaparkan seperti Rajah 3.
Rajah 3
Untuk melihat paparan imej dengan lebih jelas, sila klik pada imej. Paparan imej akan dipaparkan seperti di dalam Rajah 4
Rajah 4
Stopwatch
Sila klik menu Stopwatch untuk merekod dan melihat masa yang direkodkan. Paparan stopwatch seperti yang di tunjukkan di dalam Rajah 5.
Rajah 5
Sila klik butang mula untuk merekod masa yang diambil oleh pengguna.
Sila klik butang berhenti untuk melihat bacaan yang diambil.
Sila klik butang tetapan semula untuk mengosongkan rekod bacaan.
Track Calculator
Klik pada Track Calculator untuk mula mengira bacaan kelajuan yang dicatatkan oleh pengguna. Paparn seperti Rajah 6 akan dipaparkan.
Rajah 6
Sila ikut langkah di bawah untuk melihat hasil yang direkodkan.
Pilih motor yang digunakan
Pilih Rim yang digunakan
Pilih Tyre yang digunakan
Masukkan panjang trek
Klik pada butang kira
Lihat keputusan yang dipaparkan
Track Layout
Sila klik pada Track Layout untuk melihat susun atur trek. Apabila menu tersebut telah di klik, paparan seperti Rajah 7 akan dipaparkan.
Rajah 7
Sila klik pada menu Information untuk melihat maklumat berkaitan trek. Maklumat akan dipaparkan seperti dalam Rajah 8.
Rajah 8
Sila klik pada produk untuk melihat produk.
Paparan produk akan dipaparkan seperti di dalam Rajah 9.
Rajah 9
Setup Guide
Sila klik pada Setup Guide untuk melihat garis panduan yang dicadangkan. Sila rujuk Rajah 10 dan Rajah 11 untuk melihat contoh paparan tersebut.
Klik pada Single Shaft utuk melihat garis panduan yang menggunakan single shaft. Sila rujuk Rajah 10 untuik melihat contoh paparan.
Rajah 10
Klik pada Double Shaft untuk melihat garis panduan yang menggunakan double shaft. Sila rujuk Rajah 13 untuk melihat contoh paparan.
Rajah 11