Essay: Guru sukar melaksanakan pengajaran yang berkesan

Sekolah merupakan institusi sosial yang memainkan peranan yang amat penting dalam merubah kehidupan masyarakat. Sekolah adalah pengubah minda dan penentu kepada budaya dan pembangunan sesebuah negara. Di sinilah tempat kita menuju wawasan dan di sini jugalah tempat kita membina bangsa kita. Negara tidak akan maju tanpa sistem pendidikan yang berkesan. Oleh yang demikian, untuk menzahirkan wawasan pendidikan negara, guru perlulah menjalankan tugas dengan baik dan bertanggungjawab dalam menerima tugas dengan penuh amanah dan ikhlas kerana di dalam proses pengajaran dan pembelajaran tersebut, guru merupakan individu yang berperanan bukan sahaja dalam memberikan semangat kepada pelajarnya, malah yang utamanya membantu, dan mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan supaya pelajar dapat mengikuti pengajaran dengan sempurna.

Guru merupakan individu yang telah menjalani latihan dan kursus di dalam bidang pendidikan selama beberapa tahun dan selepas itu mereka akan berkhidmat dengan menyampaikan ilmu pengetahuan mereka kepada para pelajarnya. Seperti yang kita sudah sedia maklum, bahawa guru merupakan ‘ibu bapa kedua’ kepada para pelajarnya kerana kebanyakan dari masa yang dihabiskan oleh para pelajar adalah berada di sekolah. Setiap guru memikul satu tanggungjawab yang besar, kerana para pelajar mereka adalah tanggungjawab daripada ibu bapa mereka. Setiap apa yang disampaikan oleh guru akan menimbulkan kesan terhadap pelajar. Jika guru tersebut dapat melaksanakan tugasnya dengan baik dan cemerlang, maka pengaruh positif itu dapat meresap ke dalam diri pelajar, jika guru melaksanakan tuganya bagai melepaskan batuk di tangga, maka sebaliknya yang akan berlaku.

2.0 Latar Belakang Isu.
Kualiti pencapaian akademik pelajar sangat bergantung kepada pengajaran dan pembelajaran guru di dalam kelas. Memperkasakan pelajar dalam menguasai pelbagai bidang dapat dicapai melalui pengajaran yang berkesan dan efektif. Walaubagaimanapun, realiti guru sekarang ini indah khabar dari rupa. Kebanyakkan daripada mereka masih lagi lemah dan kurang berkualiti untuk menjadi seorang pendidik dalam melaksanakan tugas mereka dengan baik dan sistematik. Mereka sukar melaksanakan pengajaran yang berkesan.
3.0 Punca Isu
3.1 Komunikasi tidak berkesan.
Komunikasi memainkan peranan yang penting kepada seorang guru, kerana tanpa komunikasi yang berkesan, ilmu tidak dapat di sampaikan dengan baik dan sempurna. Komunikasi merupakan satu proses penyampaian mesej, samaada lisan mahupun bertulis. Sekiranya mesej yang dihantar oleh penyampai dapat di fahami maksudnya oleh penerima, maka komunikasi berkesan telah pun berlaku. Suara merupakan elemen penting kepada guru kerana jika guru tidak mampu berinteraksi dengan baik semasa mengajar, maka ia akan membuatkan suasana di dalam bilik darjah tidak harmoni dan proses P&P tidak dapat berlangsung dengan sistematik.
Senario guru kita pada dewasa ini, mereka masih tidak mampu untuk berinteraksi dengan pelajar mereka. Walaupun telah mengikuti kursus pendidikan selama beberapa tahun, mereka masih lagi tidak mempunyai keyakinan diri sebagai seorang pendidik. Masih ramai lagi guru yang mempunyai suara yang perlahan ketika mengajar, sehinggakan pelajar yang berada di meja belakang tidak dapat mendengar apa yang dikatakan oleh guru mereka. Secara logiknya, jika kita tidak dapat mendengar apa yang di katakana oleh guru, maka kita tidak mungkin akan faham apa yang guru itu sedang ajarkan. Pakar dalam bidang komunikasi percaya bahawa komunikasi yang lemah merupakan punca kepada kebanyakan masalah dalam pembelajaran.
Dalam sesuatu proses pengajaran yang berlaku dalam bilik darjah, seseorang guru perlu bercakap dua pertiga daripada keseluruhan waktu mengajar. Di sini kita dapat simpulkan bahawa, guru masih lagi mengamalkan komunikasi sehala ketika proses P&P berlangsung, di mana hanya guru yang bercakap dan pelajar bertindak sebagai pendengar sahaja. Pelajar seolah-olah tidak berpeluang untuk mengemukakan soalan atau pun sekadar ingin berkongsi pendapat tentang perkara tertentu.
Hal ini akan membuatkan pelajar berasa bosan sepanjang proses P&P berlangsung dan seterusnya mereka akan membuat hal masing-masing dan tidak lagi berminat untuk menumpukan perhatian ketika guru mengajar. Fanders meletakkan tanggungjawab utama mencorakkan interaksi bilik darjah itu kepada guru, jika guru gagal mewujudkan suasana dan interaksi yang baik kepada pelajar semasa menyampaikan pengajaran, maka proses P&P tidak akan berjaya dilaksanakan.

3.2 Sikap guru.
Kita tentu pernah mendengar kenyataan bahawa kecermerlangan seseorang guru tidak terbatas pada kebolehannya melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik tetapi juga pada kualiti peribadinya yang tinggi kerana guru diharapkan mempamerkan peribadi contoh kepada pelajarnya.
Sebagai seorang guru seharusnya dihormati pelajar merupakan perkara yang paling penting. Apabila guru dihormati pelajarnya perjalanan sesi pengajaran dan pembelajaran akan berjalan dengan lancar dan berkesan kerana pelajar mudah dikawal, patuh pada arahan dan tidak memberi banyak masalah semasa guru mengajar. Jadi untuk menjadi guru yang dihormati guru hendaklah mempunyai sikap dan sahsiah yang positif. . Selain itu, bagi menjadi guru yang berkesan, popular, disukai ramai dan disanjung pelajar, mereka perlu menguasai dan sentiasa berusaha meningkatkankemahiran komunikasinya bagi membolehkan pelajar mudah bergaul dengan merekadan lebih terbuka dalam berkongsi pengalaman dan pengetahuan di antara kedua-duanya. Secara tidak langsung, murid akan berasa diri mereka dikasihi, dihargai dandimuliakan (Abdullah Hasan, 1999). Tetapi terdapat beberapa isu dimana guru memilih bulu atau suka membezakan pelajar, guru bersifat demoralizing dan bersifat autokrasi.
Namun terdapat guru yang bukan sahaja tidak meningkatkan minat pelajar tetapi membuatkan pelajar tidak minat untuk belajar dengan sikapnya yang negatif seperti pilih kasih dan membuat jangkaan negatif kepada pelajar. Memang sudah menjadi lumrah alam bahawa murid- murid yang diajar di sekolah mempunyai tahap pencapaian yang berbeza- beza. Ada yang cepat faham akan isi kandungan pelajaran yang diajarkan oleh guru,namun ada juga yang lambat untuk memahami isi pelajaran yang diajar oleh guru. Pelajar juga datang dari pelbagai jantina, ras dan latar belakang sosioekonomi. Walaupun begitu guru tidak seharusnya bersikap pilih kasih dengan memberi perhatian lebih kepada mana- mana jantina atau sosio ekonomi keluarga mahupun pencapaian. Selalunya hal ini timbul bila guru perempuan selalu melebihkan pelajar lelaki atau guru lelaki selalu hanya beri perhatian pada murid perempuan. Terdapat juga sesetengah guru yang hanya berminat mengajar murid pandai sahaja iaitu yang dari kelas hadapan murid yang dari kelas belakang diajar sambil lewa sahaja sekadar mengikut jadual yang telah ditetapkan.

3.3 Guru kurang ilmu pengetahuan.
Peranan guru sebagai sumber belajar berkait rapat dengan penguasaan isi kandungan matapelajaran. Baik tidaknya seorang guru itu dapat dinilai dari penguasaan isi kandungan matapelajaran yang di ajari dan juga peka dengan isu semasa. Wan Hassan Abdullah (2001) selain daripada memiliki sijil kelayakan kemahiran pendidikan yang diikhtiraf, guru juga perlu mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam banyak aspek, bukan sahaja mata pelajaran yang diajarnya. Malangnya kebanyakan guru pada masa kini, bukan hanya kurang mantap dalam penguasaan isi kandungan matapelajaran malah tidak langsung mengikuti perkembangan semasa.
Perkara ini berlaku kerana kekurangan tenaga pengajar yang berkemahiran dalam bidang tersebut. Hal ini turut menjadi isu dalam pelaksanaan pendidikan yang berkesan. Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Bahagian Perancangan Pembangunan Pendidikan (BPPDP) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), pada tahun 2000 sebanyak 61.8 % guru terdiri daripada guru perempuan, dan KPM telah menghadapi masalah untuk menempatkan mereka di sekolah luar bandar, khususnya di pedalaman dan pulau. Hal ini terjadi kerana, kebanyakan sekolah di pedalaman dan pulau mendapat guru yang kurang berpengalaman atau kurang ilmu pengetahuan dalam sesuatu bidang.
Keadaan ini juga turut menyebabkan berlaku ketidaksepadanan (mismatch) dalam pengagihan guru mengikut opsyen masing-masing. Maka berlakulah keadaan di mana kebanyakan guru yang mengajar di sekolah menjadi ‘bidan terjun’. Guru yang bukan opsyen terpaksa mengajar mata pelajaran kritikal seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris bagi memenuhi keperluan pelajar. Disebabkan kurang pengalaman dan pengetahuan tentang subjek berkenaan maka gaya dan penyampaian guru tersebut tidak dapat di fahami oleh para pelajar mereka. Guru yang mantap dengan ilmu yang diajari akan membuatkan pelajar yakin dengan guru tersebut dan seterusnya dapat menerima ilmu tersebut dengan baik.
Selain itu, isu guru kurang ilmu pengetahuan ini timbul apabila guru langsung tiada persediaan sebelum mengajar. Guru seakan-akan ambil mudah tentang tanggungjawab yang dipikul dan mengajar pelajar mereka dengan sambil lewa. Jika guru kurang ilmu pengetahuan tentang subjek yang di ajarnya dan langsung tidak membuat perancangan dan persediaan sebelum masuk ke kelas, maka apabila ada di kalangan pelajar yang bertanya soalan yang membuatkan guru itu terdiam kaku dan tak mampu untuk menjawab soalan pelajar tersebut, ini akan memperlihatkan kelemahan guru itu sebagai seorang pendidik.

4.0 Implikasi Isu
4.1 Pelajar kurang tumpuan.
5.0 Cara Menangani Isu

6.0 Cadangan

7.0 Penutup

8.0 Bibliografi

9.0 lampiran

Leave a Comment

Time limit is exhausted. Please reload the CAPTCHA.