Pengenalan : Bahasa Melayu merupakan bahasa lingua franca yang telah menjadi kebanggaan dan warisan dan kebudayaan Melayu. Penghasilan karya-karya yang menggunakan bahasa Melayu semakin giat dilaksanakan. Pada umumnya, pada abad ke-7 bahasa Melayu digunakan dalam sistem pentadbiran kerajaan Sri Wijaya. Namun, perkembangan bahasa Melayu dipergiatkan lagi pada era kegemilangan Melaka pada abad ke-13 sesuai dengan statusnya sebagai pusat perdagangan di rantau ini pada ketika itu.
Mangantar Simanjuntak (1995), menyatakan bahawa asal usul bahasa berkait rapat dengan kewujudan sesuatu bangsa di alam ini. Selain itu, kewujudan bahasa akan melengkapkan sesebuah tamadun atau kerajaan sesuatu bangsa. Oleh itu, bahasa dan bangsa saling melengkapi antara satu sama lain. Beliau turut menyatakan bahawa bahasa Melayu dan tamadun wujud sejak abad kedua masihi lagi. Bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa komunikasi dan perantaraan sejak zaman Kerajaan Champa. Peredaran zaman telah membawa kepada berlakunya proses evolusi sehingga bahasa Melayu berkembang menjadi bahasa antarabangsa.
Amat Juhari Moain (2006:27) menyatakan bahawa terdapat lima zaman perkembangan bahasa Melayu. Hal ini telah membuktikan bahawa bahasa Melayu telah tersebar dan berkembang secara bertahap-tahap iaiatu dari zaman ke zaman. Lima zaman tersebut ialah zaman bahasa Melayu purba, Melayu kuno, Melayu klasik, Melayu pramoden dan Melayu moden.
Secara ringkasnya, berdasarkan pengklasifikasi zaman-zaman perkembangan telah membuktikan bahasa bahasa Melayu berkembang dan mempunayi sejarah penyebarannya. Oleh itu, artikel ini akan menghuraikan lebih mendalam dan terperinci berkenaan lima tahap perkembangan bahasa Melayu yang telah dikemukan oleh Amat Juhari Moin.
Lima Zaman Perkembangan Bahasa Melayu
1. Zaman Bahasa Melayu Purba
Bahasa Melayu purba merupakan bahasa Melayu yang wujud pada zaman prasejarah. Bahasa ini digelar sebagai bahasa Melayu purba kerana pada masa tersebut tidak wujud sejarah bertulis. Menurut Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain (2006), untuk membuktikan kedudukan dan keadaan bahasa Melayu purba ini, beberapa orang ahli bahasa telah membuat rekontruksi bahasa berdasarkan maklumat-maklumat pada bahasa dan dialek Melayu yang wujud pada masa tersebut.
Contohnya perkataan gajus (Anacardium accidentale) yang mempunyai tujuh nama dan sebutan dalam dialek Melayu. Tiga daripadanya diketepikan penggunaannya iaitu ketereh, jambu golok dan jambu monyet. Manakala empat nama lain iaitu gajus, jagus, janggus, dan kajus. Antara gajus dan kajus berbeza kerana wujud perubahan bunyi bersuara ke tak bersuara (g ke k); bunyi gajus ke jagus hanya merupakan proses metatesis (bunyi terbalik). Sebutan janggus pula merupakan satu penyimpangan bunyi iaitu penyengauan bunyi. Melalui proses ini, kita dapat mencari sebutan asal bagi nama ini. Proses ini disebut sebagai proses rekonstruksi.
Menurut Asmah Haji Omar, bahasa Melayu purba dipercayai dituturkan oleh kelompok Melayu Deutro. Kelompok Melayu Deutro hanya menggunakan bahasa Melayu dalam bentuk lisan. Pada peringkat ini, tidak wujud lagi bahasa Melayu purba dalam bentuk tulisan. Selain itu, Harry Judge (1991) menyatakan bahawa bahasa Melayu telah wujud pada abad kedua Masihi, iaitu di Campa, Vietnam.
2. Zaman Bahasa Melayu Kuno
i. Sejarah Bahasa Melayu Kuno
Abdul Rashid dan Amat Juhari Moain (2006:27) menyatakan bahawa bahasa Melayu kuno dikatakan wujud pada sekitar abad keempat Masihi ekoran penemuan sebuah prasasti di Dong Yen Chau di Teluk Tourane Vietnam yang bertarikh pada abad keempat Masihi. Bahasa Melayu kuno wujud setelah menerima pengaruh daripada India (Wikipedia Bahasa Melayu)
ii. Perkembangan Bahasa Melayu Kuno
Kegemilangan bahasa Melayu kuno adalah pada zaman kerajaan Sriwijaya iaitu dari abad ketujuh hingga abad ke-13. Bahasa Melayu Kuno telah menjadi bahasa lingua franca dan bahasa pentadbiran pada zaman tersebut. Selain itu, bahasa Melayu kuno dituturkan oleh penutur yang menetap dan singgah di Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Jawa dan sekitar Sumatera. Buktinya, apabila ahli-ahli sejarah menemui prasasti bahasa Melayu kuno di beberapa tempat. Antaranya:
‘ Semenanjung Tanah Melayu
o Segenting Kra, Thailand
o Ligor – bertarikh abad kelapan dan
o Chaiya selepasnya
o Yala – berbahasa Melayu Kuno
o Lembah Bujang
o Wing Sa
‘ Kepulauan Jawa
o Sajamerta
o Manju-Syrigrha – bertarikh pada abad ketujuh dan
o Dang Pu Hawang Geulis selepasnya
o Gunung Sundoro – tulisan Pallava, Vangki, Jawa Kuno,
o Bukateja Kawi dan Devanagari, tetapi
o Sang Hyang Wintang bahasanya mirip dengan bahasa
o Kebon Kopi Melayu.
‘ Sumatera
o Palas Pasemah
o Bungkuk
o Ulu Belu
o Bawang – bertarikh pada abad ketujuh dan
o Kedukan Bukit selepasnya iaitu abad kelapan,
o Telaga Batu kesembilan hingga ke abad ke-13
o Karang Berahi
o Kota Kapur – berbahasa Melayu Kuno
o Muara Jambi
o Pagarruyung
o Minye Tujuh
Bahasa Melayu kuno dianggap sebagai lingua franca dan bahasa pentadbiran kerana memenuhi aspek berikut:
‘ Bahasa Melayu kuno bersifat sederhana dan mudah menerima pengaruh luar.
‘ Bahasa Melayu kuno tidak terikat kepada perbezaan susun lapis masyarakat.
‘ Bahasa Melayu kuno mempunyai sistem dan struktur bahasa yang lebih mudah berbanding dengan bahasa Jawa.
‘ Bahasa Melayu kuno digunakan dalam aktiviti perdagangan, aktiviti penyebaran agama.
Bahasa Sanskrit banyak mempengaruhi sistem bahasa Melayu kuno. Selain itu, bahasa Sanskrit juga telah menyumbang kepada pengkayaan kosa kata dan ciri-ciri keilmuan bahasa Melayu. Antara sebab bahasa Melayu mudah dipengaruhi oleh bahasa Sanskrit ialah:
‘ Bahasa Melayu kuno dan bahasa Sanskrit dipengaruhi oleh agama Hindu
‘ Bahasa Sanskrit terletak dalam kelas bangsawam dan dikatakan mempunyai hierarki yang tinggi.
‘ Bahasa Melayu kuno mempunyai sifat yang mudah dilentur dan disesuaikan mengikut keadaan dan keperluan.
iii. Ciri-ciri Bahasa Melayu Kuno
Antara ciri-ciri bahasa Melayu kuno ialah:
‘ Kebanyakkan perkataan bahasa Melayu kuno terdiri daripada kata-kata pinjaman bahasa Sanskrit.
‘ Susunan ayat bahasa Melayu kuno bersifat Melayu
‘ Konsonan b dalam bahasa Melayu kuno dibunyikan menggunakan konsonan w. Contohnya ialah perkataan bulan disebut sebagai wulan.
‘ Vokal e pepet tidak wujud dalam sistem bahasa Melayu kuno. Contohnya ialah dengan dieja sebagai dngan atau dangan.
‘ Awalan ber+ dalam bahasa Melayu moden merupakan awalan mar+ dalam bahasa Melayu kuno. Contohnya berlepas ‘ marlepas.
‘ Awalan di+ dalam bahasa Melayu moden merupakan awalan ni+ dalam bahasa Melayu kuno. Contohnya dibaca ‘ nibaca.
iv. Bukti Penggunaan Bahasa Melayu Kuno
Bahasa Melayu kuno telah dibuktikan kewujudannya melalui penemuan prasasti di beberapa kawasan. Prasasti tersebut ditemui pada abad ketujuh dan tercatat tulisan huruf Pallava pada batu tersebut. contohnya:
‘ Prasasti di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)
‘ Prasasti di Talang Tuwo, dekat Palembang (684M)
‘ Prasasti Telaga Batu, Sumatera Selatan (685 M)
‘ Prasasti di Kota Kapur, Pulau Bangka (686 M)
‘ Prasasti di Karang Berahi, Meringin, dearah Hulu Jambi (686 M)
Selain dari itu, bahasa Melayu kuno dibuktikan kewujudannya apabila terdapat prasasti yang yang ditulis menggunakan huruf Nagiri ditemui pada zaman tersebut. prasati tersebut ialah batu bersurat di Gandasuli, Jawa Tengah (832 M).
3. Zaman Bahasa Melayu Klasik
i. Sejarah Bahasa Melayu Klasik
Asmah Haji Omar (1985:33) menyatakan bahasa Melayu klasik wujud sekitar abad ke-13 dan abad ke-17. Perkembangan bahasa Melayu klasik mempunyai perkaitan dengan perkembangan karya sastera yang memberikan gambaran tentang sejarah silam sesuatu bangsa dari segi kebudayaan dan keperibadian bangsa. Selain daripada karya sastera, bahasa Melayu klasik digunakan untuk menghasilkan karya ketatanegaraan, kebudayaan, kemasyarakatan dan keagamaan. Kemunculan bahasa Melayu klasik tidak dipengaruhi oleh pengaruh Hindu. Hal ini demikian kerana, pada masa itu, pengaruh Hindu dilihat hilang sedikit demi sedikit sehinggalah ke abad ke-15.
Bahasa Melayu klasik dianggap sebagai bahasa lingua franca pada zaman kerajaan Melayu Melaka terutama dalam bidang perdagangan dan penyebaran agama Islam. Terdapat beberapa bukti penyebaran agam Islam dilakukan menggunakan bahasa Melayu klasik seperti penghasilan kitan Furu’ Al-Masa’il oleh Syed Muhammad Daud Al-Fatani dan Sabil Al-Muhtadin oleh Syed Muhammad Arsyad Al-Banjari. Kandungan kitab-kitab ini adalah berkaitan dengan al-Hadith, fiqah, tafsir al-quran, tasawuf, hikayat, hal ehwal haiwan, perdukunan, perubatan Melayu, pentadbiran, pemerintahan dan sebagainya.
ii. Perkembangan Bahasa Melayu Klasik
Zaitul Azma Zainon Hamzah menyatakan pengaruh agama Islam menjadi semakin dominan di Nusantara. Perkembangan agama Islam membawa bersama-samanya bahasa Arab dan tulisan jawi yang menggunakan huruf-huruf arab. Bukti pengaruh agama Islam tersebar di Nusantara dari sudut sejarah ialah sewaktu Marco Polo melawat Sumatera Utara pada tahun 1292 M dan catatannya berkaitan pengislaman Pasai. Beberapa prasasti dalam bahasa Melayu yang ditulis menggunakan huruf India tetapi bahasanya dipengaruhi oleh bahasa Arab telah ditemui pada zaman peralihan sekitar abad ke-13 dan ke-14. Ketika itulah bermulanya perkembangan bahasa Melayu klasik.
Pada abad ke-16, bahasa Melayu klasik dipengaruhi oleh penjajah dari barat terutamanya dari Portugis, Belanda dan Inggeris. kedatangan pengaruh di Barat telah membawa kepada perkembangan bahasa Melayu klasik dari segi bahasa dan kebudayaan. Amat Juhari Moain (1992:1062) menyatakan tulisan rumi telah digunakan dalam bahasa Melayu. David Barbosa menjadi orang pertama yang menggunakan tulisan rumi. Penggunaanya adalah pada tahun 1516 Masihi setelah penawanan Melaka oleh Portugis. Seterusnya pada tahun 1521 Masihi seorang pengembara Itali, Antonio Pigfafetta membuat catatan perkataan Melayu dalam tulisan rumi dengan padanannya dalam bahasa Itali.
Ringkasnya, bahasa Melayu klasik wujud sekitar abad ke-14 hingga abad ke-19. Zaman peralihan antara tahap bahasa Melayu Kuno dengan bahasa Melayu klasik berlaku pada sekitar abad ke-12 dan abad ke-13. Bahasa Melayu klasik bukan sahaja digunakan dalam kalangan orang Melayu sahaja tetapi tersebar meluas sehingga orang bukan Melayu turut menggunakan bahasa Melayu klasik.
iii. Ciri-ciri Bahasa Melayu Klasik
Antara ciri-ciri bahasa Melayu klasik ialah:
‘ Ayat yang panjang, berulang-ulang, dan berbelit-belit.
‘ Penggunaan ayat pasif iaitu bentuk ayat yang mengutamakan objek pelaku atau subjek.
‘ Bahasa Melayu klasik bersifat bahasa istana seperti tuanku, baginda, bersiram, mangkat, sembah, beta, titah dan berangkat.
‘ Kosa kata arkaik dan jarang digunakan seperti manikam, sahaya, ratna dan lain-lain.
‘ Penggunaan pangkal ayat yang banyak seperti alkisah, hatta, adapun, arakian, maka dan tatkala.
‘ Penggunaan ayat songsang (pendepanan predikat)
‘ Menggunakan partikel ‘pun’ dan ‘lah’ seperti adapun, bertitahlah dan berebutlah.
‘ Penggunaan kiasan dan perbandingan serta penggunaan laras puisi seperti pantun, syair, seloka dan gurindam dalam karya prosa. Buktinya, penggunaan kiasan, perbandingan dan laras puisi terdapat dalam hikayat-hikayat Melayu lama.
Selain daripada ciri-ciri di atas, terdapat beberapa ciri-ciri khusus bahasa Melayu klasik. Ciri-ciri ini muncul akibat daripada pengaruh bahasa Arab. Antara ciri tersebut ialah:
‘ Menggunakan tulisan jawi yang mana aksaranya dipinjam daripada bahasa Arab.
‘ Bahasa Melayu klasik telah menerima beberapa fonem Arab seperti kh (khamis), z (zakat), sy (syarat) dan lain-lain.
‘ Bahasa Melayu klasik telah menerima pelbagai jenis kosa kata Arab dan Parsi dalam pelbagai bidang bahasa seperti keagamaan, undang-undang, kesusasteraan, pemerintahan, perubatan, falsafah dan lain-lain
‘ Terdapat unsur falsafah Islam dalam tulisan Melayu seperti dalam bidang Ilmu Kalam, Tasawuf, Ilmu Aqa’id Al-Iman dan lain-lain.
‘ Bahasa Melayu Klasik telah menerima genre sastera Islan seperti syair, nazam, ibarat dan lain-lain.
(Abdul Rashid Melebek & Amat Juhari Moain, 2006)
iv. Bukti Penggunaan Bahasa Melayu Klasik
‘ Penggunaan bahasa Melayu dalam aktiviti pentadbiran iaitu penulisan surat antara pentadbir dengan raja-raja di Kepulauan Melayu.
o Surat Sultan Acheh kepada Kapitan Inggeris, James Lancester (1601)
o Surat Sultan Alauddin Shah dari Acheh kepada Harry Middleton (1602)
o Surat Sultan Acheh kepada raja Inggeris, King James (1612)
‘ Penulisan kitab berunsurkan keagamaan dan kesusasteraan.
o Bustanul Salatin (Sheikh Nuruddin Al-Raniri)
o Mirat Al-Tullab (Abdul Rauf Singkel)
o Syair Perahu ( Hamzah Fansuri)
o Syair Rakis (Pengiran Syahbandar Muhammad Salleh ‘ Pengiran Indera Muda, Brunei)
o Matla al Badrain dan Furu’ Al-Masail (Sheikh Mohd Ismail Daud Al-Fatani, Pattani)
o Mirat Al-Mukmin (Sahmsuddin Al-Sumaterani, Sumatera)
o Sabil Al-Muhtadin (Arshad Al-Banjari, Banjarmasin)
4. Zaman Bahasa Melayu Abad ke-19 dan Abad ke-20 (Pramoden)
i. Sejarah Zaman Bahasa Melayu Abad ke-19 dan Abad ke-20
Bahasa Melayu pada zaman ini disebut sebagai bahasa Melayu zaman peralihan iaitu peralihan daripada bahasa Melayu kuno menuju kepada zaman bahasa Melayu moden. Selain itu, bahasa Melayu abad ke-19 dan abad ke-20 turut dikenali sebagai Bahasa Melayu Zaman Pramoden. Bahasa Melayu zaman peralihan bermula pada pertengahan abad ke-19 hingga awal abad ke-20. Tidak wujud persamaan antara bahasa Melayu zaman peralihan dengan sastera Melayu zaman peralihan. Hal ini demikian kerana, zaman peralihan bagi sastera Melayu apabila berlaku peralihan daripada sastera pengaruh Hindu kepada sastera Islam. Kedatangan penjajah pada zaman ini telah mewujudkan pusat-pusat pengajian tentang bahasa, sastera dan budaya pribumi terutama melayu
ii. Perkembangan Bahasa Melayu Abad ke-19 dan Abad ke-20
Abdul Rashid Melebek (2006:33) mengatakan bahawa berlaku beberapa peristiwa pada abad ke-19 yang memberi kesan kepada bahasa Melayu pada abad ke-19. Antara peristiwa yang berlaku ialah pertembungan budaya Melayu dengan Barat. Oleh itu, pertembungan tersebut telah memberi kesan iaitu perkembangan teknologi percetakan dan perkembangan perhubungan yang menjadikan bahasa Melayu lebih mudah terdedah kepada pengaruh Barat. Pertembungan ini telah menjadikan bahasa Melayu diresapi oleh unsur-unsur Barat sehingga memberi sedikit perubahan pada bahasa Melayu.
Selain itu, pelbagai pengaruh Barat telah meresap secara berterusan ke dalam sistem bahasa Melayu Pramoden ini. Antaranya ialah:
‘ Teknologi barat yang moden: kapal api, kereta api dan senjata api.
‘ Penerbitan majalah dan surat khabar berkonsepkan kebudayaan barat yang memuatkan pelbagai maklumat, berita, iklan dan lain-lain.
‘ Barat telah membangunkan beberapa buah sekolah, institusi pengajian dan menubuhkan persatuan atau kelab mengikut cara barat seperti Royal Asiatic Society di Benggala serta mempengaruhi penulisan buku-buku bacaan sekolah.
‘ Sistem pentadbiran barat yang bercirikan pentadbiran secara moden dan memperkenalkan perlembagaan bertulis yang ditiru dari barat seperti Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor Tahun 1895.
‘ Bahasa Melayu Pramoden ini banyak menerima perkataan-perkataan daripada bahasa Inggeris, Portugis, Amerika, Perancis, Sepanyol dan Belanda.
‘ Pada zaman ini, tulisan jawi semakin berkembang tetapi terhad dalam penggunaanya dalam bidang pentadbiran dan pendidikan sahaja.
(Abdul Rashid Melebek & Amat Juhari Moain, 2006: 71)
Proses ini berlaku secara perlahan dan memberi kesan yang telah mengakibatkan kegiatan penulisan Melayu mula beralih dari istana-istana raja seperti dalam zaman bahasa Melayu klasik ke dalam masyarakat umum. Ringkasnya, kegiataan penulisan bahasa Melayu telah mula mendapat tempat dalam kalangan masyarakat pada zaman tersebut.
iii. Ciri-ciri Bahasa Melayu Abad ke-19 dan Abad ke-20
Antara ciri-ciri bahasa Melayu abad ke-19 ialah:
o Gaya bahasanya masih mengikut cara lama iaitu gaya bahasa pada zaman bahasa Melayu klasik. (sahaya, arakian, kemudian, sekalian dan maka)
o Penambahan fonem-fonem baharu terutama fonem daripada bahasa Arab masih kekal dan tidak terpengaruh dengan unsur-unsur bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, penerbitan majalah dan akhbar telah memperlihatkan unsur-unsur Inggeris yang mempengaruhi bahasa Melayu.
o Kemunculan kata-kata istilah baru terutama dalam pentadbiran moden seperti yang diamalkan di Johor.pada saat inilah istilah Inggeris, Belanda dan Portugis digunapakai oleh orang Melayu (majestret, lawyer, kemeja, office boy dan beranda). Selain itu, wujud istilah yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu. (jawatankuasa, setiausaha, pejabat, pesuruhjaya dan jabatan)
o Penerbitan akhbar dan majalah yang datang dari pengaruh barat sehingga membuka peluang pekerjaan yang banyak.
o Bidang percetakan mula menjadi bidang penting untuk menerbitkan buku-buku bacaan.
o Perkembangan bidang penulisan. Bermulanya era penulisan gaya laporan atau lebih dikenali sebagai gaya kewartawanan seperti yang dilakukan oleh Abdul Rahim Kajai (Talib Samat, 1998)
o Menjadi bahasa pengantar di sekolah-sekolah yang didirikan oleh penjajah.
o Penghasilan buku-buku teks bahasa Melayu dan kamus di alam Melayu.
Ciri-ciri ini telah membuktikan bahawa bahasa Melayu telah menjadi bahasa komunikasi pelbagai kaum berbanding bahasa Melayu pada zaman sebelum ini yang menjadi bahasa tidak formal bagi masyarakat Melayu sahaja.
iv. Bukti Penggunaan Bahasa Melayu Abad ke-19 dan Abad ke-20
Bahasa Melayu Abad ini telah berkembang dan banyak digunakan dalam sistem pentadbiran dan pendidikan. Seperti yang terangkan di atas, pada abad ini, pelabagi bahan berctak telah dihasilkan dan telah melahirkan ramai penulis-penulis hebat yang banyak memberi sumbangan untuk menggembangkan bahasa Melayu pada abad ini. Contohnya:
‘ Menghasilkan bahan bacaan yang banyak dan dicetak menggunakan bahasa Melayu dan bertulisan Jawi. Contohnya:
o Certera Hikayat Isa (1831)
o Risalah: Bahawa Hendaklah Engkau Menyembah Allah dan Berbakti kpdanya sahaja. (ajaran Kristian, 1832)
o Hikayat Budak yang Bernama Tom. (1840
o Undang-undang Polis (1846)
o Hikayat Abdullah Abdul Kadir Munsyi (1849)
‘ Penerbitan majalah, akhbar dan hukum kanun dan perundangan
o Majalah Bustan Arifin (Januari 1821)
o Taman Pungatauan (1848)
o Soerat Kabar Bahasa Malaijoe (Januari 1856)
o Bintang Timor (1864)
o Biang ‘ Lala (1867)
o Alamat Lankapuri (1869)
o Undang-undang Palembang
o Undang-undang Pasumah
o Undang-undang Sungai Ujang
o Adat Raja-raja Melayu
o Undang-undang Adat.
‘ Penubuhan Persatuan
o Pakatan Belajar-Mengajar Pengetahuan Bahasa (Pa Ba Mim Pa Ba)
o Buku Katan
o Penokok dan Penambah dalam Bahasa Melayu
o Peribahasa dan tanda-tanda bacaan
‘ Penerbitan Kamus dan Buku Tatabahasa
o A Dictionary of the Malayan Language (William Marsden, 1812)
o Kitab Pengetahuan Bahasa (Raja Ali Haji, 1858)
o Pemimpin Johor (Muhammad Ibrahim Munsyi, 1877)
o Kamus Mahmudiyah (Saiyid Mahmud bin Saiyid Abdul Kadir)
o Tuhfat al-Nafis (Raja Ali Haji)
o Bustan al-Kaitibin (Raja Ali Haji)
o Thamarat al-Mahammah (Raja Ali Haji)
o Pohon pelajaran (Saiyid Mahmud bin Saiyid Abdul Kadir)
o Jalan kepandaian (Saiyid Mahmud bin Saiyid Abdul Kadir)
o Ilmu Bumi (Saiyid Mahmud bin Saiyid Abdul Kadir)
‘ Penulis-penulis Melayu yang terkenal pada abad ini ialah:
o Abdullah bin Abdul Kadir Munsyi (1796 ‘ 1854)
o Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad (1809 ‘ 1870)
o Muhammad Ibrahim Munsyi (meninggal dunia 1904)
o Munsyi Sheikh Muhammad Ali bin Ghulam Husain al-Hindi
o Munsyi Muhammad Said (pengarang Jawi Peranakan)
o Saiyid Mahmud bin Saiyid Abdul Kadir (lahir 1865, meninggal dunia 1913)
5. Zaman Bahasa Melayu Moden
i. Sejarah Bahasa Melayu Moden
Bahasa Melayu moden dikatakan bermula pada abad ke-20 iaitu selepas kedatangan penjajah iaitu Portugis, Belanda dan Inggeris. Hasil karangan Munsyi Abdullah menjadi titik permulaan zaman bahasa Melau moden. Bahasa Melayu sebelum kedatangan British telah menjadi bahasa pengantar di pusat pendidikan Islam, perantaraan, pentadbiran, kesusateraan dan lain-lain. Tetapi segalanya berubah apabila British mengubah dasar yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan.
Namun keadaan kembali seperti sedia kala apabila Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Hal ini demikian kerana bahasa Melayu diangkat menjadi bahasa kebangsaan dalam Perlembagaan Persekutuan. Setelah itu, pelbagai agenda direncana untuk menaikkan semula bahasa Melayu di dunia. Antaranya ialah Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 diperkenalkan. Akta ini telah menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara.
ii. Perkembangan Bahasa Melayu Moden
Amat Juhari Moain (2006: 34) menyatakan bahawa pada abad ke-20, berlaku perubahan dalam bahasa Melayu untuk menuju ke bentuk baharu iaitu menjadi bahasa Melayu moden. Bahasa Melayu moden digunakan di negeri-negeri dan kesultanan Melayu untuk menjalankan urusan pemerintahan dan pentadbiran.
Pada 1957, bahasa Melayu telah menjadi bahasa kebangsaan dan salah satu bahasa rasmi negara Malaysia. Tetepi, pada 1967, bahasa Melayu menjadi satu-satunya bahasa rasmi negara.
Antara kemajuan yang berlaku pada bahasa Melayu ialah:
‘ Sekolah-sekolah melayu
o pada penghujung abad ke-19. Pada tahun 1895: 81 buah sekolah (Perak), 28 buah sekolah (Selangor), 19 buah sekolah (Negeri Sembilan). 3 buah sekolah (Pahang). Pada 1916, jumlah sekolah-sekolah Melayu semakin bertambah.
o Penubuhan maktab perguruan untuk menampung keperluan guru: Maktab Perguruan Melaka (1900), Maktab Perguruan Taiping (1913), Maktab Perguruan Sultan Idris di Tanjung (1922) dan banyak lagi.
o Laporan Abdul Rzak (1956) dan Laporan Abdul Rahman Talib (1960) telah mengubah dasar pendidikan pada zaman tersebut.
o Penubuhan sekolah jenis kebangsaan yang memperkenalkan sistem peperiksaan seperti UPSR, PMR, SPM, STPM, dan SPVM.
(Abdul Rashid Melebek & Amat Juhari Moain, 2006: 84)
‘ Perkamusan Melayu
o Menjelang abad ke-20, penyusunan kamus semakin giat dijalankan. Contohnya:
‘ Kamus Jawi ‘ Melayu ‘ Inggeris (1903) oleh R.J. Wilkinson;
‘ Kamus Melayu ‘ Belanda dan Belanda ‘ Melayu (1918) oleh Van Ronkel;
‘ Buku Katan (Kamus Melayu) (1936) oleh Muhammad Said Sulaiman;
‘ Kamus Melayu (1948) oleh Syamsuddin Muhammad Yunus dan lain-lain.
(Abdul Rashid Melebek & Amat Juhari Moain, 2006: 83)
‘ Majalah dan persuratkhabaran Melayu
o Persuratkhabaran Melayu dan majalah telah giat diterbitkan bermula pada akhir abad ke-19. Akhbar dan majalah ini dikendalikan oleh orang peranakan India, peranakan Cina, orang belanda dan juga orang Melayu sendiri. antara akhbar yang diterbitkan ialah:
‘ Sekola Melayu, akhbar, Singapura (1888);
‘ India ‘ Nederland, akhbar, Amsterdam (1890);
‘ Seri Perak, akhbar, Taiping (1893);
‘ Tangong Penagri, akhbar, Pulau Pinang (1894);
‘ Warta Kerajaan Perak, majalah (1897);
‘ Matahari Terbit, majalah, Probolinggo (1895) dan lain ‘ lain.
o Penerbitan akhbar dan majalah semakin giat dilakukan pada abad ke-20 sehingga kini. Antaranya:
‘ Utusan Melayu, akhbar, Singapura (1907);
‘ Neraca, akhbar, Singapura (1911);
‘ Majalah Al-Islam, Singapura (1912);
‘ Majalah Warta Perusahaan Tanah, Kuala Lumpur (1917) dan lain-lain.
(Abdul Rashid Melebek & Amat Juhari Moain, 2006: 84)
‘ Buku Tatabahasa Melayu
o Buku tatabahasa Melayu telah banyak diterbitkan pada abad ke-20 yang telah disusun mengikut pelbagai pendekatan dan teori bahasa. Pada peringkat awal, buku tatabahasa ini ditulis mengikut kaedah tatabahasa bahasa Arab. Tetapi beberapa penulis lain menggunakan pendekataandan teori yang berbeza iaitu aliran tatabahasa structural (Amah Hj Omar) dan kaedah transformasi generative (Nik Safiah Karim et. al)
o Oleh itu, buku tatabahasa yang dihasilkan mempunyai persamaan dengan bahasa Arab, Inggeris, Melayu dan campuran bahasa.
o Antara contoh-contoh buku tatabahasa Melayu yang diterbitkan pada abad ke-20 ialah:
‘ Rencana Melayu oleh Raja Muhammad Tahir bin Al-Marhum Mursyid Riau. (1915, terbit pada 1928)
‘ Penokok dan Penambah dalam Bahasa Melayu oleh Hj. Muhammad Said Hj. Sulaiman (1937)
‘ Nahu Melayu Mutakhir oleh Asmah Hj. Omar.
‘ Tatabahasa Dewan I dan II oleh Nik Safiah Karim et. al (1986)
(Abdul Rashid Melebek & Amat Juhari Moain, 2006: 87)
‘ Perancangan bahasa Melayu
o Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain (2006: 88) menyatakan bahawa perancangan bahasa merupakan satu usaha merekayasa bahasa agar bahasa itu menjadi bahasa moden, bahasa intelektual yang boleh menjadi medan untuk menyampaikan ilmu pengetahuan moden.
o Strategi yang digunakan ialah menubuhkan pelbagai persatuan yang boleh membantu untuk menggubal istilah-istilah terutama istilah pentadbiran dan istilah sains dan teknologi dalam bahasa Melayu.
o Perancangan ini dijalankan adalah untuk memastikan bahawa bahasa Melayu dapat berkembang dengan pesat dan maju di hadapan.
o Antara badan atau persatuan yang terlibat dalam penggubalan istilah-istilah dan membantu merekayasa bahasa Melayu ialah:
‘ Pakatan Belajar ‘ Mengajar Pengetahuan Bahasa Johor (bentuk baru ‘ Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor)
‘ Menggubal istilah-istilah untuk pentadbiran moden, menyusun sistem ejaan Jawi, tatabahasa Melayu Johor, kamus Melayu, cara-cara mengarang, tanda-tanda bagi bacaan dan kaedah menulis surat-surat kiriman.
‘ Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya
‘ Menggubal istilah sains dan teknologi dalam bahasa Melayu dan menyusun sistem ejaan Rumi Melayu.
‘ Dewan Bahasa dan Pustaka
‘ Bertanggungjawab untuk membina korpus bahasa, penggubalan istilah, penyusunan kamus, pemantapan tatabahasa, sebutan baku dan menyusun sistem ejaan Jawi.
‘ Universiti ‘ universiti setempat (UPM, USM, UKM, UM dan UTM)
‘ Terlibat dalam perancangan bahasa.
‘ Pusat Pengembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia
‘ Terlibat dalam perancangan bahasa: penyusunan kurikulum dan pengajaran bahasa Melayu.
‘ Maktab perguruan Bahasa (Institut Bahasa), fakulti-fakulti di pelbagai universiti dan maktab-maktab perguruan.
‘ Menyusun kaedah-kaedah pengajaran bahasa dan melatih guru-guru bahasa Melayu dan mata pelajaran yang lain.
‘ Biro Buku-buku Teks di Kementerian Pendidikan Malaysia.
‘ Menyusun dam memilih buku-buku teks bahasa dan bahan bacaan tambahan yang bakal digunakan di sekolah-sekolah.
(Abdul Rashid Melebek & Amat Juhari Moain, 2006: 88)
iii. Ciri-Ciri Bahasa Melayu Moden
Antara ciri bahasa Melayu moden yang dapat dikenal pasti ialah:
‘ Wujud pelbagai laras, jauh lebih banyak daripada laras yang terdapat dalam bahasa Melayu klasik.
‘ Kemampuan bahasa Melayu untuk digunakan dalam bidang ilmu yang tinggi dan mendalam.
‘ Mudah dilentur mengikut keadaan dan keperluan.
‘ Terpengaruh dengan unsur-unsur bahasa asing terutama unsur-unsur moden dalam pelbagai bidang dan jurusan.
‘ Bahasa Melayu mencapai status bahasa dan bersifat sejagat.
‘ Memiliki istilah-istilah dalam pelbagai bidang ilmu.
‘ Mempunyai ekuatan untuk membahas ilmu-ilmu moden.
iv. Bukti Penggunaan Bahasa Melayu Moden
Pada zaman bahasa Melayu moden telah lahir ramai penulis dan tokoh-tokoh bahasa yang memperjuangkan bahasa Melayu ke peringkat yang lebih tinggi. Antaranya ialah:
‘ Zainal Abidin Ahmad (1895 ‘ 1973)
o Beliau dikenali sebagai Za’ba.
o Beliau merupakan ahli bahasa, ahli agama, penterjemah dan ahli pergerakan politik Melayu.
o Hasil penulisan: Ilmu Mengarang Melayu, Pelita Bahasa Melayu Jil. I, II dan III, Ilmu Bahasa Melayu, Daftar Ejaan Melayu: Jawi-Rumi dan lain-lain.
‘ Abdul Rahim Kajai (1894 ‘ 1943)
o Digelar sebagai Bapa Kewartawanan Melayu.
o Pengarang akhbar: Warta Jenaka, Utusan Zaman, Idaran Zaman, Saudara, Majlis, Warta Malaya, Warta Ahad, Perubahan Baru dan Berita Malai.
‘ Harun Aminurrashid (1907 ‘ 1986)
o Penulis makalah, cerpen, novel dan lain-lain.
o Hasil tulisan: Melor Kuala Lumpur, Cinta Gadis Rimba, Dewa Lombong, Anak Panglima Awang dan lain-lain.
‘ Muhammad Said Hj. Sulaiman (1876 ‘ 1955)
o Begelar Dato’ dan berpangkat Mejar dalam Pasukan Tentera Timbalan Setia Johor.
o Penggerak utama Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor.
o Penulis buku: Buku Katan, Jalanbasa Melayu, Penokok dan Penambah dalam Bahasa Melayu dan lain-lain.
‘ Syed Sheikh bin Ahmad Al-Hadi (1867 ‘ 1934)
o Berdarah campuran Arab
o Penulis buku, majalah dan akhbar: Al-Tarikh Al-Islam, Hikayat Anak Dara Ghassan, Kitab Agama Islam dan Akal, Hadiah Kebangsaan dan lain-lain.
‘ Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin Al-Falaki (1860 ‘ 1956)
o Murid kepada Muhammad Abduh, tokoh reformis Islam abad ke-20.
o Terlibat dalam penerbitan majalah Islam aliran baru dan penulis kitab-kitab agama.
o Terkenal sebagai ahli falak.
o Penganut Alhli Sunnah wal-Jamaah (Kaum Muda)
Kesimpulan
Kesimpulannya, bahasa Melayu telah mencapai kedudukan yang tinggi akibat daripada pengaruh bahasa-bahasa asing seperti Inggeris, Belanda, Sepanyol dan Portugal yang telah meresap kedalan bahasa Melayu sejak berabad dahulu. Selain itu, bahasa Melayu turut berkembang mengikut peredaran zaman. Tidak dapat dinafikan bahawa bahasa Melayu telah mencapai dan berkembang daripada bahasa Melayu purba sehingga kini dikenali sebagai bahasa Melayu moden.
Pembahagian perkembangan bahasa Melayu mengikut zaman telah membuktikan bahawa bahasa Melayu merupakan bahasa yang mudah dilentur dan bersifat sejagat. Selain itu. Pembahagian yang dilakukan bukan berdasarkan tanggapan semata-mata tetapi berlandaskan ciri-ciri khusus bagi setiap perkembangan bahasa Melayu.
Pada masa ini, bahasa Melayu telah mantap penggunaanya, namun ianya masih memerlukan pemantapan dari segi beberapa aspek untuk memastikan bahasa Melayu tidak hilang di dunia. Proses pemantapan bahasa Melayu boleh dilakukan menggunakan 4 strategi perancangan bahasa iaitu tahap penentuan dasar, tahap pengkodan, tahap pembinaan dan tahap pengembangan bahasa itu sendiri (Kamaruddin Hj Husin et. al, 1997)
Bibliografi
Abdul Rashid Melebek dan Amat Juhari Moain (2006). Sejarah Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Abdullah Hassan (1982). Isu-isu Pembelajaran dan Pengajaran Bahasa Malaysia.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan (1987). 30 Tahun Perancangan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur:
Dewan bahasa dan Pustaka.
Amat Juhari Moain (1992). Daerah Penutur Asli Bahasa Melayu, dalam Jurnal Dewan
Bahasa, Jil. 36, Bil: 2: 153-161.
Amat Juhari Moain (1994). Sejarah Bahasa Melayu dalam Linguistik Melayu oleh
Zaharani Amahd (ed.), Bangi: UKM.
Asmah Haji Omar (1985). Susur Galur Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Asmah Haji Omar (1982). Nahu Melayu Mutakhir. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Asmah Haji Omar (1990a). Bahasa Melayu Abad Ke-16. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Asmah Haji Omar (1995). Rekonstruksi Kata dalam Bahasa Melayu Induk. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ismail Hussien (1992). Sejarah Pertumbuhan Bahasa Kebangsaan Kita. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Magantar Simanjuntak (1995). Pengutamaan Bahasa Melayu dalam Semua Bidang,
Termasuk Sains dan Teknologi, Menjamin Potensinya sebagai Bahasa Ilmu dan Bahasa Supranasional, di samping Menjamin Pembangunan Negara yang Maksimum. Dlm. Kertas Kerja Konres Melayu Sedunia. Kuala Lumpur.
Nik Safiah Karim (1988). Linguistik Transformasi Generatif: Suatu Penerangan pada
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
S. Othman Kelantan (1992). 100 Tahun Pergerakan Bahasa dan Sastera Melayu 1888
‘ 1988. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Zaiton Ab. Rahman dan Zaini Mohamed Zain (1990). Pensejarahan Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.