Essay: Pada zaman Dinasti Tang (618 ‘ 906)

Pada zaman Dinasti Tang (618 ‘ 906), teknik pencetakan blok (block-printing) telah mula diperkenalkan. Teknik ini dicipta untuk mempermudah pekerjaan.
Bagi teknik pencetakan blok, teks dan gambar diukirkan pada sekeping papan kayu, logam atau tanah liat. Selembar kertas papirus telah ditumpangkan setelah stempel sudah ditintai. Kemudian, kertas papirus tersebut ditekan sehingga tinta dari stempel telah berpindah ke permukaan kertas.
Kitab Sutra Diamond atau ‘jin gang jing’ versi Cina yang bertarikh 11 Mei 868 merupakan buku bercetak yang terawal. Ia dianggap sebagai wakil hasil daripada pengalaman lama orang Cina dalam teknik pencetakan blok. Kini, buku ini telah disimpan dan dipelihara di Muzium British, England.
Bi Sheng, merupakan pencipta teknik pencetakan bergerak (mobile-type printing) pada tahun 1045. Selepas teknik ini dicipta, ia mula digunakan secara umum. Ini disebabkan ia boleh meningkatkan efisiensi pencetakan dan memendekkan waktu pembuatan blok jika dibandingkan dengan teknik pencetakan blok.
Teknik pencetakan bergerak merupakan sistem pencetakan dan tipografi yang menggunakan keping-kepingan taip logam yang boleh digerak alih. Ia dihasilkan dengan menuang dari matriks yang ditekan-tekan oleh penebuk huruf.
Berdasarkan catatan buku sejarah iaitu ‘Dream Pool Essays’ yang ditulis oleh Shen Kuo (1031 ‘ 1095), terdapatnya penjelasan rinci tentang teknik penciptaan Bi Sheng. Pada zaman Dinasti Song (1041 ‘ 1048), cara Bi Sheng adalah seperti yang berikut: Pada mulanya, dia mengambil tanah liat yang melekit dan memotongnya sehingga menjadi karakter yang setipis seperti tepi duit syiling. Kemudian, setiap karakter telah dibentuk dan ia dianggap sebagai satu jenis taip. Dia membakar karakter itu supaya ia boleh menjadi keras. Sebelum proses ini, dia telah menyediakan satu plat besi dan dia telah meliputi plat itu dengan menggunakan campuran damar, lilin dan kertas abu. Apabila dia ingin mencetak sesuatu, dia mengambil satu rangka besi dan menetapkannya di atas plat besi. Dalam menempatkan karakter, dia akan meletakkan secara berdekatan. Apabila bingkai plat besi sudah dipenuhi dengannya, keseluruhan akan menjadi satu blok yang pepejal. Selepas itu, dia akan meletakkannya berhampiran api dan menghangatkannya. Apabila tampal yang berada di belakang sudah cair sedikit, dia mengambil papan halus dan menekannya di atas permukaan supaya blok taip menjadi seperti batu asah.

Leave a Comment

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.